Wednesday, February 24, 2016

23-02-2016 ACEHXPRESS.COM - MENYEMARAKKAN BUDAYA IQRA': PERLUNYA MEMUPUK TABIAT MEMBACA



MENYEMARAKKAN BUDAYA IQRA': PERLUNYA MEMUPUK TABIAT MEMBACA

Oleh: Tan Sri Sanusi Junid

(Tulisan ini telah dipublikasikan oleh Tan Sri Sanusi Junid dalam blognya ‘www.sanusijunid.blogspot.com’ pada hari Jumat, 15 Januari 2010)*

Ianya diterbitkan oleh media Aceh Express di Indonesia kerana kandungannya didapati oleh pihak akhbar sebagai relevan kepada masyarakat Melayu Islam di Indonesia juga. Bahasanya telah 'diIndonesiakan' oleh Sdr. Fahmi M. Nasir, seorang penyelidik di ACEH KELAB, Kuala Lumpur dan pelajar untuk PhD dalam bidang Wakaf di Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selamat membaca.


ISLAM - AGAMA YANG DIRIDHAI ALLAH

1. Kita bangga karena menganut agama Islam sebagai satu-satunya agama yang diridhai Allah s.w.t.. Kita bernasib baik karena ibu dan ayah kita beragama Islam. Kalau tidak kita mungkin berada di luar Islam sampai ke akhir hayat.  Kita bersyukur kepada Allah s.w.t. karena menjadi ummat di akhir zaman dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah Rasulullah terakhir dan penghulu bagi sekalian Rasul.

QURAN - KITABULLAH

2. Quran ialah Kitabullah. Ianya diturunkan oleh Allah kepada kita melalui malaikat yang menyampaikannya kepada Nabi Besar kita Muhammad s.a.w.. Kita bangga memiliki Al Quran walau pun kita jarang membacanya. Kita beli Quran yang cantik dan mahal untuk kita simpan di rumah dan di kantor sehingga ternampaklah kepada tetamu bahawa kita cinta kepada Al Quran.

3. Tidak banyak di antara kita yang memahami isi Al Quran. Kita tahulah sedikit yang kita selalu baca dalam sembahyang atau dengar tafsirannya. Kita hafal beberapa ayat, tahu terjemahannya, untuk kita gunakan waktu pidato politik supaya pemilih suka kepada kita. Kalau nada suara kita itu sedikit fasih dan kearab-araban dan kita pakai pula sorban dan jubah bertambahlah kepercayaan orang-ramai kepada kita.

BUDAYA 'TAK TAHU'

4. Tetapi, bagi rakyat Malaysia 'tak tahu' itu adalah budaya kita. Setiap hari kita mendengar orang China bercakap bahasa Hokkien, Cantonese dan lain-lain bahasa ibunda mereka, atau bahasa Mandarin, walau pun bukan bahasa ibunda orang-orang dari selatan China tetapi telah ditetapkan sebagai bahasa untuk sekolah China. Kita tidak hiraukan karena kita sudah biasa mendengar yang kita tak faham atau tak tahu. Begitu juga dengan bahasa Tamil, Punjabi, Thai dan lain-lain bahasa. Semuanya kita tak faham dan kita tidak risau karenanya. Orang China pun begitu juga tidak faham bahasa Tamil dan orang Tamil pun umumnya tidak faham bahasa yang dituturkan oleh orang China atau apa sahaja bahasa kaum lain.

5. Selain dari bahasa ibunda, bahasa yang difahami, atau sepatutnya difahami, oleh semua rakyat Malaysia ialah Bahasa Melayu; dan banyak juga rakyat Malaysia yang faham bahasa Inggeris. Namun hanya sedikit rakyat Malaysia yang faham bahasa Arab. Oleh itu tidak tahu makna isi Al Quran bukanlah sesuatu yang aneh.

PRESIDEN PARK CHUNG HEE

6. Setelah Presiden Park Chung Hee menggulingkan Presiden Syngman Rhee di Korea Selatan beliau telah melakukan lawatan kerja ke Malaysia. Dalam Ops Room Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB), yang Menterinya pada waktu itu ialah Tun Abdul Razak, yang juga menjadi Timbalan Perdana Menteri, satu pengarahan telah diberi mengenai rancangan luar bandar di Malaysia khususnya program 'BUKU HIJAU'. Pada waktu itu kedudukan ekonomi Malaysia lebih maju dari ekonomi Korea Selatan.

7. Bila Presiden Park melihat ke papan pengumuman, di dinding ops room kementerian beliau ternampak perkatan 'Selamat Datang' dan di bawahnya perkataan 'Welcome'. Di bawah lagi ada apa yang dilihat oleh Presiden Park sebagai satu tulisan atau ukiran misteri. Lantas dia bertanya 'Lukisan apakah itu?' ( tentulah dalam bahasa Inggeris ). Tun Razak menjawab bahawa itu bukan lukisan atau ukiran tetapi sepotong ayat dari Al Quran yang bermaksud 'Tuhan tidak akan merobah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubah dirinya sendiri'. Lantas Presiden Park berkata 'You mean self-help? Your God wants you to help yourself?' Tun Razak bersetuju dengan tafsiran Presiden Park. Maka sempatlah Presiden Korea Selatan belajar makna sepotong ayat dari Al Quran.

SAEMUL UNDONG PROGRAM BERDIKARI

8. Pada tahun 1982, sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar saya telah melakukan kunjungan kerja ke Korea Selatan secara resmi untuk mempelajari program 'Saemul Undong' atau 'Gerakan Pembaharuan' mereka. Program ini telah dilancarkan oleh Presiden Park Chung Hee begitu dia pulang dari lawatannya ke Malaysia. Begitu hormat mereka kepada Malaysia sehingga saya telah dibawa ke Blue House rumah Presiden. Saya tidak berjumpa dengan Presidennya tetapi saya diterima dengan sungguh mesra dan saya diberitahukan bahawa Presiden Park telah memaklumkan dalam ucapan kepada kabinet dan pegawai-pegawai teras Korea Selatan bahawa 'The Religion of Muhammad has commanded that God shall not change the fate of man until man bring about the changes themselves'. Mengikut pegawainya idea 'self-help' atau 'membantu diri sendiri' atau 'berdikari' yang menjadi dasar gerakan 'Saemul Undung' di Korea Selatan adalah kesan dari pengarahan yang diberikan di ops room KPNLB dan tafsiran yang disampaikan oleh Tun Abdul Razak atas ayat yang ada di depan papan pengumuman.

9. Park Chung Hee tidak membaca dan memahami seluruh Al Quran. Dia tahu hanya satu ayat. Tetapi berawal dari program 'Saemul Undong' itulah Korea Selatan telah melesat maju dari negeri yang dulunya di belakang Malaysia dari segi pembangunan ekonomi kini berada jauh di depan Malaysia.

IQRA' - BACA - PERINTAH ALLAH

10. Dalam blog ini saya tidak berhasrat dan tidak mampu untuk mengupas walau satu juz dari Al Quran. Saya ingin menyentuh perkataan pertama yang diturunkan untuk Al Quran, iaitu IQRA', yang bererti 'BACA'. Karena pengaruh dari ayat inilah saya telah banyak menggunakan uang uang gaji untuk membeli buku dan menumpukan perhatian kepada membaca bagi 7 orang anak saya. Pengaruh 'iqra'' pula yang menyebabkan  saya mendirikan sebuah Kampung Buku di Langkawi yang kini sudah terbengkalai. Walau pun proyek saya ini tidak sempat untuk saya laksanakan sepenuhnya  tetapi saya percaya budaya membacalah yang akan membantu bangsa Melayu dan ummat Islam sedunia.

11. Saya diberitahu bahwa apabila Allah s.w.t. berfirman supaya kita membaca ianya tidaklah terbatas kepada membaca Al Quran sahaja. Jika Al Quran sahaja yang perlu dibaca maka ayat Iqra' mungkin turun di akhir Al Quran. Oleh karena perintah membaca turun sebagai perkataan pertama bagi Al Quran maka penganut agama Islam tidaklah menunggu sampai 22 tahun 2 bulan dan 22 hari untuk membaca hanya apabila Al Quran sudah lengkap diturunkan. Oleh karena patuh kepada perintah Allah s.w.t. dan sudah mulai membaca berbagai buku dalam berbagai bahasa sejak perintah membaca diturunkan maka ummat Islam di periode awal telah menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan sehingga orang-orang Eropa terpaksa merujuk kepada buku-buku dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan yang dikarang oleh cendekiawan Muslim apabila Eropa hendak keluar dari zaman gelap atau 'The Dark Ages.'

FAKTOR MENJADI PELAJAR CEMERLANG

12. Apabila sudah menjadi Wakil Menteri dan kemudiannya Menteri saya telah mengikuti perkembangan pendidikan dan prestasi cemerlang pelajar-pelajar apabila hasil ujian diumumkan. Saya telah melakukan lawatan dan bertemu dengan tidak kurang dari 90 orang pelajar yang hampir mendapat semua A di tingkat SPM (SMA).

13. Berbagai sebab telah diberi oleh pakar-pakar bidang pendidikan untuk menjelaskan punca dan faktor kecemerlangan prestasi pelajar. Ada yang mengatakan fasilitas sekolah perlu cukup untuk mencapai prestasi cemerlang; ada yang menyatakan guru-guru yang pandai dan rajin menjadi pra-syarat untuk pelajar menjadi cemerlang; ada yang memberi sebab karena les belajar; ada yang mengatakan itu karena latar belakang keluarga, dan lain-lain lagi.

14. Dari observasi saya ada pelajar yang dapat banyak A itu mempunyai guru yang sama dengan pelajar yang gagal. Ada yang dapat banyak A dari sekolah berdekatan hutan di kampung pedalaman. Ada juga yang ibu bapanya miskin tetapi prestasi anaknya cemerlang, lebih cemerlang dari prestasi anak orang kaya dan berpangkat tinggi.

15. Persamaan yang dimiliki oleh semua 90 pelajar cemerlang ialah mereka membaca, iaitu menelaah buku-buku pelajaran mereka sekurang-kurangnya 2 jam setiap hari. Mereka beriqra'. Walau siapa saja menjadi guru, bagaimana juga fasilitas dan keadaan sekolah, dan bagaimana jua kemampuan ibu bapa, jika anak malas membaca buruklah akibatnya dan jika anak rajin membaca cerahlah harapannya.

CEK GU MD. ZAIN DALAM KENANGAN

16. Setelah menyadari faktor yang sama, yang menyebabkan pencapaian cemerlang teringatlah saya kepada Guru Besar Sekolah Melayu Yan yang bernama Cek Gu Fadhil. Pada masa yang sama seorang guru lagi bernama Cek Gu Md. Zain telah dipindahkan ke Yan dari Pulau Langkawi. Cek Gu Fadhil telah memberi tugas kepada Cek Gu Md. Zain untuk memilih 4 orang pelajar yang beliau fikirkan ada potensi untuk diberi perhatian khusus supaya kelulusan ujian darjah (tingkatan) 4 melayakkan mereka pergi ke sekolah Inggeris di Alor Setar atau Sungai Petani. Pada waku itu sudah agak lama pelajar-pelajar dari Sekolah Melayu Yan tidak berjaya melanjutkan pendidikan ke sekolah Inggeris.

17. Cek Gu Md. Zain telah memilih Hasbi Haji Hassan (kini almarhum Dato' Dr. Hasbi Haji Nyak Hassan), Ghazali Nyak Amin (kini dalam keuzuran), Azizan Hussain (kini Tan Sri Dato' Azizan Hussain) dan saya untuk  diberi perhatian istimewa.

18. Cara Cek Gu Md. Zain memberi perhatian istimewa agak mudah tapi berkesan. Setiap malam, dari hari Ahad sampai hari Khamis, selepas waktu Isya kami berempat diwajibkan ke rumahnya untuk belajar dari pukul 8 malam sampai pukul 10 malam. Dalam masa dua jam itu Cek Gu Md. Zain menyuruh kami supaya menelaah semua buku-buku sekolah yang berkaitan dengan pelajaran pada hari itu. Cek Gu Md. Zain menunggu kami sampai pada tepat pukul delapan. Tepat pukul delapan, ketika kami mulai membaca beliau akan masuk ke kamarnya. Kami seringkali mendengar suara wanita dan lelaki dewasa gelak tertawa kecil dari kamar yang Cek Gu Md. Zain masuk tadi. Lima menit sebelum pukul 10 malam Cek Gu Md. Zain keluar dari kamar sambil mengusap kedua matanya dengan handuk basah. Lantas dia tanya 'ada apa-apa masalah?' Bila kami kata 'ada' dia pun suruh tanya guru pelajaran berkenaan pada esok paginya. Lepas beberapa kali begitu kami pun tidak bertanya lagi.

19. Selama 4 bulan kami belajar kami dipimpin oleh Cek Gu Md. Zain untuk membaca, dan hanya membaca, sehingga keputusan ujian kami dikatakan cemerlang dan keempat-empat kami telah memecahkan rekor sekolah dan berjaya melanjutkan pendidikan ke sekolah Inggeris. Sekali lagi ternyata hanya dengan membaca 2 jam sehari menjadikan prestasi pelajar menjadi baik.

MCKK + MGC (TKC) = MRSM

20. Hal ini terbukti lagi dengan prestasi pelajar sekolah berasrama  (boarding schools) yang paling top di Malaysia seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Perempuan Melayu atau lebih dikenal sebagai Malay Girls College (MGC) yang kemudiannya berubah menjadi Kolej Tunku Kursyiah (TKC). Seorang pelajar dari MCKK bernama Wahab Alwi dan seorang bekas pelajar dari MGC bernama Raja Fauziah Raja Tun Uda telah sama-sama bekerja dengan MARA dan mencetuskan ide untuk mendirikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Oleh karena MCKK, MGC dan MRSM semuanya ada kelas malam selama 2 jam (di MCKK kelas malam ini diberi nama 'kelas prep' atau kelas 'preparation' atau persiapan untuk hari esoknya). Kemudian daripada itu barulah kita dengar lahirnya sekolah-sekolah berasrama yang lain.

21. Saya bersyukur kepada Allah s.w.t. karena antara 1980 hingga 1985 MRSM telah bertambah 6 buah lagi. Dari tahun 1986 hingga 1990, 10 lagi MRSM baru telah dibuka. Sebelum saya meninggalkan tugas di Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar 13 buah lagi MRSM telah dirancang untuk dibuka dan rancangan ini telah terlaksana antara tahun 2001 hingga 2005. Perancangan ini telah dibuat dengan kerjasama Dato' Ridwan Cek Gu Halim, Ketua Pengarah MARA yang cukup dinamik bersama pegawai-pegawainya. Sejarah perlu merekam fenomena ini.

MRSM LANGKAWI DI KEDAH DAN MRSM BALIK PULAU DI PULAU PINANG

22. Banyak tantangan yang telah kami harungi bersama untuk menjayakan MRSM. Dua darinya ialah MRSM di Langkawi dan MRSM di Balik Pulau. Bila saya mulai bertugas ke Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, oleh karena saya Ahli Parlimen (Anggota Dewan) Jerlun-Langkawi maka proyek pertama di Langkawi ialah MRSM. Saya telah pilih satu kawasan di Pantai Cenang yang sekarang ini menjadi tapak Pelangi Resort. Waktu tanah ini diambil dari Tan Sri Loh Boon Siew ianya ialah untuk kepentingan awam. Bila pemerintah, melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), mulai menggunakan tanah ini untuk perniagaan Boon Siew telah mengancam untuk membawa hal ini ke pengadilan. Untuk meredakan kemarahan Boon Siew pemerintah telah banyak memberikan berbagai fasilitas kemudahan kepada Boon Siew untuk membangun tanah-tanahnya yang begitu banyak di Langkawi. Lama setelah itu barulah MRSM dapat didirikan di tapaknya sekarang di Kuah.

23. Di Balik Pulau kerajaan telah mengalami kerugian besar karena apabila tanah diambil untuk MRSM dan MARA telah membayar ganti rugi sepenuhnya kepada pemilik tanah melalui pemerintah daerah di waktu itu, tetapi pemerintah daerah telah membayar hanya sebahagian sahaja dari ganti rugi itu kepada tuan tanah. Akhirnya kasus ini ini telah dibawa ke pengadilan dan seterusnya ke Privy Council di London. MARA kalah karena keteledoran di pejabat tanah Pulau Pinang. Saya enggan membayar tuntutan dari tuan tanah yang agak berlebihan, karena lebih murah mendirikan MRSM di tempat baru, tetapi apabila Menteri Keuangan yang baru datangnya dari Pulau Pinang kasus ini telah diselesaikan di peringkat kementerian.

24. Apakah kita sadar bahwa yang istimewa dari semua sekolah-sekolah asrama penuh ini ialah 'membaca setiap malam' mengikut jangka-waktu yang ditetapkan? Memang benar guru dan tempat belajar dan asrama yang baik itu penting tetapi lebih penting lagi ialah memupuk budaya iqra'.

PROGRAM MEMBACA DI MESJID - MESJID DI KEDAH

25. Bermodalkan dengan ide membaca sebagai senjata untuk mencapai kecemerlangan dalam persekolahan maka apabila saya menjadi Menteri Besar Kedah saya telah melancarkan program kelas-kelas malam di mesjid-mesjid di seluruh Kedah.

26. Pada waktu itu Kedah mempunyai lebih 500 buah mesjid kesemuanya. Dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kedah, Jabatan (Dinas) Pendidikan, Jabatan (Dinas) Kemas (Kebajikan Masyarakat), Jawatankuasa (Komite) Kemajuan Mesjid-Mesjid dan Jawatankuasa (Komite) Kemajuan Kampung-Kampung hampir semua mesjid telah mengadakan kelas malam dari selepas maghrib hingga pukul 10 malam tidap-tiap malam kecuali hari Khamis dan Juma'at. Dengan adanya kelas-kelas untuk menelaah pelajaran di mesjid maka puluhan ribu pelajar di Kedah bisa belajar tanpa diganggu oleh adik-adik di rumah atau oleh TV yang menayangkan filem asmara, pergaduhan dalam keluarga, kejahatan menggunakan teknologi tinggi dan berbagai macam hiburan dan propaganda yang lebih banyak mudarat dari munafaat, dengan contoh dan teladan yang tidak baik, bagi anak-anak muda.

27. Dengan kegigihan Dato' Hassan Ketua Pengarah (Direktur) Pendidikan dan Kerjasama Kemas (Kebajikan Masyarakat), Majlis Agama Islam, Imam-imam, pengerusi dan ahli JKKK maka semua mesjid yang telah dicat supaya cantik, dengan bola lampu dan lampu neon yang menerangkan ruang, maka negeri Kedah telah meningkat prestasi pendidikan dari nomor 2 dari bawah di seluruh Malaysia ke tempat ke 2 dari atas. Prestasi di dalam berbagai bidang pendidikan telah tercapai. Saya yakin jika program ini diteruskan di Kedah dan diadakan di tempat lain, maka prestasi pendidikan di mana juga akan meningkat.

28. Inilah cara yang revolusioner untuk kita menggalakkan rakyat Malaysia membaca. Jika rumah-rumah Melayu di luar bandar (kota) tidak sesuai untuk belajar baik karena ruang rumah terlalu kecil atau keluarga terlalu besar untuk rumah maka mesjid adalah alternatif yang perlu difikirkan.

29. Bagi kantor-kantor atau agensi pemerintahan yang ditugaskan untuk membeli buku untuk pelajar-pelajar ianya hendaklah dengan menggunakan pendekatan yang jujur dan ikhlas dan jangan terpengaruh oleh penerbit dan pencetak tertentu saja.

30. Saya katakan begini berdasarkan pengalaman saya di masa lalu waktu saya mengepalai Percetakan Sarena Sdn. Bhd., milik bersama Shamelin dan Insan Diranto yang menghadapi berbagai masalah sehingga saya terpaksa mendirikan Persatuan Pencetak Melayu Malaysia untuk turut membantu menyelesaikannya. Sejak itulah saya peka terhadap pengaruh penerbit dan pencetak ke atas kantor-kantor pemerintha. Mungkin sekarang tidak begitu lagi. Yang penting ialah buku-buku yang dibeli untuk pelajar-pelajar, selain dari buku untuk ujian, hendaklah juga buku-buku yang dapat merubah semangat, sikap dan fikiran anak-anak muda supaya mereka berinisiatif dan bermoral.

PERPUSTAKAAN DESA

31. Ide mewujudkan perpustakaan desa sudah lama wujud di Malaysia, tetapi ianya tidak berkembang. Dari buku sejarah bangsa Yahudi didapati kira-kira 400 tahun sebelum kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s. bangsa Yahudi sudah pun mendirikan perpustakaan di kampung-kampung tempat mereka tinggal, malah mereka juga ada perpustakaan di setiap rumah.

KAMPUNG BUKU DI LUBUK SEMILANG LANGKAWI

32. Kampung buku di Langkawi adalah salah satu dari 18 buah kampung buku (Book Villages) di dunia waktu ianya dibina. Ia pernah diakui sebagai kampung buku yang terindah di dunia dan mendapat hadiah dari Presiden Perancis. Berpusat di Hay-on-Wye di perbatasan Inggeris dan Wales di Britania Raya, ianya telah didirikan oleh Richard Booth, iaitu anak kepada Timothy Booth yang mendirikan Institute of Chartered Accountant of England and Wales. Saya difahamkan mereka ini ada hubungan keluarga dengan pelakon pentas yang membunuh Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat.

33. Oleh karena proyek ini telah terbengkalai setelah saya berhenti dari menjadi Menteri Besar Kedah maka ada baiknya saya ceritakan mengenainya dengan harapan di satu masa nanti mungkin ada pemimpin politik atau swasta yang ingin menghidupkan semula ide ini.

34. Dengan berdirinya kampung buku di Langkawi maka Malaysia menjadi negara pertama di selatan khatulistiwa, dan yang pertama di kalangan negara-negara Islam dan negara-negara membangun, dan negara kedua setelah Jepang yang mempunyai kampung buku. Kira-kira 40 juta peminat buku mengunjungi kampung-kampung buku di dunia. Kedai-kedai di kampung-kampung buku menjual buku-buku bekas dan saya difahamkan sekitar 50 juta judul buku boleh didapati melalui kampung buku.

35. Adalah menjadi harapan saya dengan adanya kampung buku di Langkawi sebagai pusat parawisata internasional maka mengiklankan kampung buku di Langkawi di semua kampung buku di dunia dapat memperkenalkan lagi Langkawi kepada peminat-peminat buku-buku bekas di dunia. Saya yakin apabila budaya iqra' subur di negara ini maka ramai akan memahami arti kampung buku yang pernah ada di Lubuk Semilang Langkawi.

35. Bacalah karena itulah perkataan pertama dari Allah s.w.t. kepada ummat-Nya. Bacalah karena ia sebuah amalan yang akan membawa kepada kejayaan. Selamat membaca.

*Artikel ini aslinya dalam bahasa Melayu. Saduran dari bahasa Melayu ke bahasa Indonesia dilakukan oleh Fahmi M. Nasir.

No comments: