KELUCUAN YANG BERMAKNA
3. Ada di antara pembaca blog ini yang telah mencadangkan supaya saya padamkan komen yang rhetorik dan tidak sopan yang dibuat berulang-ulang oleh orang yang sama atau dari kumpulan yang sama, yang digelar sebagai Cyber Trooper. Sehingga kini saya fikirkan ada baiknya kita benarkan mereka membuat komen negatif sedemikian supaya kita sentiasa teringat bahawa masih ada segelintir dikalangan bangsa kita yang masih mempunyai banyak kekurangan dari segi ilmu, budi, bahasa dan adab. Walau pun mereka menghentam tetapi yang penting ialah mereka membaca apa yang ditulis, walau pun tidak semuanya, dan Insya Allah, kita do'akan, hati mereka akan terbuka, kerana yang bersalah, yang diketahui oleh Allah s.w.t., tentu mengetahui akan kesalahan peribadinya.
4. Cyber Trooper yang menegakkan yang salah ini perlulah kita pandang dengan penuh simpati kerana itulah kerja yang mereka diupah untuk mengerjakannya. Mudah-mudahan rezeki sedemikian halal untuknya.
1. Baik di bangku sekolah atau di dalam perjumpaan, kursus dan seminar kita sering mendengar cerita yang lucu tetapi menjadi bahan renungan yang boleh menimbulkan kesedaran dan keinsafan kepada kita. Setelah saya menceritakan mengenai 'definasi joget' oleh Allahyarham Hashim Gera, seorang ahli politik yang saya katakan dari luar Kedah', yang bermaksud bukan dari negeri Kedah (seperti komen yang menyatakan beliau dari Perak), ada yang menelipon saya meminta supaya saya menulis lebih banyak mengenai hal-hal yang lucu tetapi bermakna.
2. Sebelum itu ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kapada yang membuat teguran di dalam komennya yang betul mengenai Haji Hadi dan Kitab Zabur. Memanglah benar kawasan Haji Hadi ialah di Marang dan bukan Kemaman dan Kitab Zabur pula ialah untuk Nabi Daud a.s. (yang disebut di dalam buku Yahudi sebagai King David) dan bukan Nabi Musa. Teguran begini sangatlah saya hargai.
3. Ada di antara pembaca blog ini yang telah mencadangkan supaya saya padamkan komen yang rhetorik dan tidak sopan yang dibuat berulang-ulang oleh orang yang sama atau dari kumpulan yang sama, yang digelar sebagai Cyber Trooper. Sehingga kini saya fikirkan ada baiknya kita benarkan mereka membuat komen negatif sedemikian supaya kita sentiasa teringat bahawa masih ada segelintir dikalangan bangsa kita yang masih mempunyai banyak kekurangan dari segi ilmu, budi, bahasa dan adab. Walau pun mereka menghentam tetapi yang penting ialah mereka membaca apa yang ditulis, walau pun tidak semuanya, dan Insya Allah, kita do'akan, hati mereka akan terbuka, kerana yang bersalah, yang diketahui oleh Allah s.w.t., tentu mengetahui akan kesalahan peribadinya.
4. Cyber Trooper yang menegakkan yang salah ini perlulah kita pandang dengan penuh simpati kerana itulah kerja yang mereka diupah untuk mengerjakannya. Mudah-mudahan rezeki sedemikian halal untuknya.
5. Mengenai pertanyaan samaada Ustaz Ismail Mina boleh dikatakan seorang pengasas ABIM sedangkan namanya tidak ada dalam senarai pengasas yang terdaftar, sebenarnya nama DS Anwar Ibrahim juga tidak ada dalam senarai pengasas, kerana beliau memimpin satu persatuan pelajar pada waktu itu tetapi saya sebutkan beliau sebagai pengasas kerana, sebagaimana Ustaz Ismail Mina beliau turut mengasaskan ABIM. Ketua Jawatankuasa Pengasas ABIM ialah Prof. Dr. Ghazali Nawari dan saya nombor dua dalam senarai.
ENAM BUAH CERITA
6. Enam cerita, berita atau kesah yang saya diberitahu atau mendengar ialah:
6.1. Ucapan Ketua Penerangan UMNO Melaka YB Abd. Ghani Ishak mengenai orang Inggris, China, India dan Melayu bila ramai, ada beberapa orang dan bila tinggal bersendirian.
6.2. Isi soal jawap mengenai perangai pekerja estet Melayu China dan India, selepas syarahan seorang bekas executive syarikat Dunlop, Charles Handy, di Universiti London, atas tajuk 'Management of Estate Workers'.
6.3. Cerita Sdr. Zulkifli, dari Benta, Pahang, waktu duduk-duduk bersama isterinya Zainab, berasal Negeri Sembilan, di rumah mereka di Highbury Islington, London apabila tersebut rancangan menjual satay di SOHO berdekatan dengan Piccadilly Circus.
6.4. Jawapan YB Haji Redza Haji Said, ahli Parlimen Kawasan Rembau-Tampin yang memujuk saya untuk menjadi ahli UMNO, dan tidak ahli PAS sebelum saya menjadi ahli UMNO pada 13hb Oktober, 1963.
6.5. Jawapan Tun Abdul Razak kepada Pergerakan Pemuda UMNO Pahang dalam satu majlis yang diadakan oleh pergerakan itu kepada soalan 'Kenapa Sanusi Junid dibenar menjadi calon Barisan Nasional sedangkan dia tidak menjadi ahli UMNO'.
6.6. Jawapan Tunku Abdul Rahman, setelah bersara, ke atas pertanyaan saya kenapa beliau 'benci' kepada Tun Dr. Mahathir.
HOBI MENDENGAR CERAMAH POLITIK
BILA INGGERIS, INDIA, CINA DAN MELAYU RAMAI DAN BERSENDIRIAN
7. Waktu saya bekerja di Seremban sebagai pegawai pelatih The Chartered Bank, Seremban saya dibantu oleh Sdr. Majid Baba sebagai pembantu pejabat. Di dalam UMNO saya menjadi Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Seremban Bandar dan Majid menjadi ketuanya. Saya telah bersetuju supaya saya mengisi minyak petrol untuk motor Vespanya dan saya dibonceng di belakang apabila kami ke sana sini untuk mendengar ceramah politik.
ABD. GHANI BIN ISHAK - DI MELAKA
8. Kami pernah turun dengan Vespa sehingga ke Batu Pahat untuk mendengar ceramah. Dalam satu ceramah di waktu 'khemah kerja' saya teringat YB Abd. Ghani Ishak, Ketua Penerangan UMNO Melaka di waktu itu, menceritakan perangai orang Inggeris, China, India dan Melayu apabila mereka ramai, ada beberapa orang dan apabila tinggal bersendirian.
9. Kata YB Ghani bila orang Inggeris itu ramai dan kuat mereka akan menjajah negeri orang, apabila mereka tinggal beberapa orang maka mereka akan main 'cricket' dan jika mereka tinggal bersendirian mereka akan membaca buku.
10. Orang China pula bila mereka ramai mereka ke arah menjadi komunis (waktu itu kita sedang bermusuhan dengan negara China komunis yaang ramai rakyatnyaa; dan kita berkawan dengan Taiwan dimana penduduk Chinanya tidak begitu ramai), bila China tinggal beberapa orang mereka akan berpakat untuk berniaga, dan bila China tinggal seorang diri dia akan hisap candu.
11. Orang India pula kalau sudah ramai akan menguasai persatuan sekerja, bila tinggal beberapa orang dia akan makan sirih sambil bekerja, kalau tinggal sendirian dia akan mabuk minum todi.
12. Orang Melayu akan buat khenduri bila dah ramai, kalau tinggal sebilangan kecil mereka kerja mengupat dan bila Melayu tinggal seorang diri dia akan tidur.
13. Kesimpulannya ialah jika kita ingin maju kita hendaklah mengikut orang Inggeris bila bersendirian, iaitu membaca buku, mengikut orang China apabila tinggal segelintir, iaitu berpakat untuk berniaga dan hendaklah kita menguasai politik kerana kita yang paling ramai.
14. Kita hendaklah tidak lagi tidur, mabuk atau hisap dadah bila bersendirian, tidak lagi hanya bermain dan mengupat bila ada beberapa orang, dan hendaklah tidak menghabiskan wang untuk berkhenduri, atau berpersatuan untuk mendesak majikan supaya bayar lebih gaji sementara prestasi kerja semakin meleset, dan tidak kejam menjajah atau menekan secara tidak adil bila kita sudah ramai.
CHARLES HANDY DI SEBUAH UNIVERSITI
15. Kerana saya telah menolak biasiswa yang ditawarkan untuk belajar Mathematics di Universiti Malaya maka saya telah mendapat biaya The Chartered Bank untuk belajar di London. Kerana minat saya kepada Bahasa Jerman maka saya telah pergi ke Berlitz School of Languages di sana dan menawarkan diri untuk mengajar Bahasa Melayu kepada eksekutif estet-estet milik Inggeris yang akan bertugas di Malaysia. Kerana hubungan dengan mereka saya telah dijemput untuk mendengar satu syarahan atas tajuk 'Management of Workers' oleh Charles Handy, bekas pegawai Shell dan Estet yang kemudiannya menjadi pengarang dan pensyarah universiti.
16. Charles Handy menceritakan perangai pekerja Melayu, India dan China di estet-estet di masa itu.
17. Yang menjadi masalah besar di estet ialah 'punctuality and accuracy' iaitu ketepatan waktu hadir berkerja dan ketelitian cara bekerja. Punctuality atau tepat masa bekerja bererti seseorang pekerja itu hendaklah hadir di tempat bekerja dan mulai bekerja pada waktu yang ditentukan. Accuracy atau kemampuan bekerja pula biasanya menuntut supaya pokok diturih setakat di kulit sahaja tidak sampai terkoyak pokok di bawah kulit itu. Kerana ini akan mencacatkan pokok.
18. Masalah pekerja Melayu ialah banyak meminta cuti sehingga adik sepupu menantu iparnya berkhatan pun dia akan bercuti untuk turut serta mera'ikan majlis.
19. Pekerja India pula selalu sakit.
20. Bila pekerja India, mengikut Charles Handy, menorih hingga termakan isi pokoknya dia akan dipanggil ke pejabat pada keesokan paginya. Bila ditanya kenapa dia melakukan kesilapan dia akan menjawab dia menoreh menggunakan bangku. Tiba-tiba bangku itu goyang sehingga dia menoreh termakan isi pokok. Kata pekerja 'itu bangku juga salah, siapa suruh dia goyang?' Bila di tanya lagi kenapa bangku itu goyang waktu dia di atasnya, dia akan menjawab 'anjing sudah mari, anjing salak banyak kuat, aku pun terkejut dan bangku pun bergerak. Itu anjing juga salah, siapa suruh salak? Saya tak salah'.
21. Jika melakukan kesalahan begini buat kali ketiga maka dia akan dipindah untuk menoreh di kawasan pokok yang tua-tua. Biasanya pokok tua susunya kurang. Pekerja akan protes dan dia akan bawa kesnya kepada komiti persatuan sekerja.
22. Kata Charles Handy dengan pekerja India kita terpaksa bertembung dengan kesatuan sekerjanya.
23. Jika pekerja Melayu pula yang menurih sehingga termakan isi pokok maka beliau akan datang ke rumah pengurus estet, dan tidak ke pejabatnya, awal selepas subuh untuk meminta ma'af. Biasanya dia akan bawa buah durian sebagai hadiah jika itu kegemaran pengurus.
24. Atas kesalahan yang sama buat kali kedua penurih Melaayu ini bukan saja setakat meminta ma'af tetapi kadangkala diiringi dengan tangisan dan diikuti pula oleh keluarga ke rumah pengurus untuk sokongan moral.
25. Melayu menjadi garang dan marah apabila dia membuat salah kali ketiga dan dipindahkan ke kawasan pokok yang tua. Pada waktu itu dia akan datang sendirian ke pejabat pengurus dan dengan garangnya sampai menumbuk meja pengurus dan mengingatkan 'sifat Inggeris memang begini. Itulah sebabnya Dato' aku dulunya turut menentang Malayan Union dan lain-lain lagi sejarah hidupnya ...'
26. Lepas itu pekerja itu akan meninggal kerjanya. Dia tidak pun melaporkan kesnya ke UMNO setempat kerana dia tidak menjadi ahlinya.
27. Dalam menghadapi pekerja Melayu, kata Charles Handy, kita hanya perlu berkeras jika dia tidak bekerja dengan memuaskan. 'The Malays will quit with insult or under pressure.'
28. Pekerja China lain lagi. Dia hanya kata 'Soli' bila dipanggil ke pejabat. Mukanya masam. Kali kedua salah dia akan lebih marah 'tak tahulah pada dirinya atau pada majikan'. Kata Charles Handy.
29. Apabila dipindah ke kawasan pokok getah tua setelah membuat kesalahan ketiga pekerja China ini akan pindah tanpa sebarang protes. Dia tidak ada kesatuan sekerja dan keturunannya juga tidak terlibat dengan perjuangan menentang Malayan Union dan dia juga tidak peduli kepada MCA, waktu itu GERAKAN dan DAP belum ada.
30. Biasanya, selepas beberapa hari pekerja China ini dipindahkan kawasan kawasan getah muda yang diusahakannya dahulu telah didapati pokoknya diracun. Kata Charles, 'This is just a pattern and there is no evidence that the worker has done it.' Kesimpulannya bila estet hukum pekerja China keselamatan pokok wajib diberi perhatian. We cannot afford similar coincidences to repeat'.
31. Pendeknya, Melayu suka merajuk, India suka protes dan China suka dendam. Walau pun pekerja Melayu tidak ramai dalam estet, Charles kata merekalah yang terbaik kerana bila dia salah dan dihukum maka dia akan lari.
ZULKIFLI TINGGAL DEKAT STADIUM ARSENAL
32. Bila saya sampai di London saya telah diletakkan oleh The Chartered Bank di YMCA (Young Man Christian Association) hostel. Pada keesokan harinya saya pergi ke Piccadilly Circus dan ternampak Malaysian Trade Commission di sana. Saya masuk dan bertemu dengan Zulkifli Salleh seorang kakitangan kita di sana. Saya pun keluar ke cafe' dengan Zul dan bercerita mengenai keinginan saya untuk berpindah dari hostel YMCA. Zul berasal dari Dong dekat Bentong di Pahang.
33. Zul memberitahu saya bahawa di waktu muda dia pernah bercinta di kampung dan menjanjikan akan belajar dengan rajin dan pergi ke England untuk belajar. Bila dia gagal dalam peperiksaan Senior Cambridge dia terpaksa juga pergi ke England. Oleh kerana tiada biasiswa maka dia berjalan kaki dan hitch-hike kesana yang memakan masa lebih 6 bulan sebelum sampai.
34. Dia jumpa dengan Zainab baik saja Zainab sampai di salah sebuah pelabuhanan di England setelah belayar dengan kapal laut dan bekerja sebagai jururawat di dalam kapal itu. Kak Zainab pandai memasak dan Zul pula ( dia tak bagi kita panggil dia abang kerana merasa tua ) sedang bekerja sambil belajar untuk diploma dari Institute of Marketing.
35. Di satu pagi Sabtu, oleh kerana Satay Kak Zainab begitu sedap dimasaknya, saya telah mencadangkan kepada Zul supaya dia cuba praktikkan ilmu 'marketing'nya dengan menyuruh Zainab buat satay dan bersama saya menjualnya di SOHO.
36. Sempat 2 Sabtu dan 1 hari Ahad saya dan Zul meletakkan meja di satu simpang yang sibuk di SOHO dan menjual satay yang dimasak oleh Zainab. Sekejap saja dah habis. Pelanggan kami makan satay dengan cara mereka sendiri iaitu makan satay secara berasingan dengan minum kuah. Selalunya mereka minta ditambah kuah kerana kami tersilap menyatakan kuah percuma dan hanya perlu bayar harga satay sahaja. Sepatutnya kami mengenakan harga yang lebih mahal ke atas kuahnya yang sedap itu.
37. Pada hari Ahad berikutnya kami telah didatangi oleh polis yang digelarkan 'Bobby'. Mereka yang tinggi segak dengan badan yang tegap dan berjalan lurus agak menakutkan kami yang berniaga atas meja tanpa apa-apa surat izin. Bila mereka tunjuk ke arah kami maka kami pun meninggalkan meja di situ kerana satay dan kuah sudah hampir habis. Pada waktu itu perarakan Salvation Army telah lalu di situ maka saya dan Zul pun terus masuk dalam perbarisan Salvation Army supaya tidak diganggu oleh Bobby.
38. Tidak jauh dari tempat kami berniaga ada cafe' yang di bumbungnya terpampang iklan Coca-Cola. Di situlah, katanya, di waktu itu tempat pemberontak atau pejuang dari Afrika dan Asia berunding untuk membeli senjata secara haram. Saya ternampak wajah-wajah gerun dari berbilang bangsa yang memasuki cafe', yang kami duduki, dan menuju ke belakang untuk sesuatu yang kami tidak ketahui.
KEDAI JUAL OTAK
39. Untuk menghilangkan ketegangan suasana maka Zul, yang gemar berseloro, pun menyatakan bahawa di situ dulunya ada kedai yang menjual otak manusia. Katanya ada satu almari kaca yang besar di situ yang di atas shelvenya terletak otak-otak manusia dari berbagai bangsa. Dalam almari berkenaan ada 4 tingkat yang terletak dengan otak berbagai warna.
40. Di tingkat bawah, kata Zul, ada otak berwarna merah keputihan atau putih kemerahan. Harganya US$1,000-00 seketul. Itu otak orang Inggeris. Jika seseorang memakan otak ini maka mereka jadi handal menjajah negara orang. seperti yang dilakukan oleh orang Inggeris (kita panggil orang Ireland, Scotland dan Wales semuanya Inggeris belaka atau orang putih).
41. Di tingkat kedua di atas pula ada seketul otak berwarna hitam. Harganya US$10,000-00 satu. Kata Zul itu adalah otak seorang dari keturunan India. Warnanya hitam tetapi kesan memakannya begitu hebat. Siapa yang memakannya akan pandai menjadi lawyer seperti dua beradik Seenivasagam di Ipoh.
42. Di tingkat ketiga di atas pula ada seketul otak berwarna kuning keputihan atau putih kekuningan milik orang keturunan China yang berharga US$100,000-00. 'Sungguh mahal!' Saya mencelah kehairanan. Kata Zul siapa yang makan boleh jadi pandai berniaga. Tengok saja mata China yang sepet. Sepet mata kiri menjeling kalau-kalau ada orang yang nak tipu dia dan sepet di kanan pula mengintai kalau-kalau ada orang yang boleh dia kelentongkan.
43. 'Di tingkat empat di atas itu otak Melayukah?' saya tanya Zul. Zul tahu bahawa saya bertanya kerana hanya tinggal satu otak saja lagi. Zul mengesahkan, dan menambah kata bahawa otak Melayu itu terletak atas kain kuning di raja tanda kehebatan dan ketuanan. Harganya pun US1,000,000-00 seketul.
44. 'Awat mahal sangat,' saya bertanya.
45. 'Mestilah, itu OTAK BARU dan BELUM TERPAKAI'.
46. Bila saya tanya Zul di mana asal cerita yang menghina Melayu ini. Zul ketawa dan berkata bahawa pensyarah di kolejnya memberitahu cerita itu dia dengar dari pelajar Malaysia. Zul tiba-tiba termenung kerana dia saja pelajar Melayu yang pernah belajar pada pensyarahnya. Biasiswa untuk pelajar Malaysia pada waktu itu tidak termasuk untuk belajar 'marketing'.
HAJI REDZA BIN HAJI SAID
47. Haji Redza bin Haji Said adalah bapa angkat saya waktu saya di Seremban. Beliau adalah bapa saudara YB Senator Idris bin Haji Ibrahim, dan anak kepada Haji Said, bekas mufti di Negeri Sembilan. Beliau juga abang kepada bintang filem Haji Mahadi yang selalu berlakun dalam filem menjadi tokoh yang baik dan menyejukkan.
48. Keturunan Haji Redza berasal dari Pattani dan ada hubungan keluarga dengan Sheik Daud Fathani seorang ulama besar di Pattani dan di Mekkah. Makam beliau berada di Taif di tepi makam Saidina Hamzah. Keturunan Sheikh Daud di Malaysia termasuk Haji Husin Dol yang turut menubuhkan UMNO di Kedah dan kemudiannya mengasas PAS. Di Pantai Timor pula keluarga Sheikh Daud turun ke mufti Kelantan di satu masa dulu bernama Nik Adib. Dato' Nik Hasan, bekas Menteri Besar Trengganu setelah lama menjadi Setiausaha Sulit Tunku Abdul Rahman Putra adalah dari keturunan Sheikh Daud Fathani.
49. Teungku Muhammad Dawud Beureueh, ulama besar di Aceh, juga berasal dari Pattani dan seketurunan dengan Sheikh Daud Fathani. Keluarga Teungku Dawud Beureueh telah dibawa ke Trengganu di waktu Trengganu masih di bawah pemerintahan Siam, dan kekal di sana sebagai ulama besar sehinggalah Sultan Aceh membawa mereka ke Aceh untuk menambah jumlah ulama di sana.
50. Haji Redza pula berkawan rapat dengan anggota keluarga saya Tan Sri Hanafiah Husin yang menjadi Ahli Parlimen bagi kawan Jerai.
51. Bila saya melaporkan diri ke The Chartered Bank pada hari Sabtu maka pada kira-kira pukul 12.30 tengahari YB Haji Redza telah datang ke bank memperkenalkan diri sebagai rakan Tan Sri Hanafiah. Waktu pejabat di waktu itu tamat pada pukul 1 tengahari tiap Sabtu. Saya diajak oleh beliau untuk makan tengahari di Seremban Restaurant di Jalan Paul..
52. Banyak perkara yang kami bincangkan sehingga sampai kepada politik. Saya memberitahu Haji Redza bahawa saya berminat untuk melibatkan diri dalam politik. Waktu itu umur saya sekitar 20 tahun. Haji Redza mengatakan bahawa beliau tahu mengenai minat saya itu dari bapa saudara TS Hanafiah Husin.
53. Bila Haji Redza bertanya parti apa yang saya berminat menjadi ahli, saya menjawab 'Parti Pak Haji.' Haji Redza sahajalah di waktu itu yang selalu berserban dan berbaju Melayu waktu berada di dalam Parlimen. Dia tidak pernah ke sana-sini tanpa serban.
54. Selepas makan tengahari di Ally's Cafe di Lemon Street Haji Redza pun membawa saya menuju ke ibu pejabat 'parti Pak Haji'. Tiba-tiba saya lihat ia adalah rumah UMNO Bahagian Seremban di hadapan stesen bas Seremban di masa itu. Saya tanya pada Haji Redza apakah beliau ahli parti UMNO, dan dia menyatakan ya. Maksud saya dengan parti Pak Haji ialah parti PAS kerana saya fikir Haji Redza yang berserban dan anak ulamak itu ialah seorang ahli PAS. Saya pun minta ditangguh dulu hasrat untuk menjadi ahli parti Pak Haji.
55. Kami berpindah balik ke Seremban Restaurant di Jalan Paul untuk minum teh pada petang yang sama. Saya menjelaskan pada Haji Redza tujuan saya untuk masuk PAS ialah kerana saya tidak dapat biasiswa atau pinjaman dari kerajaan walaupun saya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Yang menyakitkan hati saya lagi ialah kerana saya adalah antara 3 orang yang telah dijemput untuk temuduga bagi mendapat 2 biasiswa Colombo Plan untuk belajar ilmu elektrik engineer.
56. Dari 3 orang yang ditemuduga itu 2 darinya ialah lelaki, termasuk saya. seorang lagi ialah kawan saya yang sama layak dari sekolah yang sama. Yang ketiga ialah seorang perempuan yang juga mempunyai kelayakan. Yang tidak ada pada saya tetapi ada pada dua orang lagi ialah surat sokongan dari seorang Menteri dan yang perempuan itu ialah anak saudara kepada pengerusi 3 orang ahli panel temuduga untuk biasiswa itu. Salah seorang dari ahli panel temuduga itu telah menyatakan kepada saya bahawa saya adalah calon terbaik dalam temuduga itu.
57. Saya jauh hati kerana saya kalah disebabkan tiada ahli keluarga dari kalangan orang yang berpengaruh; dan seterusnya saya kesal kerana saya diberi harapan dengan dijemput untuk temuduga sedangkan keputusan untuk memberi biasiswa untuk dua calon lain sudah pasti boleh dibuat lebih awal dan mereka boleh menghentikan dari menjemput saya untuk temuduga. Saya juga malu kepada kawan-kawan yang lain.
58. Mendengar cerita ini Haji Redza turut bersimpati. Beliau menyatakan kepada saya bahawa ahli UMNO tidak suka pada Menteri berkenaan. Saya bersetuju dengan Haji Redza bahawa kecuali insiden itu saya tidak ada apa-apa kekecewaan terhadap kerajaan Perikatan, yang dipimpin oleh UMNO di waktu itu. Haji Redza menambah kata bahawa Tan Sri Hanafiah pun tidak sehaluan dengan Menteri berkenaan.
59. Kata Haji Redza kepada saya bahawa jika saya menjadi ahli PAS maka saya akan berlawanan dengan semua ahli dan pemimpin UMNO sedangkan yang saya benci atau tidak setuju ialah dengan seorang menteri sahaja. Alangkah baiknya saya menjadi ahli UMNO dan bersama-sama dengan beliau, Tan Sri Hanafiah dan ahli-ahli UMNO yang lain bersama-sama menjatuhkan Menteri berkenaan dari jawatannya di dalam parti. Itu lebih mudah dari menjatuhkan UMNO dan Parti Perikatan.
60. Saya bersetuju dan saya pun mendaftar masuk menjadi ahli UMNO
TUN ABDUL RAZAK DENGAN PEMUDA UMNO PAHANG
61. Saya mendengar nama Tun Abdul Razak melalui radio, televisyen dan surat khabar serta majalah di waktu saya di MCKK.. Saya bangga kerana Tun Razak pernah belajar di sekolah menengah yang sama dengan saya. Saya hanya bertemu muka dengan beliau pada tahun 1965 selepas Konvensyen Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Morib.
62. Saya mengenal beliau sebagaimana orang ramai kenali beliau dari media massa dan buku-buku mengenainya dan pembangunan negara di zamannya.
63. Pengalaman peribadi saya dengannya telah saya sebut atau huraikan di sana-sini di dalam blog ini.
64. Antara yang saya tak pernah sebut ialah di waktu beliau membuat keputusan supaya saya menjadi calon pada tahun 1974.
65. Sebelum Tun Razak meminta Tun Ghaffar Baba dan Tun Syed Ahmad Shahbudin, selaku Menteri Besar Kedah di waktu itu bertemu dengan saya di Coffee House Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang untuk memberitahu saya bahawa saya telah dicadangkan oleh UMNO untuk menjadi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang hampir tiba, Tun Razak telah terlebih dahulu terpaksa berdepan dengan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah di bawah pimpinan Dato' Kama Jaya Syed Nahar Shahbudin yang menentang cadangan Tun Razak itu.
66. Saya diberitahu oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Dato Abdullah Effendi bahawa dalam pertemuan antara Tun Razak dengan PP UMNO Kedah di puncak Gunung Jerai Tun telah bertegas menyatakan bahawa saya tetap bertanding walaupun PPUMNO Kedah akan meletak calon bebas untuk menentang saya dalam pilihanraya itu. Tun telah memberitahu bahawa Tunku Abdul Rahman telah terbukti salah menolak Tun Dr. Mahathir dari parti dan begitu juga dengan penolakan saya. Sekembali dari Kedah Tun telah dijemput oleh Pergerakan Pemuda UMNO Pahang pula ke satu majlis di Kuantan. Dalam majlis itu PP UMNO Pahang telah bertanya Tun samaada Tun mengetahui bahawa saya tidak memenuhi syarat untuk menjadi calon kerana seseorang calon hendaklah sudah menjadi ahli UMNO yang membayar yuran sepanjang 5 tahun berturut-turut.
67. Pada waktu itu Tun Abdul Razak telah, dengan tenang, mengeluarkan sesuatu dari koceknya dan menunjuknya kepada yang hadir dalam dewan. Tun menyatakan bahawa saya telah menjadi ahli UMNO Bahagian Pekan, yang diketuainya, sepanjang lebih 5 tahun sambil menunjuk-nunjuk kaki resit yuran keahlian saya.
68. Saya diberitahu mengenai kejadian ini setelah Tun kembali ke rahmatullah. Sebenarnya sejak saya kembali dari belajar di luar negeri saya tidak pernah mendaftar sebagai ahli UMNO di mana jua dan keahlian UMNO saya di Seremban juga telah luput kerana bertahun-tahun saya tidak membayar yurannya.
69. Itulah sebabnya saya menyokong cadangan Tun Mahathir supaya UMNO kini tidak perlu memilih dari kalangan pemimpin atau ahli UMNO untuk meletakkan 'winnable candidate' di dalam pilihanraya akan datang.
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ.
70. Di waktu Soekarno melancarkan konfrantasinya terhadap Malaysia negara Malaysia telah bersama-sama negara Britain dan Amerika Syarikat turut membantu usaha dalam Indonesia untuk menggulingkan Soekarno. Selain dari sebahagian dari pemimpin politik dan tentera di Indonesia yang terlibat dalam usaha menggulingkan Soekarno, Aceh juga tidak sebulu dengan kerajaan pusat Indonesia di bawah pimpinan Soekarno. Pemimpin Aceh di waktu itu ialah Teungku Muhammad Dawud Beureueh.
71. Dalam satu lawatannya ke Malaysia Teungku Dawud telah mengajak saya mendampinginya untuk bertemu dengan Tunku Abdul Rahman. Suasana di rumah Tunku sungguh lucu di waktu itu apabila dua orang tua, yang tidak pernah berjumpa, tetapi telah membantu sesama mereka, bertemu buat kali pertama dalam keadaan yang sungguh mesra.
72. Setelah selesai perbincangan antara kedua orang mereka, yang tajuknya akan saya huraikan pada kesempatan lain, Tunku telah memberi perhatian kepada saya yang waktu itu belum menjadi ahli Parlimen. Pada kesempatan inilah saya bertanya sebabnya beliau 'marah' kepada Tun Dr. Mahathir.
73. Tunku tertawa gelihati dan berkata, 'dia keturunan jahat .... bapa dia Mr. Mohamed tu jahat .... jahat sungguh ... tak hormat anak raja ...... tak hormat Sultan. Dia selalu ketuk kepala saya .... sakit sungguh.' Bila Teungku Dawud Beureueh kelihatan hairan maka Tunku tukar perkataan 'jahat' dengn 'nakal'. ' Dia nakal sungguh ... '
74. 'Bukankah Tunku marah kerana suratnya kepada Tunku'.
75. 'Pasai dia keturunan jahatlah dia buat surat macam itu.' Tunku lupa memakai perkataan nakal.
76. Setelah pertemuan itu saya pun balik ke Kedah untuk bertemu dengan Dato' Kama Jaya Syed Nahar Shahbudin mengenai apa yang Tunku kata. Dato' Syed Nahar telah mengatur temu-janji dengan ibunya yang merupakan adek perempuan Tunku Abdul Rahman.
77. Ibu Dato' Syed Nahar sungguh ramah orangnya. Beliau menyambut saya dengan penuh senyuman dan mesra sekali. Bila saya menyatakan hasrat bertemu untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai watak abangnya Tunku Abdul Rahman, saya terkejut bila beliau katakan 'Dia tu nakal sungguh waktu budak-budak ........'. seolah-olah Mak Ungku sudah tahu apa yang ada dalam kepala saya.
78. Mak Ungku menyatakan bahawa beliau tidak pernah terfikir ada orang yang lebih nakal daripada abangnya. Mak Ungku mengesahkan bahawa Tunku selalu balik ke rumah dengan marah kerana kepalanya telah diketuk oleh Mr. Mohamad iaitu bapa Dr. Mahathir yang menjadi gurunya.
79. Seterusnya Mak Ungku menjelaskan bahawa, seperti dalam filem 'The King and I' anak-anak raja di Thailand semuanya memakai jambul yang bergelang supaya tidak rosak. Oleh kerana ibu Tunku Abdul Rahman juga berketurunan Thai maka Tunku juga dibuat jambul atas kepalanya. Pada waktu itu anak-anak raja di Kedah ditanggung atas bahu oleh pembantu istana. Secara kebetulan Tunku di tanggung oleh bapa kepada Yusof Suria yang semasa hidupnya menjadi penyokong kuat UMNO dan sebelum akhir hayatnya beliau telah mengurus sebuah restoran di Jalan Chow Kit. Bila Yusof, di masa kecilnya, melihat Tunku yang ditanggung oleh ayahnya itu memakai jambul Yusof pun minta dibuat jambul juga.
80. Tunku jadi marah melihat Yusof juga ada jambul. Oleh itu ibu Tunku Abdul Rahman telah menggantikan gelang jambul Tunku daripada gelang biasa ke gelang emas supaya bapa Yusof Suria tidak mampu membeli untuk anaknya. Tunku puasa hati kerana gelang jambulnya berwarna emas.
81. Jambul bergelang inilah yang menjadi sasaran Mr. Mohamad apabila Tunku nakal di sekolah.
82. Mak Ungku, ibu Dato' Syed Nahar, memberitahu kepada saya bahawa ayahanda mereka, Sultan Abdul Hamid, selalu memihak kepada Mr. Mohamed sehingga Tunku tidak berani melaporkan lagi kepada ayahnya, hukuman mengetuk jambul oleh Mr. Mohamed. Hukuman Sultan Abdul Hamid adalah lebih berat lagi.
83. Setelah itu saya berjumpa dengan Haji Zakaria dari Jerlun atau lebih terkenal dengan gelaran Pak Ya Jerlun. Gelaran ini diberi untuk mengelak dari kekeliruan kerana kawasan Jerlun pada waktu itu ada tiga orang Haji Zakaria; dua lagi bergelar Pak Ya Sanglang dan Pak Ya Air Hitam. Pak Ya Jerlun ialah guru Quran Tun Dr. Mahathir.
84. Pak Ya Jerlun telah memberitahu kepada saya bahawa Mr. Mohamed ialah seorang guru yang paling disiplin, garang dan chenge 'yang mungkin jarang ada macam tu di dunia.'
85. Dalam pertemuan saya yang terakhir dengan Tunku Abdul Rahman saya telah memberitahu padanya hasil penyelidikan saya atas sebab gelang emas jambulnya diketuk dengan menyakitkan oleh ayahanda Tun Dr. Mahathir. Saya kata itu disebabkan 'seorang pelajar yang sangat nakal berguru dengan guru yang paling chenge di dunia.' Tunku tidak sempat menyampuk bila saya tambah 'Itulah sebabnya pelajar nakal itu boleh jadi Perdana Menteri dan Bapa Kemerdekaan Malaysia.'
86. Lepas itu saya turut bersalaman dengan Teungku Dawud Beureueh dan Tunku Abdul Rahman. Waktu dia bersalam terakhir dengan saya Tunku berkata, 'Pandai sungguh budak Yan ni. Hang kirim salam kat dia.' Saya anggap 'dia' yang dimaksudkan oleh Tunku ialah Tun Dr. Mahathir.

12 comments:
Salam tuan. Just nak inform kawan lama tuan dari Perlis (ex MCKK batch tuan )sedang menjalani rawatan kanser. Terima kasih.
Ait mana komen-komen Cyber Troopers kita? Sengap dah ka? Hah kalau tak tau apa nak buat, dengarlah nasheed ni. Kalau nak cari ilmu yang bermakna dengar talk ini
Saya hendak buat koment mengenai Tun Mahathir,idoala Sanusi Junid.
Nampak nya Pak Ya Jelun guru ugama Tun Mahathir tidak mengajar Tun Mahathir ilmu ugama Islam dengan betul.
Dalan Tulisan Tun Mahathir baru baru ini mengenai hukum hudud dan jawapan Tun kapada tulisan Hilal dari Jordan,jelas menunjokkan yang Tun Mahathir itu jahil sangat dengan Ugama Islam.
Dia berkata yang hukum hudud itu rekaan ahli fekah pada hal hukun hudud itu amat jelas sekali terdapat dalam Quran.
Tun Mahathir juga berkata yang dia tidak percaya kapda Hahith sahih yang dirakamkan oleh Bukhari mengenai hukum hudud.
Ia juga tidak percaya ada ayat ayat Quran yang telah di batalkan sama ada oleh ayat ayat Quran yang lain dan juga oleh Nabi Muhamah saw mengenai ajarannya.Dia berkata jida ada Hadith yang bercanggah dengan Ayat Quran,maka hadith itu perlu di tolak.
Nampak sangat yangTun Mahathir amat jahil dengan tapsiran Quran dan Sunnah.Dia percaya dengan Tulisan Kasim Ahmad dalam buku nya penilaian samula Hadith dan menulis menyokong buku itu.
Apa komen Tan Sri Sanusi.
Saya juga hairan,pada tahun 70 an ,Sanusi amat kritikal dengan Mahathir dam ia selalu menyerang Dr Mahathir kerana bersubahat dengan Tengu Abdullah yang mengunakan bangunan MAYC di jalam Loone sabagai sarang pelachor.
Sanusi berkata dia baik dengan Syed Nahar,tapi dia lah yang bertanggong jawab menjatohkan Syeh Nahar dengan Tape Montoyanya.
Beotobat lah sabelum mati.
Tan Sri ini kepalanya besar kepala nya besar tapi otaknya kechil.
Dia bercakap pasal revolusi Acheh tapi ada orang tulis buku beraka dia terlibat denga usaha untok mendapatkan bekalan senjata dai Libya untok membantu pejuang Acheh,dia menafikan terlibat.
Saya pernah pergi ka rumahnya di Damansara Height,dia tunjok kapada saya dua parang yang dia kata telah diginakan untok membunoh cina di Sungai Manek.
Dia juga menubohkan kooperasi Shamelin.Ramai orang Melayu kampong menjadi ahlinya,percaya dengan Sanusi.Akhirnya Shamelin itu lingkup oleh adeknya Abdullah Maamum Junid.
Hai, panjang umoq cyber troopers kita ni, lama kami tunggu haih.
Apa ni, dok ulang benda sama ja, hangpa tak dak modai lain ka?
Apa, hangpa curi tulang ka? Kalau saya lah ketua biro transparensi PKR dah lama saya tukaq hangpa.
Takpa lah dah Tan Sri halalkan, saya pun tak leh nak kata apa.
Sebaik-baik niat Tan Sri, inilah tugas kami sebagai ahli propaganda yang dididik konsultan-konsultan luar.
Make the lie big, make it simple, keep saying it and eventually they will believe it - Adolf Hitler-
The prove here is, until now there is no directive to deny who we are. Inilah realitinya untuk setiap blog dan dialog lain. I wish the philosophies of our bosses were more along the lines of truth will ultimately prevail where there are pains and sacrifices to bring it to light macam tan sri sanusi.
Mungkin tak lama lagi 'yoko ono' akan di ambil alih oleh orang lain, sebaik ada peluang saya akan pergi cari sumber rezeki baru. Boss pun takleh nak fire saya bukan dia tahu yang mana saya kalau saya tak letak marker saya. I think you also know that anonymity is a double edged sword even we don't know who we are, and sometimes we forget who we used to be.
Terima kasih Tan Sri kerana banyak memberi panduan baru.
Friedrich Naumann Stiftung Alumni
Tan sri.
Cerita ah basi.Orang Acheh pun lali kerana hisap ganja dan makan ganja.
Orang Melayu Malaysia pun mati kerana Ada pemimpin macam Tun Mahathir.Baca tulisan dalam blognya yang baru.Malaysia Millionair.Dia lah yang jadikan Ananda Krisnan Billionair.YTL,Vincent Tan Billionair.
Dia juga yang membunoh dan menjahanan Pengusaha Bumiputra yang besar saperti Tan Sri Halim dan Tan Ri Tajuddin.Tajuddin itu orang Kedah belajar dari sekolah hamid College.
Tan Sri,
Saya percaya geledakan teknologi maklumat bisa menonjolkan kemenjadian manusia sama ada ke arah kepintaran ataupun kejahilan. Maka usahlah kita persalahkan nenek moyang kita apabila mereka memunculkan kata-kata kiasan seperti ‘kera mendapat bunga’ kerana itulah sesetengah daripada kita. Berapa ramai daripada kita yang tidak boleh berbahas secara baik kerana telah dihadiahkan dengan kebebasan yang amat?
Malang sekali setelah begitu jauh kita melangkah, kita sebenarnya telah kembali ke tempat yang sama. Kita telah sesat di pangkal jalan. Ternyata kita tidak mahu dibebaskan daripada ketaksuban yang melampau. Walau bagaimana pintarpun seorang pemimpin seagama dan sebangsa, kita tetap membencinya kerana berlainan kibaran bendera politik songsang kita. Maka dengan itu pemahaman agama tidak boleh diperbahaskan dengan baik.
Tun Mahathir jahil agama? Oh, tolong, jangan sesekali menjadi tongong dengan ketaksuban yang tercabul. Apakah Mahathir itu tidak sepintar ilmu agamanya dengan Nik Aziz (Yang mengatakan Allah juga mencarut dan ingin berkawan dengan syaitan), Anwar Ibrahim ( yang tidak pernah tumpul selera kepada lelaki atau perempuan kepada lelaki itu), Hadi Awang (yang mengatakan undi kepada partinya akan membawa ke syurga). Maka berdosalah Mahathir kerana dia tidak mengaji di pondok atau memakai serban mahupun menyimpan janggut.
Bukankah Ayat suci Allah SWT yang pertama diturunkan menyuruh kita membaca dan mencari ilmu? Maka mengapa pula Mahathir tidak boleh bercakap tentang agama? Menjadi sensitif kerana kita selama ini tidak mahu membahaskannya kerana takut kononnya. Sedang kita sendiri telah mengkafirkan saudara seagama kita. Seakan-akan kiita yang telah dijanji tempat di syurga. Siapa bilang? Sanusi pula dituduh gila kerana ideanya tidak tercapai oleh minda kita.Tidak mengapa, biarkan saya baja dan pupuk idea mereka kepada anak didik saya supaya mereka mampu menggunakan akal dan bukan perasaan.
Dan izinkan saya untuk mencabul kealpaan mereka supaya mereka bangun dan menjadi Islam Melayu yang tidak dicabul pemikiran mereka oleh mereka yang telah lama berpaksi kepada parti politik yang dipimpin oleh seorang pencabul. Maka tidak mengapalah jika saya memilih seorang pemimpin yang anda bilang jahil pada agama hanya kerana dia berani melintasi sempadan yang tidak anda lalui. Dan biarlah saya ternanti-nanti tulisan-tulisan seorang manusia bernama Sanusi kerana dia terkehadapan minda dan pemikirannya. Dan biarlah saya temui penghujung idea tanam padi di atas bumbungnya kerana anda yang mengkritik tidak punyai apa-apa kecuali sentiasa menghadap ke bumbung ketika berada di dalam tidur yang panjang seperti kata Sanusi, ‘ Melayu apabila ia keseorangan ia akan tidur.’
Puki Mak si Sanusi macam pandai pandai je, ape kta dgn budak yg kau tampar dulu tu, waktu tu kau pandai pandai benar ke? Dah mampus ke orang tua yg kau bawak masuk tu??
Cantek bahasa kau budak tak mumaiyis
Tan Sri@ Mengapa dibiarkan penggunaan bahasa yang tidak sopan dalam blog Tan Sri ini.
Iklas,
Abd Rahim
Baling , Kedah
Halo,
Saya Puan Esther Patrick, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang masa hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lebih banyak lagi kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu. Kami memberi pinjaman kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur pada perniagaan pada kadar 2%. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami menyediakan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan bersedia menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di:
(estherpatrick83@gmail.com)
Pinjaman yang kami tawarkan adalah:
1. Pinjaman Peribadi
2. Pinjaman Perniagaan
3. Pinjaman Pelaburan
4. Pinjaman Perumahan, dsb
Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (estherpatrick83@gmail.com)
Post a Comment