Tuesday, May 27, 2014

TAWARAN RASUAH BOTAK CHIN DITOLAK

Sanusi dedah pengalaman disimpan 33 tahun bertemu bantuan ganas

Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim, Berita Harian muka surat 14, Ahad 25 Mei 2014

“Saya pernah ditawarkan untuk berkongsi 50-50 hasil rompakan jika membebaskannya dari penjara. Malah, lelaki yang sama juga pernah mengherdik saya kerana kerajaan lambat menggantungnya.

“Lelaki itu, Botak Chin jugalah yang memberi  inspirasi kepada Jabatan Penjara untuk menukarkan tali yang digunakan untuk menggantung penjenayah daripada disalut baldu ke tali jenis plastik,” kata Tan Sri Sanusi Junid menceritakan pengalaman bertemu Botak Chin pada 1981 ketika menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Pengalaman yang disimpan selama 33 tahun itu didedahkan bekas Menteri Besar Kedah itu ketika bertemu dengan penulis di pejabatnya di Mont Kiara, baru-baru ini.

Semuanya bermula apabila beliau dipertanggungjawabkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri ketika itu, Allahyarham Tun Ghazali Shafie bagi menyelesaikan kemelut dalam Penjara Pudu yang dicetuskan oleh penjenayah berbahaya, Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin.

Monday, May 26, 2014

PENGERUSI BANK RAKYAT DIHENTIKAN SECARA MENGEJUT



KENAPA TAN SRI SABBARUDDIN CHIK DIHENTIKAN DARI MENJADI PENGERUSI BANK RAKYAT.


Oleh kerana saya pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang bertanggungjawab ke atas Bank Rakyat maka berita ini mendapat perhatian saya. Lebih-lebih lagi kerana saya mengenal Tan Sri Sabbaruddin Chik sejak tahun 1961 sebagai scrum-half pasukan ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Setelah berhenti dari sekolah saya bertemu lagi dengan Tan Sri Sabbaruddin di waktu beliau menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang bertanggung-jawab ke atas peniaga-peniaga kecil dan saya pula, selain menjadi pelatih eksekutif di The Chartered Bank, Seremban, juga menjadi Setiausaha Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan pada tahun 1965.


Kami juga, selain pernah duduk bersama di dalam Kabinet Malaysia, sama-sama berpengalaman menjadi Setiausaha Agung UMNO Malaysia.