Sunday, August 6, 2017

TEORI 18 TAHUN

Assalamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Pada kesempatan ini saya masukkan semula karangan saya dalam blog ini pada 16 Februari, 2010 yang mengandungi nota ucapan yang saya sampaikan pada 23 Februari, 2010 kepada pemimpin-pemimpin GPMS. Teori 18 Tahun mula saya ketengahkan dalam ucapan saya sebagai Presiden MAYC dalam Mesyuarat Agung MAYC ke 34 pada tahun 1988 iaitu 29 tahun yang lalu.. Perlu diperhatikan bahawa karangan ini berakhir dengan tahun 2005 dan kita sudah melihat prestasi BN dalam PRU ke 13 di mana BN, walaupun menang, ianya telah kehilangan 'popular vote', iaitu menang dari segi kawasan tetapi kalah dari segi jumlam pengundi. PRU ke 14 paling lewat perlu diadakan pada tahun 2018. Jika PRU 14 diadakan pada tahun 2018 berertilah PRU ke 15 perlu di adakan pada tahun 2023, iaitu 18 tahun dari tahun 2005. Karangan lanjutan Teori 18 Tahun ini akan saya persembahankan dalam masa yang terdekat. Selamat membaca.

MENGIMBAS KEMBALI ANGKA 18

GPMS - SINGA PERJUANGAN BANGSA

1. Pada hari Sabtu 13 Februari, 2010 saya telah dijemput ke satu kursus untuk pemimpin-pemimpin baru GPMS, dari seluruh negara, di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Perjumpaan bermula pada pukul 2.45 petang. Walau pun tahun ini dinamakan tahun baru harimau untuk orang-orang China tetapi GPMS telah memilih gelaran 'Singa Perjuangan Bangsa' untuk pemimpin dan ahli organisasi mereka.

MELAYU DIGUGAT DAN DIGIGIT

2. Setelah selesai menyanyi lagu GPMS Presiden GPMS telah menyampaikan ucapan aluan dan selepasnya saya dijemput untuk berucap atas tajuk 'Melayu Digugat dan Digigit'. Persoalan yang harus saya huraikan ialah mengenai bagaimanakah singa perjuangan bangsa ini harus bertindak bila bangsanya telah digugat dan digigit.

MAYC TIDAK DAPAT MEMBANTU

3. Keadaan majlis ini berbeza dengan majlis MAYC Wilayah Persekutuan yang saya hadiri pada petang 6 Februari, 2010 di Pusat Kecemerlangan Rakan Muda, Komplek Belia, Kg. Pandan. Majlis ini diberi tajuk 'Bicara Tokoh'. Pemimpin-pemimpin muda MAYC ini ingin mengetahui sejarah gemilang perjuangan MAYC di masa silam kerana MAYC yang baru kini masih di peringkat penubuhan sementara MAYC lama pula mengikut undang-undang, tidak ada lagi, kerana lima tahun berturut-turut MAYC tidak mengadakan mesyuarat agungnya; dan mereka yang masih mengaku sebagai pemimpin-pemimpinnya, walau pun sebenarnya sudah tidak sah lagi, sedang sibuk memikirkan cara memfaraidkan harta pusaka persatuan sementara persatuan mati tanpa kubur. Begitulah gambarannya. Oleh itu, MAYC sebagai sebuah pertubuhan kini tidak mungkin boleh turut membantu GPMS jika bangsa Melayu sudah tergugat dan digigit. 

JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN

4. Sebenarnya tidak ada orang yang berani menggugat dan menggigit bangsa Melayu kecualilah orang-orang Melayu sendiri memaksa dirinya supaya digugat dan digigit.

DUA PEMIMPIN BELIA JADI PERDANA MENTERI

5. Allah s.w.t. telah mentakdirkan dua tokoh belia menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia, seorang dari MAYC, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menjadi Naib Presiden MAYC, dan seorang lagi lagi dari GPMS iaitu Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Hampir ada yang ketiga dari ABIM.

6. Saya perhatikan perbezaan yang ketara antara kedua orang tokoh ini. Tun Dr. Mahathir kekal dengan kawan-kawannya yang seangkatan dalam belia dan sedarjah dengannya di sekolah menengah dan di universiti. Beliau terus berkawan dengan Presiden MAYC ke 2 Allahyarham Tunku Abdullah, iaitu kawannya di waktu dalam MAYC, malahan yang memecat beliau dari MAYC pun beliau kekalkan sebagai kawan. Tun Dr. Mahathir juga rapat dengan kawan-kawan dalam SAHOCA dan setiap tahun ada pertemuan dengan doktor-doktor yang belajar dengannya di Universiti Malaya, Singapura. Malahan kawan-kawan lama Tun Dr. Mahathir lebih mempengaruhinya dari anggota keluarganya sendiri. Jika ada anggota keluarga yang mempengaruhi beliau itu adalah pengaruh kerana ilmu yang ada pada mereka dan jawatan yang mereka perolehi sendiri, seperti Tun Dr. Ismail Mohd Ali, Gabenor Bank Negara dan Gen (B) Hashim Mohd Ali yang naik dalam tentera atas kemampuannya sendiri.

7. Tun Abdullah sebaliknya lebih dipengaruhi oleh anggota keluarga, khususnya anak dan menantu, dan lebih dipengaruhi oleh kawan-kawan menantunya yang hanya rapat dengannya setelah beliau naik menjadi Perdana Menteri. Ramai kawan-kawannya, termasuk dari kalangan GPMS, yang kecewa kerana tidak dapat menegurnya atau mendekatinya bila dia di atas. Memanglah ada orang-orang GPMS yang naik di zamannya dan mujurlah ada mereka kerana mereka inilah yang telah menunjukkan ketinggian budi mereka dengan memberi anugerah-anugerah doktor kehormat, dari universiti yang mereka pimpin, kepadanya, apabila beliau sudah turun dari jawatan. Anuegerah-anugerah ini walau bagaimana pun sukar untuk mengimbangi kegagalan kepimpinannya.

KAWAN BARU ANWAR IBRAHIM

8. Dato' Seri Anwar Ibrahim juga saya kira akan selamat jika dia terus mendekati kawan-kawan lama beliau, di dalam ABIM, bila dia hampir sampai ke peringkat atas sekali. Malangnya dia ada kawan-kawan baru seperti Nallakaruppan, Azmin. Azizan, Saiful dan Wolfowitz yang tidak pernah menjadi ahli  ABIM.

SIKAP TERHADAP UGAMA

9. Seperkara lagi saya perhatikan ialah hubungan 3 tokoh ini dengan ugama. Tun Dr. Mahathir tidak berpendidikan ugama tetapi bertambah mendekati ugama dengan bertambah tinggi kedudukannya. Tun Abdullah berpendidikan ugama tetapi tidak memperjuangkan ugama dalam hidupnya dan terlalu berani memperkenalkan pendekatan baru Islam Hadhari hanya untuk menawan hati Barat. Dato' Seri Anwar tidak berpendidikan ugama, tetapi memperjuangkan ugama di masa mudanya, tetapi terus berubah menjadi bertambah sekular dengan bertambah tinggi pangkat yang dinaikinya.

ARISTOTLE DIBUKTIKAN SALAH

10. Saya telah ceritakan kepada pemimpin-pemimpin GPMS sejarah pergolakan dalam negara dari segi demografi dan isu-isu perpecahan berikutnya yang membawa kepada kelemahan politik orang-orang Melayu. Mengikut Aristotle, 'It is impossible to have political power without economic power' ( adalah mustahil memiliki kuasa politik tanpa kuasa ekonomi ). Orang Melayu telah membuktikan bahawa Aristotle itu boleh salah dalam pendapatnya, kerana Melayu ada kuasa politik tanpa kuasa ekonomi.

TEORI 18 TAHUN

11. Dalam Mesyuarat Agung MAYC ke 34 pada tahun 1988, iaitu 22 tahun yang lalu saya telah memperkenalkan kepada sekitar 2,000 orang ahli perwakilan MAYC teori 18 tahun. Teori ini saya sedari setelah saya membuat perkiraan melihat tarikh-tarikh peristiwa penting dalam negara dan sekitar Tenggara Asia setelah UMNO diharamkan pada tahun 1987, iaitu pada tahun sebelum ucapan ini disampaikan. Ketepatan anggaran tahun ini berbeza 1 atau 2 tahun dari tahun yang dipilih.
 
1897
 
12. Dari sebelum tahun 1897 saya dapati ada pergolakan berlaku di Selatan Thailand. Pihak British mengetahui bahawa pergolakan ini berlaku kerana penduduk Weng, Yala, Narathiwat dan Pattani di Selatan Thailand sebenarnya dari rumpun Melayu dan tidak selesa di bawah pemerintahan Thai. Walau bagaimana pun raja Melayu di Utara Semenanjung Malaysia tidak merasa bimbang jika wilayah di Selatan Thailand ini menjadi sebahagian dari negerinya maka kedudukan raja akan terancam. Oleh itu pada tahun 1897 ke empat wilayah di Selatan Thailand menjadi sebahagian dari Thailand.  Ini bererti peluang untuk menambahkan penduduk Melayu di Semenanjung Malaya telah terkendala buat selama-lamanya.

13. Dari 1897 pihak British sibuk mempengaruhi raja-raja Melayu untuk menerima penasihat bagai pemerintahan negeri. Johore adalah negeri terakhir menerima seorang penasihat pada tahun 1914. Dengan penerimaan ini maka pada tahun 1915 genaplah 18 tahun dari tahun 1897 proses penaklukan negeri-negeri Melayu dilakukan dengan cara terhormat tanpa disedari.

1915

14. Mulai tahun 1915 pihak penasihat British telah memperkenalkan bendera berasingan bagi setiap negeri, lagu negeri yang berlainan, menamakan rakyat bagi setiap negeri berkaitan dengan nama negeri masing-masing. Orang Melayu pada waktu itu memanggil diri mereka bukan lagi sebagai orang Melayu tetapi sebagai orang Perlis, orang Penang, orang Perak, orang Kelantan, orang Johor, orang Selangor, orang Melaka dan lain-lain.

15. Mulai tahun 1915 negeri-negeri Melayu telah mula menerima pendatang atau imigran dari China dan India kerana masalah politik dan desakan ekonomi di negara masing-masing. Walau bagaimana pun pendatang China dan India ini tidak datang  dengan cara yang dirancang oleh British. Oleh kerana pendatang dari India dan China di waktu ini ialah sebagai imigran ekonomi atau 'economics immigrant' maka apabila dunia dilanda oleh krisis ekonomi pada tahun 1929 maka majoriti dari mereka telah kembali ke negara masing-masing.

1933

16. 18 tahun dari tahun 1915 iaitu pada tahun 1933 pihak British telah mengizinkan imigran dari China dan India datang kembali ke Malaysia dengan cara yang terancang. Orang-orang China telah dipelihara oleh British, antara lain, sebagai pemborong kecil dan pekedai-pekedai runcit untuk menyalurkan hasil keluaran industri pengguna di Britain melalui pemborong-pembekal yang besar-besar sebagai 'trading houses' milik penjajah British. Orang-orang India pula, antara lain, dibawa ke Malaya sebagai buruh di estet-estet milik British; dan The Chartered Bank yang pada waktu itu menghadapi masalah meminjamkan wang kepada pengguna dan peniaga kecil Melayu telah membawa ceti ke Malaya sebagai orang tengah dalam urusan pinjaman wang.

KESEDARAN BARU KERANA KEMARAAN JEPUN

17.  Sejarah berlalu dan dalam Perang Dunia Kedua pihak Jepun telah mengalahkan British di Malaya dan Belanda di Indonesia. Satu kesedaran baru telah timbul di kalangan pemimpin dan ulama Melayu atas kemungkinan penjajah British dan Belanda dikalahkan oleh satu kuasa negara bukan Eropah iaitu negara Jepun dari Asia. Pelajar-pelajar Melayu yang pulang dari Timur Tengah juga begitu bersemangat kerana kebangkitan gerakan kemerdekaan di negara-negara Islam lebih-lebih melihat kejayaan Jerman yang turut disokong oleh Turki.

18. Bila Jerman dan Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua pertubuhan-pertubuhan politik Melayu telah pun siap tumbuh seperti cendawan di dunia Melayu. Pihak Soekarno dan Hatta memimpin usaha memerdekakan Indonesia. Mereka berhasrat menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya. Wadah yang mulanya hampir gagal kerana hasrat Belanda untuk memerdekakan Aceh akhirnya telah terbendung kerana penerimaan Aceh ke atas konsep Melayu Raya yang dijanjikan oleh Soekarno dan Hatta akan berlandaskan syari'at Islam.

19. Kerana keghairahan menang dalam Perang Dunia Kedua pihak British berhasrat untuk menjadikan Malaya sebuah koloni British yang lebih mantap seperti New Zealand, Australia dan Canada. Wadah Malayan Union telah diperkenalkan. Di bawah Malayan Union taraf raja-raja Melayu diperhinakan ke taraf yang hampir sama dengan penghulu mukim. Penghinaan ini tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu.

MENENTANG GAGASAN MALAYAN UNION

20. Dari 1 hingga 4 Mac, 1946 satu Kongres Melayu telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Keputusan dibuat untuk menentang Malayan Union. Pada 1 April, 1946 Malayan Union telah ditubuhkan dengan perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Union of Malaya yang pertama. Sebuah komiti telah ditubuhkan untuk merancang tentangan terhadap Malayan Union yang terdiri dari wakil-wakil berikut:

Johor -     Dato' Onn Jaafar - Pengerusi
                Tuan Syed Alwi Al Hadi

Selangor - Encik Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaaba )
                 Dato' Hamzah bin Abdullah

Perak -      Dato' Panglima Bukit Gantang

Kedah -     Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

Perlis -      Encik Salleh bin Othman

Kelantan -  Dato' Nik Ahmad Kamil

P. Pinang -  Dato' Ibrahim bin Mahmud

Pahang -     Encik Yope Muhiddin

Singapura - Encik Rahim Ibrahim

PKMM -     Encik Ibrahim Kasim

PENUBUHAN UMNO

21. Dari 11 hingga 12 Mei, 1946 satu lagi perjumpaan telah diadakan di Istana Johore di Johor Bharu yang telah memutuskan supaya UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan dan bukan setakat menentang Malayan Union sebagaimana keputusan Kongres Melayu pertama di Sultan Sulaiman Kelab. Semua pertubuhan dan persatuan Melayu telah mengambil keputusan untuk dibubarkan kecuali Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang terikat kepada janji dengan Soekarno-Hatta supaya Malaya hanya akan menerima kemerdekaan melalui Melayu Raya. PKMM telah keluar dari pakatan menubuhkan UMNO.

1951

22. 18 tahun dari tahun 1933 iaitu pada tahun 1951 berlaku lagi perpecahan di dalam UMNO dengan berhentinya Dato' Onn Jaafar dan berlaku perebutan kuasa untuk jawatan Ketua UMNO. Yang bertanding untuk jawatan ini ialah:

Tunku Abdul Rahman Putra
(Cadangan oleh Encik Bahaman bin Shamsudin)                57 undi

Haji Ahmad Fuad Hassan
(Cadangan oleh Dato' Onn Jaafar)                                       11 undi

23. Haji Ahmad Fuad telah dikalahkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan 46 undi. Calon-calon lain yang kalah ialah C. M. Yusof yang dicadangkan oleh Raja Ayob bin Raja Bot dan Encik Tajuddin bin Uda Isa. Encik Mustapha Hussein dari PKMM, yang telah memasuki UMNO walau pun PKMM menarik diri, telah menarik diri dari bertanding.

PKMM DIHARAMKAN

24. Apabila PKMM diharamkan tiga buah parti tunjangan baru telah ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin PKMM, iaitu (1) Parti Melayu Semenanjung ( PMS ) dipimpin oleh Bung Kahar sebagai Ketua dan Bung Isa sebagai Setiausaha Agungnya; (2) Parti Islam Se Malaya ( Pa - Alif - Sin = PAS ) di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al Helmi dan (3) Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) pimpinan Ahmad Boestamam. Bung Kahar, Dr. Buhanuddin dan Ahmad Boestamam ketiga-tiganya berketurunan dari Indonesia. PMS membantah pemberian kerakyatan yang berleluasa kepada bukan Melayu, PAS menentang kemerdekaan kerana tidak mewujudkan negara Islam dan PSRM menentang kemerdekaan kerana ianya ciptaan kapitalis. Gabungan idea PMS, PAS dan PSRM merupakan NASAKOM ala Malaya.

25. Agak aneh juga kerana yang mengusahakan penubuhan PAS ialah Haji Ahmad Fuad setelah beliau dikalahkan oleh Tunku Abdul Rahman, dalam pertandingan untuk menjadi ketua UMNO, tetapi beliau sendiri tidak pernah menjadi ahli PAS, sebaliknya dilantik oleh pihak British untuk menjadi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

KEMERDEKAAN

26. Umno dan sekutunya, MCA dan MIC, dalam Parti Perikatan telah berjaya memimpin Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Bersekali dengan perjanjian kemerdekaan telah ditandatangani juga Perjanjian Keselamatan di mana penjajah British berjanji untuk kembali mentadbir Malaya seandainya berlaku huru-hara antara kaum dalam masa 10 tahun sehingga 31 Ogos, 1967.

27. British mengetahui bahawa pemerintahan Malaya boleh aman, dan tidak akan berlaku huru-hara, jika UMNO kuat kerana didukung oleh orang-orang Melayu. Jika UMNO lemah dan kurang mendapat sokongan orang-orang Melayu maka keamanan negara boleh terancam. Keadaan yang melemahkan politik orang-orang Melayu telah muncul pada tahun 1962 apabila PAS mengkafirkan UMNO.

28. Tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963 tidak menambah kekuatan politik orang-orang Melayu. Malahan fokas terhadap masalah orang-orang Melayu bertambah kurang apabila Malaysia yang baru ditubuhkan mula menghadapi konfrontasi dari Indonesia. Dalam Pilihanraya Umum 1964 kekuatan UMNO telah jelas menurun. Kesan dari perpecahan bangsa Melayu dengan isu pengkafiran ini memakan masa untuk dirasai. Malahan Majlis Raja-Raja Melayu telah mengharamkan fatwa Dewan Ulama PAS yang mengkafirkan UMNO itu kerana sudah meramalkan kesannya sebaik sahaja fatwa dibuat pada tahun 1962.

1969

29. Rupa-rupanya kesan fatwa PAS pada tahun 1962 itu telah memberi kesan dalam Pilihanraya Umum 1969 iaitu 18 tahun setelah tahun 1951. Tingkah laku DAP setelah mengetahui keputusan pilihanraya ini sungguh menghina orang-orang Melayu. Mereka merasakan negara Malaya ini sudah menjadi milik mereka sahaja. Rusuhan kaum telah berlaku lantaran keputusan ini. Adalah jelas bahawa kelemahan politik orang-orang Melayu, sebagaimana diketahui oleh penjajah British, menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Malangnya bagi penjajah British kerana rusuhan kaum ini berlaku dua tahun setelah tamat perjanjian keselamatan yang ditandatangani di waktu Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.

BARISAN NASIONAL DITUBUHKAN

30. Apabila maruah Melayu terancam barulah pemimpin-pemimpin politik Melayu bersatu semula di dalam Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdul Razak. Tetapi lambat laun pemimpin-pemimpin Melayu menjadi selesa semula. Akibatnya PAS terkeluar dari Barisan Nasional di zaman Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri.

31. Bila Tun Dr. Mahathir mengambil alih kepimpinan negara, menggantikan Tun Hussein Onn yang bersara setelah menjalani pembedahan jantung, berlakulah pertandingan antara Tun Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO yang secara otomatik memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tun Musa menang kerana jentera Tun Dr. Mahathir memihak kepadanya.

ANWAR MENJADI AHLI UMNO

32. Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi ahli UMNO apabila Tun Dr. Mahathir mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Walaupun usaha untuk melemahkan kedudukan Anwar di dalam ABIM, untuk dia mahu menjadi ahli UMNO, telah diusahakan oleh jentera Tun Dr. Mahathir tetapi yang mempercepatkan Anwar masuk ke dalam UMNO ialah dengan usaha Tengku Razaleigh Hamzah, Dato' Harun Idris, Dato' Ibrahim Ali dan Ustaz Osman Bakar Kampung Gajah. Dayausaha Tengku Razaleigh ini adalah dengan harapan Anwar akan menyokongnya dalam pusingan kedua beliau menentang Tun Musa untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ternyata, sebagaimana yang diramalkan oleh Tun Dr. Mahathir, Dato' Seri Anwar menyokong Tun Musa dalam pusingan kedua bertanding dengan Tengku Razaleigh.

MUSA MENENTANG MAHATHIR

33. Kerana cemburunya terhadap Dato' Seri Anwar lantaran merasakan, jika terlalu lama menunggu, kepimpinan negara akan diserah oleh Tun Mahathir kepada Anwar, maka Tun Musa telah meletak jawatan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Tun Mahathir menerima perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Majlis tertinggi menolak rancangan mengadakan Mesyuarat Agung Khas untuk meminta Tun Musa menarik balik perletakan jawatannya tetapi bersetuju dengan permintaan wakil UMNO Johor, dalam Majlis Tertinggi, supaya satu rombongan dihantar ke London untuk merayu Tun Musa menarik balik perletakan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

34. Penarikan balik perletakan jawatan Timbalan Presiden UMNO oleh Tun Musa tidak bererti beliau juga menjadi Timbalan Perdana Menteri semula. Perletakan jawatan dari menjadi Timbalan Perdana Menteri telah diterima oleh Perdana Menteri kerana perlantikan Timbalan Perdana Menteri adalah atas budi bicara Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir telah melantik Tun Ghafar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tun Musa Hitam.

1987

TENGKU RAZALEIGH MENENTANG TUN DR. MAHATHIR

35. Dalam Perhimpunan Agung UMNO berikutnya pada tahun 1987 (18 tahun dari 1969) Tengku Razaleigh telah menentang Tun Dr. Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO. Beliau beregu, dalam Team B, dengan Tun Musa yang bertanding mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden yang masih disandangnya. Tun Ghafar telah mengalahkan Tun Musa dengan 40 undi dan Tengku Razaleigh telah dikalahkan oleh Tun Dr. Mahathir. Berikutnya UMNO telah diheret ke mahkamah oleh 11 orang ahli dengan sokongan Team B. UMNO telah diharamkan dan UMNO Baru telah ditubuhkan.

36. Tengku Razaleigh telah menajakan parti Semangat 46 yang telah didaftarkan pada 3 Jun, 1989. Dalam Pilihanraya Umum 1990 Parti Semangat 46 telah berkerjasama dengan DAP dan Parti Rakyat dalam Gagasan Rakyat dan berkerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ) dengan parti-parti Islam PAS, BERJASA dan HAMIM. APU berjaya 100% di Kelantan ( 24 ADUN PAS dan 15 ADUN S46 ).

ANWAR MENENTANG GHAFAR

37. Di waktu Dato' Seri Anwar Ibrahim memasuki UMNO pada awal 80an beliau direstui oleh beberapa tokoh sahaja di dalam ABIM tetapi difahamkan beliau telah memberi bayangan kepada kawan-kawannya dalam WAMY bahawa beliau akan mengambil alih kuasa sebagai Perdana Menteri dalam masa 10 tahun.
Antara yang mengungkit janji ini setelah 10 tahun berlalu pada tahun 1992 ialah seorang ulama dari Sudan bernama Hasan Thurabi. Tidak hairanlah jika pada tahun 1993 Dato' Seri Anwar telah mengorak langkah untuk menentang Tun Ghafar Baba dan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO darinya.

38. Setelah melihat arus pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO tidak memihak kepadanya Tun Ghafar Baba telah menarik diri dari mempertahankan jawatannya dan Dato' Seri Anwar telah menang tanpa bertanding dan menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993.

SEMANGAT 46 DIBUBARKAN

39. Sejak Pilihanraya Umum 1990 sehingga Pilihanraya Umum 1995 hubungan S46 dengan DAP menjadi renggang dan pakatan di dalam APU menjadi retak. Prestasi S46 dalam Pilihanraya Umum 1995 sungguh mengecewakan sehingga Dato' Rais Yatim, Timbalan Presiden S46 telah menerima kekalahan. Pada bulan May, 1996 Parti S46 telah dibubarkan dan ahli-ahlinya kembali kepada UMNO. 

ANWAR DIPECAT

40. Dato' Seri Anwar telah memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 hingga 1998 apabila belia dipecat dari kedua jawatan itu kerana kesalahan rasuah dan liwat.

41. Waktu Dato' Seri Anwar di dalam penjara Parti Keadilan Rakyat telah ditubuh dan didaftarkan pada 4 April, 1999. Dalam Pilihanraya Umum 1999 Parti Keadilan Rakyat, sebagai anggota dalam pakatan Barisan Alternatif bersama PAS dan DAP, telah menang satu kerusi sahaja di Permatang Pauh yang ditandingi oleh Dati Seri Wan Azizah Presiden Parti. Pada 5 Julai, 2002 satu Perjanjian Persefahaman telah ditandatangani untuk menyatukan PSRM dengan Parti Keadilan Rakyat.

42. Memandang semua kepada perkembangan ini saya meramalkan 18 tahun dari tahun 1987 iaitu pada tahun 2005 kedudukan politik orang Melayu akan sesungguhnya menjadi terancam.

HARAPAN CERAH MENJADI GELAP

43. Pada tahun 2003 Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil alih kepimpinan negara. Dalam satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin GPMS saya dengan sinisnya telah dicabar sama ada saya akan gembira jika ramalan saya atas punahnya kuasa Melayu betul berlaku sebagaimana yang saya ramalkan. Saya menjawab, 'tidak ada dalam saluran darah saya setitik pun darah yang mendurhaka kepada UMNO atau kepada Melayu'. Saya menegaskan teori 18 tahun ini hanya satu amaran untuk semua cuba menghindarkan berlaku apa yang mungkin berlaku.

2005

44. Alhamdulillah pada tahun 2004 Barisan Nasional mendapat keputusan yang cukup meyakinkan. Dengan keputusan cemerlang Pilihanraya Umum 2004 ini terbuktilah teori 18 tahun yang seharusnya memberi gambaran buruk pada tahun 2005 kerana 1987 + 18 = 2005 terbuktilah sudah dapat dibantutkan. Malangnya, dengan keputusan durjana Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, akibat dari peranan anak dan menantu, teori 18 menghantui semula. Tahun berikutnya bagi Teori 18 tahun ialah 2005 + 18 = 2023. Tahun ini ialah 10 tahun selepas pilihanraya yang akan datang yang wajib diadakan pada atau sebelum tahun 2013. Bagaimanakah prestasi BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 pada tahun 2013. Penulisan ini berakhir sebelum Pilihanraya Umum 2013. Ianya di sambung semula selepas sebelum Pilihanraya Umum ke 14 paling lewat dalam tahun 2018.

Di bawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak ternyata keputusan Pilihanraya Umum ke 13 pada tahun 2013 ternyataa lebih buruk dari Pilihanraya Umum ke 12 sehingga kemenangan Barisan Nasional diselubungi mendung kehilangan jumlah undi popular atau majority undi.

Kehilangan Pulau Pinang kepada DAP buat kali kedua menambah trauma dan rasa takut Barisan Nasional kepada DAP khususnya Lim Kit Siang. PAS kekal memerintah di Negeri Kelantan. PKR tetap memenangi semua Negeri Selangor sementara kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan lebih kepada pihak pembangkang..

DI MANAKAH SILAPNYA KITA?

45. Kini saya berdepan sekali lagi dengan pemimpin-pemimpin GPMS. Sudah tentu soalannya ialah 'Di manakah silapnya kita?'

46. Kesilapan kita ialah kerana kita sudah menyimpang jauh dari nilai-nilai murni seperti amanah, berani, disiplin, rajin dan setia iaitu sifat-sifat terpuji yang sepatutnya ada pada orang-orang yang berugama Islam. Sifat-sifat inilah yang diketengahkan dalam semangat Bushido orang-orang Jepun, semangat Hwarang orang-orang Korea, semangat Jin Qing orang-orang China, dan semangat Muru'ah orang-orang Arab. Bila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946 dan raja-raja kita diturunkan taraf ke tahap penghulu mukim, kita merasa terhina kerana maruah kita dijatuhkan. Bila kita kalah banyak kerusi dalam Pilihanraya Umum 1969 sehingga kita merasa terhina apabila diminta menyerahkan pemerintahan Negeri Selangor kepada DAP, maka tanpa UMNO menjadi lebih Islam perjuangannya, dan tanpa bertambah semangat nasionalisma pada PAS, UMNO dan PAS dapat duduk bersama di dalam Barisan Nasional walaupun selama 7 tahun sebelumnya UMNO tersinggung kerana dikafirkan oleh PAS. Tetapi pemimpin UMNO tidak merasa terhina walaupun lebih banyak kekalahan kerusi dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 daripada yang diterima pada tahun 1969. Kerana kita sudah menjadi penakut maka kita terima kekalahan tanpa merasa malu dan terhina. Kita bersalah kerana sudah menjadi bangsa penakut.
 
 
MASUKAN PERMATA PADA 16hb FEBRUARI, 2010
 
MASUKAN KEDUA PADA 25hb MAC, 2017

MASUKAN KETIGA PADA 6hb OGOS, 2017

28 comments:

Anonymous said...

Salam Tan Sri, saya amat sedih melihat keadaan sekarang. Melayu sememangnya digugat dan digigit dari kiri kanan depan belakang. Jika ada yang suarakan pun cuma mereka yang prihatin seperti Tun Dr M dan Tan Sri menerusi ceramah dan blog. Bagaimana dengan golongan pelapis @ generasi baru? Adakah mereka sensitif mengenainya atau sekadar menjadi penumpang? Nurul....

Anonymous said...

Asm Tan Sri,Teruskan menulis,Saya mendapat banyak info sejarah dari tulisan Tan Sri.

Riza Ahmad said...

"The Clock tick, the time never stops, never ending race, no winners but too many losers... "

Eddie said...

Salam Tan Sri,

Mmmm sebagai pemuda Malaysia, apabila baca tulisan Tan Sri... sedih ada marah pun ada...

Tapi, walaupun kita telah menyimpang jauh, saya sentiasa berdoa agar bangsa melayu kita dapat kembali bersatu... Jangan sampai bila dah hilang kuasa di Negara sendiri, baru mereka hendak sedar sudahlah... pada waktu tu... Cakap pun dah takder guna..

Wahai Melayu!! sudah sudah lah bermusuhan sesama melayu...

p.s : menanti 2013...

Unknown said...

Assalamualaikum wbt Yg Bhg Tan Sri,

Malam ini 8 Rabiul Awal 1431 Hijrah jam 805 malam, Isnin
(22/2/2010)

Tajuk ucapan di GPMS Yg Bhg Tan Sri adalah lebih kurang sama dengan forum ekonomi melayu yang diadakan di PWTC baru baru ini.
Dan di forum berkenaan sehari suntuk kedengaran satu nada--penghapusan MECD (Kementerian Pembangunan Usahawan) adalah langkah kurang bijak. Kebetulan pula pejabat saya yang mendapat bantuan kelulusan grant tajaan 50 peratus untuk mengiklan program program seminar undang undang di media dengan tiba tiba hilang,
entah di mana macam lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, dalam filem keluarga 69 tu. Semua dokumen kelulusan MECD serta pengantungan skim tajaan iklan MECD masih saya simpan sebagai rekod yang ianya bukan sekadar cakap cakap kosong di kedai kopi Allahyarham Noor KK customer warung filem Nasib Do Re Me yang Arwah Seniman AR Tompel mengaku sedara tu.

Perihal Melayu ditulis oleh Frank Swentenham serta telah di terjemahkan oleh Universiti Malaya.
Yg Bhg Tun Dr Mahathir juga telah berulangkali menyentuh topik ini kebanyakkan dalam ucapan ucapan pembukaan dan penutup Perhimpunan Agung Umno. Tun dah merayu malah menangis pun tapi masih sama saja
hingga bangsa asing kadang kadang merujuk nama bangsa melayu dengan bahasa yang hampir mencarut atas pelbagai sebab yang mereka percaya adalah kelemahan bangsa melayu itu sendiri.

Kebetulan bila Tan Sri menyampaikan ucapan di pertubuhan belia GPMS, sewaktu di UIA Petaling Jaya dulu pada tahun 1987saya pernah mewakili UIA P Jaya ke Asean Youth Model Conference berformatkan parlimen Asean di Universiti Malaya dan tinggal di Asrama Zaaba UM sepanjang tempoh program berlangsung. Manakala pada tahun 1988, saya mewakili UIA/Malaysia ke International Muslim Youth Camp yang berlangsung selama 2 minggu di Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting Highland di mana YAB Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sijil peryertaan kepada semua peserta sebagai Menteri Belia & Sukan.
Sebaik saja tamat pengajian di UIA P Jaya pada tahun 1990, saya diajak oleh rakan rakan untuk mendaftarkan nama di ABIM dipejabat ABIM ,Right Angle,Petaling Jaya. Hanya mendaftar sahaja tetapi langsung tidak aktif kecuali bila kadang kadang ada program program yang menarik yang dianjurkan sekali sekala, saya pun hadirlah sebagai peserta.

Yg Bhg Tan Sri telah menyentuh topik yang agak sensitif disini iaitu YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Yg Bhg Tun Dr Mahathir pun pada 19/2/2010 telah menyentuh topik yang sama dalam posting Tun yang bertajuk The Australian MPs.

Sebagaimana yang disebut sebelum ini, blog Tan Sri dan blog Yg Bhg Tun amat saling berkait maka sekiranya Yg Bhg Tan Sri punyai kelapangan silalah merujuk komen saya terhadap isu DSAI di blog Yg Bhg Tun pada 7 Rabiul Awal 1431 Hijrah (21/2/2010) mungkin berguna ataupun mungkin tak berguna langsung terpulanglah kepada Yg Bhg Tan Sri untuk menilainya.

InsyaAllah, saya akan sambung lagi menulis kemudian , saya berhenti disini dahulu buat kali ini Tan Sri & Salam Solat Isya buat Tan Sri sekeluarga. Wassalam wbt.


8 Rabiul Awal 1431 Hijrah 833pm Isnin (22/2/2010)

drsyediskandarislamicbankingfinance.blogspot.com or
isikcorpadv@gmail.com

"SEBAT" said...

Bro' apa yang anda komen kurang tepat, selagi pemimpin-pemimpin melayu berkuasa selagi tu melayu selamat........Bro'

kita lihat di P.PINANG kita salah pilih pemimpin akhirnya apa sudah jadi???

Jangan salahkan Nama Melayu.....kita melayu harus sama-sama berubah.....baru ada erti Melayu

Unknown said...

Assalamualaikum Yg Bhg Tan Sri, Pagi ini 9 Rabiul Awal 1431 Hijrah Selasa 1255 pagi (23/2/2010). Izinkan saya komen ringkas mengunakan phone, saya baru dalam perjalanan pulang ke rumah. Komen Dato Ali adalah noted dan ingin juga saya rujuk pada Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w. yang menekankan perintah Allah swt supaya mementingkan taqwa dari isu bangsa.Maafkan saya kiranya tersilap hanya sekadar pendapat,selamat malam. Wallahualam. 9 Rabiul Awal 1431 Hijrah 110 pagi Selasa (23/2/2010) drsyediskandarislamicbankingfinance.blogspot.com or isikcorpadv@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum wbt Yg Bhg Tan Sri, izinkan saya menambah sedikit sebelum saya terlupa kepada Dato Ali. Sepanjang saya dibesarkan di Pulau Pinang dulu , saya hanya kenal kemajuan di Pulau Pinang dibawah pimpinan rakan Yg Bhg Tun Dr M iaitu Yg Bhg Tun Dr Lim Chong Eu bersama Gavenor Allahyarham Tun Sardon Jubir yang selepas Tun Dr M menjadi PM terus Pulau Pinang mendapat jambatan yang indah itu seperti yang ada pada hari ini. Yang penting ialah kebolehan membuat kerja dan bagi yang beragama Islam, Taqwa. Wallahualam. 9 Rabiul Awal 1431 Hijrah 2 pagi (23/2/2010) dryediskandarislamicbankingfinance.blogspot.com or isikcorpadv@gmail.com

cobraeite said...

Salam Tan Sri.... betul tu...

Daulah-alWatan said...

Dr Syed Iskandar,

Bila orang menyebut pasal "Melayu"...
ertinya dia menyentuh tentang bangsa.
Bila sdra menyebut tentang taqwa...ertinya sdra menyentuh tentang agama.
Melayu itu bangsa, taqwa itu agama. Boleh faham kan?

Di Malaysia agama Islam itu di bawa oleh bangsa Melayu. Kalau bangsa Melayu itu tidak kuat, tak power, tak ada kuasa...camner nak bawak agama Islam? Faham kan?.

Soal aqidah, soal ketaqwaan tak kira bangsa. Siapa yang beriman kpd Allah kenalah bertaqwa.

Bertaqwa pulak wajib tanpa mengira kamu ada negara atau merempat di bawah pemerintahan kuasa yang beragama lain. Faham kan?

Jangan kelirukan pemahaman antara mengapa bangsa Melayu perlu ada power dengan mengapa penganut Islam harus bertaqwa.
Boleh faham kan?

Unknown said...

Assalamualaikum wbt Yg Bhg Tan Sri, Izinkan saya mencelah ringkas komen SrRahiman. Isu bangsa dan agama saling berkait rapat dan sejak bila majoriti kita benar benar bertaqwa untuk melindungi agama kita atau kita cuba menjadikan agama sebagai alat untuk mencapai apa jua cita cita termasuk kuasa politik. Lihat sahaja anak anak muda melayu yang agaknya beragama Islam di mana mana di Kuala Lumpur, apakah watak mereka seperti seorang melayu dari kampung ataupun seorang melayu yang enggan mengaku melayu dari segenap segi kehidupan. Dimana letaknya agama, ? Adakah lelaki melayu yang berseluar pendek di klcc akan mengejar waktu Solat dan menukar pada kain pelikat. Adakah melayu yang sibuk bercumbu akan break sekejap untuk bersolat? Adakah melayu yang sibuk berhibur dan minum arak sanggup menolak godaan nafsu selepas tengah malam. Adakah melayu yang tak kenal erti Ramadhan boleh diharapkan mempunyai kuasa dan memelihara agama Islam ataupun berterusan menjual agama demi keuntungan wang ringgit semata mata. Mahkamah telah memutuskan pada tahun 1966 dulu orang putih yang bernama Robert pun layak menjadi melayu. Bila kita boleh mendapat orang melayu yang menjaga agama kita dengan ikhlas. InsyaAllah, dengan adanya peruntukan perlembagaan persekutuan, Raja Raja Melayu berkuasa ke atas hal agama Islam di negeri masing masing tetapi malangnya berapa kerat melayu yang ada yang amanah tidak bermuka muka tidak mengharapkan balasan syarikat rm2 untuk kontrak perniagaan jutaan ringgit. Pentingnya kerajaan persekutuan bukan sahaja mewajibkan BTN kepada semua melayu di Malaysia tetapi juga Khemah Ibadah supaya lengkap segala hal hal bersangkutan agama di dada dan juga di praktikan dalam kehidupan. Setakat nak jaja agama untuk jadi KM atau MB, terimalah balasan Allah swt kelak di dunia dan di akhirat. Semangat melayu berani kerana benar seperti Hang Jebat kita terlupa seperti kata Yg Bhg Tun Dr Mahathir melayu mudah lupa tetapi sebaliknya kita banggakan semangat mengampu tak bertempat Hang Tuah. Wallahualam. 9 Rabiul Awal 1431 Hijrah 1123 malam, Selasa (23/2/2010) drsyediskandarislamicbankingfinance.blogspot.com or isikcorpadv@gmail.com

Anonymous said...

Assalamualaikum Tan sri..

Mengapa biasiswa bumiputra dikurangkan ye?? Kemudian timbul PTPTN.. Lepas tu byk yg tak dpt bayar balik.. Tak bolehkah PTPTN jadi macam MARA.. Kalau lulus sekian-sekian gred dapat pengurangan sekian-sekian peratus.. kalau gagal belajar baru bayar semua pinjaman.. saya rasa makin ramai yg bayar pinjaman sebab tak membebankan.. Cuba TS pikir kalau pelajar pinjam 60K, sampai bila baru nak habis bayar?? dapat pula kerja yg gaji kecil, kalau gaji banyak oklah.. kos sara hidup makin meningkat. Letih membayar pinjaman, belajar pun susah tak belajar pun susah..

Kenapa tak boleh bagi pelajaran kepada rakyat secara percuma atau yuran murah2.. sedangkan PATI di kem tahanan dipelihara.. penjahat di penjara dipelihara.. dah berapa byk wang dibazirkan untuk mereka yg gerenti tidak memberikan hasil pd negara.. kalau budak belajar nanti habis belajar kerja utk negara, bayar Hasil.. PATI tak bayar hasil.

Lihat cerita bersamamu, berapa byk anak2 Malaysia yg tak sekolah sebab tak mampu nak bayar yuran..

kita byk subsidi yg orang ambil kesempatan, contohnya subsidi minyak (jual kat siam), subsidi gula, subsidi itu subsidi ini.. boleh kata kebanyakan subsidi itu dapat dinikmati oleh rakyat asing juga.. kenapa tak dikurangkan subsidi ini dan disalurkan ke subsidi pelajaran, orang asing tak dapatlah merasa subsidi ini, dan semua rakyat malaysia dpt rasa subsidi pelajaran, baru SEMUA dapat..baru adil..mak bapak tak dapat tapi anak2 dapat.. orang miskin anak ramai pun semua anaknya dapat pergi sekolah.. Lagi satu contoh: subsidi beras bukan semua rakyat dapat, subsidi nelayan bukan semua rakyat dapat dan byk lagi subsidi subsidi yg tak dapat dikongsi rakyat..

Pelajaran itu penting untuk memajukan negara.. Rakyat diutamakan..

minta maaf jika tersilap bahasa dan tatabahasa. Cuma beri pendapat.

Unknown said...

Salam,

I think the theory 'fits'.
http://www.scribd.com/doc/13730181/Rencana-Kristenisasi-

25 yrs from 1998 is 2023. So, Muslims di seluruh Nusantara mesti berwaspada. WAllahu'alam. Na'udzubillah.

From agama's stand point (from the link above), kita tidak perlu layan 'strategy' mereka2 yang tak habis2 sebok buat kecoh/huru-hara atas isu2 ugama Islam here in Malaysia, ANYMORE.

Be strict & objective Demi Kestabilan Negara Malaysia ini. Melakukan huru-hara boleh terus di ISA sahaja sebab mereka2 itu juga mencabar Agama Islam, Agama Rasmi Negara ini.

Sekian.

Unknown said...

Salam,

Saya rasa Melayu2 yang menggugat & menggigit orang2 Melayu sendiri itu adalah mereka2 yang kunun "liberal", ie. acuan "kunun" moden matsalleh. (matsalleh sebab termasuk dua-dua US & UK sekali)

Melayu2 yang seperi sebok menidakkan apa jua HAK Melayu itu jugalah Melayu2 yang tidak ada maruah/have very very very low self-esteem.

Walaupun ada di antara mereka boleh cakap orangputih slang berbuih2, apabila mereka berhadapan dengan bangsa asing (walaupun bangsa cina bukit yang ulu totok tak pandai cakap bahasa lain selain cina pun); mereka akan otomatik 'tunjuk' yang mereka "tak suka" Melayu, mereka tu "bukan" Melayu.. -- "tidak mengaku" Melayu adalah suatu macam Perkara "Asas"/pre-requisite untuk Melayu2 yang kunun "liberal" itu untuk seperti 'buktikan' pada orang2 yang berbangsa asing!!..

Dan, YA, sifat seperti itu, sesungguhnya SUNGGUH memalukan... - ie. sungguh2 dipandang Hina & Tidak bermaruah oleh saudara2 se bangsa Melayu mereka yang lain.

Diharap Melayu2 yang kunun "malu" nak mengaku dia itu Melayu dapat sedarkan diri mereka2 yang, TANPA Bantuan Kerajaan MELAYU Islam di MALAYsia inilah, datuk-nenek-moyang2 mereka tidak dapat memajukan keluarga mereka masing2 di Tanah/bumi bertuah Kepunyaan Orang2 Melayu ISLAM semenjak berkurun2 dahulu-kala lagi.

Sekian. Terima kasih.

* p/s: FYI, saya letak nick "tunnusantara", tetapi dia hanya keluar "tun" sahaja..

Anonymous said...

YBhg Tan Sri, saya kerap berfikir tentang untung nasib ahli MAYC yang masih kuat dan tak pernah pudar semangatnya menyokong & mendokong perjuangan MAYC walaupun kini MAYC Kebangsaan dlm keadaan terumbang ambing disebabkan 'Krisis Pentadbiran' yang memaksa semua ahli MAYC yg ada di dlm keadaan 'Blur' & 'keliru'.Untuk makluman Tsri MAYC masih kuat dan relevan kerana terbukti cukup ramai pemimpin MAYC masih aktif dan memegang jawatan utama di dlm pertubuhan belia samada di MBM, Majlis Belia Negeri Negeri, Majlis Belia Daerah/Kawasan dan persatuan diperingkat kampung/tmn perumahan (berdasarkan rekod yg ada & pengalam saya selaku pemimpin di MBM/MBNegeri).Kekuatan MAYC terletak di sini...cuma MAYC Kebangsaan yg bermasalah yang boleh memudaratkan semua anak cucu MAYC di peringkat yang saya nyatakan di atas tadi..kita harus bertindak pantas semua ahli & pemimpin MAYC (baru&lama)perlu berSATU di dlm menjamin Generasi MAYC baru akan terus subur mekar.SATU MAYC - Nor Azmi Azilan

noorisyambakhtiar said...

Salam Tan Seri,
Sejak zaman Adam lagi anak-anaknya dah bergaduh "berebut". Yang mewarisi betul perangai itu orang Melyu. Melayu di Ganggu, Gugat, Gigit, kerana Melayu juga suka jadi kayu yang menebang pokok kayu. Dulu parang dan gergaji tak tahu potong kayu, kan kayu yang ajar tebang dan potong pokok kayu. Gitulah insan yang bernama Melayu. TQ

mohd sayuti omar said...

Assamualaikum Tan Sri, dimaklumkan blog Tan Sri saya link dlm blog saya. Wassalam.

Amir Abu Bakar julaihi said...

Salam tan sri,
1.saya generasi baru yang melihat malaysia adalah milik bersama warganya...selagi kita hanya memandang di atas nama melayu saja,selagi itulah masalah rakyat malaysia tidak selesai.ia sekadar mejadi slogan kosong..(Tan sri pun dlm diam-diam sebenarnya berjuang kepentingan aceh..bukan melayu pun)
2.Zaman Tan sri telah berlalu..saya menilai tan sri sebagai gagal dalam membina minda dan menyumbang buah fikir yang murni sekalipun tan sri adalah mantan rektor di taman budi dan ilmu.
3.Saya mengambil contoh projek tanam padi di atas bumbung..sampai sekarang di ketawakan orang..Menteri pertanian sesudah Tan sri pun malu utk meneruskan idea itu.
4.Sebagai generasi muda malaysia,saya percaya malaysia baru akan muncul..ia akan tumbuh mekar dengan udara segar yang tidak lagi bertenggek kpd ras,suku dan kepentingan sempit perkauman sonsang..terimkasih.sekian komen saya

posto72@yahoo.com

kacapermata said...

salam tan sri,
saya melihat terlalu banyak politiking yang berlaku dalam negara sekarang.

IES Agencies said...

Guys, KJ's top cybertrooper has 'revealed' to me KJ's latest achievement,

nak tau ape bacalah di SINI

I guarantee you will like this posting

If you don't laugh just tell me and I will come and give you 10 hits on your blog today

Unknown said...

Amir Abu Bakar juhaili,

Disebabkan anda kata anda ‘generasi baru’, I’d like to summarize for you benda2 BASIC yang diTWIST & SPIN oleh cina2 BUKIT (iaitu yang Ultra/Racist extremist.. Atau, seperti orang2 Utara dari northern-half Perak ke atas, selalu panggil, “cina komunis”) - kepada ‘golongan' anda yang macam Tidak Tahu benda/kenapa (?).

Btw, masa saya ‘generasi baru’ (remaja/baru graduta) dulu, takdelah pulak ada “masalah” untuk kami faham apa benda yang di’keluh’kan oleh Bangsa Melayu KITA ini. Sebab itu, pada saya, mereka2 yang Asyik Sebok GUNA EXCUSE Kunun mereka tu ‘generasi baru’ zaman sekarang ini, Hanyalah mengGunakan “istilah” yang TELAH DIJAJA oleh Pkr.

Nampak gaya macam ‘generasi baru’ sekarang ini, Betul2 CETEK otak2 mereka... – sebab, MUDAH SANGAT “termakan” dengan ‘alasan2’ yang CETEK oleh cina2 yang ternyata Racist terhadap saudara2 se Bangsa anda (ya, & se ISLAM juga..)... Pernahkah kita ummat Islam semenjak kita MALAYa (Tanah Melayu) dulu lagi memandang rendah atau Tidak sama-rata terhadap bangsa2 lain???

KALAU ‘generasi baru’ “bijak”, & KALAU anda2 banyak membaca, anda akan dapati banyak fakta dari buku2 orang Inggeris dari Raffles hingga ke penulis2 novel British yang pernah datang ke FMS (Federation of MALAY States) kita ini pada late-1800s lagi; yang mengatakan KITA MELAYU adalah satu bangsa yang humble, friendly, aman/peaceful, bijak, baik, mempunyai adat-resam yang kuat dan menghormati tetamu.

KALAU anda Muslim yang “bijak” anda juga tidak akan Terus percaya dakyah2 NEGATIVE si cina2 BUKIT yang Merendah2kan Bangsa Anda sendiri... macamlah Bangsa ANDA MELAYU itu, bukan orang2 Islam yang TAHU benda2 Asas/BASIC sebagai seorang Muslim!... So, summary:

1 - Sebagai orang Islam MEMANG kita tahu semua manusia sama-rata.
&, sebagai orang Islam JUGA, kita TAHU yang ada ayat al-Quran yang mengatakan MEMANG Allah SWT sengaja membuat manusia itu berpuak2/berkaum2 supaya kita dapat belajar di antara satu sama lain.
Jadi, HAKIKAT adanya orang bangsa ini, bangsa itu, ia adalah PERKARA ASAS yang sebagai manusia, Kita Tahu. &, semua Muslims PATUT Tahu fakta ini di mana, KITA di kawasan Asia Tenggara ini adalah Orang2 berBangsa MELAYU dengan beratus2 puak/'etnik'.

2 - Dalam konteks Bangsa Melayu, pertama sekali anda harus TAHU perkara Asas/Hakikat yakni:

Kawasan Nusantara di Asia Tenggara ini yang dipanggil The Malay Archipelago oleh British ini,

(a) MEMANG penduduk asal/azalinya adalah orang2 yang kulit cokelat2 sedang/sederhana (tidak pekat hitam gelap macam orang2 India)

(b) Negara "Indonesia" adalah negara baru yang Hanya ditubuhkan pada 1945! -- jadi MEMANG Buta Sejarah betullah mana2 Melayu sendiri (Kunun 'liberal'??) yang turut serta membabi-buta main 'setuju' saja Dakyah/hujah TWIST & SPIN si cina2 Dap Serpihan Pap s'pura (yang ketua mereka dipanggil RACIST oleh Tun Sambanthan, dan TELAH diTendang Keluar dari Malaysia dengan undian yang Sungguh Memalukan mereka2 yang Ultra-Kiasu itu, 126-0)!!

(c) Orang Asli ADA di mana2 dalam dunia ini -- di China PUN ada, di India PUN ADA! Di Taiwan sahaja ada 12 kaum Orang Asli. Di Jepun pun, seperti juga di America, Australia ADA Orang Asli.

Orang2 Asli di Asia ini MEMANG suka duduk di pedalaman hutan/tanah tinggi; &, TIDAK ada masalah LANGSUNG soal "halau" mereka seperti yang Berlaku di US (negara KUNUN pegang kuat pada 'hak asasi'!) Halau Red Indians atau di Australia (negara yang KUNUN amalkan 'democracy') yang Jelas halau, tindas, BUNUH Terus orang2 Asli/Aborigines di sana.
BTW, di US & Australia, mereka2 itu JELAS Menghalau orang2 asli di sana kerana mereka itu MEMANG pendatang!

Walhal, di sini, kita co-exist!.. Tamaddun kita MEMANG Dah Wujud Lama di Malay Archipelago ini, & Orang2 Asli MEMANG bermastautin di hutan/pedalaman sejak azali lagi.

Unknown said...

(... cont.)

(d) Style/Tactic Dap yang 24/7 Ulang2 sebok Mempersoalkan Perlembagaan negara kita ini yang memihak pada Bangsa Kita Bangsa Melayu (yang SEMEMANGNYA pribumi/natives & sudah Bertamaddun di Nusantara Asia Tenggara ini sejak BERATUS2 KURUN lagi), adalah style/Cara yang SAMA dengan Pap Singapura!

24/7 DESAK & DEMAND Asyik sebok cari jalan/Ruang/peluang untuk mempertikai apa jua Melayu dengan "Misi" MENIDAKKAN apa jua Melayu & apa jua Islam di Nusantara ini.. (terutamanya SEJARAH Orang2 Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ini). Mereka akan senantiasa Soal perkara2 ASAS/Basic yang British sendiri Faham & SETUJU untuk kekalkan HAK & KUASA orang2 MELAYU di Tanah MELAYU ini!
(* British Akur sebab TAHU yang mereka itu hanya tompang/sewa masa mereka mula2 datang ke sini untuk membuka perdagangan semenjak Francis Light pada 1786 lagi)

THUS, with the Above KNOWN Basic Facts atau HAKIKAT yang KITA Sepatutnya Tahu – iaitu, sebagai anak2/Cucu-cicit ORANG2 MELAYU di Tanah Melayu ini!.. – kita Akan FAHAM yang apa yang Kita Melayu mahu tegakkan/UPHOLD iaitu, Maruah kita sebagai native/pribumi/Penduduk ASAL yang Bertamaddun.
Ya, kita mempunyai Tamaddun yang diketahui oleh orang2 Eropah sendiri (Ptolemy, Marinus of Tyre) semenjak sebelum Kurun PERTAMA lagi; di Kawasan Nusantara/Malay Archipelago yang terletak di Asia Tenggara ini.

“MARUAH” ini adalah sama seperti “maruah” yang diUphold/Pegang oleh mereka orang2 Cina di China sana, ataupun oleh orang2 India di India sana!

Disebabkan kita Melayu yang Beragama ISLAM inilah kita MEMANG TAHU yang manusia Semuanya Sama. Dan, sebagai manusia, Naluri kita juga MAHU Menegakkan BANGSA dan TANAHAIR kita... – ini samalah dengan mereka2 yang mahu jaga “maruah” Tanah2 azali mereka seperti orang2 China, India, Jepun, England. etc. itu juga.
& Ini Samalah seperti manusia2 yang memang ALLAH SWT ciptakan berpuak2 & ada semangat/maruah Mempertahankan Tanahair mereka...

Saya harap Anak2 Melayu yang KUNUN ‘generasi muda’ Zaman Sekarang ini, supaya BIJAK dan RAJIN untuk menjadi Proactive membaca & membuat kajian daripada asyik terikut2 “agenda” BUSUK HATI, & boleh pula TERGAMAK 'mengutuk' Bangsa mereka Sendiri macamlah Bangsa Keturunan mak bapak datuk nenek Moyang mereka2 itu “tidak ada maruah”?

BOTTOMLINE: untuk Malaysia “tumbuh mekar dengan udara segar yang tidak lagi bertenggek kpd ras,suku dan kepentingan sempit perkauman sonsang”, generasi Malaysia itu sendiri mesti POSITIVE & Terima HAKIKAT Sejarah datuk nenek moyang mereka terhadap Tanah orang2 Melayu ini.
SEMUA (termasuk bangsa2 asing yang Masih sebok DEMAND Nak belajar dalam bahasa datuk-nenek mereka!) mesti BUKTIKAN yang mereka2 itu IKHLAS terhadap Negara Malaysia ini, yang telah dengan bermurah hati BERI pada datok-nenek mereka Karakyatan dengan FREE2 melalui 'contract' Jus Soli (yang balasannya adalah Social Contract terhadap Orang2 Melayu, Tanah/negara Orang2 Melayu, Raja Orang2 Melayu, Agama Orang2 Melayu, Bahasa Orang2 Melayu -- ie. SEMUA yang terkandung di Bumi MALAYsia keturunan Orang2 Melayu ini sejak azali lagi).

* Sila baca semula perkara2 ASAS di atas, jika anda sudah terlupa benda2 BASIC itu *

Salah satu cara MUDAH untuk mereka BUKTIKAN keIkhlasan mereka adalah dengan BERSATU semenjak kecil lagi di dalam SATU SEKOLAH! Sama2 MENGHORMATI Bahasa Kebangsaan Negara ini TANPA sebok nak Semua cina macamlah ini "Tanah" China!..
Jadi, Melayu2 yang Seperti MUDAH lupa &/or tidak ada 'maruah', masih bolehkah anda2 tutup sebelah mata anda di atas keANGKUHan mereka2 yang HYPOCRITE terhadap TANAH datok-nenek-moyang anda selama ini?
(ie. ianya seperti jika mereka2 itu 'migrate' ke negara lain, Boleh Pulak mereka2 tu TERUS Terima negara itu & SEMUA yang terkandung di dalam negara itu termasuk Bahasa, sampai TERUS 'slang' berbuih2... Langsung tidak ada nak Kecoh2 DESAK & DEMAND Nak SEMUA cina - sekolah Jenis cina, berita tv 100% cina, pekerja nak "mandarin" speaking!??!..).

WAllahu'alam.

sangkancil said...

Tan Sri...
Apabila membaca tulisan TS, hati saya tidak keruan mengenangkan nasib bangsa. Justeru, saya mencadangkan agar UMNO membuka peluang seluas-luasnya pada golongan muda untuk berkhidmat pada parti. Ketua-ketua bahagian yang sudah berakar (bertahun-tahun) memegang kuasa MESTI berundur. Inilah sebab utama mengapa UMNO kurang diminati oleh golongan muda iaitu asyik kena jadi orang bawahan selama-lamanya!

panah sakti said...

Saya ingin menganalisa jalan fikiran Amir Abu Bakar Julaihi. Beliau berkata bahawa beliau mewakili generasi baru yang menganggap Malaysia milik bersama warganya. Sekaligus Amir inginkan sebuah negara Malaysia yang tidak berlandaskan pada ras, suku dan kepentingan sempit.

Amir mungkin nama samaran dan bukan Melayu dan bukan Islam. Jika beliau berugama Islam pasti beliau mengetahui menafikan adanya ras, suku dan kepentingan yang berkaitan dengannya adalah kuffar kerana menafikan ciptaan Allah. Menjadi Melayu atau China itu ialah pemberian Allah dan tidak salah jika mereka itu menghargai ciptaan Yang Maha Esa.

Jika kehendak Amir ialah hanya untuk menafikan Melayu berfikir mengenai kepentingan bangsa atau kaumnya itu bukanlah fikiran generasi baru kerana ide itu memang cuba diterapkan oleh penjajah mereka cuba menghalang Malaya merdeka. Ide Amir ialah ide dulu dan bukan ide masa depan.

Nampaknya Amir dendam terhadap Tan Sri Sanusi mungkin ada kepentingan atau masalah peribadi Amir yang sempit disebabkan Amir berkeluarga, bersahabat atau bersubahat dengan pengkhianat bangsa yang telah ditentang oleh Tan Sri Sanusi.

Contoh dendam Amir ialah kerana mengungkit projek tanam padi atas bumbung yang patut Amir tanya dulu sebelum memaparkan kejahilan Amir.
Projek itu tidak dimulakan oleh itu tidak timbul soal Menteri kemudiannya meneruskan ide itu. Saya minta Tan Sri Sanusi menulis sedikit mengenai ide yang unik ini.

Lojik Amir juga kusut kerana sementara Amir tidak suka Tan Sri Sanusi menyedarkan dan membela bangsa Melayu Amir pula menyesal Tan Sri Sanusi diam-diam memperjuangkan kepentingan orang Aceh. Mungkin Amir bukan Melayu atau anak perkahwinan campuran yang sudah lupa atau tidak tahu bahawa Jawa, Minangkabau, Bugis, Mandailing, Betawi, Sunda, Riau, Petani, Banjar, Bajau, Melanau, Dusun,Boyan, Madura dan Aceh semuanya Melayu belaka.

Jika Amir dari bangsa Melayu memanglah benar kata Amir bahawa Tan Sri Sanusi telah gagal membina minda orang-orang Melayu kerana jika Tan Sri Sanusi berjaya sudah tentu tidak ada lagi benih seperti Amir.

Living Seed said...

Dato onn pernah kata, Orang Melayu Jangan SEMBAH SELAIN DRP ALLAH!!

Anonymous said...

Ya tuan ...spot on...yg tinggal sekarang oppurtunis yg menunggang Melayu dan Islam.

Anonymous said...

Teringat ucapan Tony Blair masa kat UK dulu...
"Education. ..Education. .. Education" .. jika Britain ingin terus berjaya.
Kat sini... bajet Education pun dipotongnya...

osman said...

Hello semua,
Nama saya Encik, Rugare Sim. Saya tinggal di Belanda dan saya seorang lelaki yang gembira hari ini? dan saya memberitahu diri saya bahawa mana-mana pemberi pinjaman yang menyelamatkan saya dan keluarga saya dari keadaan miskin kami, saya akan merujuk mana-mana orang yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberi kebahagiaan kepada saya dan keluarga saya, saya memerlukan pinjaman sebanyak € 300,000.00 untuk memulakan hidup saya sepenuhnya kerana saya seorang Bapa tunggal dengan 2 orang anak Saya bertemu dengan pemberi pinjaman yang jujur ​​dan takut kepada Allah ini yang membantu saya dengan pinjaman sebanyak €300,000.00, dia seorang yang takut kepada Allah, jika anda memerlukan pinjaman dan anda akan membayar balik pinjaman sila hubungi dia beritahu dia bahawa (Encik, Rugare Sim) merujuk anda kepadanya. Hubungi En, Mohamed Careen melalui e-mel: (arabloanfirmserves@gmail.com)


BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama......
Nama tengah.....
2) Jantina:.........
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:.........
4) Tempoh Pinjaman:.........
5) Negara:.........
6) Alamat Rumah:.........
7) Nombor Telefon Bimbit:.........
8) Alamat e-mel..........
9) Pendapatan Bulanan:.....................
10) Pekerjaan:..........................
11) Laman web manakah anda di sini tentang kami.....................
Terima kasih dan salam mesra.
E-mel arabloanfirmserves@gmail.com