Thursday, February 23, 2017

FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA

Ucapan berikut telah diposkan dalam blog ini pada 13hb Februari, 2014 atas tajuk FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA. Sebagai menyahut perminaan pengunjung baru kepada blog ini maka saya poskan sekali lagi pada 31hb Januari, 2016 sebagai bahan bacaan dalam memikirkan masalah bangsa Melayu dalam masa selepas Tsunami Ekonomi 1MDB nanti, atas tajuk MELAYU SELEPAS TSUNAMI EKONOMI 1MDB - FAKTOR NILAI. Sempena menyambut hari kemerdekaan pada 31hb Ogos, 2016 ucapan ini dimasukkan sekali lagi atas tajuk MEMBAHARUI ISI KEMERDEKAAN. Pada 23hb Februari, 2017 masukan blog ini kembali kepada tajuk pertama iaitu FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA.

FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
 
KATA-KATA ALUAN
 
Yang Berhormat Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan
 
Yang Berbahagia Dato' Dr. Hasan Mat, Setiausaha Agong Majlis Perundingan Melayu
 
Tan Sri, Dato' Seri, Dato', Datin dan para hadirin yang saya hormati sekalian.
 
Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan yang diberi untuk saya meluahkan pandangan dan pendapat saya mengenai keadaan bangsa Melayu masakini.
 
SOALAN POKOK
 
Soalan pokok yang menjadi bahan fikiran yang menghairankaan saya pada setiap masa ialah:
 
Kenapakah di dalam sebuah Negara yang semua ke 9 Rajanya berbangsa Melayu;
 
Perdana Menteri dan Timbalannya, Melayu;
 
banyak Menteri terdiri dari bangsa Melayu;
 
semua Menteri Besar dan Tiga Ketua Menteri juga Melayu;
 
Pegawai Tinggi kerajaan dan Ketua-Ketua jabatan ramai Melayu;

Banyak pemimpin dan tenaga pelajar di universiti-universiti kerajaan terdiri dari bangsa Melayu;
 
Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung kebanyakannya Melayu;
 
Ketua dan Pegawai Angkatan Bersenjata, Polis dan Tentera, dikuasai oleh Melayu.
 
Tetapi kita lihat Melayu terus gelisah.

Apakah sebabnya? 

SEKITAR PERSOALAN PENDIDIKAN DAN EKONOMI

Sejak Merdeka sehingga sekarang kita mempercayai dan kita yakin bahawa kemunduran kita di dalam bidang pendidikan adalah sebab utama kemunduran kita yang perlu diselesaikan.

Demi meningkatkan martabat, dan memulihkan maruah bangsa.
 
Kononnya, selesai sahaja kekurangan kita dalam bidang pendidikan maka selesailah masalah Melayu.
 
Saya mula menyedari hakikat ini apabila saya menjadi ahli UMNO yang aktif di Seremban, dalam UMNO Bahagian Seremban Timur, mulai 13 Oktober, 1963, iaitu 50 tahun 4 bulan yang lalu.  

Friday, February 17, 2017

DATUK ZAID PILIH DAP

HARI BERSEJARAH

Pada hari Selasa 7 February, 2017 mulai pukul 9.30 pagi berduyun-duyun tetamu dari berbilang bangsa/kaum berpusu-pusu ke rumah kediaman Datuk Zaid Ibrahim di No. 10, Jalan TR8/3, Tropicana Golf & Country Resort, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Acaranya ialah 'Sidang Media Bersama YABhgia Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Sdr. Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim. Majlis bermula pukul 10.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Diikuti dengan jamuan ringan.
 
DATUK ZAID IBRAHIM
 
Dalam ucapannya Datuk Zaid telah meminta maaf kerana majlis telah bertukar tempat dari Dewan Tan Sri Hamzah, Kelab Diraja Selangor, Jalan Bukit Kiara off Jalan Damansara 60000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan ke rumahnya kerana pihak Kelab Diraja Selangor telah membatalkan di saat-saat terakhir persetujuan mereka untuk memberi izin pertemuan di situ.  

Lepas itu, dalam ucapan seterusnya,  Datuk Zaid memberi sebab kenapa beliau memilih untuk menjadi ahli DAP. Ucapannya ringkas dan padat. Sebab yang lebih menyeluruh kenapa Datuk Zaid memilih untuk menjadi ahli DAP telah dimasukkan dalam blognya www.zaid.my atas tajuk 'Why I choose the Democratic Action Party' atau 'Kenapa saya memilih DAP'.

Antara kandungan karangannya yang menarik ialah para 6, 7 dan 8 seperti berikut:

Sunday, February 5, 2017

LEADERSHIP - KEPIMPINAN

THE CONTENTS OF THIS BLOG SUBMISSION IS
BI-LINGUAL
ALTHOUGH THE INTRODUCTION IS IN MALAY.

KEPIMPINAN

KRISIS KEPIMPINAN DI NUSANTARA

Tajuk masukan artikel ini saya beri dalam bahasa Melayu kerana artikel ini ditujukan kepada berbagai kumpulan ethnic dari rumpun bangsa Melayu, di nusantara, yang kini berada dalam krisis kepimpinan.
 
TAJUK DALAM BAHASA MELAYU

Sebagai seorang yang berugama Islam adalah sewajibnya bagi saya merujuk kepada Al Quran, Hadith dan Sunnah dalam segala urusan hidup seharian.

Di bawah ini saya turunkan senarai buku-buku rujukan lain yang saya fikirkan relevan untuk definasi berbagai aspek kepimpinan mengikut abjad.

Walaupun saya sendiri pernah menjadi pemimpin sebagai suami, bapa dan datok dan pernah juga berperanan dalam pergerakan belia dan politik negara.saya perlu kepada buku-buku rujukan yang di karang oleh penganalisa dan peneliti yang mungkin mereka sendiri tidak pernah memimpin organisasi atau insitusi yang seluas sebuah negeri, sebuah koperasi yang besar, sebuah universiti, sebuah kementerian dengan puluhan ribu kakitangan atau sebuah parti politik sebesar UMNO.

Saya dapati tajuk yang disentuh oleh para penulis buku-buku rujukan sangat penting kerana penulisan mereka berasaskan kajian yang mendalam ke atas pemimpin, kepimpinan dan organasasi.

Sususan karangan ini ialah sebagai berikut:

A. BUKU-BUKU RUJUKAN - Setiap buku ada label nombor masing-masing. Umpamanya buku nombor 5 ialah HBR's 10 MUST READS on LEADERHIP - Terbitan Harvad Business Review.

B. TAJUK MENGIKUT ABJAD - Senarai semua tajuk disusun mengikut urutan alphabetical. Umpamanya selepas ACTION ada ANTICIPATA; sebelum DEVELOPMENT ada DELEGATE;  setelah LEARN ada LISTEN dan seterusnya.

C) Apabila membaca petikan karangan, karangan di bawah tajuk mengikut abjad akan didapati tajuk tertulis seperti berikut:  ACTION (2) (7) yang bererti kandungannya boleh didapati dari buku nombor 2 iaitu Bradberry, Travus; Greaves, Jean LEDERSHIP. - terbitan TalentSmart, San Diego, USA; atau jika tajuknya EMOTIONAL INTELLIGENCE (2) (5) (12) angka 2, 5 dan 12 menunjukan kepada buku-buku rujukan yang bernombor 2 - Bradberry, Travus & Greaves, Jean - LEDERSHIP - TalentSmart, San Diego, USA, 5 - HBR's 10 MUST READS on LEDERSHIP - Harvard Business Review dan buku nombor 12 - karangan Goldman, Daniel . Perbincangan atas tajuk CASH FLOW (13) bererti buku rujukan yang darinya dipetik kandungan bab ini bernama Robert T. Kiyosaki - RICH DAD'S CONSPITARY OF THE RICH.

Pembaca diminta membuat cadangan, pembetulan dan komentar yang boleh dimasukkan nanti dari masa ke masa dalam proses memperbaiki karangan ini untuk kepentingan kita bersama.

Senarai buku rujukan akan terus ditambah dalam masa lapang dan kandungan di bawah tajuk juga akan dibaiki dan dilengkapkan.

Baanyak sekali tajuk di bawah yang belum berisi dengan petikan-petikan dari buku yang berkenaan, dan penulis berharap pembaca akan memaafkannya dan menunggu dengan kesabaran.

Selamat membaca.

Wednesday, February 1, 2017

PERHIMPUNAN AGUNG PERKASA 2015

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
 
Di bawah ini diturunkan butiran perkara yang telah saya sampaikan dalam ucapan perasmian PERHIMPUNAN AGUNG PERKASA pada tahun 2015. Penyampaian ucapan tidak semestinya mengikut urutan berikut dan kupasan ke atas butiran yang diketengahkan juga tidak begitu lengkap. Saya masukkan juga butiran di bawah kerana ianya relevan kepada perjuangan BANGSA MELAYU.

PERHIMPUNAN AGUNG PERKASA

Acara: Majlis Perasmian

Tarikh: 20hb Disember, 2015

Tempat: Dewan Pusat Islam, Kuala Lumpur

Waktu: Mulai 0830 pagi.

Assalaamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

UCAPAN ALU-ALUAN

Saya ucapkan TAHNIAH kepada PERKASA kerana BERANI menjemput saya untuk merasmikan Perhimpunan Agong pada hari ini.

Saya katakana BERANI kerana apa yang akan saya huraikan nanti sudah tentu tidak dapat membantu jika PERKASA bencadang untuk mendapat PROJEK dari Kerajaan yang ada sekarang.
 
Ataupun mendapat 'DERMA' dalam pengertian KHUSUS untuk MALAYSIA 

Tetapi TOK HIM adalah seorang SAHABAT saya yang setia berkawan sejak lebih 47 tahun yang lalu.
 
Itulah sebabnya TAK PAYAH BAGI DERMA PUN dia puji saya sampai berbuih mulut dan hampir terkeluar biji mata.
 
Sebagai profesyenal yang 'revolutionary' TOK HIM  tahu masanya hampir tiba untuk PENYEBAB KEPADA SEMUA MASALAH NEGARA MASAKINI untuk TURUN DARI TAKHTA.

MENGHORMATI TETAMU

Dalam majlis hari ini terdapat diplomat dari Kedutaan Amerika Syarikat dan juga dari Thailand, negara jiran.

Hadir juga wakil NGO berbilang kaum termasuk India, China dan mereka yang dari Sabah.

Juga wakil dari berbilang pertubuhan ugama dan berbagai parti politik.

Jika semua yang hadir ini terdiri dari mereka yang baik dari berbagai ugama, fahaman, kaum dan bangsa, maka amanlah Negara ini.

Terlalu banyak Negara yang menghadapi huru hara kerana yang jahat-nakal dari berbilang bangsa dan ugama membuat karenah yang merugikan rakyat.

Kawan saya Dato' Mustapha Ali dari PAS turut hadir, saya juga gembira melihat Dato' Taqiuddin, Setiausaha Agong PAS turut hadir sama.

Sebenarnya, selain dari perselisihan kecil yang ada di dalam sesebuah parti dan perselisihan kecil antara parti, perselisihan yang menyebabkan keluarnya PAS dari Barisan Nasional adalah kerana salah faham atas niat 'pengisytiharan darurat' di Kelantan di waktu PAS memerintah dan berada di dalam Barisan Nasional. Ianya bertentengan dengan perlembagaan kerana pergaduhan antara kaum belum berlaku.

Tetapi, oleh kerana Tun Hussein Onn mendapat laporan akan berlaku antara sesama Melayu, beliau, kerana tidak mahu berlakunya pertumpahan darah di zaman pemerintahannya, telah meminta darurat diisytihatkan.

Itulah sebabnya Perlembagaan terpaksa dipinda untuk menghalalkan keputusan yang bertentangannya dengannya. Pindaan itu terpaksa di back-dated sehingga sebelum Merdeka.

TO LOVE AND TO HATE IS A MATTER OF DECISION

TERKORBAN KERANA 1MDB

MEREKA YANG TERKORBAN

1. Antara tokoh yang telah terkorbanDIPECAT dari jawatan dan parti kerana BERTANYA soalan-soalan mengenai 1MDB di dalam pertemuan UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan di Parlimen ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin dari Johor, Dato Panglima Shafie Apdal dari Sabah, dan Dato' Seri Mukhtiz Mahathir dari Kedah.

2. Tokoh yang di DIPENJARADIMUFLISKAN, DIDAKWA dalam mahkamah dan DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana membawa kes 1MDB untuk DISIASAT oleh pihak polis ialah Dato' Paduka Khairuddin Abu Hasan dari Pulau Pinang; sementara Anina Saaduddin dari Kedah yang juga telah BERTANYA dan melaporkan kepada polis perkara yang berkaitan dengan 1MDB juga telah DIPECAT dari UMNO.

3. Dari kalangan pemimpin di peringkat UMNO Bahagian yang sejak awal mendukung kegiatan Tun Dr. Mahathir Muhammad untuk menggantikan pemimpin kerajaan yang didapati meleset, menyeleweng, tidak amanah dan tidak berkemampuan, ialah Cikgu Kamarulazman Habibullah dari Negeri Sembilan dan Syed Saifuddin Harman dari Selangor.  Mereka telah DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana mewujudkan pasukan Gerakan Ketua-Ketua Cawangan (GKCM) di peringkat Bahagian dan Negeri untuk menegur dan memberi kesedaran kepada ahli-ahli UMNO peringkat akar-umbi supaya turut menegur pemimpin. Cikgu Kamarulazman DIBEKU jawatannya dan Syed Saifuddin TIDAK DISAMBUNG khidmat cemerlangnya kepada JASA.

4. Selain Dato' Seri Mukhriz yang di PECAT dari jawatan Menteri Besar Kedah, terlebih awal Dato' Seri Ahmad Said, telah DIPECAT  dari jawatan Menteri Besar Trengganu kerana TIDAK MENYETUJUI konsesi minyak di Trengganu dijadikan harta cagaran untuk 1MDB mendapat pinjaman. 1MDB, yang sebelumnya bernama TIA (Trengganu Investment Authority) telah diambil-alih sahamnya dari Kerajaan Negeri Trengganu oleh Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan. Dato' Seri Ahmad Said telah mengesahkan bahawa, walaupun negeri Trengganu dahulunya turut memiliki TIA tetapi, sebarang perlantikan dan keputusan atas nama TIA tidak pernah dirujuk kepada Kerajaan Trengganu. Inilah yang menyebabkan saham TIA yang dimikili oleh kerajaan negeri Trengganu telah dijual kepada Kerajaan Pusat dan TIA ditukar nama menjadi 1MDB.  

5. Senator Ezam Muhd Nor, dari Selangor, yang bertugas sebagai pegawai khas di Kementerian Kewangan telah juga MELETAK JAWATAN kerana keciwa dengan KEGAGALAN PROGRAM TRANSFORMASI yang dijanjikan oleh Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau menyatakan - 
SEMUA YANG TUN DR. MAHATHIR KATAKAN ADALAH BETUL DAN TEPAT BELAKA.
MENTERI KEWANG YANG BERTANGGUNGJAWAB

6. Setelah berbagai pendedahan dilakukan baik diperingkat nasional atau internasional, dan kerana merasa bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan Kedua Dato' Seri Husni Nadzahlah dari Perak telah MELETAKKAN JAWATANNYA. Beliau telah BERTANYA beberapa soalan pokok di dalam Parlimen dan kini MASIH BELUM DIPECAT dari keahlian UMNO walaupun beliau telah BERHENTI dari berbagai jawatan lain di dalam UMNO di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat.

7. Berhentinya Dato' Seri Husni sebagai seorang yang berpendidikan dan berpengalaman sebagai BANKER dan MENTERI KEWANGAN 2, tanpa perlu dipecat, adalah satu pukulan besar kepada Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Najib tidak boleh mengatakan Husni bersalah kerana - 
HUSNI LEBIH FAHAM MENGENAI KEWANGAN DAN PERBANKAN DARIPADA NAJIB.
8. Dengan sendirinya -
PROSES MENEBUS MARUAH BANGSA MELAYU YANG DIBANGSATKAN SUDAH BERMULA.