Monday, May 18, 2015

WANG ITU RAJA

'CASH IS KING'

DARI HAIRAN DAN TERKEJUT TERUS MENJADI TRAUMA

Saya agak kehairanan apabila membaca di dalam web kenyataan Tun Dr. Mahathir mengatakan Dato' Seri Najib menganggap  'Cash is King' yang bermakna 'Wang itu Raja'. 
 
Kehairanan saya menjadi satu kejutan apabila mendengar Tun Dr. Mahathir di dalam pertemuannya dengan media, setelah berucap di Ipoh pada hari Sabtu 16hb Mei, 2015 mengesahkan kenyataannya bahawa kenyataan 'Cash is King' itu telah disebut oleh Dato' Seri Najib apabila Tun Dr. Mahathir menegurnya mengenai program BRIM yang diberi untuk mendapat sokongan rakyat. 
 
Kejutan saya menjadi satu 'trauma' apabila saya mengetahui bahawa BRIM atau satu dari tiga sebab yang Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah Negara yang amalan rasuah antara 10 Negara tertinggi di dunia.

Kenyataan 'Cash is King' atau 'Wang itu Raja' adalah lanjutan dari fahaman 'ekonomi pasaran' yang diamalkan oleh mereka yang mempercayai bahawa pasaranlah faktor terpenting untuk mendapat sokongan atau menentukan kedudukan. Sesuatu atau seseorang yang berwang sajalah yang boleh menjayakan dirinya di pasaaran.
 
Jika barang yang kita jual itu ialah sesuatu yang bermutu tinggi maka ketingginan mutunyalah yang menentukan kejayaannya barang itu di pasaran.  Ini bererti, tanpa menawarkan barang yang bermutu sekalipun, tetapi kita terus memberikan duit, tanpa bersusah payah menjual barang, maka kita boleh membeli sokongan rakyat. 
 
Oleh itu orang kaya sajalah lah yang boleh menjadi raja yang memerintah dengan wang yang banyak ada padanya.
 
Ini bererti sistem 'monarchy' tidak membolehkan seseorang itu menjadi raja yang sebenarnya, tetapi orang politik yang berduitlah yang boleh menjadi raja.
 
Di masa Negara kita masih dijajah seseorang yang dipandang tinggi dan menjadi popular di hati rakyat ialah mereka yang menentang penjajaahan.
 
Di waktu kita masih miskin maka tokoh yang popular, atau laku di pasaran mata rakyat, ialah seorang yang berusaha mencari jalan untuk membasmi kemiskinan.
 
Di waktu kita masih kuraang ilmu pengetahuan maka pejuang bangsa yang mementingkan usaha meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan rakyat menjadi jaguh yang di cintai oleh rakyat.
 
Di waktu iman kita masih lemah maka guru-guru dan pemimpin-pemimpin institusi ugama dipandang mulia di kalangan rakyat.
 
Di waktu kita mempunyai ramai sasterawan dan budayawan maka perjualangan mereka juga dipandang mulia oleh masyarakat.
 
Malangnya, kerana tumpuan kita pada berbagai jenis bidang perjuangan, khususnya ekonomi dan pendidikan, secara terpisah dari ilmu sejarah bangsa dan nilai-nilai murni dalam ugama kita maka kejayaan kita dalam bidang pelajaran telah membuat manusia yang dulunya mencuri telor ayam kini sudah pandai mencuri khazanah dan kekayaan negara.
 
Manusia yang dulunya bersyukur kepada Allah swt apabila mendapat sesuatu nikmat kini mendabik dada kerana kepandaiannya.
 
Bagi manusia yang sudah tidak terjajah lagi, tidak mengenal kemiskinan, berpendidikan pula, lalai mengerjakan fardhu ainnya dan berbudaya barat, maka, oleh kerana yang ada padanya hanyalah wang, maka untuk menawan hati rakyat ringgitlah yang dapat disumbangkan..
 
Dari keadaan beginilah muncul idea 'Cash is King' atau 'Wang itu Raja.'
 
Tetapi, kita janganlah lupa bahawa dalam konteks 'Cash is King' inilah juga terbawa erti 'The Nation is for Sale' to the highest bidder. Na'uzubillah. Wallahu'aklam.

4 comments:

Anonymous said...

Yang ada ni Raja Kapur. Pewaris King Tut. 
Patutlah kat note dollar tu ada rajah makam firaun mata satu. Memang ada penyembah dia rupanya. 
Petanda manusia kembali ke zaman lampau. Back to darkness. 

Anonymous said...

gambar Yg Dipertuan Agung pun yg terpapar di wang ringgit maka betullah cash in King

RD. said...

Patutla sebaik saja menjadi PM, Najib mereka-bentuk duit syilling dengan saiz lebih kecil. Habis semua identity Melayu di hapuskan pada duit syilling baru tu. Kelam-kabut dibuatnya oleh mereka yang berniaga dari vending-machine.
Sampai sekarang saya masih keliru dengan duit baru ni. 5 dan 10 sen, hampir sama.
Mungkin ada yang 'masyuk' dari project duit syilling baru ini.

Camila P said...

Interestting read