HARI BERSEJARAH
Pada hari Selasa 7 February, 2017 mulai pukul 9.30 pagi berduyun-duyun tetamu dari berbilang bangsa/kaum berpusu-pusu ke rumah kediaman Datuk Zaid Ibrahim di No. 10, Jalan TR8/3, Tropicana Golf & Country Resort, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Acaranya ialah 'Sidang Media Bersama YABhgia Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Sdr. Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim. Majlis bermula pukul 10.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Diikuti dengan jamuan ringan.
DATUK ZAID IBRAHIM
Dalam ucapannya Datuk Zaid telah meminta maaf kerana majlis telah bertukar tempat dari Dewan Tan Sri Hamzah, Kelab Diraja Selangor, Jalan Bukit Kiara off Jalan Damansara 60000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan ke rumahnya kerana pihak Kelab Diraja Selangor telah membatalkan di saat-saat terakhir persetujuan mereka untuk memberi izin pertemuan di situ.
Lepas itu, dalam ucapan seterusnya, Datuk Zaid memberi sebab kenapa beliau memilih untuk menjadi ahli DAP. Ucapannya ringkas dan padat. Sebab yang lebih menyeluruh kenapa Datuk Zaid memilih untuk menjadi ahli DAP telah dimasukkan dalam blognya www.zaid.my atas tajuk 'Why I choose the Democratic Action Party' atau 'Kenapa saya memilih DAP'.
Antara kandungan karangannya yang menarik ialah para 6, 7 dan 8 seperti berikut:
'I can only conclude from the ferocity of their attacks that they know full well that this BN Government will fall if Malay voters are not afraid of DAP. They know that when DAP can win the heart of the Malays, the support for Pakatan Harapan will be unstoppable. Here I will work hard to tell the Malays that DAP are not what Najib and Hadi tell them. It's a political party that has consistently fought against corruption and abuse of power in the last 50 years. It's the party the Malays need to support for they have long lost faith in their own Malay leaders. The remember too well the saying "Harapkan pagar, pagar makan padi" after their experience with 1MDB, Felda and Mara.'
'To Malays I can only repeat the words of national laureate Datuk Usman Awang: "Jangan takaut melanggar pantang, jika pantang melanggar kemajuan. Jangan segan menentng larangan jika percaya kepada keadilan."'
'"Melayu itu orang yang bijaksana". We will know after GE14 if Usman Awang is right or wrong.'

LIM KIT SIANG
Selepas Datuk Zaid berucap YB Lim Kit Siang telah berucap. Dalam ucapannya YB Lim Kit Siang menjamin bahawa Datuk Zaid tidak hanya akan menjadi simbol atau 'primadona' atau pun patung yang tidak berperanan dalam DAP sebaliknya akan memainkan peranan yang penting di dalam partinya. Beliau menamatkan ucapannya dengan jaminan 'kita akan mejadikan Malaysia Great Again.' Beliau pinjam slogan Donald Trump yang telah berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat mengalahkan Hilary Clinton yang menjadi calon pilihan yang diramalkan akan menang.
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Tun Dr. Mahathir, selaku Pengerusi Parti Pertubuhan Bumiputera Bersatu Malaysia, telah berucap selepas Lim Kit Siang dengan mengalu-ngalukan kemasukan Datuk Zaid ke dalam DAP. Secara berseloro Tun Dr. Mahathir menyindir bahawa beliau tidak hairan majlis Datuk Zaid dihalang untuk diadakan di Kelab Diraja Selangor kerana beliau sendiri pun telah dihalang untuk menghadiri majlis pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong kerana tidak ada kerusi baginya di Istana Negara, walaupun beliau sebenarnya boleh membawa kerusinya sendiri.
Tun Dr. Mahathir juga merasa cukup ganjil bagi Datuk Zaid memilih untuk menjadi ahli DAP. Sebaliknya negara Malaysia, katanya, memang sebuah negara yang ganjil kepada masyarakat seluruh dunia apabila seorang Perdana Menteri yang beliau sebutkan sebagai penyangak yang terkenal dimerata dunia masih boleh kekal di tampuk pemerintahan.
LIM KIT SIANG MENGAKUI
KEJAYAAN MALAYSIA DI BAWAH
EMPAT PERDANA MENTERI SEJAK MERDEKA
Tun Dr. Mahathir juga menyambuat seruan Lim Kit Siang untuk menjadikan 'Malaysia Great Again' sebagai pengakuan Lim Kita Siang bahawa sebelum zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak 'Malaysia was A Great Nation.'
Waktu bersoal jawab dengan pihak media jelas sekali ada 'hantu' dari media perdana yang ingin memutarbelitkan laporannya, tetapi mereka tidak berhasil kerana soalannya sendiri mendedahkan haluan kededakiannya.
Satu bukti 'kecil' tentang laporan media perdana ialah apabila mereka menyebut saya sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi Parti Peribumi Bersatu Malaysia sedangkan saya hanya ahli No. 12 dalam parti itu. Ada bezanya antara menjadi Ahli Majlis Tertinggi Parti dengan menjadi penyokong kuat parti.
Ada yang bertanya mengenai pandangan saya ke atas kemasukan Datuk Zaid Ibrahim ke dalam DAP.
LANDMARK
Bagi saya tindakan Datuk Zaid ini adalah satu keputusan yang sangat penting yang menjadi batu tanda atau 'LANDMARK' peralihan psikologi orang Melayu yang sejak penubuhan Malaysia telah di asuh untuk takut kepada DAP, khususnya Lim Kit Siang.
Ternyata Datuk Zaid Ibrahim tidak takut pada DAP dan pada pengasasnya Lim Kit Siang.
TUN ISMAIL TIDAK TAKUT PADA LEE KUAN YEW
Setelah Lee Kuan Yew mengancam kedudukan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman sehinggalah Singapura dipecat dari Malaysia, DAP, yang dikatakan warisan kepada parti PAP yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew itu, dianggap sebagai sebuah parti yang ingin merampas kuasa Melayu di negara ini.
Yang takut kepada Lee Kuan Yew mengambil alih jawatan Perdana Menteri itu ialah Tunku Abdul Rahman sedangkaan tokoh seperti Tun Dr. Ismail tidak takut kepada Lee Kuan Yew. Itulah sebabnya Tun Dr. Ismail telah meletak jawatan dari menjadi Menteri sebagai tanda protes atas tindakan Tunku itu.
Ketakutan Tunku Abdul Rahman kepada kemungkinan Lee Kuan Yew mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripadanya telah disedari oleh Lee Kuan Yew sebagaimana yang dinyatakannya kepada Perdana Menteri Britain di waktu itu Harold Wilson. Perkara ini telah ditulis oleh Setiausaha Sulit Kanan Harold Wilson dalam bukunya bertajuk 'INSIDE NO. 10'.

Apakah dakwaan bahawa China boleh mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Melayu, tanpa persetujuan bangsa Melayu, itu satu kemungkinan. Bagi pakar undang, ahli sejarah dan pengkaji politik yang mendalam jelas sekali dakwaan ini adalah satu khayalan yang palsu belaka. Khayalannya dapat dibandingkan dengan kemungkinan jawatan Menteri Besar Kelantan diambil alih oleh tokoh China DAP dari PAS. Mustahilnya kita menggambarkan DAP mengambil alih Kelantan dari PAS samalah dengan mustahilnya kita menggambarkana PAS memerintah Singapura, jika Singapura masih berada dalam Malaysia. Pulau Pinang yang penduduknya lebih ramai bukan Melayu pun kepimpinannya kekal di tangan China baik dari MCA, GERAKAN atau DAP.
RANGKAIAN TIANG SERI BANGSA MELAYU
Kita tidak patut lupa bahawa negaraa kita mempunyai 9 orang Sultan dan Raja dari keturunan Melayu. Jumlah Menteri Besar dan Ketua Menteri majoriti Melayu/Bumiputera. Pegawai daerah majoriti Melayu/Bumiputera, Penghulu majoriti Melayu/Bumiputera. Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri pada keseluruhannya majoriti Melayu/Bumipetera.
Pegawai dan kakitangan kerajaan, anggota pasukan polis dan perwira angkatan tentera semuanya dikuasi oleh Melayu belaka.
Hanya jika majoriti Melayu/Bumiputera menghendaki Perdana Menteri dari yang bukan Melayu, seperti Barack Obama yang berkulit hitam, dipilih oleh majoriti rakyat Amerika Syarikat untuk menjadi Presiden mereka, adalah mustahil bagi yang bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
TUN ABDULLAH HJ. AHMAD BADAWI
DAN
DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PATUT TAKUT PADA DAP
Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagaimana Tun Dr. Ismail Abd. Rahman tidak takut pada DAP dan tidak bimbang akan kehilangan jawatan mereka.
Saya yang 30 tahun menjadi Wakil Rakyat pun tidak pernah takut pada Lim Kit Siang atau DAP.

Di bawah pemerintahan empat Perdana Menteri Malaysia, sebelum Tun Abdullah Ahmad Badawi, DAP tidak pernah berjaya memerintah sebuah negeri sekalipun. Hanya di zaman pemerintahan Tun Abdullah dan Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri maka Pulau Pinang telah diperintah oleh DAP.
Oleh itu kedua Perdana Menteri terakhir dalam sejarah UMNO ini tidak boleh menyalahkan bukan Melayu jika mereka menukar selera untuk memilih DAP dan tidak memilih MCA atau GERAKAN untuk memimpin Pulau Pinang.
Malahan orang Melayu, khususnya ahli-ahli UMNO, tidak boleh menyalahkan pengundi apabila mereka memilih untuk mengalahkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 14 akan datang.
Semua ahli UMNO hendaklah diingatkan bahawa dalam PRU ke 12 jumlah negeri yang berpindah kepada pembangkang telah bertambah kepada 5 buah, sebelum Perak diambil balik oleh BN melalui jalan belakang. Dari 4 buah negeri, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, hanya Kedah diambil balik oleh BN dalam PRU ke 13 kerana pertukaran calon Menteri Besar kepada Dato' Seri Mukhriz Mahathir.
Dalam PRU ke 13 Tun Dr. Mahathir berkempen kuat untuk Barisan Nasional. Walau bagaimanapun 'popular vote' atau jumlah pengundi dimenangi oleh pembangkang.
Untuk PRU ke 14 Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan berkempen untuk BN; Kedah juga telah bertukar Menteri Besar yang telah memenangkan BN dalam PRU ke 13. Berbagai isu telah timbul sejak Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri.
Semua isu-isu yang timbul sejak Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak melibatkan Lim Kit Siang. Apakah isu-isu tersebut?
1. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong pengenalan GST yang membebankan rakyat jelata.
2. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong keputusan menghapuskan subsidi sehingga naik harga barang dan toll.
3. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong kenaikan harga minyak petrol dan diesel.
4. Lim Kit Siang tidak pernah bersetuju untuk menggunakan wang KWAP untuk melabur dalam perniagaan atau perusahaan yang tidak menguntungkan.
5. Lim Kit Siang tidak pernah dirundingi untuk menukar surat hak-milik tanah peneroka Felda yang sangat bernilai dan tidak turun harganya dengan sijil saham yang tidak menentu harganya dan kini harga sahamnya merudum turun kerana dilanda kerugian.
6. Lim Kit Siang tidak pernah menjadi perajurit dalam angkatan tentera dan tidak tahu menahu mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera; beliau tidak terlibat dalam keputusan menggunakan wang tabung LTAT untuk membiayai projek yang tidak menguntungkan.
7. Lim Kit Siang tidak pernah pinjam duit Mara untuk berniaga atau sebagai biasiswa waktu beliau belajar; beliau juga tidak pernah merestui penyelewengan yang kini dikatakan berlaku dalam MARA.
8. Lim Kit Siang belum memeluk ugama Islam dan beliau tidak pun tahu mengenai salahguna wang Lembaga Urusan dan Tabung Haji untuk pelaburan yang merugikan.
9. Lim Kit Siang, kerana belum memeluk ugama Islam, tidak pernah membayar zakat itulah sebabnya dia tidak tahu bahawa pejabat ugama mengadakan lawatan ke Paris sebagai salah satu acara dalam 'Kursus Pernikahan'.
10. Lim Kit Siang bukan seorang Melayu/Bumiputera dan dia tidak merasa penderitaan, dan bukan sebab kepada penderitaan, maka biasiswa anak-anak Melayu dikurangkan jumlahnya oleh kerajaan.
11. Bukan Lim Kit Siang yang menamatkan khidmat Peguam Negara.
12. Bukan Lim Kit Siang yang menukar pegawai MACC kerana menyelidiki kes yang melibatkannya.
13. Bukan Lim Kit Siang yang mencadangkan dikenakan label OSA atas semua hasil penyelidikan atas sebarang salahlaku dalam apa jua syarikat, badan dan agensi kerajaan.
14. Bukan Lim Kit Siang yang menghalang Bank Negara Malaysia dari mengambil tindakan atas penyelewengan dalam institusi kewangan dalam dan luar negara.
15. Bukan Lim Kit Siang yang mencadang untuk membeli kapal selam Scorpine; dan bukan dia yang suruh Sirul dan rakannya untuk membunuh Altantuya.
16. Bukan Lim Kit Siang yang suruh SPRM untuk menyelidik dan tangkap perasuah-perasuah kecil supaya perasuah yang lebih hebat kelihatan tidak rasuah.
17. Bukan Lim Kit Siang yang mengarah media perdana supaya setiap hari mengutuk Tun Dr. Mahathir walaupun beliaulah yang telah mengharumkan negara Malaysia di zaman pemerintahannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
18. Lim Kit Siang tidak pernah terbabit dalam sebarang skandal seks.
19. Lim Kit Siang tidak pernah terlibat dalam sebarang skandal kewangan.
20. Lim Kit Siang tidak menjadi pengeluar filem lucah di Hollywood dengan memakan belanja wang yang disalurkan dari syarikat milik negara.
21. Lim Kit Siang tidak pernah melabur wang negara yang dicurinya di Singapura, Hongkong, New Zealand, Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat dan namanya tidak pernah disebut sebagai penjenayah dalam mana jua mahkamah didunia.
22. Lim Kit Siang tidak pernah merancang untuk membawa 1.5 juta rakyat dari Bangladesh sehingga rakyat Bangladesh melebihi jumlah rakyat keturunan India yang ada dalam negara sekarang ini.
23. Lim Kit Siang juga bukan perancang untuk membenarkan ratusan ribu Cina dari negara Komunis China untuk membeli harta milik tetap (freehold) dan tinggal di negara ini.
24. Lim Kit Siang juga tidak boleh disalahkan jika harta-harta yang sangat bernilai seperti Lapangan Terbang Sungai Besi dijual kepada syarikat dari negara Komunis China.
25. Lim Kit Siang tidak boleh disalahkan jika kos pembangunan satu-satu projek, seperti keretapi di Pantai Timur dinaikkan harganya sehingga Negara terhutang sejumlah yang sukar untuk dibayar dari hasil projek berkenaan.
26. Lim Kit Siang menyokong RUKUNEGARA dan tidak pernah menentangnya.
27. Lim Kit Siang menyokong dan tidak pernah menentang PERLEMBAGAAN. Justeru itu, Lim Kit Siang turut mendaulatkan RAJA-RAJA MELAYU, Lim Kit Siang menyokong BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN. Lim Kit Siang menyokong ISLAM MENJADI UGAMA PERSEKUTUAN. Lim Kit Siang menyokong HAK ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA, walaupun Lim Kit Siang telah menegur apabila Hak Istimewa ini tidak dinikmati secara keseluruhan bangsa Melayu/Bumiputera.
28. Lim Kit Siang menyokong serampang dua mata DASAR EKONOMI BARU iaitu untuk MEMBASMI KEMISKINAN dan MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT, tetapi Lim Kit Siang menegur apabila terlalu ramai orang Melayu dan kaum-kaum lain yang masih ramai kekal miskin dan Lim Kit Siang juga menegur apabila peroses menyusun semula masyarakat tidak mencapai matlamat kerana cara pelaksanaannya.
29. Lim Kit Siang tidak bertanggungjawab, malah tidak tahu menahu mengenai penubuhan 1MDB; tidak pernah menjadi penasihat atau ahli lembaga pengarah, pegawai atau pekerjaa di 1MDB.
30. Lim Kit Siang tidak bertanggungjawab menjatuhkan nilai ringgit Malaysia ke tahap yang merugikan Negara dan meningkatkan kos hidup rakyat.
Oleh itu, patutkah Datuk Zaid Ibrahim untuk takut berkawan dengan DAP dan berjuang menentang rasuah dan ketidakadilan bersama mereka?
Alangkah baiknya jika ramai pemimpin Melayu seperti LIM KIT SIANG.
Salahkah Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bergabung tenaga dengan Lim Kit Siang, dan mereka yang sejenis sikap dengannya, untuk sama-sama menentang penyelewengan, rasuah dan pengkhianatan kepada negara?
Salahkah Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membetulkan kesilapannya kerana telah salah menanam budi dan memilih pengganti2nya yang beliau tidak sangka menjadikan negara dipandang hina seperti sekarang dan rakyat jelata menderita kerana beban hutang negara yang bertimbun dan tidak mungkin selesai dibayar oleh anak, cucu dan cicit kita semua.
MELAYU JANGAN DISALAHKAN

SEMUA ISU TIDAK MELIBATKAN LIM KIT SIANG

SIAPAKAH YANG PATUT DITAKUTI
OLEH DATUK ZAID IBRAHIM
ANTARA LIM KIT SIANG
DENGAN MO1
YANG BERTANGGUNGJAWAB
KE ATAS BALA YANG TERSEBUT DI ATAS
Oleh itu, patutkah Datuk Zaid Ibrahim untuk takut berkawan dengan DAP dan berjuang menentang rasuah dan ketidakadilan bersama mereka?
Alangkah baiknya jika ramai pemimpin Melayu seperti LIM KIT SIANG.
SALAHKAH TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD BERSAHABAT DENGAN LIM KIT SIANG
YANG SAMA-SAMA BERHASRAT
MEMBERSIHAN PEMERINTAHAN NEGARA
Salahkah Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bergabung tenaga dengan Lim Kit Siang, dan mereka yang sejenis sikap dengannya, untuk sama-sama menentang penyelewengan, rasuah dan pengkhianatan kepada negara?
Salahkah Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membetulkan kesilapannya kerana telah salah menanam budi dan memilih pengganti2nya yang beliau tidak sangka menjadikan negara dipandang hina seperti sekarang dan rakyat jelata menderita kerana beban hutang negara yang bertimbun dan tidak mungkin selesai dibayar oleh anak, cucu dan cicit kita semua.
2 comments:
Penyangak sepatutnya boleh dihapuskan tanpa pemilu.Tetapi kerana dimabukkan dedak BR1M bangsa Melayu sudah ramai menjadi pengecut saperti ayam ternak.
Dahulu ramai terkorban dan berkorban menentang Cina Komunis yang berhajat merampas Negara. Sekarang pengkhianat bangsa telah menyerah khzanah termasuk yang strategic yang sepatut menjadi warisan kapada cucu cicit rakyat Malaysia kapada mereka.Komunis Cina dalam tempoh beberapa tahun kini menguasai hampir semua pelabuhan2,janakuasa letrik,harta2tanah strategic, dijangka Proton termasuk sebidang tanah yang luas di Tanjung Malim, kereta api,sabuah Universiti,beberapa Pulau yang akan menempat 700ribu komunis.Jenerasi masa depan akan berterusan menjadi hamba kapada Cina Komunis. Rakyat akan membayar toll,letrik,cukai pelabuhaan untuk semus impot dan ekspot kapada mereka. INI gara2 pengkhianatan beberapa penyagak yg berkuasa. Zaman dahulu penyangak Bangsa dihukum sula.
Post a Comment