Monday, June 10, 2013

PRU 13 - ANTARA HAMID AWALUDIN, JUSUF KALLA DAN ANWAR

Di bawah ini adalah berita tambahan mengenai JUSUF KALLA DAN ANWAR IBRAHIM yang jelas kandungannya.

'Update' berikut adalah mengenai permintaan Anwar Ibrahim melalui mantan Wapres Jusuf Kalla supaya Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak menghormati keputusan PRU 13. Bekas Menteri Hukum dan HAM Indonesia Bapak Hamid Awaludin hadir sebagai saksi. Anwar mendakwa Najib yang minta persetujuan itu sebaliknya Jusuf Kalla menyatakan Anwar yang minta. Apa kata saksi Hamid Awaludin.

UPDATE: 

Did Anwar Ibrahim tell the Truth? - BERNAMA Interview with Hamid Awaludin.


Hamid Awaludin was Indonesian minister of law and human rights from 2004-2007 when Jusuf Kalla was vice president, and was Indonesian ambassador to Russia and Belarus from 2008-2011.


1. Anwar Ibrahim claims it was Jusuf Kalla who approached him whereas Jusuf Kalla said he was approached by Anwar. Which is true?

Hamid Awaludin:

I was present during Jusuf Kalla’s discussions with both Anwar and Najib. It was Jusuf Kalla who accepted Anwar’s request to mediate. He did not take the initiative and approach Anwar. Jusuf Kalla does not have any political and economic interests in Malaysia. He is busy with his affairs in Indonesia. So why would he take the initiative and approach Anwar? It isn’t logical.

Jusuf Kalla considers both Anwar and Najib as good friends. He wanted to help because they were competing fiercely with one another. That is how he saw this.  

2. Anwar claims there were several "preconditions" in the agreement e.g. free elections, fair media, etc. Can you outline any preconditions?

Hamid Awaludin:

I am very sure that there were no preconditions discussed between Jusuf Kalla and Anwar. For me, a deal is a deal. And there was a deal that both parties – Anwar and Najib – agreed to.

Some people always try and find a loophole after the event, or an excuse not to deliver on their promise. Some people are different in character to others.


3. Anwar now claims PM Najib didn't sign the agreement and it was therefore not valid. Jusuf Kalla says the PM did give his verbal agreement and therefore the deal was agreed by both parties, and was valid. Is Anwar correct or is JusufKalla?


Hamid Awaludin:

Anwar knew that Najib did not sign the agreement. Najib had very reasonable, political reasons for not signing the agreement and Anwar understood and accepted it.

But Najib gave his word that he would honour the agreement. He consented to the agreement. Basic morality teaches us that a man’s word is more important than his signature. And deeds are more important than any declaration. Najib delivered on his promise. He called for national reconciliation during hiselection result acceptance speech. Najib’s deeds matched his word.

4. On Election Day, do you feel that the agreement was still in place? Had anything happened before Election Day to invalidate the agreement?

Hamid Awaludin:

I am very sure that nothing jeopardized the agreement in the run up to the election or on Election Day. The agreement still stood. Things changed after Najib was declared the winner. Even the day after Najib’s victory, I was personally optimistic that a deal is deal, and both sides would abide by the deal. But Anwar broke the deal. Perhaps he was unable to manage his followers,especially because the DAP had won more seats than Anwar’s own party. Anwar found himself in a difficult position. But a leader must lead, not be led.

5. Do you and Jusuf Kalla feel Anwar broke the deal? If so, how?

Hamid Awaludin:

I feel that Anwar still does not accept political reality. Perhaps he has things he will not say because he doesn’t want to hurt people. I don’t know.


6. Do you feel Anwar was/is sincere in wanting national reconciliation in Malaysia?

Hamid Awaludin:

I believed that Anwar had sincerity and I still hope he has.

7. Why do you think Anwar is behaving in the manner in which he is – denying the agreement, refusing to cede defeat and organising protests across Malaysia?

Hamid Awaludin:

From the beginning, Anwar convinced himself that he would win the election. He had struggled for so long and he thought that this was the end of the struggle. He thought he would win the battle and defeat Barisan Nasional. His belief was strengthened by opinion polls that were often in his favour. And each rally Anwar held during the campaign attracted massive crowds. But in the end, the people’s choice is the ultimate factor in a democracy.

Anwar believed he would win the election but he was afraid Najib would resist and not hand over power. So Anwar wanted insurance against this scenario. That is why he came up with the idea of the deal.

END

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Oleh kerana ada di antara pembaca blog ini yang tidak melanggan Mingguan Malaysia, dan ada juga yang membelinya dari masa ke masa, tetapi telah tidak mendapat tertibatan kali in pada 26 Mei, 2013 kerana kehabisan, maka penurunan dalam blog ini dapat membantu mereka. Lebih-lebih lagi bagi pembaca blog ini dari negara luar yang tidak berkesempatan membacanya. Di dalam salah satu siaran awal telah dipaparkan kisah mengenai 'Habibie dan Anwar' pada kali ini pula kita turunkan pengalaman 'Jusuf Kalla dan Anwar' pula untuk dapat para pembaca mengenali tokoh yang didewa-dewakan oleh mereka yang tidak mengenali peribadinya yang sebenar. 
Ahad 26 Mei 2013
Mingguan Malaysia. Muka 3

KUALA LUMPUR 25 Mei - Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf pada April lalu.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan ‘melihat realiti’.

Kami mempunyai komitmen, tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak, tidak,’’ jelas Jusuf.

Akhbar tersebut yang mendakwa menghubungi ketiga-tiga pihak turut melaporkan, Anwar mengaku pernah membuat perjanjian berkenaan tetapi memberitahu kononnya ‘penentang-penentangnya’ pula yang mengingkari perjanjian itu melalui ‘cara mereka berkempen’.

Bagaimanakah kita mahu bicara tentang pendamaian sekiranya kamu memomok-momokkan lawan dengan cara ini di pentas ceramah?" kata Anwar.

WSJ melaporkan bahawa Anwar telah mendekati Jusuf berhubung perjanjian tersebut dua bulan lalu dalam usaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memperolehi komitmen daripada lawannya untuk menjamin keamanan negara selepas pilihan raya umum.

Perjanjian tersebut iaitu kedua- dua pihak mengelak daripada menyerang antara satu sama lain secara peribadi semasa berkempen dan menerima sebarang keputusan pilihan raya dibuat kemudiannya pada April lalu.

Laporan WSJ itu menjelaskan, kedua-dua pihak telah mengingkari satu fasal dalam persetujuan tersebut iaitu dalam menawarkan pihak yang kalah peranan dalam sebuah kerajaan pendamaian’.

Seorang penasihat kepada Najib dilaporkan akhbar itu telah mengesahkan perjanjian berkenaan dan memberitahu WSJ bahawa Anwar telah mencari bantuan Jusuf untuk mendapatkan sebuah persetujuan bersama dalam menerima keputusan pilihan raya secara aman, tanpa menghiraukan siapa memenanginya atau berlaku satu majoriti tipis.

Perdana Menteri mengulangi secara sulit kepada Jusuf Kalla dan di khalayak ramai sebelum pilihan raya yang BN akan menghormati kehendak orang ramai dan menerima keputusan pilihan raya, sekalipun pembangkang menang," kata penasihat berkenaan.

Walau bagaimanapun, perjanjian damai versi Anwar kelihatan seperti berbeza.

Memetik Anwar, WSJ melaporkan bahawa Jusuf yang menghulur dan menawarkan bantuannya dalam memastikan sebuah pilihan raya yang aman.

Terdapat ramai rakan sekitar rantau ini yang risau berhubung peralihan kuasa sama ada ia akan aman atau sebaliknya," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Menurut WSJ, Jusuf terkenal dengan peranannya dalam perjanjian damai semasa menjadi Naib Presiden dari 2004 hingga 2009 di Thailand dan Sri Lanka serta membantu menyelesaikan konflik merentasi kepulauan Indonesia.

Dalam pilihan raya 5 Mei lalu, Barisan Nasional (BN) kembali menguasai Putrajaya dan berikutan itu, Anwar yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran di seluruh negara bagi mewujudkan persepsi bahawa kemenangan telah dicuri daripada mereka melalui penipuan.

Semasa memberi ucapan pada perhimpunan tersebut, Anwar berjanji tidak akan menyerah kalah sehingga pembangkang diletakkan di Putrajaya.

Anwar yang berumur 65 tahun juga dilihat meletakkan rancangannya untuk bersara ke tepi untuk menawan Putrajaya.

Titik pertikaian pembangkang adalah undi popular, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendapat hanya di bawah 48 peratus daripada jumlah undi.

Agihan tidak sekata undian di banyak kawasan, yang dilabel pembangkang sebagai amalan penggarisan semula kawasan pilihan raya oleh BN, telah menyebabkan mereka hanya memenangi 89 kerusi manakala BN 133 daripada 222 kerusi di Parlimen.

Selain daripada ‘Perhimpunan Black 505’ yang telah menarik kehadiran rakyat yang ramai di sekitar, pembangkang juga memfailkan petisyen rasmi terhadap keputusan di 27 kawasan undi.

WSJ melaporkan, Anwar percaya cabaran-cabaran yang dilakukannya itu bagaimanapun tidak mungkin menjadikan keputusan pilihan raya tersebut kembali memihak kepada beliau.

Akhbar itu menambah, walaupun Anwar telah menuduh kem Najib melemahkan kempennya dengan serangan peribadi, Jusuf enggan menyertai kritikan tersebut.

Sebaliknya, pemimpin Indonesia itu berkata, beliau merasakan kedua-dua pihak telah menjalankan komitmen masing-masing dalam mengelakkan daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen.

Jusuf khuatir bahawa suatu pertikaian yang berpanjangan ke atas keputusan pilihan raya antara Anwar dan kem Najib hanya akan meningkatkan perpecahan sedia ada dalam kalangan pecahan dalam kumpulan-kumpulan Islam dan Cina dan mungkin membawa kepada keganasan.



6 comments:

A Voice said...

Tan Sri

Kenapa Penasihat benarkan Najib janji dengan penipu dan pembohong tegar?

Ismail mina said...

Pak Sanusi.

Pada pilehan raya 2008,apabila Pak Lah mendapat,keputusan Pilehan Raya yangbterok sahingga BN kehilangan 2/3 Majority Parliment,Pak Sanusii dan Mahayuddin dan Tun Mhathir,denganmlantang meminta Pak Lah meletak jawatan.

Dalam Pilehannraya 13,apabila Najib mendapatmkeputusan yang bebeh terok dari Pak Lah dengan hanya mendapat 135 kerusi Parliment dan kekurangan hampir 75 kerusi dewan undangan negeri di bandingkan dengan Pilehan raya tahun 2008, Kenapa Pak Sanusi senyap dan Tun Mahathir mengatakan Najib mesti terus menjadi PM,kerana tiada orangnyang sesuai unrok mengantinya.

Nampaknya Tun Mahathir menganggaap orang UMNO dan Orang Melayu bagitu bodoh.Apakah Mahayuddin tidak ada kelibar untok mengganti Najib.
Nampaknya UMNO betul betul dalam krisis.Jawatan PM bukan lah milek keluargabTun Razak.Kenapa ada double standard.
Tak payah,lah untok mengalehkan perhatian orang Melayu dengan membawa cerita Yusuf Kala.Apa kena Yusof Kala,mantan Naib President Indonesia dengan pilehan rayamkita.

Yusof Kala amatnterkejut apabila di beritahu yang EC tidak menjalankan tugasnya dengan betul.Dia berkata jika ini berlaku di Indonesia sudah tentu akan berlaku revolusi raayat.

Jika UMNO mahu mengembalikan keperchayaan orang Melayu,maka Najib perlulah berhenti.Adakan Najib lebeh besar,dari UMNO.

Anak anak muda yang mempunyai pendirian sendiri tidak boleh menerima sikap double standard ini.

jawipulut said...

Tan Sri,

Setelah memegang kuasa selama lebih kurang empat tahun,tidak ada bezanya antara kerja buat Najib dan Pak Lah.Setakat ini,tidak ada antara ramai orang yang telah saya jumpa puas hati dengan pencapaian Najib.Orang melayu dan juga cina sama-sama menyatakan Najib tidak buat sesuatu,sekadar perubahan penjenamaan sahaja.Hadhari sudah diganti dengan 1Malaysia.

Selama empat tahun Najib begitu selesa memegang kuasa.Kuasa yang tidak kuasa.Dari tindak tanduk DongZhong,Hindraf,Bersih bersiri,mencabar/menghina agama Islam,mencagar/menghina raja-raja dan yang terbaru iaitu tuduhan dan penghinaan kepada PDRM/ATM,satupun tidak dapat diselesaikan hingga kini.Inilah kegagalan yang tiada bandingan dalam sejarah kerajaan Malaysia.

Apa lagi yang Najib mahu?

Dalam dunia ini tak ada lagi yang lebih dicari,hanyalah Kuasa dan Wang.Hampir semua perkara dapat dibuat dengan ada kedua-duanya.Semua itu ada dalam tangan tapi amat malang bagi kita orang melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya mendapat pemimpin yang hanya punyai kebolehan berkata-kata sahaja.

Mengenai kejayaan menawan Kedah,saya nampak kejayaan semata-mata atas kekuatan dua beranak,Tun M dan Mukhris dan bukan atas sebab-sebab lain.Kesungguhan Tun M membuat saya terharu.Lain-lain tempat di semenanjung,tentulah tuan-tuan lebih maklum.

Bilakah masanya pemimpin-pemimpin di Malaysia mahu bertanggungjawab atas kegagalan dengan melepaskan jawatan masing-masing ?

Apa lagi yang hendak ditunggu oleh orang melayu dan Malaysia kepada Najib ?Jawapannya ialah menerima lagi kegagalan demi kegagalan dan kemungkinan berakhirnya kerajaan UMNO.

banggoi petai said...

aku tau pasaipa c sanusi belum gigit najib macam dia gigit pak Lah dulu. .. dia tengah tunggu tuannya bagi arahan. .... tu madey belum bunyi apa macam dia punya tunjing mau tokak. ... orang biol jaa tanam padi atas bumbung di paya pahlawan tu. .... banyak tanah kosong yang subur subur ,,, bumbung bangunan hang tanam padi. .. akai ada kaaaa

banggoi k said...

Banggoi petai adalah salah satu contoh melayu(agaknya) yang pemalas.Berhujah guna akai kepala lutut.Aku yang tak sekolah ini pun boleh jawab sebab dan alasannya.Inilah orang yang pikiaq cuka getah hanya untuk mencacatkan muka orang dan lembu,pisau hanya untuk tetak orang,..Buat malu orang banggoi...

TMP said...

sanusi cakap tanam padi atas bumbung dia tak suruh orang tanam padi atas bumbung. dia cadang buat projek tanam padi atas bumbung untuk jadi tarikan pelnacong. seperti kat langkawi. kat muzium padi,