KENAPA TAN SRI SABBARUDDIN CHIK DIHENTIKAN DARI MENJADI PENGERUSI BANK RAKYAT.
Oleh kerana saya pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang bertanggungjawab ke atas Bank Rakyat maka berita ini mendapat perhatian saya. Lebih-lebih lagi kerana saya mengenal Tan Sri Sabbaruddin Chik sejak tahun 1961 sebagai scrum-half pasukan ragbi Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Setelah berhenti dari sekolah saya bertemu lagi dengan Tan Sri Sabbaruddin di waktu beliau menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang bertanggung-jawab ke atas peniaga-peniaga kecil dan saya pula, selain menjadi pelatih eksekutif di The Chartered Bank, Seremban, juga menjadi Setiausaha Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan pada tahun 1965.
Kami juga, selain pernah duduk bersama di dalam Kabinet Malaysia, sama-sama berpengalaman menjadi Setiausaha Agung UMNO Malaysia.
Tan Sri Sabbaruddin, yang saya tahu, tidak pernah meminta untuk menjadi Pengerusi Bank Rakyat. Oleh kerana ada kekosongan jawatan Pengerusi Bank Rakyat, dan Menteri yang bertanggungjawab ke atas koperasi di waktu itu, pernah menjadi Setiausaha Politik Tan Sri Sabbaruddin, maka tidak hairanlah jika Menteri berkenaan terfikir mengenai kelayakan bossnya dulu untuk dipertanggungjawabkan dengan tugas menjadi pengerusi bank. Sudah tentu menjadi Pengerusi Bank Rakyat itu lebih mudah dari menjadi seorang Menteri atau Setiausaha Agung UMNO.
Minat saya kepada Bank Rakyat pula bermula apabila ada skandal mengenai bank ini kerana belanja yang besar untuk membiayai pertarungan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner diikuti pula dengan kerugian beratus juta ringgit kerana pinjaman tidak berbayar yang diberi kepada United Manufacturers, di bawah pimpinan oleh Eric Chia, Ratusan juta ini telah dibelanjakan untuk membiayai pembelian mesin-mesin berat untuk pembalak di Sabah dan Sarawak dari pembekalnya United Manufacturers.
Oleh itu, apabila saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas koperasi, termasuk Bank Rakyat, maka dengan penyusunan semula Bank Rakyat dan kecekapan CEO-nya Dato' Anuar Jaafar di bantu oleh pembantu-pembantunya seperti Dato' Zahari Sulaiman dan Dr. Hadi Derani, di bawah pimpinan bijaksana barisan Ahli Lembaga Pengarah, yang bertanggungjawab, maka sebelum saya meninggalkan kementerian, semua kerugian telah tertutup dan Bank Rakyat sudah mula mendapat keuntungan.
Saya tidak malu bercerita bahawa semasa Tan Sri Sabbaruddin Chik menjadi pengerusi saya telah membuat permohonan untuk mendirikan rumah di dalam sebuah kawasan, tetapi permohonan saya telah ditolak kerana pendapatan pencen saya tidak mencukupi untuk membayar balik hutang jika diberi. Saya terima penolakan ini dengan hati terbuka dan dengan itu jelaslah bahawa Tan Sri Sabbaruddin tidak mengguna pengaruhnya, untuk menolong kawannya, dan menyerah pihak pengurusan bank untuk membuat keputusan mereka secara profesyenal.
Saya terbaca beberapa reaksi negatif terhadap keluhan Tan Sri Sabbaruddin seolah-olah beliau mementingkan diri sendiri. Bagi yang tidak emosional adalah perlu mereka melihat sebabnya Tan Sri Sabbaruddin diberhentikan. Jika seseorang itu menganggap keluhan Tan Sri Sabbaruddin itu tidak benar maka mereka membenarkan cara penggunaan dana Bank Rakyat tanpa mempedulikan tanggung-jawab kepada pemegang saham, yang menjadi pemilik bank itu, dan mereka juga membenarkan penyalahgunaan kuasa dalam memberi pinjaman sedemikian.
Saya sangat terkesan dengan sebab pemberhentian Tan Sri Sabbaruddin kerana saya pernah menjadi pegawai kanan di sebuah bank saudagar milik asing yang mementingkan profesyenalisma dalam pengurusan untuk menjayakan bank yang mempunyai rangkaian terbesar di dunia di satu masa dulu.
Selamat membaca.
Sabbaruddin fingers minister over non-renewal of contract as Bank Rakyat chairman

BY MD IZWAN
May 26, 2014
Former Bank Rakyat chairman Tan Sri Sabbaruddin Chik has spilled the beans
on cronyism and abuse of high office in Putrajaya by revealing that his tenure
was not extended due to a RM40 million loan application made by a person linked
to Putrajaya.
Sabbaruddin told
The Malaysian Insider that the individual had used his political connections to
settle a loan amounting to RM32 million without any interest calculated.
"The
individual who owed the money should not be discussing it with a minister. His
debt is with Bank Rakyat, why does he need to see a minister?"
Sabbaruddin
revealed that the individual had sought the assistance of Domestic Trade,
Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Hasan Malek.
"When the
minister found out, he said 'I can sack all of you'," Sabbaruddin said,
referring to Hasan.
Sabbaruddin told
the Bank Rakyat board of directors to initially reject the compromise offered
by the individual to settle his outstanding debt.
The individual
had offered 120 post-dated cheques to be cashed in by the bank over a 10-year
period.
"Ten years
to pay off a debt without interest, that means the bank will be the big loser
in the end," Sabbaruddin said.
According to Sabbaruddin, after the decision was made, Hasan was dissatisfied and refused to sign the letter extending his tenure as Bank Rakyat chairman.
"My term ended on April 8 and Bank Negara had agreed to extend my contract, but Hasan refused to sign it," Sabbaruddin said.
He also revealed that Hasan had a meeting with the individual without Bank Rakyat's knowledge in January.
"It was only after that we discovered that the two had met, as cheques for January, February and March had been prepared, waiting to be cashed."
The Malaysian Insider understands that the debtor is the owner of a carpet firm in the capital who has sparked controversy in the past.
Sabbaruddin also showed The Malaysian Insider a letter signed by Hasan instructing Bank Rakyat to proceed according to the terms of the compromise, clearly revealing the January meeting.
The incident reached boiling point when Bank Rakyat managing director Mustafa Razak was instructed to raise the issue before the board of directors.
The board was instructed to agree with the method of repayment in March.
Sabbaruddin also
said a new chairman has yet to be appointed to Bank Rakyat since the
termination of his contract.
Attempts by The Malaysian Insider to contact Hasan failed as he is currently abroad on a working trip.
The same debtor had sparked controversy on the eve of the 13th general election last year when he attempted to file a lawsuit against Putrajaya for violating the terms and conditions of a land deal in
Bukit Raja, Selangor. However, the suit was withdrawn the same day.
Soon after, a company owned by the Lembaga Angkatan Tentera Malaysia (LTAT), Boustead Holdings Bhd, announced it was purchasing 80% of shares in the company owned by the debtor, Astacanggih Sdn Bhd.
Boustead Holdings Bhd also bought a piece of land worth RM130 million which was owned by Awan Megah Sdn Bhd, which is owned by Umno Selangor's Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. – May 26, 2014.
5 comments:
Sayang, kawan seperjuangan berpuluhan tahun semenjak dibangku sekolah hingga dalam kabinet tidak boleh pertimbangkan permohonan Tan Sri. Umum maklum sumbangan Tan Sri kapada Negara. Apalah sedikit kelonggaran melulusan pinjaman kapada orang pencen!
pembetulan: tan sri eric chia tidak pernah mempunyai atau menguasai united manufacturers. dia dan keluarganya adalah pengasas united motor works (sekarang dikenali sebagai UMW Bhd). united manufacturers adalah 'competitor' umw dan anak syarikat bank kerjasama rakyat.
Jadi adakah ini bermakna Datuk Ahmad Maslan telah berbohong di Parliament baru-baru ini bila dia menafikan kejadian itu? Dan adakah Kerajaan bersetuju dengan kenyataan dia itu walau pun dia berbohong?
Harap Tan Sri bedua lembali aktif dalam UMNO dalam posisi yg tinggi supaya mereka2 ini kembali menghormati kembali Tan Sri berdua. Bila tidak aktif dalam politik maka pengaruh juga berkurangan maka senang diperlekehkan oleh menteri yg berkuasa.
sprm bila nk masuk
Post a Comment