BAHAN RENUNGAN
APABILA MENGUNDI
Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam hormat kepada yang bukan Islam.
Insya Allah, lusa kita mengundi.
PERSAMAAN TARAF DAN HAK
Dalam ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Lim Kit Siang kita mendengar berulang-ulang, dengan nada kesatnya, laungan bahawa beliau menghendaki supaya rakyat berbilang kaum di Negara ini mempunyai taraf dan hak yang sama.
Memang itulah yang diperjuangkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (dulunya Perikatan) sejak merdeka.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Setelah disepakati oleh parti-parti komponen Perikatan yang dibesarkan, dengan penambahan parti-parti gabungan dalam Barisan Nasional, maka jaminan untuk mencapai persamaan ini ialah dengan mendukung Perlembagaan Malaysia yang sedia ada.
Perlembagaan inilah yang meletakkan -
e) Demokrasi berparlimen
LIMA PENCAPAIAN TERBESAR
Dengan mempertahankan Perlembagaan Malaysia inilah maka 5 pencapaian besar telah tercapai yang diakui dan dikagumi oleh dunia.
Keamanan (peace), kemakmuran (prosperity), membasmi kemiskinan dan transformasi (from agriculture dependence to an industrial nation with continuous process of urbanization), demokrasi yang berterusan dan dasar luar yang bebas (tanpa tunduk kepada kuasa besar).
PERANAN PEMBANGKANG
Dengan usaha mencemar dan menidakkan semua pencapaian yang telah diperolehi, di bawah pimpinan UMNO, sejak merdeka, berpandukan Perlembagaan yang sedia ada, maka pihak pembangkang menidakkan kepentingan adanya sistem Raja Berperlembagan sebagai simbol kedaulatan dan perpaduan Negara; tidak puas hati dengan kedudukan kebebasan berugama selagi penggunaan Allah tidak dibolehkan untuk semua ugama; tidak puas dengan hukum Allah yang menolak pluralisma dan liberalisma; tidak setuju mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan; menentang hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera dan sekaligus menggunakan demokrasi untuk mendapat kuasa politik untuk meminda perlembagaan.
KEAMANAN NEGARA
Apabila Lim Kit Siang melaungkan persamaan taraf dan hak beliau tidak menyebut ianya perlu diperjuangkan dalam semua bidang dan tidak terbatas hanya kepada dunia politik sahaja.
Mengikut Aristotle, 'It is impossible to have political power without economic power'. Menurut Aristotle Melayu tidak mempu mangendali kuasa politik kerana orang-orang Melayu tidak mempunyai kuasa ekonomi. Kuasa politik yang masih ada pada bangsa Melayu dan kaum Bumiputera sejak Merdeka hanyalah kerana perpaduan bangsa dan ugama yang masih mampu dibendung sehingga hari ini.
Dengan kuasa politik yang ada sepanjang 55 tahun kita Merdeka UMNO, melalui kerajaan Perikatan dan Barisan Nasioal telah berusaha untuk mengimbangkan kuasa ekonomi dan membasmi kemiskinan. Sementara usaha membasmi kemiskinan sudah hampir selesai tetapi sasaran 30% milik dalam sektor swasta (DEB) masih belum selesai apatahlagi kerana Malaysia membebaskan semua kaum yang mampu untuk terus maju tanpa halangan, malahan dengan galakan pihak kerajaan. Ini telah menyebabkan jurang pencapaian ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera sukar diperkecilkan. Budaya usahawan yang ada pada kaum bukan Bumiputera adalah lebih lama dan lebih resilient, tanpa diusik oleh pihak penjajah, dibandingkan dengan orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Jika dengan kuasa politik yang ada, bangsa Melayu dan kaum Bumiputera tidak dapat mencapai persamaan taraf dan hak di bidang ekonomi, kita dapat gambarkan betapa nasib Melayu dan Bumiputera jika kuasa politik ini kehilangan.
Jelas sekali persamaan taraf dan hak yang disebut oleh Lim Kit Siang hanyalah dalam bidang politik. Sedangkan persamaan taraf dan hak di bidang ekonomi tidak ada dalam perjuangannya.
Jika bangsa Melayu dan Bumiputera terlupa hakikat ini maka kuasa politik yang dipimpin oleh Melayu secara perkongsian dengan kaum lain dalam Barisan Nasional boleh hilang di dalam pilihanraya. Apabila tidak ada lagi keistimewaan bagi orang-orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan yang ditentang oleh DAP maka nasib Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tertinggal di belakang buat selama-lamanya tanpa sebarang harapan untuk disamatarafkan atau disamahakkan sebagaimana kuasa politik. Apabila bangsa Melayu dan Bumiputera terkejut dari kelalaian politiknya sehingga hilang kuasa politik tanpa harapan maju di bidang ekonomi, maka sudah tentu keamanan Negara akan terancam, kerana, dengan hilangnya kuasa politik apa yang dikatakan oleh Aristotle sudah berlaku - Melayu dan Bumiputera tanpa kuasa ekonomi dan tanpa kuasa politik.
Dari keadaan seimbang, yang menjamin keamanan, dengan kuasa politik dipimpin oleh Melayu dan Bumiputera dan kuasa ekonomi ditangan bukan Melayu dan Bumiputera, kesilapan memilih Pakatan Rakyat akan mengorbankan keseimbangan ini dan Melayu dan Bumiputera akan ketinggalan dalam semua bidang tanpa sebarang harapan dan pembelaan.
Keadaan beginilah yang mengancam keamanan Negara.
ISU-ISU LAIN
TAKUT KEPADA YANG MENGENALINYA
Dalam ceramah-ceramah pemimpin de-facto Pakatan Rakyat beliau dengan lantang mengecam Tun Dr. Mahathir Muhamad yang dianggapnya sebagai seorang yang ' ..... mati'. Beliau juga tidak puas hati dengan Tun Daim Zainuddin dan sering memfitnah jurublog ini. Untuk mengetahui sebabnya bacalah nasihat seorang yang berpengalaman, the Oracle, kepada seorang yang mengenali betul watak yang didukungnya, seperti Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim mendidik Anwar, atau seperti jurublog ini yang mengenalinya dari kecil. Begini nasihatnya:
"Be careful," the Oracle said. "When a man rises to absolute power, he usually gets rid of those closest to him, those who know his secrets." (Last para, chapter 21, The Fourth K, Mario Puzo, 1990)
Tun Dr. Mahathir, Tun Daim dan jurublog ini mengetahui rahsia-rahsia watak yang diperbincangkan.

a) Raja Berperlembagaan (bagi negeri-negeri yang tidak beraja ada Gabenor yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu)
b) Ugama Islam sebagai ugama Persekutuan yang rasmi sementara penganut ugama dan fahaman lain bebas untuk terus menganut ugama dan fahaman mereka masing-masing.
c) Bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia dan bahasa ibunda suku kaum lain dibenarkan terus diajar di sekolah-sekolah.
d) Hak Istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera (dalam seksyen 153 Perlembagaan ada jaminan pengekalan hak yang ada pada yang bukan Melayu dan bukan Bumiputera).
e) Demokrasi berparlimen
LIMA PENCAPAIAN TERBESAR
Dengan mempertahankan Perlembagaan Malaysia inilah maka 5 pencapaian besar telah tercapai yang diakui dan dikagumi oleh dunia.
Track record Kerajaan BN:
Malaysians' 5 greatest achievements in the last 55 years, according to Dr. Chandra Muzaffar:
1. Continuous peace in one of the most complex multi-religious, multi-ethnic landscapes in the world
2. Prosperity: average GDP growth of 7 per cent a year in the last 55 years; eradication of poverty
3. Major socio-economic transformation: agriculture to manufacturing, rural to urban
4. Parliamentary democracy all along, freedoms
5. We are a country that has been able to preserve an independent foreign policy: Malaysia is not beholden to anyone
Prof. Dr. Chandra Muzaffar was the Deputy President of PKR when it was formed.
Keamanan (peace), kemakmuran (prosperity), membasmi kemiskinan dan transformasi (from agriculture dependence to an industrial nation with continuous process of urbanization), demokrasi yang berterusan dan dasar luar yang bebas (tanpa tunduk kepada kuasa besar).
PERANAN PEMBANGKANG
Dengan usaha mencemar dan menidakkan semua pencapaian yang telah diperolehi, di bawah pimpinan UMNO, sejak merdeka, berpandukan Perlembagaan yang sedia ada, maka pihak pembangkang menidakkan kepentingan adanya sistem Raja Berperlembagan sebagai simbol kedaulatan dan perpaduan Negara; tidak puas hati dengan kedudukan kebebasan berugama selagi penggunaan Allah tidak dibolehkan untuk semua ugama; tidak puas dengan hukum Allah yang menolak pluralisma dan liberalisma; tidak setuju mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan; menentang hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera dan sekaligus menggunakan demokrasi untuk mendapat kuasa politik untuk meminda perlembagaan.
KEAMANAN NEGARA
Apabila Lim Kit Siang melaungkan persamaan taraf dan hak beliau tidak menyebut ianya perlu diperjuangkan dalam semua bidang dan tidak terbatas hanya kepada dunia politik sahaja.
Mengikut Aristotle, 'It is impossible to have political power without economic power'. Menurut Aristotle Melayu tidak mempu mangendali kuasa politik kerana orang-orang Melayu tidak mempunyai kuasa ekonomi. Kuasa politik yang masih ada pada bangsa Melayu dan kaum Bumiputera sejak Merdeka hanyalah kerana perpaduan bangsa dan ugama yang masih mampu dibendung sehingga hari ini.
Dengan kuasa politik yang ada sepanjang 55 tahun kita Merdeka UMNO, melalui kerajaan Perikatan dan Barisan Nasioal telah berusaha untuk mengimbangkan kuasa ekonomi dan membasmi kemiskinan. Sementara usaha membasmi kemiskinan sudah hampir selesai tetapi sasaran 30% milik dalam sektor swasta (DEB) masih belum selesai apatahlagi kerana Malaysia membebaskan semua kaum yang mampu untuk terus maju tanpa halangan, malahan dengan galakan pihak kerajaan. Ini telah menyebabkan jurang pencapaian ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera sukar diperkecilkan. Budaya usahawan yang ada pada kaum bukan Bumiputera adalah lebih lama dan lebih resilient, tanpa diusik oleh pihak penjajah, dibandingkan dengan orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Jika dengan kuasa politik yang ada, bangsa Melayu dan kaum Bumiputera tidak dapat mencapai persamaan taraf dan hak di bidang ekonomi, kita dapat gambarkan betapa nasib Melayu dan Bumiputera jika kuasa politik ini kehilangan.
Jelas sekali persamaan taraf dan hak yang disebut oleh Lim Kit Siang hanyalah dalam bidang politik. Sedangkan persamaan taraf dan hak di bidang ekonomi tidak ada dalam perjuangannya.
Jika bangsa Melayu dan Bumiputera terlupa hakikat ini maka kuasa politik yang dipimpin oleh Melayu secara perkongsian dengan kaum lain dalam Barisan Nasional boleh hilang di dalam pilihanraya. Apabila tidak ada lagi keistimewaan bagi orang-orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan yang ditentang oleh DAP maka nasib Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tertinggal di belakang buat selama-lamanya tanpa sebarang harapan untuk disamatarafkan atau disamahakkan sebagaimana kuasa politik. Apabila bangsa Melayu dan Bumiputera terkejut dari kelalaian politiknya sehingga hilang kuasa politik tanpa harapan maju di bidang ekonomi, maka sudah tentu keamanan Negara akan terancam, kerana, dengan hilangnya kuasa politik apa yang dikatakan oleh Aristotle sudah berlaku - Melayu dan Bumiputera tanpa kuasa ekonomi dan tanpa kuasa politik.
Dari keadaan seimbang, yang menjamin keamanan, dengan kuasa politik dipimpin oleh Melayu dan Bumiputera dan kuasa ekonomi ditangan bukan Melayu dan Bumiputera, kesilapan memilih Pakatan Rakyat akan mengorbankan keseimbangan ini dan Melayu dan Bumiputera akan ketinggalan dalam semua bidang tanpa sebarang harapan dan pembelaan.
Keadaan beginilah yang mengancam keamanan Negara.
ISU-ISU LAIN
TAKUT KEPADA YANG MENGENALINYA
Dalam ceramah-ceramah pemimpin de-facto Pakatan Rakyat beliau dengan lantang mengecam Tun Dr. Mahathir Muhamad yang dianggapnya sebagai seorang yang ' ..... mati'. Beliau juga tidak puas hati dengan Tun Daim Zainuddin dan sering memfitnah jurublog ini. Untuk mengetahui sebabnya bacalah nasihat seorang yang berpengalaman, the Oracle, kepada seorang yang mengenali betul watak yang didukungnya, seperti Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim mendidik Anwar, atau seperti jurublog ini yang mengenalinya dari kecil. Begini nasihatnya:
"Be careful," the Oracle said. "When a man rises to absolute power, he usually gets rid of those closest to him, those who know his secrets." (Last para, chapter 21, The Fourth K, Mario Puzo, 1990)
Tun Dr. Mahathir, Tun Daim dan jurublog ini mengetahui rahsia-rahsia watak yang diperbincangkan.
Pemimpin pembangkang tidak berubah. Yang
berubah ialah pemimpin UMNO sebagai pemimpin PERIKATAN dan kemudiannya BARISAN
NASIONAL. Oleh itu yang perlu diubah ialah pemimpin-pemimpin parti dalam
Pakatan Rakyat.
SPRM: Dalam PRU 12 BN kehilangan (kalah) di
6 buah negeri, iaitu:
Kedah - PAS (Menteri Besar)
Kelantan - PAS ( Menteri Besar )
Pulau Pinang - DAP ( Ketua Menteri )
Selangor - PKR ( Menteri Besar )
Perak - PAS ( Menteri Besar yang bapa
saudaranya Setiausaha DAP )
Wilayah Persekutuan - Tidak ada kerajaan
negeri
Oleh kerana Pakatan Rakyat meramalkan akan
gagal lagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan dalam PRU 13 maka beberapa
demonstrasi BERSIH (yang mencemarkan imej negara) telah diadakan. Bagi PR SPRM
itu hanya boleh dianggap adil jika mereka menang (Na'uzubillah)
KETIDAKADILAN: Pemilihan dalaman PKR, PAS dan
DAP banyak masalah.
PKR - Penasihat memihak kepada Azmin. Kecoh
Azmin dengan Menteri Besar TS Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim sehingga banyak
tokoh dan ahli telah keluar dari parti ini
DAP - Ramai tokoh keluar kerana pemilihan
dalam Mesyuarat Agung tidak adil sehingga, kerana banyak aduan yang berbukti,
Pendaftar Pertubuhan tidak mengiktiraf Mesyuarat Agung yang diadakan.
PAS - Saingan dalam PAS antara yang
sekular, pihak ulama dan kumpulan Anwarinas yang dulunya digelar kelompok
Erdogan. Berebut jawatan MB di Kedah. Persaingan antara kelompok ugama mengakibatkan kemenangan kepada Mat Sabu yang kurang ugamanya
NEPOTISMA: Kena tengok fakta sebenar
Inilah nepotisma sebenarnya yang didapati
dalam DAP, PAS DAN PKR iaitu parti-parti yang mendahulukan anak pinak dalam
keluarga sendiri. Anwar Ibrahim dengan isteri dan anaknya Nik Aziz dengan anak
dan sepupunya Karpal Singh dengan anaknya Lim Kit Siang dengan anak dan
menantunya
PAKATAN YANG TIDAK SEPAKAT:
DAP - Karpal Singh menolak hukum hudud dan
negara Islam yang dulu diperjuangkan oleh PAS sejak ia ditubuhkan. Karpal menegaskan sesiapa yang ingin menubuhkan
negara Islam perlu melangkah mayatnya dahulu (over my dead body)
PAS - Terpaksa mengorbankan matlamat
perjuangannya dan merobah matlamat kepada menegakkan negara kebajikan. Perjuangan
ini sudah pun dijayakan oleh kerajaan Barisan Nasional.
DAP - Karpal Singh menyatakan bahawa dia
akan menghabiskan sisa hayatnya untuk melihat Perdana Menteri terdiri dari seorang yang bukan Melayu. Oleh kerana
hayat Karpal agak sudah lanjut maka matlamatnya sedang diperjuangkan dalam masa yang
singkat. Dalam masa yang singkat ini Anwarlah yang mengidam untuk jadi Perdana Menteri. Bagi
Karpal Anwar hanya layak bagi Karpal jika Anwar diiktiraf oleh Karpal sebagai bukan
Melayu, atau berbadan Melayu berjiwa bukan (tergantung kepada Karpal)
PKR - Kenyataan Karpal menjadi penghalang
kepada cita-cita Anwar dalam masa yang singkat. Tetapi Anwar tidak boleh berbuat apa-apa kerana nasibnya di dalam
mahkamah bergantung kepada kepintaran dan putar belit Karpal.
DAP, PAKATAN DAN PAS -
- Tidak dapat menyetujui satu simbol
seperti dacing BN yang menggabungkan berbagai parti komponen. Simbol mereka
ialah roket, mata biru dan bulan.
- Tidak dapat menghalang
pemimpin-pemimpinnya meletak calon menentang sesama mereka.
PERBEZAAN ANTARA SESAMA PEMIMPIN PAS:
NST 26 April, 2013
Datuk Harun Din - PAS deputy spiritual
leader - differs from the leader Dato' Nik Aziz when he said:
"My stand on hudud has been very
clear. My decision on hudud has been the same as before. Hudud should be
implemented.'
Datuk Seri Abdul Hadi Awang - PAS President
- stated the difference between
disagreement and opposition when he said - "The issue arises when PAS
wants to implement hudud, DAP disagrees but it doesn't oppost it."
Datuk Ahmad Yakub - Kelantan PAS deputy
chief said - "Hudud is still our struggle although it is not in the
manifesto. We will continue to pursue it after the election." - Obviously
he wanted the non-Muslim to forget about hudud during the election.
STAR 26 April, 2013
Datuk Dr. Harun Din - PAS Deputy Spiritual
leader - Hudud law will be implemented if Pakatan Rakyat takes over the federal
government even if DAP opposes it.
Datuk Harun Taib - PAS Ulama council chief
- It is entirely up to the new Parliament. Karpal's statement will not matter.
Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah - Kelantan
PAS deputy commissioner II - DAP's willingness to use the PAS symbol, when it
had problems using its Rocket, shows that it no longer has fears about PAS and
hudud law.
UTUSAN MALAYSIA 29 April, 2013
Berbalah - Pas umpama melukut di tepi gantang
apabila pengorbanan parti tersebut dibalas dengan penghinaan oleh Timbalan
Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang meminta pengundi di negeri itu
jangan mengundi PAS.
Ugut - Karpal Singh ugut untuk menangkap
Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menghadapkan ke mahkamah kerana mengeluarkan
kata-kata hasutan dengan menuduh Lim Kit Siang sebagai perkauman jika pakatan
pembangkang memerintah kelak.
Tohmahan - Walaupun sejarah mencatatkan
tragedi 13 Mei bermula daripada provokasi pembangkang, tetapi Presiden PAS,
Abdul Hadi Awang cuba mempertahankan DAP dengan menuduh UMNO yang mencetuskan
rusuhan kaum pada 1969 itu. Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap
membela rakan sekutunya itu dengan menganggap mereka boleh menerima Islam yang
diperjuangkan PAS walaupun DAP terang-terangan menolak dasar perjuangan Islam
PAS.
Mewah - Anwar Ibrahim yang meminta
sumbangan rakyat untuk kononnya membantu parti itu, menggunakan helicopter
semasa berkempen di sekitar Sabah
Rasuah: mana datang harta Pak Berahim ayah
Anwar? Anwar dipecat dari UMNO pasal apa?
Dalam blog OutSyed The Box masukan hari
Ahad bertarikh 21 April, 2013:
PERKASA MINTA ANWAR JELASKAN KEKAYAAN BAPANYA:
KOTA BHARU - 10 April - Perkasa meminta
Penasihat (PKR) Anwar Ibrahim menjelaskan bagaimana bapanya, Datuk Ibrahim
Abdul Rahman mendapat kekayaan yang luar biasa.
Ibrahim Ali berkata, beliau mengenali Anwar
dan keluarganya sejak 1970-an dan mereka bukan keluarga bangsawan.
Menurutnya, beliau telah bersahabat dengan
Anwar sejak tahun 70-an lagi dan pernah bersama dalam kem tahanan Kemunting
pada 1974 sehingga 1976.
"Satu perkara terbuku di hati, saya
ingin minta Anwar perjelaskan bagaimana bapanya menimba kekayaan luar biasa
sebab saya mengenali bapanya sekian lama kami bersahabat malah saya pernah
pergi ke rumah mereka ketika itu," katanya.
MAHKAMAH: Mahkamah adil, banyak kes-kes
yang memihak pembangkang
MORAL: bandingkan kes-kes moral BN dengan
Pembangkang. Kalau BN didapati bersalah mereka terus saja berundur diri, kalau terkena pembangkang terus sahaja dicanangkan
kes itu sebagai fitnah dan konspirasi, walaupun jelas buktinya. .
EKONOMI: BN berjaya menjaga kestabilan
ekonomi Malaysia. Kalau dilihat dari senarai orang terkaya Malaysia majoriti
bukan Melayu. Ini bermakna kerajaan tidak menghalang siapa saja yang giat
berusaha.
MELAYU PROFESYENAL Vs PROFESYENAL MELAYU
Salah satu dari kejayaan Barisan Nasional ialah rancangan mewujudkan ramai profesyenal sebagai usaha tunjangan dari bab Hak Istimewa Orang-Orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan. Kerajaan BN memberi kemudahan biasiswa tanpa mengambil kira latar-belakang politik keluarga anak bangsa itu.

Maka wujudlah dua jenis profesyenal, termasuk anak-anak dari keluarga yang menikmati peruntukan Perlembagaan mengenai Hak Istimewa Orang-Orang Melayu dan Bumiputera itu. Profesyenal Melayu ialah anak-anak Melayu yang menikmati hak istimewa bangsanya itu tetapi merasa dirinya pandai dan lupa bahawa nikmat yang diterimanya itu ialah kerana dia Melayu atau Bumiputera. Dia merasakan dirinya pandai dan lebih memikirkan keuntungan bagi dirinya jika diamanahkan dengan apa-apa tugas dan melupakan tanggung-jawab kepada bangsanya yang ketinggalan dan dipandang hina itu.
Melayu profesyenal pula ialah mereka yang sebaliknya dan selalu mengenang jasa bangsanya yang menyebabkan beliau Berjaya. Beliau akan menjadi profesyenal yang tidak akan lupa kepada kepentingan bangsanya. Beliau akan berterima kasih kepada pejuang kemerdekaan Negara, kepada UMNO, Perikatan dan Barisan Nasional.
LEBIH BANYAK KEBAIKAN DARI KEGAGALAN
Setelah mendengar berbagai kecaman dari pihak Pakatan Rakyat yang Tidak Sepakat, dan mengelirukan, adalah penting bagi pengundi untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Tentu sekali semua pihak menyedari bahawa membangkang itu adalah satu profesyen juga bagi sesetengah tokoh. Itulah sebabnya ada yang tidak pernah berhenti menentang dan membangkang dari zaman Bapa Kemerdekaan sehingga ke hari ini, seolah-olah dia sahajalah yang betul. Semua Perdana Menteri tidak baik baginya. Kerana cita-cita besarnya dia sanggup menjadi catalyst kepada perpecahan umat Melayu asalkan cita-citanya tercapai. Insya Allah dia akan gagal juga akhirnya.
Suami isteri yang sudah lama mendirikan rumah-tangga tentu sekali mendapati banyak pengalaman manis dan pahit yang sudah dilalui.
Jika pasangan ini ingin meretakkan perhubungan mereka sehingga pecah dan berpisah maka caranya agak mudah. Pasangan itu hanya perlu menuliskan keburukan isteri, oleh suami, dan keburukan suami, oleh isteri dalam beberapa helai kertas yang diperlukan. Sudah tentu jika kertas ini ditukar tangan maka hubungan antara keduanya akan retak membawa pecah.
Sebaliknya jika pasangan yang sama memilih untuk menyeneraikan kebaikan isteri, oleh suami, dan kebaikan suami, oleh isteri, maka setelah selesai ditulis, kertas itu bertukar tangan, maka hubungan mesra akan kembali pulih dan rasanya seperti baru mendirikan rumah-tangga.
Begitu jugalah kerajaan.
Jika yang dilaungkan hanya kegagalan dan kekecohan, sudah pasti jasa bertimbun akan dilupakan. Tetapi, percayalah budi dan jasa UMNO dan Barisan Nasional kepada bangsa dan Negara adalah lebih banyak dari kesalahan dan kegagalannya.
UNDILAH BARISAN NASIONAL
8 comments:
Syabas Tan Sri, semoga pemuda2 yg buta sejarah dan cyber trooper2 di rumah anwar di segambut tu semua tercekik baca artikel ni... hehehe lawan tetap lawan!
We see you Anwar and geng, thinking you see every thing... hahaha! Musa Hassan is right where we need him...hahaha!
Islam is the religion of federation. Islam ialah agama Persekutuan. Istilah rasmi tidak wujud. Kalau rasmi sudah jadi bahaya. Macam baju rasmi. Ada baju tak rasmi. Kalau berkaitan Islam ianya jelas hanya Islam agama Persekutuan. Agama-agama boleh diamalkan secara aman. Itu sahaja.
Dah ada dalam constitution tu maknanya rasmi lah, hadui! budak2 baru ni, hangpa pi tidoq lah lagi baguih!
tapi jgn duk tidoq kat rumah tu takut2 hangpa kena sekali dgn anwar... kikiki
Bukankah anwar kata melayu dan islam tak boleh dibincangkan dan tiada tempat dalam perbincangan... yang hangpa dok chong lagi tu buat apa? orang semua tau dah kerja hangpa
Hah, cuba mlm ni hangpa balik, tok sah dok pi lagi dah... buang masa hangpa ja tak dak manfaat
salam,
tq for being well and alive tan sri.doa heart tan sri okay.
lim kang ho..squandered 3000 acres of kprj land art gdv of rgt80BILION!
shahrizat lembu 0.25 bilion!
taib mahmood usd 16 bilion
apa ni?
wooih dok kaleh lagi ka? hey pikiaq lah 80B? 16B? waah so rich ka malaysia...hangpa ni luruih bendul lah orang bagi apa pun telan, ha ni dia
lim kang ho is just a nominee to a bigger state and johor public interest in a jv that is iskandar waterfront holdings... minus the gdc that he has to foot, the gdv is shared with these interests... so no squandering there
shahrizat's husband an expert in the field of husbandry from UPM received a loan of 250k of which the interest he has to service, while he establishes the supply chain of cattle production for the country and train up the necessary expertise, it was not a grant as some say or a soft loan, the rates are standard. It is then understandable that he would buffer against inflation and mounting interest by purchasing high yielding assets like the menerung properties.
accusations on Taib Mahmud just like the one on Tun M with the lignam tape is JUST NOT EVIDENCE BUT CAMPAIGN BY GEORGE SOROS'S THINK TANKS. any business man or corrupt officials(doesn't matter what psot he holds) like the ones in those tapes would boast of their ability and connection to con their victims. However they just have no power over and hence do not implicate the highly respected leaders that they mentioned.
Anwar on the other hand was the culprit in the 1998 financial crisis when he songlap 3b to singapore causing our market to crash and leaving millions of malaysians with losses of worth billions of dollars. Could have been worse, had he implemented IMF's advice, he would have sold the nation
He also goes around the world denouncing malaysia affecting our foreign relations and trade, one good case indonesia.
and you guys are helping him do that, tobat lah wei. hangpa balik lah buat phone app ka, bukak kedai kopi ka, pi besikel ka kan lagi elok
Terima kasih Pak Sanusi. Komentar anonymous tentang Lim Kang Ho, Shahrizat dan Taib Mahmood adalah hal biasa saja di Indonesia. Yang pasti ialah di mana ada China di situ ada korupsi. Di China juga, meskipun mereka memiliki ideologi komunis, kita lihat masalah korupsi juga sangat rentan dan rawan sekali.
Kita lihat bagaimana dengan di Indonesia? Indonesia ekonominya juga dikuasai oleh China. Yang dikorupsikan dan disogok oleh China ialah orang-orang lokal atau pribumi baik tentara, polisi ataupun pejabat yang lain. Kasus Bank Century juga melibatkan cukong China menyogok pejabat-pejabat tinggi di Indonesia. Dalam pemilihan Gubernur di daerah-daerah atau di provinsi-provinsi di seluruh Indonesia juga besar sekali peran China di belakang setiap calon. Pak Sanusi kan berasal dari Aceh. Tentunya kenal dengan mantan Gubernur Aceh, Irwandi. Dia juga didukung oleh Tomy Winata atau nama aslinya Guo Shuo Feng, seorang milyuner China yang banyak mengatur pemilihan Gubernur di berbagai provinsi di Indonesia untuk kepentingan usahanya.
Di Indonesia, kami masih bisa membedakan antara China dengan pribumi Indonesia karena, meskipun namanya sama, biasanya agama berbeda. Kalau di Thailand dan Filipina mayoritas pribumi juga jauh tertinggal baik dalam bidang politik maupun dalam bidang ekonomi. Perdana Menteri Thailand dan Presiden Filipina adalah orang China tetapi agama dan bahasa mereka sama dengan orang-orang pribumi, makanya melalui politik uang yang ada pada China maka kekuasaan politik juga sudah dalam genggaman mereka.
Kami percaya Bapak Anwar dan ulama-ulama dalam PAS juga sudah terperangkap dengan rayuan dan bujukan konglomerat China dengan kekuasaan uang yang mereka miliki. Ini juga korupsi namanya sehingga Bapak Anwar mau diperalatkan. Kami tahu Bapak Anwar juga memiliki hubungan baik dengan Hong Leong Bank yang beliau memberi izin usaha di Malaysia. Dari hasil penyelidikan mahasiswa-mahasiswa kami yang melaporkan pemilu di Malaysia, kami juga mengetahui Bapak Nik Aziz juga terbukti memberikan ribuan hektar tanah kepada konglomerat China meskipun menggunakan nama Melayu sebagai proksi.
Betul kata Pak Sanusi bahwa pemilu kali ini mempunyai resiko besar yang bisa mengorbankan kekuasaan politik di bawah pimpinan Melayu, sedangkan orang Melayu tidak mendapat mendapat hak yang sama dalam bidang ekonomi. Kalau hal ini berhasil maka akhirnya pribumi Malaysia akan sama nasibnya dengan orang-orang pribumi di Thailand dan Filipina yang sama-sama dipimpin oleh China. Semoga Allah menyelamatkan umat Islam di Malaysia dari malapetaka seperti ini.
Selepas PRU kita tengok macam2 gelagat baik yang menang atau yang kalah. BN tak boleh berpuas hati kerana capaian di Parlimen kurang 7 kerusi jika dibanding dulu, tapi sekurang2 nya masih boleh membentuk kerajaan persekutuan dan juga merampas balik kerajaan negeri Kedah. PAS boleh berbangga kerana tetap memerintah di Kelantan walaupun hilang kuasa di Kedah, bahkan kalau PAS berani berdepan dengan PKR dan DAP, Kerajaan Negeri Selangor pun bolehlah orang PAS jadi MB. DAP tentunya sungguh berpuas hati dapat menawan kembali Pulau Pinang dan menjadi pembangkang yang terbanyak kerusi di Parlimen. Begitu puasnya DAP sehingga jawatan sebagai Ketua Pembangkang pun boleh mereka bagi untuk PKR sebagai hadiah sagu hati bagi Ketua Umum PKR yang kembali meroyan karena tak dapat jadi PM. Mungkin DAP tahu Ketua Umum PKR ini sesuai dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang kerana kerja dia cuma bangkang saja apa jua keputusan kerajaan tak kiralah kalau itu baik untuk rakyat. DAP tahu jawatan ini sesuai untuk orang yang tak berapa cerdik. Apa tanda dia tak berapa cerdik? Anwar dok canang tak terima keputusan PRU dengan macam-macam alasan bodoh tapi yang peliknya di mana pembangkang menang tak timbul cerita PRU tak adil. Pulau Pinang dan Kelantan terus lantik Ketua Menteri dan Menteri Besar, dekat Selangor belum boleh lantik kerana tak ada kata sepakat siapa yang akan jadi MB? Tak timbul cerita pula yang dia menang di Permatang Pauh dan anak dia menang di Lembah Pantai tak sah kerana tak adil. Kalau kata tak terima bukankah patut tolak semua? Mungkin sebab itulah DAP bagi hadiah sagu hati iaitu jawatan Ketua Pembangkang yang memang perlu orang yang kurang cerdik.
Anwar juga dok jaja cerita Pakatan menang undi popular, walhal perkara ini tak munasabah langsung memandangkan Malaysia daripada dulu lagi dah guna sistem di mana parti yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen boleh menubuhkan kerajaan. Anwar lupa dekat US, di mana banyak kawan-kawan dia yang nak tengok dia jadi PM pun tak guna sistem undi popular, mereka kata undi dia tu Electoral College. Sebab tulah kawan rapat Anwar, Al Gore yang menang undi popular masa lawan Bush tak jadi Presiden US kerana Al Gore kalah Electoral College. Aku bimbang bolehkah Anwar reti perkara ini?
Satu lagi yang aku nak cadang nih, Anwar kan banyak kawan rapat dia di Indonesia yang nak dia jadi PM dan dok canang PRU-13 tak telus kerana Anwar kalah serta kat Indonesia juga guna sistem undi popular masa nak pilih Presiden maka aku terfikir untuk pinjamkan Anwar bagi Indonesia. Bolehlah Anwar jadi Presiden Indonesia ke, jadi CEO ke atau apa-apa yang dirasa patut oleh kawan2 dan penyokong2 Anwar di Indonesia. Kalau Anwar dah jadi Presiden Indonesia tentulah hubungan Indonesia dengan Malaysia boleh rapat macam yang selama ini didakwa oleh Anwar yang dia boleh membawa hubungan yang lebih rapat jika dia jadi PM kat Malaysia. Aku rasa Anwar pun tak akan meroyan lagi, mungkin Anwar akan bangga kerana dapat menjadi Presiden negara yang lebih besar dan penduduknya lebih banyak dibandingkan Malaysia. Kawan2 dia kat Indonesia pun akan senang sebab tak payah nak campur lagi hal ehwal politik Malaysia.
Aku yakin orang Indonesia mesti setuju kalau Anwar jadi Presiden kat sana memandangkan Anwar boleh menepati janji dia untuk memerdekakan daerah2 di Indonesia macam Aceh, Papua, Maluku dan lain-lain. Aku rasa juga ramai yang akan setuju memandangkan dekat Indonesia juga ramai sahabat2 seperdosaan Anwar penyokong dan pengamal tegar LGBT dan pluralisma. Takkan rakan2 yang sama fahaman tak akan menyokong cadangan menjadikan Anwar sebagai Presiden?
Kalau orang Indonesia setuju dengan cadangan ini, Anwar boleh dilantik terus untuk jawatan Presiden kat sana. Tak payah ada PRU kerana aku risau bolehkah Anwar menang jika dia bertanding di Indonesia memandangkan majoriti rakyat Indonesia adalah suku Jawa. Aku tak yakin mereka akan undi Anwar. Bila ini berlaku agaknya apa lagi yang Anwar akan kelentong kat merata2 tempat? Mungkin Anwar tak akan kelentong lagi sebab masa tu dia sudah duduk diam dekat hospital Tg. Rambutan.
Post a Comment