PENDEDAHAN SEORANG PENGASAS ABIM
HAJI ISMAIL MINA YANG SAYA KENAL
1. Baru-baru ini rakan lama saya, sejak di waktu ABIM ditubuhkan, telah muncul di dalam media massa menjelaskan sebab beliau telah berputus arang dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim (AI). Saya, sebagai salah seorang pengasas ABIM yang ibu pejabat pendaftaran pertamanya adalah di rumah saya di alamat No. 3, Lorong Batai Dalam, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, turut merasa kecewa, sedih dan dukacita dengan pendedahan Haji Ismail Mina, yang saya kenal sebagai seorang yang jujur dan taqwa, dan dahulunya tersangat fanatik terhadap AI sejak awal penubuhan ABIM.
ANWAR SUDAH BERUBAH
4. Mereka meninggalkan AI kerana mereka mengatakan AI telah berubah dan menyeleweng aqidahnya. Oleh kerana Haji Ismail Mina tidak mempunyai cita-cita politik, dengan berbagai lakonan, helah, strategi dan taktik, beliau dengan hati yang ikhlas tidak dapat menerima sebarang kompromi mengenai aqidah. Sikap begini sepatutnya ada pada semua ulamak yang meletakkan ugama di atas politik.
2. Saya telah ditemui oleh ramai juga ahli-ahli ABIM lama yang kini sudah berpisah dengan AI dari segi perjuangan. Mereka jijik apabila mendengar mengenai kes maksiat sodomi dan video seks, melibatkan perempuan China, dan dirakam oleh Dato' Eskay. Dato' Eskay dan Nallakaruppan adalah bekas kawan baik AI. Mereka tidak pernah menjadi ahli atau menyokong penubuhan ABIM.
3. Kawan-kawan yang mengasaskan ABIM ini berpendapat kes 'pluralisma' agama yang diperjuangkan oleh AI bukan sekadar menyentuh soal maksiat tetapi melibatkan perkara yang lebih serious, berat dan teruk lagi, iaitu aqidah.