Tuesday, May 14, 2013

UPDATE: PRU 13 - KABINET PENENTUAN

Campaign of lies, deception
New Straits Times, 27 May 2013, page 14.

SOMETIMES there is a need to pause for thought and for Malaysia this is one of those moments.
The question to reflect on is: why is there a portion of the population, small but voluble, insistent on disrupting the peace? In a country of full employment where menial jobs are done by foreigners and the major cities are much like those of the First World, one would have thought that common sense alone is guarantee enough against subversive elements. When rank manipulation is successful and thousands come out to be persuaded with blatant lies, the rest of the population is left bemused. What manner of discontent is it that fuels the protests? Or, is this a classic case of idle minds being the devil's playground?

It is easy to imagine the latter situation being exploited by influential individuals, deemed charismatic when, in fact, are mere chameleons, out to fulfil dastardly agendas dangerous in their means and foul in their ends. To, in the first place, go on calling their protest campaign "Blackout 505", referring to the alleged blackout at some counting station on election day, when there is no proof of it ever having happened is one such lie obviously meant to mislead. Tenaga Nasional has denied that there were any blackouts that night and the constituency supposed to have experienced it, too, has said the same. This is mere propaganda.

Then there is the abysmal intention of confusing the people by harping on the popular votes garnered by the three parties of the opposition. Indeed there were more voting for the three parties together than there were voting for Barisan Nasional (BN). But the electoral system of this country is all about winning the seats through the first-past-the-post system where a simple majority suffices and those wishing to oust the elected BN government know this full well. And, why is it, where they have benefited from the system they have not protested their victory?

Propaganda is useless when it is not disseminated far and wide. In this respect, too, the PKR de facto head is no less relentless. The Red Bean Army, a band of so-called cyber troopers and a creature of DAP, is at his disposal to spread disinformation on social media. Absolute lies are not put to bed even when proven to be so because the Red Beans keep them going. Yet, is all this not in character for a man whom the former vice-president of Indonesia, Yusuf Kalla, accuses of glibly having broken a solemn promise he brokered?


Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

SEMOGA TIDAK PERLU JALAN LAIN KE SYURGA

Dalam sekitar masakini sebuah barisan kabinet akan dilantik oleh Perdana Menteri. Sudah tentu perlantikan ini dibuat atas berbagai perhetongan dan berlandaskan pendapat ramai penasihat. Media masa juga turut memainkan peranan. Ejen-ejan risek negara asing juga pasti tidak mahu ketinggalan.
Yang membimbangkan ialah antara penasihat itu pasti ada yang menjadi penyebab kepada Tsunami PRU 13 dan juga Tsunami PRU 12. Apatahlagi jita penyebab-penyebab kedua Tsunami itu mencapai kemenangan. Bukan kerana winnable candidate tetapi kerana winnable constituency atau kawasan yang ditandingi mereka itu selamat.
Ada tiga kata-kata dari pemikir-pemikir yang saya sudah lupa namanya. Kita panggillah mereka 'anonymous yang bijaksana'. Kata mereka:
1. 'The world is spoilt not by the wickedness of the bad but by the weaknesss of the good'. Lebih-kurang maksudnya 'Angkara yang menimpa dunia bukanlah kerena kejahatan orang yang tidak baik tetapi kerana kelemahan orang yang baik'.
2. 'The journey to hell is full of good intentions' atau 'Perjalanan ke neraka itu diiringi oleh niat yang baik-baik'. 
3. 'Lies would have travelled half-way around the world before truth puts its boots on' yang bererti 'Pembohongan sudah berjalan hampir setengah pusingan dunia sebelum kebenaran memakai kasut'.
Prestasi BN pimpinan UMNO dalam PRU 13 ialah yang terburuk dalam sejarah. Yang salah bukan DAP yang saya dapati sangat konsisten dalam perjuangan mereka. Kalau mereka tidak sofan atau kurang ajar itu bukanlah satu penyakit yang baru didengar atau diketahui.
Oleh kerana pemimpin itu, kecuali diktator, selalunya mempunyai penasihat-penasihat, maka sudah tentu penasihat yang menyebabkan prestasi buruk PRU 12 jika digabungkan dengan penasihat yang menyebabkan prestasi buruk PRU 13 akan menyebabkan punca kehancuran bangsa Melayu di masa akan datang.
Pelajarilah pergolakan yang berlaku sehingga tarikh-tarikh berikut boleh menjadi bahan renungan: 1897 + 18 = 1915 + 18 = 1933 + 18 = 1951 + 18 = 1969 + 18 = 1987 + 18 = 2005 + 18 = 2023. 
Dari 222 kerusi terdapat 135 kerusi yang 60% pengundinya terdiri dari orang Melayu dan Bumiputera; 47 kerusi yang antara 40% ke 60 % pengundinya terdiri dari orang Melayu dan Bumiputera dan hanya 40 kerusi yang pengundi dari kalangan orang Melayu dan Bumiputera di bawah 40%.
Tidak ada jalan bagi DAP untuk memerintah jika Melayu bersatu.
Kelemahan prestasi BN pada kali ini ialah kerana KEGAGALAN PENASIHAT-PENASIHAT DAN KEGAGALAN DALAM URUSAN KOMUNIKASI ATAU PENERANGAN.
Jika penasihat-penasihat yang menyebabkan Tsunami PRU 12 dan PRU 13, walau pun mereka menang dalam PRU, dilantik ke dalam kabinet maka BANGSA MELAYU PERLU CARI JALAN LAIN KE SYURGA.
Wallahu'alam.

11 comments:

topun said...

Tepat tu, saya setuju! Memang DAP konsisten dengan penipuan dan biadapnya tapi yang tak ketahuan tu UMNO, PAS dan PKR.. hahaha

Shuib said...

Sanusi.
Najib sudah kehilangan mandat dalam UMNO dan BN untok menjadi perdana Menteri .UMNO/BN akan lebeh terok imasa hadapan jika Najib terus mengetuia UMNO.

Ia telah belanja berbillion ringgit untok membei wan dan bantuan kapada Raayat tapi raayat menolaknya.Keputusannya lebeh burok dari ak Lah yang selalu lena.

Najib meupakan Pm yang mempunyai rama penasehat sekali termasoklah dari APCO,yahudi Amerika.

Dalam media sahaja tidak kurang 10 orang penasehatnya.
Dalam Politik,ada hampit 10 orang juga.7 orang dari pejabarnya beraning dalam pilehan raya,5 kalah.

Saya ingat dalam satu majelis penanugerah gelaran Dato oleh Sultan Kedah,dua orang Najib mendapat gelaran Dato.Ang saorang itu jawatannya sabagai penasehat di Pejabat PM.saya beranya rakan saya juga dari pejabat Najib yang hadhir di majelis itu,dia itu penasehat bidang apa.
Jawab kawan saya,Entah.tak tahu.telau ramai penasehat di Pejabat Boss.

Tapi orang yang betul merosakkan Najib dalam politik ialah isteinya.Yang mencampori dalam penabian Najib.
Yang jai keohbdalam Wanita UMNO,menyebabkan Kamila bertanding bebas ialah Rosmah.Rosmah dan Kalmila sama dari sekolah TKC.Sudah tentu Rosmah tidak suka Kamila jadi menteri.sebabnya saya tdak tahu,

Mahayudfin pelu mengambil aleh jika UMNO hendak di selamatkan.Tidak ada jalan lain.Kepentingan party melebehi kepentingan peribadi.

Kami berharap Pak Sanusi dan Mubarak perlu bertindak berani.
UMNO perlu di selamatkan.

Lee Lam Thye said...

Hai Shuib DAP tok sah lah berpura-pura lagi. Yang saya lihat masa anda dah terlepas jadi sekarang mahu melaga-lagakan lagi.

Sudah malu jawablah sendiri, sama you punya kuncu yang sudah tak tahan you tipu lagi

hihihi

jawipulut said...

Assalamualaikum,

Saya mengikuti perkembakan politik tanahair dengan tekun sejak tahun-tahun kebelakangan ini.Blog DSselalu saya singgah.

Blog-blog pro kerajaan memainkan isu yang hanpir sama sahaja.Soal sikap cina yang salah serta pembangkang lain yang tak betul.

Seperti kata DS,saya juga menyetujui bahawa UMNO silap dalam perkiraan menghadapi PRU 13.

Ketua-ketua besar UMNO bercakap dengan keyakinan yang kerapkalinya tiada berasas.Hanya bersandarkan andaian dan syok sendiri.

Mereka juga memberi ucapan seolah-olah fatwa yang akan dituruti oleh kita semua.Saya nampak akan kedangkalan ilmu dan tidak tahu realiti sebenar bila mereka ini berucap.Saya terasa malu sendiri apabila mendengarnya.

Ada dua isu yang membuatkan saya semakin kecewa dengan kerajaan.Pertamanya ialah kerajaan(KDN) tidak ada keberanian dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap banyak perkara.Kalau lambat tetapi tindakan dibuat juga,itu kira bolehlah.Biasanya amaran dan amaran sahaja yang saya perhatikan.

Sebab kedua ialah menteri-menteri begitu pulun memberi dan memberi kepada kaum cina dan india.Jika memberi kepada orang melayu,tentu saja kedua bangsa itu pun menerimanya Satu Malaysialah katakan.Saya merasa sangat kecewa dan marah,tapi apa nak dibuat.

Begitulah negara kita yang mempunyai ketua yang nampak baik tetapi tidak cukup bijak buat mengepalai orang melayu.Menteri-menteri melayunya pula adalah dari golonga pengampu,hanya pandai bercakap dan perasan!

Bekas pemimpin seperti DS Sanusi dan beberapa lagi patut dilantik menganggotai penasihat khas kepada PM.

terima kasih.

Anonymous said...

"The road to hell is paved with good intentions" - Friedrich Hayek, dalam Road to Serfdom, kalau tak silap.

Anonymous said...

ITU LAH PADAHNYA APABILA MENGGUNAKAN WANG RAKYAAT MELATIK YAHUDI SEBAGAI PENASIHAT.

Hj sufi said...

Apa komen Pak Sanusi dengan Kabinet baru Najib.

Say dengar wanita UMNO dah marah.Tak ada wakil dalam Kabinet.Satu sejarah baru.

Mahayuddin pun dah asah parang.Nak lawan habisan dalam Pilehan Raya UMNO.

Anonymous said...

Najib must go.. Rosmah Mansur must Go n gone for good

Ismail Mina said...

Pak Sanusi.
Hari ini dalam Mingguan Malaysia,Pak Sanusi meminta Anwar bersara.
Hai kenapa pula hendak Anwar bersara.Ada kah Pak Sanusi ahli PKR.
Setahu saya Pak Sanusi ahli UMNO.kenapa tidak minta Najib bersara kerana keputusan Pilehan raya ke 13, keputusannya lebeh burok dari Pak Lah Bedawi.

Bukan Azmin said...

Saya setuju dengan pandangan Tan Sri, sekarang kita tengok keadaan Malaysia sedikit bercelaru apatah lagi selepas PRU13. Ini kerana 'silent majority' masih dok senyap lagi. Yang kita nampak melalak dan meroyan ke merata tempat adalah puak-puak yang tak boleh terima kekalahan. Akhirnya keluarlah macam-macam ayat putar belit yang semakin menunjukkan kebodohan dia sendiri.

Saya sokong pandangan Tan Sri dalam Wawancara MM mengenai Anwar yang dah jadi PM (Pakar Meroyan) untuk bersara. Tidak timbul isu macam komen Ismail Mina celup (saya yakin ini bukan Ismail Mina yang sebenar kerana saya kenal baik dengan beliau. Yang dulu dok teriak nak kata berhenti bila kalah sapa? Adakah Sanusi Junid yang cadang? Tidak. Adakah UMNO yang suruh? Bukan. Kalau begitu siapa yang uar-ura nak bersara bila tak menang PRU? Anwar PM (Pakar Meroyan) lah yang buat. Kalau begitu kenapa salahkan orang lain? Nampak sangat tidak cerdik, akai tak cukup.

Perkara sebegini memang sudah dari dulu menjadi amalan Anwar PM dan penyokong-penyokong tegar dia. Apapun perkara yang terjadi pada dia mesti salah orang lain, mesti salah BN. Orang dah reti dah skrip macam ni.

Sekali lagi saya alu-alukan 'silent majority' untuk bangkit dan mula bekerja untuk hapuskan pengaruh busuk puak-puak orang macam Anwar PM.

Anonymous said...

Saya sedih bila Najib nak 'reconcile'dan kehairanan apabila dia menuntut maaf sebelum itu.Permainan psikologinya gagal.Kita bukan bangsa seperti Uncle Sam yang bunuh Red Indian lebih ramai jumlahnya dari Hitler bunuh Yahudi.Malam keputusan diumumkan dan BN kembali berkuasa,Najib mengumumkan apa yang dipanggil 'national reconciliation'.Hari berikutnya ramai cerdik pandai lebih-lebih lagi pemimpin politik mengatakan yang kaum cina tertipu dengan dakyah DAP.Inilah pertama kalinya dalam hidup saya mendengar cina kena tipu.Begitulah juga dengan kemunculan cendekiawan cina yang mengatakan orang cina bukan menolak BN,tetapi mereka amat yakin kali ini dengan kemampuan DAP dan Pakatan Rakyat untuk berkuasa.Tolonglah....adakah kenyataan bijak pandai cina ini menggambarkan selama ini mereka adalah orang-orang yang bijak belaka?Ternyata mereka bersatu,sehinggakan 97%, dan sebenarnya adalah majoriti cina menolak kerajaan.Sedangkan kita memanggil ini sebagai "kaum cina keliru",itulah kenyataan pemimpin UMNO.Siapa yang KELIRU sebenarnya?????Macamana pula kaum cina yang bersatu dikatakan KELIRU,sedangkan Melayu berpecah kepada 3,dan mungkin boleh jadi 4 selepas ini atau 5?Atau pemimpin Melayu yang keliru?Apa tidaknya,PAS amat berjaya mengelirukan ummah dan begitu juga dengan parti Anwar Ibrahim yang merupakan pengkhianat nombor satu agama dan bangsa.Najib perlu ditolong sekarang ini,jika dibiarkan dengan 'national reconciliation'mengambil tempatnya sepanjang lima tahun ini, maka saya amat yakin yang negara akan dipandu secara tidak tepat.Sedangkan cina sudah nampak jelas apa yang perlu dilakukan.Pertahanan kedaulatan bangsa kita sejak era Pak Lah menjadi lemah dan masih tidak mahu diakui lagi oleh orang kita sendiri sehingga kini.Dengar ada budak cina berumur 25 tahun yang menjadi pegawai Najib dan bertanding di Selangor baru-baru ini.Dengan meletakkan budak ini,saya sudah dapat alamat seperti ada satu bentuk permainan oleh MCA kali ini.Akhir sekali,siapakah yang keliru?Bangsa yang berpecah belah kah atau kaum yang bersatu?Tuhan tidak dapat membantu golongan yang berpecah walau pun mereka ramai.