Thursday, May 3, 2012

THOU SHALL NOT KILL

LAIN CAKAP LAIN BIKIN
WALAU ATAS NAMA APA PUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI TERUS DILAKUKAN DI MANA-MANA OLEH MEREKA YANG UGAMANYA MEMERINTAHKAN 'THOU SHALL NOT KILL'
IQRA'
1. Untuk menambah fahaman saya mengenai ugama Islam saya selalu membaca Al Quran dan tafsirannya. Oleh kerana perintah 'IQRA'' itu diturunkan sebagai perkataan awal di dalam al Quran dan bukan setelah seluruh al Quran sudah selesai diturunkan, maka perintah ini tidak membatasi saya kepada hanya membaca Al Quran, dan kitab-kitab ugama sahaja. Saya juga membaca buku-buku yang lain. Dalam masa sebulan yang lalu saya telah membaca empat buah buku seperti yang akan dihuraikan.

2. Isi buku-buku ini telah menimbulkan keinginan untuk saya  berkongsi dengan pembaca. Di bawah ini ialah sedikit petikan dari 4 buah buku yang pembaca dapat membeli jika ingin mengetahui lebih lanjut lagi. Berikut ialah senarai buku-bukunya:

BUKU-BUKU BACAAN DALAM SEBULAN INI
2.i. The confessions of an anti-Semite by an American Michael Collins Piper
2.ii. Where to Invade Next by Staff Writers Jason Roberts, Eric Martin, Andrew F. Altschul, Peter Rednour, Greg Larson, and Jesse Nathan - Edited by Stephen Elliot
2.iii. 'The Bloody History of Britain' (not the boring bit) by a British John Farman and
2.iv. UMNO dan Malayan Union oleh Lt. Gen. (B) Dato' Jaafar Onn anak kepada pengasas utama UMNO Dato' Onn Jaafar.
CONFESSIONS OF AN ANTI-SEMITE
3. Di dalam buku pertama yang dikirim oleh pengarangnya kepada saya beliau telah menyebut mengenai pertemuan saya dengannya di satu masa dulu. Michael Collins Piper menulis:
4. 'I was quite honored, I must say, when Dr. Sanusi bin Junid, the President of the International Islamic University, publicly declared me a 'dzimmi' - the Muslim term for a non-Muslim 'protected one' in the Muslim world - in recognition for my literary efforts, which, he said, constituted to the necessary tribute required from a zhimmi under Muslim tradition before such an honor can be bestowed.
5. You can imagine my pleasure when an audience of some 300 young Muslim students from all over the world - gathered there at the university - roared their friendly approval of Dr. Sanusi's words.
6. Although Jewish trouble-makers and allied hit-and-run racketeers in the United States and elsewhere, who make big money stirring up anti-Muslim animus, point hysterically to the term 'zhimmi' as some form of 'Muslim evil,' it is anything but that. And I am proud to call myself a 'zhimmi' and to Hell with the Jews and Christians (and anybody else) who would use it as a term of derision (as they do).'

SEMUA BUKU KARANGAN MICHAEL COLLINS PIPER
7. Antara buku-buku yang ditulis oleh Michael Collins Piper, selain buku ini, ialah:
7.1. The New Babylon: Those Who Reign Supreme - A panoramic Overview of the Historical, Religious and Economic Origins of the New World Order ( Inside the Rothschild Empire: The Modern-Day Pharisees).
7.2. My First Days in the White House - First ever work of fiction - Or Is It Fiction
7.3. Zionist Influence on the American Media - Michael Collins Piper's Historic Address to the Arab League

7.4. Target: Traficant - The Outrageous Inside Story of How the Justice Department, the Israeli Lobby and the American Mass Media Conspired to Set Up and Take Down Congressman Jum Traficant
7.5. Dirty Secrets - Crime, Conspiracy & Cover-Up in the 20th Century
7.6. The Judas Goats: The Enemy Within - The Shoking Never-Before-Told Story of the Infiltration and Subversion of the American Nationalist Movement
7.7. The High Priests of War - The Secret History of How America's New Conservative Trotskyites Come to Power and Orchestrated the War in Iraq as the First Step in Their Drive for Global Empire
7.8. Final Judgement - The Missing Link in the JFK Assassination Conspiracy
UNTUK MENDAPAT BUKU-BUKU MICHAEL COLLINS PIPER
Michael Collins Piper boleh dihubungi:
Michael Collins Piper
P. O. Box 15728
Washington DC 20003
Broadcast: michaelcollinspiper.podbean.com
Buku-buku di atas boleh dibeli dari:
American Free Press
645 Pennsylvania Avenue, SE, Suite 100
Washington DC 20003
1-888-699-6397

KATA-KATA SAMBUTAN PENERBIT
8. Penerbit buku The Confessions of an Anti-Semite telah menulis seperti berikut mengenai pengarangnya Michael Collins Piper:

9. 'In The Confessions  of an Anti-Semite, my colleague, Michael Collins Piper, has written a book straight from his heart. In doing so, he has expressed opinions of millions not so courageous as he.

10. I welcome this pivotal work in which Mike courageously explores the major existential problem of our time, the negative influence that a highly-organized minority - an historically alien influence - has on America's and, in fact, the entire Western world's policies and indeed the destiny of our people.

11. Warmly endorsing this book, I commend it to the attention of my fellow Americans and to all peoples who share a stake in the survival of humankind.'

Willis A. Carto.
KAGUM

12. Kita, khususnya bangsa Melayu dan ummat Islam, tentu kagum dengan sikap Michael Collins Piper sebagai seorang penulis yang berilmu, dan bukan berugama Islam, tetapi kuat menentang Israel sehingga terancam nyawanya; sebaliknya kita tentu sedih dan kesal jika ada di kalangan ummat Islam di dunia yang meletakkan keselamatan Zionis Israel yang jahat itu di atas kepentingan ummat Islam dan bukan Islam, di Palestin, yang tertindas dan dibunuh dengan kejam untuk jangkamasa yang begitu lama. Semua pembunuhan ini berlaku di zaman mereka masih teringat kepada ajaran ugama mereka yang memerintahkan 'Thou Shall Not Kill'
13. Jika Michael Collins Piper ingin kita gelarkannya sebagai 'kafir zhimmi' apakah gelaran kepada seseorang yang beragama Islam jika bersikap bertentangan dengan maksud Al Quran?
14. Kita tahu bahawa Yahudilah yang telah membunuh Nabi Isa a.s. Sedangkan ummat Kristian tahu bahawa Nabi Isa dikatakan menyeru 'Thou Shall Not Kill.'
15. Bagaimana pula sikap pemimpin-pemimpin dari negara Barat yang menganut ugama Kristian terhadap orang Islam dan orang Kristian atau Komunis yang tidak sebulu dengan mereka.
16 Contohnya boleh dibaca dalam buku berikutnya.

WHERE TO INVADE NEXT

17. Buku kedua yang saya baca bertajuk 'Where To Invade Next'. Dalam buku ini para pengarang telah menurunkan petikan catatan General Wesley Clark pada 27hb Februari, 2007,  seperti berikut:
"About ten days after 9/11, I went through the Pentagon and I saw Secretary Rumsfeld and Deputy Secretary Wolfowitz. I went downstairs just to say hello to some of the people on the Joint Staff who used to work for me, and one of the generals called me in. He said, 'Sir, you've got to come in and talk to me a second.' I said, 'Well, you're too busy.' He said, 'No, no.' He says, 'We've made the decision we're going to war with Iraq.' This was on or about the twentieth of September ....
'So I came back to see him a few weeks later, and by that time we were bombing in Afghanistan. I said, 'Are we still going to war with Iraq?' And he said, 'Oh, it's worse than that.' He reached over on his desk. He picked up a piece of paper. And he said, 'I just got it down from upstairs' - meaning the Secretary of Defense's office - 'today.' And he said, 'This is a memo that describes how we're going to take out seven countries in five years.

(Oleh kerana General Wesley Clark adalah seorang yang patriotik untuk membela rakyat dan negara Amerika beliau, dalam mencari fakta dan kebenaran, yang sering berubah di kalangan tokoh-tokoh politik semasa, maka beliau dianggap sebagai pokka, cicak-kubin atau 'chameleon' oleh musuh-musuhnya.)
TUJUH BUAH NEGARA SASARAN
18. Tujuh buah negara lagi, selepas Afghanistan dan Iraq, yang akan diserang dalam masa lima tahun, mengikut susunan keutamaan, sebagaimana dalam buku 'Where To Invade Next', ialah:
i. Iran

ii. Pakistan

iii. Uzbekistan

iv. Venezuela

v.
Syria

vi. Sudan

vii. North Korea

19. Buku ini sepatutnya ditukar nama dari 'Where To Invade Next' kepada 'Where To Kill Next'.




20. Yang aneh ialah negara Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen tidak ada dalam senarai ini sedangkan pemimpin negara-negara itu telah ditumbangkan oleh rakyatnya. Di Libya, kejatuhan Ghadafi telah berjaya kerana sokongan Amerika, Inggeris dan Perancis. Sementara America Syarikat dan Perancis cemburu kerana Inggeris hampir memonopoli perniagaan minyak dan gas di sana, kerajaan Inggeris sekarang pula, dipimpin oleh tokoh dari parti yang sama, agak tidak puas hati terhadap prestasi pemimpin sebelumnya, yang telah berjaya berdamai dengan Libya.

21. Alasan-alasan yang diberi dalam buku 'Where To Invade Next' yang saya beli di Daunt's Booksellers di Holland Park Avenue, London adalah seperti berikut:
ISLAMIC REPUBLIC OF IRAN

22. 'Iran is working to develop tactical nuclear capabilities, abetting attacks against U. S. forces in Iraq and Afghanistan, and building relationships with known terrorist groups. Decisive and direct action must be taken'.
ISLAMIC REPUBLIC OF PAKISTAN

23. 'Pakistan, the world's only predominantly Muslim nuclear state, serves as a sanctuary and command center for terrorist groups and the nuclear black market. The nation's unstable dictatorial regime is too weak to confront the threatening entities it now shelters. It stands in danger of being overcome by extremist Islamic factions within the government, military, and populace at large. Without U. S. military action, Pakistan will, at best, continue to serve as a de-facto headquarters for terror. At worst, it will be remade as a jihadist nuclear state - an active provider of protection, foot soldiers, and nuclear weapons to al Qaeda and its brethren.

REPUBLIC OF UZBEKISTAN

'24. Uzbekistan has become a safe harbor for radical Islamic terrorist groups. It is now the most volatile nation in all of Central Asia, a serious risk to itself and the region, and a critical battleground in the global war on terror'.

BOLIVARIAN REPUBLIC OF VENEZUELA

25. 'Flush with oil revenue, Venezuelan President Hugo Chavez is an unstable and increasingly dictatorial leader intent on throwing his nation and the surrounding region into chaos. Unless dealt with, he will destabilize U/S. strategic positions around the globe'.

SYRIAN ARAB REPUBLIC
26. 'The Syrian Arab Republic is a state sponsor of global terrorism, a base of operations for Hamas, Palestinian Islamic Jihad, and Fatah al-Islam, and a source of weaponry for Hesbollah. The country serves as a willing conduit for the movement of Iranian arms into Lebanon and of radical jihadists into Iraq, and is known to have stockpiles chemical and biological weapons. It has spent the last two decades attempting to obtain nuclear weaponry, and last year came closer to that  goal than ever before'.
REPUBLIC OF THE SUDAN
27. 'The Sudanse government's support of terrorist groups poses a direct threat to glocal secutiry. And the genocidal crisis in Darfur and eastern Chad demands immediate humanitarian intervention'.

DEMOCRATIC PEOPLE'S REPUBLIC OF KOREA

28. 'North Korea is a desperate, damaged nation with confirmed links to the nuclear black market. Its leader, Kim Jong-il (now his son), is a delusional, ruthless dictator bent on East Asian supremacy. With the help of his secret police and a corrupt army driven more by self-enrichment than ideology, Kim holds absolute control over a starving, repressed populace that is completely cut off from the outside world. Under his rule, North Korea has a single purpose: to increase its power by any means necessary, including the sale of nuclear technology, the mass murder of its own people, and sophisticated state-sponsored terror'.


PUNCA PERGOLAKAN

29. Dari sedikit petikan di atas adalah jelas bahawa semua pergolakan yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya adalah berpunca dari ketidakadilan dan penguasaan diktatorial pemimpinnya, yang terlalu lama dan terlalu mewah, sehingga dikesali dan dibenci oleh rakyatnya, sementara pergolakan yang telah, sedang atau mungkin berlaku di Iran, Pakistan, Uzbekistan, Venezuela, Syria, Sudan dan Korea Utara adalah melibatkan negara Amerika Syarikat dan sekutunya.
30. Dengan termasuknya Venezuela sebagai sebuah negara Katholik dan Korea Utara sebagai negara komunis, yang rakyatnya dahulu berugama Buddha, bertambah jelaslah faktor yang menyebabkan campurtangan Barat, khususnya pemerintah Amerika Syarikat, bukanlah terbatas kepada ugama, atau ugama Islam sahaja.


PUTAR BELIT MEDIA MASSA

31. Saya sebutkan pemerintah Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan rakyat di Amerika Syarikat yang kebanyakannya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh kerajaan atau tenteranya di luar negara.
32. Mengikut Ron Paul, calon Presiden Amerika Syarikat yang dikalahkan pencalonannya oleh kelompok Yahudi, kejahilan yang wujud sedemikian ialah kerana media massa di sana dikuasai oleh kelompok Zionis Yahudi. Di zaman pemerintahan Ronald Reagan ada laporan yang menyatakan bahawa sebilangan kecil sahaja dari Wakil Rakyat atau Senator dan Ahli Kongres di Amerika Syarikat yang memiliki paspot antarabangsa, sedangkan di Malaysia, orang kampung juga berpeluang untuk ke Timur Tengah dan Mekkah untuk mengerjakan Haji & Umrah, sementara ratusan ribu rakyat mempunyai paspot antarabangsa untuk dapat belajar di luar negeri. Disusuli dengan ibu bapa mereka yang turut ke luar negeri untuk berjumpa anak dan untuk melancong.


HASIL BUMI, ISRAEL DAN KUASA NUKLEAR

33. Mengikut bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon, di dalam bukunya 'The Real War' sebab utama untuk berperang ialah untuk menguasai hasil bumi di satu-satu negara.
34. Walaupun Amerika Syarikat melaungkan alasan bahawa mereka berperang untuk menegakkan demokrasi, seperti di Iraq dan Afghanistan, tetapi mereka toleran terhadap negara monarki, yang tidak demokratik, yang hasil buminya dikuasai oleh mereka. Mereka aktif membantu usaha menjatuhkan pemimpin Libya, walaupun minyak dan gasnya turut dikuasai oleh syarikat British kerana mereka melihat penguasaan China dalam sektor ini sudah lebih mencabar. Apabila berlaku demokrasi di Palestin dan yang dipilih oleh rakyat ialah Hamas, Amerika Syarikat menolak keputusan yang demokratik itu. Inilah yang mereka bimbang akan berlaku di Mesir.
35. Nampaknya selain minyak dan gas,yang sangat menguasai Amerika Syarikat ialah pengaruh Israel melalui lobi Zionis Yahudi di Amerika Syarikat. Syria, walaupun tanpa minyak adalah ancaman terhadap Israel. Tetapi, kerana Syria tidak mempunyai hasil bumi yang diminati, maka perang tidak segera berlaku di Syria, sementara ada jalan lain, kerana jika Barat menguasai Syria selepas melancarkan peperangan, dengan belanja yang begitu banyak, tidak ada wang dari sumber minyak Syria untuk membayar belanja peperangan tersebut.
36. Faktor ketiga yang menyebabkan ancaman perang dibuat ialah 'kuasa nuklear'. Amerika Syarikat hanya toleran, malah membantu, pembangunan kuasa nuklear di Israel. Mereka takut kepada Pakistan kerana ancaman kuasa nuklear yang ada di sana dapat digunapakai oleh golongan ugama jika mereka menguasai negara. Korea Utara juga, dengan adanya kuasa nuklear dianggap ancaman terhadap pengkalan tenteranya di Korea Selatan dan di Jepun.

USAHA MEMECAHBELAHKAN UMMAT ISLAM

37. Selain dari berperang cara yang dipakai oleh Amerika Syarikat untuk melemahkan sesiapa atau negara yang mereka anggap sebagai musuh ialah dengan melaga-lagakan dan membesar-besarkan pertelingkahan antara Sunni dan Syiah, kerana Syiah adalah musuh Sunni dan Sunni adalah musuh Syiah dan perselisihan antara Syiah dan Sunni ini diperbesarkan menjadi lebih hebat daripada permusuhan antara Palestin dengan Yahudi Israel.

38. Peristiwa perbezaan antara Syiah dan Sunni ini berpunca dari peristiwa rebutan kuasa dalam memilih Khalifah sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w. kembali ke rahmatullah di Medinah. Sebelum Nabi kita dikebumikan, beberapa hari kemudian, ada perbalahan antara kelompok Ansar (penduduk asli Madinah), Muhajirin (pendatang dari Mekah ke Madinah) dan keluarga Nabi Muhammad s.a.w. Ketiga-tiga kelompok ini mahukan seorang dari mereka dijadikan Khalifah untuk meneruskan ajaran dan perjuangan Nabi s.a..w.. Kesemua mereka dari keturunan Arab belaka. Yang anehnya ialah pihak Syiah, majoriti Parsi, yang bukan Arab, memperjuangkan keluarga Nabi, yang berketurunan Arab sahaja yang layak menjadi Khalifah di bumi Allah. Bermula dari sinilah maka berbagai usaha telah diadakan untuk mengenengahkan perbezaan antara kelompok-kelompok Islam.

39. Sebenarnya al Quran tidak menentukan siapa dan cara untuk memilih Khalifah. Jelaslah bahawa ummat Islam berpecah kerana sesuatu yang tidak ada di dalam al Quran. Perbezaan amalan ini bukan penyebab kepada perpecahan tetapi kerana perpecahanlah maka menjadi besar perbezaan antara amalan.

POLITIK HENDAKLAH DI BAWAH UGAMA

40. Apatahlagi apabila ugama diletak di bawah politik dan bukan politik yang diletakkan di bawah ugama. Kini ugama menjadi alat permainan ahli-ahli politik dan ahli-ahli politik yang berugama tidak mengamal ajaran ugama lagi.

41. Inilah yang dikatakan 'kuasa' mengatasi 'aqidah'.
42. Media massa, wanita dan wang telah banyak dipergunakan untuk memecahbelahkan ummat Islam.

43. Propaganda Yahudi, umpamanya, begitu luarbiasa sehingga ada bekas pemimpin-pemimpin Islam yang kemudiannya menjadi hero untuk mempertahankam Zionis Israel.

44. Dengan adanya 'mole' atau dalang yang diwujudkan dalam negara-negara Islam maka potensi untuk membuat huru-hara, apabila cita-cita Zionis tidak tercapai, adalah sesuatu yang patut dijangkakan. Malaysia dan Indonesia, sebagai dua buah negara Islam, yang tidak mengiktirafkan Israel adalah sasaran kelompok Zionis ini. Media massa yang mereka kuasai di Nusantara juga berperanan memecahbelahkan umat Islam di Malaysia dan di Indonesia.

45. Itulah sebabnya, ada laporan yang menyatakan, apabila seorang tokoh Melayu berucap di dalam satu majlis yang diadakan di waktu kunjungannya ke Jerusalam, dia mempersoalkan faktor 'governance' dan mengutuk negaranya sendiri, sebagai penyakit yang diamalnya selalu. Dalam sesi soal-jawab berikutnya beliau kecewa kerana Yahudi yang hadir lebih menumpukan soalan kepada pengiktirafan Malaysia ke atas Israel. Jawabnya, 'saya bukan kerajaan.'

46. Siapa sahaja yang boleh digunakan untuk mencapai cita cita merobah ummat Islam dari ajaran Islamnya, bangsa Melayu dari ugama dan budayanya, semua kaum dari berbilang ugama, fahaman, bahasa ibunda yang hidup dalam harmoni, akan menjadi sasaran mereka.

47. Mereka yang akan menjadi sasaran ini akan diasuh oleh NGO-NGO dari luar negara untuk menerima nilai-nilai yang ingin mereka ketengahkan.

48. Badan-badan seperti  Institute Friedrich Naumann Stiftung yang mempelopori liberalisme democracy, dan individu seperti Ahli Parlimen Australia, sebagai seorang penyokong LGBT, yang jelas menentang Islam dalam ucapannya di Parlimen akan turut memainkan peranannya. Beliau dijemput oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia untuk mengawasi PRU 13. Sudah tentu kalau ada pensyarah dan pemidato yang mengecam LGBT atau ajaran pluralisma berugama, dan apabila pembangkang kekal sebagai pembangkang di dalam Parlimen maka Xenophon ini akan melaporkan pilihanraya kita nanti tidak telus dan adil.

49. Setelah kita membaca mengenai perangai Yahudi Zionis dan niat menyerang Amerika Syarikat sebagaimana yang didedahkan oleh Jeneral Wesley Clark marilah kita berpaling kepada sejarah bangsa Inggeris sebagai mantan bangsa yang menjajah negara kita.


THE REAL HISTORY OF BRITAIN  ( The First Bit  Not the boring bits

50. Putar-belit dan kekejaman rejim penjajah dapat kita baca dari buku ketiga yang bernama 'The Real History of Britain' (The First Bit - Not the boring bits) karangan John Farman. Buku ini penuh dengan kekejaman yang berlaku kerana perebutan kedudukan keluarga dan kuasa, wanita, lelaki dan harta.


BUKU-BUKU JOHN FARMAN

51. Cara Raja membunuh Perdana Menteri, cara Perdana Menteri membunuh Raja, cara kerabat di Raja membunuh sesama sendiri semuanya terpampang di dalam buku ini. Cara penulisannya agak mudah dan persembahannya juga penuh dengan humor.

52. John Farman juga banyak menulis buku-buku lain, antaranya ialah:

50.i. The Very Bloody History of Britain: The Last Bit
50.ii. The Very Bloody History of London
50.iii. The Short and Bloody History of Pirates
50.iv. The Short and Bloody History of Highwaymen
50.v. The Short and Bloody History of Spies
50.vi. The Short and Bloody History of Ghosts
50.vii. The Short and Bloody History of Knights

Buku-buku ini boleh diperolehi dari:

Red Fox Books
Publisher - Random House,
61-63 Uxbridge Road, London W5 5SA

53. Satu petikan yang menarik dari buku ini ialah mengenai Henry VIII yang mula memerintah England pada tahun 1509:

1509 - Henry VIII

54.i. The world famous Henry VIII became king at eighteen. He was an athlete, poet, musician, patron of the arts (and all round clever Dick). He wasn't a bit like his dad and soon started giving the French a hard time again but with little success.Henry spent most of his money on a huge navy, greatly encouraged by Thomas Wolsey, Archbishop of York, Cardinal and Chancellor who has as much money as the king. Henry VIII had six wives.

1509 - Wife No. 1
MARRIAGE DECLARED INVALID

54.ii. Now, as you remember Henry was married to his dead brother's wife - or should that be ex-wife - Catherine the Spanish girl. The trouble was, he thought she was knocking on a bit, especially as all their five children were daughters and four of them unfortunately dead. As he fancied a son ( and a housemaid called Anne), he decided to claim that the marriage was invalid - nice one, Henry - and got Wolsey to ask the Pope to let him off. The Pope, who was under the King of Spaind's thumb, refused. Henry, therefore, cheekily told him where to get off and made himself head of the Church.

54.iii. Two outstanding heads of Church and State, Bishop Fisher and Sir Thomas More, wouldn"t go along with it so Henry promptly had their heads off.

54.iv. Thomas's poor head was apparently parboiled, stuck on a pole, and exhibited on London Bridge. His daughter bribed the bridge-keeper to knock it down and she, being a good catch, nicked it and took it home. Years later, when dead herself, she was buried with it.

1532 - Wife No. 2
HEAD CHOPPED OFF

54.v. Henry married Anne Boleyn (the housemaid) and later charged Wolsey with extremely high treason which is a fine way to treat your mates!

54.vi. He then appointed Thomas Cromwell to replace Wolsey and together they dissolved' all the monasteries (probably in Holy Water) and took all the Church's assets, as at that time the Church owned about a quarter of the country.

54.vii. The Pope went do-lally and excommunicated him, but Henry just laughed and said 'Go forth and multiply'! This became the beginning of the Reformation which was the biggest shake-down the Church had ever seen. Anyone who didn't agree with Henry was called a heretic and promptly burned. Most people tended to like it!

54.viii. Anne (the housemaid), unfortunately, give him yet another daughter (Elizabeth) in 1533. This really put Henry's back up, but not as much as her flirting with the courtiers.

54.ix. When he found out, he chopped not only her head off, but all her supposed lovers' (plural) heads too. It's interesting to note that Anne was a bit of a freak, having an extra finger on one hand, and - even more weird - three breasts.

54.x. If the adultery and incest (with her brother) charges hadn't stuck, Henry planned to have her charged as a witch, using her deformities as evidence. It really wasn't Anne's year, for after being executed her heart was stolen and secretly hidden.

54.xi. It was found again in 1836 and buried under the church organ in Thetford, Suffolk. The current vicar's favourite song is reported to be 'You Gotta Have Heart'.

1536 - Wife No. 3

DIED DURING DELIVERY

54.xii. Next up was Jane Seymour who - good news - bore him a son, but - bad news - died in 1537 doing so. Tudor surgery, unfortunately, wasn't up to much.


1540 - Wife No. 4
DIVORCED

54.xiii. Now it was the turn of Anne of Cleves, 'The Flemish Mare'. Although she was remarkably ugly, it was generally reckoned to be politically a good idea. The marriage wasn't consummated (ask your parents) and he soon divorced her. He obviously wasn't too fond of horses (Flemish Mara?). Poor Cromwell got the chop because the marriage had been his idea. That's what happens if you do your friend a favour.


1540 - Wife No. 5
HEAD CHOPPED OFF

54.xiv. Henry then tried another maid-in-waiting, Catherine Howard, but she was a bit too bright for him so, true to form, he chopped the head off (an occupational hazard)

1543 - Wife No. 6
OUTLIVED HENRY VIII

54.xv. I bet Katherine Parr, Henry's last wife, was nervous on the wedding day. By this time Henry was in a terrible physical state and some of his afflictions were too disgusting to relate (which, believe me, is pretty disgusting) so Katherine outlived him. He died in 1547 aged fifty-six leaving a country, though broke from constant wars, more confident than ever before.


HATRED FOR THREE THOMASES

54. Dalam cerita ini ada tiga orang yang namanya bermula dengan Thomas iaitu, (1) Sir Thomas More dan (2) Thomas Cromwell. Kepala Thomas More ( Thomas ke 1 ) telah dipancong kerana Henry VIII mengangkat dirinya sebagai ketua gereja di Inggeris. Thomas Cromwell ( Thomas ke 2 ) pula telah menggantikan tempat Wolsey setelah Wolsey gagal mendapatkan restu Pope untuk berpisah dengan isteri pertamanya Catherine yang berasal dari Sepanyol. Henry memberi alasan perkahwinannya dengan Catherine tidak sah dan Catherine hanya melahirkan 5 anak untuknya dan semuanya perempuan belaka sedangkan Henry VIII mahukan anak lelaki sebagai bakal penggantinya.

56. Thomas Cromwell (Thomas ke 2 )berjaya merobohkan semua monastery dan merampas semua harta gereja yang jumlahnya sekitar suku dari harta negara.

57. Begitulah layanan yang diberi oleh raja ke atas isteri dan kawan-kawannya.

RANGKA THOMAS DIDAKWA DI MAHKAMAH

58. Yang anehnya, 350 tahun sebelum zaman Henry VIII seorang lagi yang bernama Thomas Becket ( Thomas ke 3)  telah dibunuh oleh raja Henry II iaitu dato' nenek kepada Henry VIII dari satu keturunan. Henry VIII sangat benci kepada Thomas Becket ( Thomas ke 3 ) sehingga rangkanya telah dibawa kembali ke pengadilan untuk dihukum:

58.i. Henry II was also to become (in)famous for invading Ireland and martyring his archbishop and best friend, Thomas Becket, who'd been throwing his weight around. He was a great and energetic king, however, galloping from one end of his empire to the other, appearing to be everywhere at once. Apart from having a few rebellious sons, everything went like clockwork (yet to be invented) until his demise in 1189.

58.ii. By the Way: Poor Thomas Becket wasn't to rest in his grave. 350 years after his death that naughty old Henry VIII, determined to have yet another go at him, had him dug up. The poor old saint's skeleton was brought before England's Star Chamber and accused of 'usurping papal authority'.

58.iii. After a formal trial, which must have look a touch weird, his bones - strangely unable to defend themselves - were convicted of high treason and publicly burned. Things never seem to go right for some people.


BAGI BANGSA MELAYU YANG ISTIMEWA

59. Dari buku Michael Collins kita dapat memahami punca dari masalah pergolakan di dunia ini. Iaitu Zionis Israel. Dari buku bertajuk 'Where to Invade Next' kita disedarkan dengan ancaman masa depan oleh negara-negara yang memerlukan minyak dan gas, yang bimbang adanya kuasa nuklear oleh negara selain Amerika Syarikat, sekutu-sekutunya, istimewa Israel, dan negara yang dianggap sebagai ancaman kepada Israel.

60. Dari buku-buku sejarah oleh Farman pula kita dapat mengenal jenis kezaliman yang dilakukan oleh raja dari negara yang utama, di satu zaman dulu, jika dibandingkan dengan raja kita yang sezaman dengannya. Sementara keturunan raja yang zalim itu sudah bertukar kepada keluarga lain di Malaysia ini wujud raja yang keturunannya memerintah dengan bijaksana sepanjang 876 tahun dari tahun 1136 Masehi.

61. Tidak ada kisah kezaliman  Sultan Mahmud Shah II yang memerintah Kedah dari tahun 1406 hingga 1546 selama 40 tahun jika dibandingkan dengan King Henry VIII yang memerintah England pada satu zaman dari 1509 hingga 1547 selama 38 tahun.

62. Cuba gambarkan apa yang akan terjadi kepada penunjuk-penunjuk perasaan dan penyokong LGBT di zaman Henry VIII; bagaimana pula nasib orang yang menghina negaranya sendiri di zaman Henry; apa yang akan berlaku ke atas mereka yang tidak menghormati raja dan menunjuk perasaan di hari pertabalan; apa akan jadi kepada mereka yang ghairah dan pandai berhutang tetapi lebih pandai tunjuk perasaan supaya hutangnya tidak perlu dibayar; apakah hukuman kepada sesiapa yang memperjuangkan nasib negara musuh tetapi bermusuhan dan mencaci negara sendiri.

63. Berterimakasihlah kita serukan kepada mereka yang bermain kriket di dalam bilek berdindingkan kaca.

TANGGUNGJAWAB KITA

64. Kita bertanggungjawab pertahankan sistem raja berperlembagaan kita, ugama Islam yang kita anuti, dan menjadi ugama rasmi negara, dan masa depan bangsa Melayu dan negara Malaysia yang berbilang kaum. Raja-raja kita juga perlu menjaga akhlak masing-masing dan bertindak sesuai dengan kedudukan raja sebagai ketua ugama dan adat-istiadat bangsa Melayu. Jika ada sebarang kekurangan pada mana-mana individu yang diberi gelaran raja kita perlu sedar bahawa mereka juga adalah manusia. Tetapi raja kita tidak sezalim Henry VIII dan tidak rakus dan menyeleweng sebagaimana yang terdapat di kalangan pegawai dan ahli-ahli politik kita. Raja-raja kita juga tidak tergolong dalam lingkungan anggota LGBT dan sentiasa mempertahankan negara di dalam dan di luar negara.

BERSATULAH

65. Untuk keamanan dan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi di dalam negara itu pengasas UMNO (United Malays National Organiszation) atau PERKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) Dato' Onn bin Jaafar telah menyeru dan menyampaikan amanah di persidangan Kongres Melayu pada pagi 1hb Mac, 1946 seperti petikan berikut:

" ...... Sungguhpun ada di antara kita yang berlainan fikiran dan fahaman serta berlainan taraf kedudukan, tetapi hakikat tujuan dan maksud kita hanya satu jua: iaitu kita hendak meninggikan dan memelihara maruah serta keseponan bangsa kita.


Kita berkahendak supaya tanahair dan bangsa kita terselamat dan kuat - dan hanyalah boleh kuat jika kita bersatu padu.


Dan lagi kita berkahendak kepada mengambil bahagian dan pikulan kita pada menolak keaipan yang disebabkan oleh kebinasaan dan kehapusan bangsa kita.


Kita berkahendak melihat supaya berhasil persatuan di antara bangsa kita, disokong dan dibantu dengan sepenuh-penuh serta secukup-cukup kekuatan mengikut kahendak zaman"


SEBUAH PERTUBUHAN INDUK

66. Dato' Onn seterusnya mengajak orang Melayu supaya mengadakan sebuah Pertubuhan Induk untuk mewakili umat Bangsa dengan berkata:

" ... Orang-orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah mendirikan persekutuan, persatuan, kesatuaan, parti dan pergerakan, - kesemuanya dengan tujuan hendak menyatukan dan memperbaiki keadaan kehidupan bangsanya. Adapun akhtiar yang terbuka kepada kita ialah dengan mengadakan 'persatuan' di antara kesatuan-kesatuan dengan berdiri dan berpegang teguh kepada 'persatuan' itu ... "

BERSEDIA MENGHADAPI BENCANA

67. Seterusnya Dato' Onn meminta umat bangsanya bersedia dengan hati yang teguh untuk menghadapi bencana yang akan datang, dengan berkata:

" ..... Pada hari ini lebih daripada lain-lain masa di dalam tawarikh bangsa Melayu, adalah kita dikahendaki berkuat hati supaya dapat kita hadapi apa jua yang akan datang dengan kepercayaan di atas diri kita sendiri.


Marilah kita tunjukkan kepada dunia, iaitu roh dan semangat datuk nenek kita itu masih ada dengan kita.


Marilah kita tunjukkan, iaitu kita masih boleh mengangkat kepala kita dan menatap dunia bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya membuat.


Marilah kita tunjukkan, iaitu seberat-berat paluan boleh kita pertahankan dengan tersenyum dan berhidup dengan lebih segar dari dahulu.


Marilah kita tunjukkan, iaitu dengan persatuan di antara, maka kita berkahendak menzahirkan satu bangsa yang lebih tegap dan subur, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu. Marilah kita mengaku akan diri kita tidak kurang sedikit pun dari lain-lain bangsa. Marilah kita bersatu dan berusaha bagi faedah bangsa kita dan marilah kita berkerjasama dan menyamakan perusahaan kita itu bagi melayakkan diri kita menjadi satu bangsa yang besar .... :

BUATLAH YANG BELUM PERNAH KITA LAKUKAN

67. Seterusnya Dato' Onn menyeru kepada umat bangsanya:

" ... Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha.

Tunjukkanlah bahawa kita ini sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang pernah menghadapi merbahaya dengan bersatu hati. Dengan bersatu itu sahaja akan dapat kita menghadapi masa yang akan datang dengan harapan akan jaya cita-cita kita itu".

TABAH, SABAR DAN YAKIN

68. Dato' Onn meminta orang Melayu menghadapi apa jua yang akan datang dengan hati yang kukuh dan berperasaan sabar serta dengan penuh kepercayaan di atas keikhlasan niat-niat dan tujuan kita:

" .... Insya Allah, pada suatu hari kita akan hidup di dalam cahaya sinaran kemerdekaan, sama taraf dengan orang-orang yang merdeka dan akan menjadi kemegahan kepada diri kita sendiri.".

KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN

69. Oleh kerana Melayu kini sudah berpecah belah maka saya gunakan kata-kata Dato' Onn Jaafar yang dipetik dari buku anaknya Leftenan Jeneral (B) Dato' Jaafar Onn yang bertajuk " UMNO dan MALAYAN UNION". Mengikut kata hikmat orang tua-tua Melayu:


'apabila kita sesat di hujung jalan maka kita hendaklah kembali ke pangkal jalan".

70. Kita telah dijajah kerana kita berpecah belah, di masa silam.

71. Bila kita bersatu kita berjaya mencapai kemerdekaan.

72. Apakah tidak kita akan dijajah semula, dalam bentuk lain, apabila kita berpecah-belah.

73. Benamkanlah nafsu dan berfikirlah semula. Janganlah cuba menutup fakta kebenaran yang aib dengan berlindung di bawah perkataan fitnah.

74. Dalam satu pertemuan di antara Tun Dr. Mahathir dengan seluruh pimpinan PERKASA pusat dan negeri beliau telah menyatakan bahawa jika beliau mengundi di Kubang Pasu maka beliau pasti akan mengundi Barisan Nasional walaupun calonnya ialah seorang yang pernah beliau didik dan akhirnya telah membayar RM200-00 kepada para Perwakilan Mesyuarat Agong UMNO Bahagian supaya tidak memilihnya sebagai wakil UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO.

72. Seterusnya Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa jika beliau mengundi di Kuala Kangsar beliau tetap akan mengundi Barisan Nasional walau pun calonnya seorang Menteri yang pernah mengecam beliau.

73. Inilah ketegasan dan keazaman yang diperlukan untuk Melayu dan Malaysia dapat terhindar dari penjajahan kuasa luar yang tidak ingin melihat umat Islam dan bangsa Melayu yang beriman, beradat dan beradab untuk terus mengekalkan kemerdekaannya dengan bersatu padu.

74. Semoga bangsa Melayu dan umat Islam tidak terbunuh semangat dan identitinya oleh mereka yang berfahaman 'Thou Shall Not Kill' tetapi 'Killing All The Way'.

75. Apa yang saya tulis di atas hanyalah sedutan atau tafsiran dari isi 4 buah buku berkenaan. Saya berharap semua anak-anak muda Melayu, khususnya yang masih belum tercemar jiwanya supaya menghidupkan budaya 'IQRA'' sebagaimana perintah dalam ayat pertama di dalam Al Quran.   

11 comments:

Anonymous said...

Tan Sri,
Tulisan Tan Sri ini telah memperingatkan saya bahawa UMNO Baru yang diasas dan dipimpin oleh saorang berdarah India telah membunuh beramai-ramai Melayu penganut Islam diMemali

Porium Jalan Belangkas

Anonymous said...

To Anon 3:35,

Sila semak dulu fakta anda sebelum membuat komen tersebut

koloGnyer said...

hehhe anon 3.35.....

jangalah terlalu ikut hati dan perasan dalam membuat penghakiman/kesimpulan...

jangan terjerumus ke dalam kelompok akhir zaman yg tidak mementingkan kebenaran tetapi hanya memuaskan amarah hati shj....

Anonymous said...

UMNO silap apabila mengatakan PAS adalah sebuah parti politik.Sebenarnya PAS adalah satu ugama.3.35 adalah salah seorang penganutnya.

syed PPJASA. said...

HANYA MANUSIA YANG JAHIL SAHAJA SANGGUP MENOLAK KEBENARAN. APA YANG DITULIS OLEH TAN SRI SANUSI ADALAH KESAN SEJARAH YANG PERLU DIJADIKAN PANDUAN UNTUK SEJEJAHTERAAN ANAK CUCU KITA. SESUNGGUHNYA, PAS TELAH MELETAKKAN POLITIK DI ATAS AGAMA SEDANGKAN PAS SEPATUTNYA MELETQKKAN AGAMA DI ATAS POLITIK. ALLAH MAHA KUASA. PAS TELAH DIKURNIAKAN SEORANG PEMIMPIN ( TIMBALAN PRESIDEN) YANG MEMPUNYAI REKOD MEMBALUN ISTERI RAKAN KARIBNYA SENDIRI. KINI, PAS MENYOKONG APA SAHAJA PERBUATAN SURJANA RAKAN SEKUTUNYA DI DALAM PAKATAN RAKYAT KERANA MENGEJAR KUASA YANG TAK TENTU BIKA AKAN DINIKMATINYA. TAHNIAH ! TAN SRI KERANA TELAH MEMAPARKAN SECEBIS SEJARAH DUNIA YANG PATUT DIJADIKAN TAULADAN DAN JUGA SEMPADAN.

Fazullah said...

Tan sri Sanusi banyak idea bernas tapi kenapa ia kechundang dalam politik dan tidak boleh jadi Perdana Menteri.
Sebabnya mengikut pendapat saya Sanusi ini hanya shok sendiri.Dalam UMNo ia anggap dialah yang pandai sekali.

Orang UMNO mengangap Tan Sri Sanusi ini Gila.Kasehan dia.Bila saya berjumpa dengan gabenor Acheh dan menyebut sahaja nama sanusi,dia ketawa besar.Katanya Pak Sanusi itu ketingalan zaman.Dia berani cakap tapi tak pernah dikotakan.Ramai orang Acheh yang berjumpa dengan dia kecewa sekali.

Awak Aceh said...

Saya sangat tertarik dengan cara pemaparan yang Tan Sri sampaikan di sini. Perintah membaca memang harus kita amalkan dalam keseharian kita kalau ingin sukses di dunia dan di akhirat. Kalau kita malas membaca maka orang akan mudah sekali untuk menipu untuk kepentingan mereka sendiri, akhirnya menjadi lembu yang dicucuk hidungnya dan diheret ke sana ke mari oleh orang lain tanpa mereka menyadarinya. Contohnya mungkin seperti Anon yang menamakan dirinya Porium Jalan Belangkas dan Fazullah.

Saya rasa Fazullah ini seorang yang kecewa dalam hidupnya karena banyak cita-citanya tidak tercapai, lalu dia mecoba menyalahkan dan menebar fitnah serta kebencian terhadap orang lain. Pandangan Saudara Fazullah pada Tan Sri Sanusi saya rasa telah menunjukkan keterbatasan ilmu dan kedangkalan pemikiran yang dia miliki. Saudara Fazullah ini ada penyakit SMS (Susah Melihat Orang Senang ataupun Senang Melihat Orang Susah). Selaku orang Aceh saya dapat katakan bahwa pandangan Fazullah ini keliru karena kami di Aceh bangga dan kagum pada prestasi Tan Sri Sanusi khususnya dalam politik dan pembangunan. Kami di Aceh sangat mengharapkan Tan Sri Sanusi dan tokoh-tokoh Aceh lainnya di Malaysia agar bersedia menyumbangkan pemikiran untuk bersama-sama membangun Aceh.

Saudara Fazullah mungkin kenal kepada Gubernur Aceh yang tertawa besar itu. Sekarang karena terlalu besar dia tertawa maka dalam pemilu baru-baru ini dia sudah kalah dan tidak lagi terpilih menjadi Gubernur karena orang Aceh sudah tahu kalau dia bukan seorang pemimpin yang baik dan juga tidak begitu pandai. Kalau Fazullah jumpa lagi dengan Gubernur Aceh yang sudah kalah itu maka saran saya tertawalah lebih besar lagi bersama-sama untuk merayakan kekalahan dan kegagalan memimpin Aceh.

Sekali lagi saya tegaskan, kami di Aceh tidak perlu orang-orang yang tidak begitu pandai seperti Fazullah. Nasehat saya kepada Fazullah, jangan coba-coba mengajak orang Aceh menjadi lembu seperti saudara. Kami orang Aceh tahu siapa yang boleh kami jadikan panutan dan tempat minta saran serta pandangan untuk kemajuan “BIEK ACEH”.

Melayu Muda said...

Tan Sri, terima kasih kerana terus menulis dan membuka minda kami anak-anak muda Melayu. Kami sedih melihat ramai rakan-rakan kami terus diperkuda oleh orang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri dengan menghalalkan segala cara. Di sini saya nak turunkan apa yang sudah ditulis oleh jurublog Barking Magpie mengenai Brother Anwar bin Ibrahim dalam masukan berikut
http://barkingmagpie.blogspot.com/2012/05/dont-you-just-love-resolute-and.html

Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) is clearly employing the lemming logic, directing his poor and pathetic followers down the political precipice and oblivion!

For a man who is HIV positive, yes you heard me right, surviving only on cocktail drugs that only the rich can afford, and just to prolong his life or to borrow some time, this man has nothing to lose.

Like Nero he has no problem seeing the country burn.

Unlike Freddie Mercury, who wrote beautiful songs upon realising he had contracted AIDS before he died, this BABI is willing to burn and destroy the country!

With his HIV positive and his spreading further his affliction to anyone he had sex with (man or woman) he has committed a heinous crime by spreading his disease!

This man is dangerous! Can someone do something to stop him please!!!

Saya setuju dengan pandangan juru blog Barking Magpie bahwa Brother Anwar bin Ibrahim sangat merbahaya bagi Melayu khasnya dan Malaysia pada amnya, apatahlagi dengan penyakit HIV yang ada pada dia. Meminjam kata-kata Nabil Raja Lawak, kepada pencacai-pencacai Brother Anwar bin Ibrahim, saya mengakhiri komen ini dengan ucapan “Lu Pikirlah Sendiri”.

syed.ppjasa said...

BILA SALA BACA KOMEN FAZULLAH, SAYA RASA MARAH PUN ADA, SIMPATI PUN ADA. SAYA RASA FAZULLAH INI MANUSIA YANG KECEWA DAN PUTUS HARAP DALAM KEHIDUPANNYA. MUNGKIN DIA NI DARI KUMPULAN ANWAR AL JUBURI YANG TURUT TERSINGKIR DARI ARUS PERDANA POLITIK UMNO AKIBAT KECELAKAAN DAN KEDURJANAAN YANG DILAKUKAN OLEH BOSSNYA.. JIKA FAZULLAH MENGANGGAP PERJUANGAN TAN SRI SANUSI SEMATA MATA MENGEJAR KUASA, FAZULLAH SEBENARNYA TERSILAP PERTUTURAN. ORANG MACAM TAN SRI SANUSI SANGGUP HANCUR DAN MATI DIHUJUNG KERIS DALAM MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN KEBENARAN JIKA DIBANDINGKAN DENGAN WATAK ANWAR AL JUBURI ATAU MAT SABU PEMBALUN ISTERI ORANG YANG SANGGUP MENGGADAI MARUAH DIRI DAN KELUARGA SEMATA MATA KERANA KEMARUK KUASA. KOMEN FAZULLAH MERUPAKAN KOMEN MANUSIA BIADAP YANG BERNAFSUKAN HAIWAN, SEBAB APA SAYA KATA HAIWAN.......KERANA HAIWAN SAHAJALAH YANG MELAKUKAN SESUATU TANPA MENGGUNAKAN OTAK. TAPI KITA JUGA PERLU FAHAM KERANA OTAK HAIWAN AMAT TERBATAS DAYA PEMIKIRANNYA. SAYANG,,,...FAZULLAH YANG DIKURNIAKAN OTAK YANG SEMPURNA OLEH ALLAH SWT MASIH BERFIKIR DAN BERTINDAK MACAM SEEKOR HAIWAN.

Faizulah said...

Saya bukan pengikut Anwar atou terlibat dalam politik Malaysia.Saya kenal Sanusi semasa sia berkerja dengan Bank.Dia tuboh Shamelin,Shamelin mampus.Dia berjanji hendak bekalkan sejanta dari Libya kapada Pejuang Acheh tapi tak berjaya.Sekarang dia menafikan peranannya.Jadi orang orang Acheh terpasa seludup senjata dari Thailan.Banyak yang kena tangkap dan masok kemunting.

Orang orang Acheh memang pandai dan bijak tapi kebanyakan mereka khayal kerana banyak makan Ganja.

Allah marah dengan orang Acheh jadi dia musnahkan dengan Tsunami.Sanusi ini macam ayam jantan,berkukok pandai tapi jubornya penoh dengan tahi.

Sanusi pandai cakap dan banyak idea tapi kenapa dia kechundang dalam politik UMNO.Jika pergi di Kedah sekarang sebut sahaja nama Sanusi mereka kata itu MB gila.

Cikgu Pakar said...

Tan Sri,
Ketika menuntut di England, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca. Saya masih ingat pada satu pagi di hujung minggu telah singgah seorang floor-mate berasal dari India ke bilik saya. Dia membawa banyak buku sehingga yang kelihatan ialah cuma mata dan giginya. “Have you heard about Nostradamus?’, tanya pemuda itu kepada saya. “Yes, of course. Why?”, balas saya. “ Well, I have some of his books here… if you’d like to read one.” Sayapun membelek-belek buku yang ada ditangannya dan akhirnya mengambil sebuah yang agak menarik buat saya. Sebenarnya saya tidak begitu tertarik dengan ramalan, tilik-menilik ataupun hantu. Saya bukan seperti Melayu yang tidak dapat membezakan ‘ilmu’ dengan ‘gila’. Saya berpegang kepada fakta dan bukan persaan taksub yang keterlaluan.
Buku Nostradamus bukanlah mudah untuk difahami kerana ia ditulis dalam bentuk sastera. Sedikit demi sedikit saya begitu terpegun dengan ramalan Nostradamus. Banyak ramalannya yang telah menjadi kenyataaan (mungkin secara kebetulan). Apa yang menarik hati saya ialah ramalannya tentang kemunculan seorang puteri ( saya tafsirkan sebagai Lady Diana) di England yang disayangi oleh segenap lapisan masyarakat. Beliau meramalkan bahawa perkahwinan puteri ini akan runtuh dan beliau akan mati di dalam kemalangan kenderaan pada usia yang muda. Ketika saya membaca buku itu, Puteri Diana masih berkahwin dengan Putera Charles.
Ketika Diana muncul di kaca tv, mendedahkan perasaan gundahnya di atas kecurangan Charles terhadapnya, seluruh England menjadi lumpuh kerana mereka berada di depan tv. Keesokan harinya (di bilik kuliah) topik perbincangan ialah tentang Lady Diana. Seorang pensyarah berbangsa Irish (yang bersimpati dengan perjuangan IRA) telah berkata kepada kami semua, “ Pity her because now they have to get rid of her. A car accident is just like that (sambil memetik jarinya). Akhirnya ramalan Nostradamus dan pensyarah Irish ini menjadi kenyataan. Tidak mungkin mereka akan membenarkan Raja England (Prince William- yang menjadi ketua gereja England mempunyai seorang ibu beragama Islam sekiranya Diana memeluk Islam setelah berkahwin dengan Dodi Al Fayed).
Saya juga membaca ramalan Nostradamus tentang kemusnahan Amerika Syarikat yang dilanda oleh malapetaka alam yang amat dasyat pada kurun ini sehingga ia menjadi negara yang miskin. Juga kehancuran Israel yang diserang habis-habisan oleh gabungan tentera Islam pada tahun 7 (saya masih tidak faham apa yang dimaksudkan dengan tahun 7).
Namun demikian saya tidaklah begitu taksub dengan ramalan Nostradamus kerana kemusnahan Malaysia atas usaha yahudi durjana dengan bantuan Melayu durjana bernama Anwar Ibrahim telah sampai di ambang pintu. Begitu rapuh benteng pertahanan kita kerana nasihat dan ingatan Sanusi dianggap gila. Kebetulan buku yang saya baca minggu lalu bertajuk ‘Tapai’ tulisan Hishamudin Rais, sahabat baik Anwar, juga salah seorang pemimpin Bersih 3.0. Membaca buku ini meyakinkan ketakutan saya yang Melayu sedang sakit apabila beliau tanpa segan silu memandang remeh hukum Allah.
Hanya manusia sakit yang menganggap Sanusi gila.