A NEW FICTION - 'FRANKLY SPEAKING'
1. Dalam bukunya yang baru dilancar Tun Musa Hitam telah menuduh AIDS (Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin dan Sanusi Junid) sebagai 'conspirators' yang melagakan beliau dengan Tun Dr. Mahathir sehingga Tun Musa terpaksa meletak jawatan.
2. Ada dua buah autobiography atau memoir yang telah terbit dalam masa terdekat yang baru berlalu. Lebih awal terbit buku PERJUANGAN TANPA NOKTAH dengan versi dalam bahasa Inggerisnya THE MISUNDERSTOOD MAN. Buku ini dikarang oleh sahabat saya sejak tahun 1972 Datuk Ibrahim Ali. Jika anda baca buku Datuk Ibrahim setebal 829 halaman anda akan terasa bahawa Datuk Ibrahim, dengan segala kontroversi yang dikaitkan dengannya, adalah seorang yang ikhlas, jujur berani dan bukunya bolehlah diberi tajuk FRANKLY SPEAKING. Bukan buku Tun Musa.
3. Begitu FRANK Datuk Ibrahim Ali sehingga beliau tidak hiraukan imejnya setelah buku itu ditulis dan beliau juga tidak takut atau bimbang jika bukunya itu membuka luka-luka lama di kalangan tokoh-tokoh yang ingin melupakan kisah masing-masing.
4. Apa yang mengekalkan persahabatan saya dengan Datuk Ibrahim Ali ialah sifat keterbukaannya dan sepanjang pengenalan saya dengannya saya dapati beliau tidak rasuah, tidak hipokrit atau pandai berpura-puraan, beliau bermonogami dengan hanya seorang isteri yang sentiasa rapat dan setia antara sesama mereka, sebagaimana setianya hubungan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah, beliau tidak lupa kepada kawan dan orang yang pernah membantunya, beliau seorang yang handal berpidato dan yang utama sekali ialah beliau seorang yang berani.
5. Keberaniannya itulah yang membuat beliau dapat membina dan menjayakan sebuah organisasi PERKASA, atas inspirasi, bekalan wasiat dan dorongan Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim Ismail, mantan kepala terus angkatan tentera Malaysia.
6. PERKASA ialah sebuah pertubuhan MELAYU dan ISLAM yang terbesar dan terkuat dengan ahlinya, dari semua lapisan masyarakat, dari berbagai parti politik dan juga yang tidak berparti, yang turut disokong oleh, ahli bersekutu, yang bukan Melayu dan bukan Islam yang mencari pemimpin Melayu yang jujur, berani dan jelas sikapnya.
7. PERKASA mempunyai ratusan ribu ahli dengan pendaftaran yang jelas dan tidak bergantung kepada Ketua-ketua Bahagian sesetengah parti politik yang hanya menyampaikan senarai, dulunya dengan yuran, yang dibayar sendiri oleh ketuanya, hanya untuk menunjuk bahawa bahagiannya semakin membesar walaupun sebenarnya unit bahagian ini laksana 'kedai runcit' yang dikunjungi oleh pelanggan yang ingin berhutang padanya sahaja.
8. Banyak pihak ingin 'membeli' sokongan dan kesetiaan Datuk Ibrahim Ali tetapi mereka lupa, atau tidak mengetahui, bahawa Datuk Ibrahim Ali akan menerima semua bantuan dari semua pihak untuk membantu kegiatan PERKASA dan ahli-ahlinya dan BUKAN UNTUK DIRINYA. Datuk Ibrahim, walaupun dibantu, tidak akan berganjak dari prinsipnya untuk berjuang DEMI UGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
9. Baru-baru ini buku Tun Musa Hitam bertajuk FRANKLY SPEAKING telah diterbitkan. Buku ini dilancarkan oleh DYMM Sultan Perak, Raja Nazrin, Dengan penglibatan seorang sultan yang berpendidikan tinggi, dengan sendirinya buku Tun Musa bertaraf diraja dan sukar untuk rakyat biasa menegur isi kandungan titah di raja mengenai buku itu.

ANTARA TUN MUSA DAN DATUK IBRAHIM ALI
DATUK IBRAHIM ALI

TUN MUSA HITAM