Monday, April 15, 2013

MINGGUAN MALAYSIA - MELAYU KEMBALI KEPADA UMNO

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Di bawah ini saya perturunkan karangan yang terbit dalam Mingguan Malaysia pada 14hb April, 2013 dan bersambung pada keesokan harinya dalam Utusan Malaysia 15hb April, 2013.

Karangan ini dipetik secara keseluruhan mengikut fahaman dan tafsiran penulis di dalam sebuah wawancara di Jeumpa D'Ramo, No. 102 & 104 Jalan Maarof, 59100 Kuala Lumpur

Beberapa kesilapan, mungkin kerana salah cetak, telah dibetulkan dalam tulisan 'bold' di dalam artikel ini.


MINGGUAN MALAYSIA - 14 April 2013

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130414/re_07/Melayu-kembali-pada-UMNO#ixzz2QS2KoZDZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Mukadimah

PERTEMUAN dengan tokoh veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid yang berlangsung baru-baru ini ternyata begitu mengujakan. Terlalu banyak kisah dan ‘rahsia’ yang dikongsi bersama.

Ternyata pengalaman tokoh berusia 70 tahun ini begitu luas dengan segala ranjau dan sepak terajang politik yang pernah dilaluinya.

Namun kini keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan akibat penyakit jantung yang menyebabkan beliau terpaksa berulang alik ke hospital untuk rawatan.

Malah ada ketikanya doktor menasihatkan beliau supaya tidak banyak berjalan, hanya sejauh 15 meter dan kemudian terpaksa berehat.

Bagaimanapun kini keadaannya semakin baik dan ternyata pertemuan bersama kami agak mengujakan kedua-dua belah pihak.

Sempat beliau berpesan sebelum wawancara dimulakan agar soalan berkaitan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurangkan.

Bukan kerana takut menjawab segala kegiatan dan tuduhan yang dilemparkan tetapi atas pesanan doktor yang bimbang keadaan jantungnya akan lebih buruk jika Sanusi mula marah.

Ini kerana darahnya akan menggelegak mendengar nama tersebut yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara.

Bila bincang pasal subjek tu (Anwar) darah saya meruap, tak berapa elok la untuk saya. Kesihatan saya tidak begitu mengizinkan sebelum ini terpaksa duduk di hospital dekat sebulan," katanya.

Bekas Menteri Pertanian dan pernah menjadi Menteri Besar Kedah ketujuh itu menyamakan Anwar seperti Tan Sri P. Ramlee yang begitu bijak berlakon. Tetapi berbeza dengan tokoh perfileman itu, Anwar terlibat dalam pertuduhan filem seks.

Sanusi yang juga anak Melayu pertama dilantik pengurus cawangan Bank Standard Chartered turut berkongsi pelbagai kisah dari UMNO, politik dan pilihan raya kepada Wartawan Mingguan Malaysia, Zin Mahmud, Ku Seman Ku Hussain, Marhaini Kamaruddin, Hafizahril Hamid serta jurugambar NOORADZRENE MOHD NOOR baru-baru ini.

MINGGUAN: Bagaimana pandangan Tan Sri mengenai keghairahan orang Melayu berpolitik?

SANUSI: Saya melihat orang Melayu ni suka kepada perkara seasonal (bermusim). Mereka tidak suka kalau diminta buka kedai dan jaga hari-hari mereka tak suka tapi kalau meniaga pasar malam seminggu tiga empat kali mereka suka. Contoh lain kalau kita tengok orang Melayu kita boleh kira berapa ramai yang datang masjid sembahyang lima waktu. Tapi sembahyang Jumaat semakin ramai, kalau sembahyang hari raya setahun sekali lagi penuh masjid. Orang Melayu juga memilih untuk bersatu hanya pada musim-musim tertentu sahaja. Sejarah Malaysia membuktikan penyatuan orang Melayu awalnya terjadi bila hak mereka tergugat semasa Malayan Union diperkenalkan. Mereka berasa terancam semasa orang lain mengusik tentang keistimewaan mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Itu yang berlaku sekarang apabila bangsa lain mencabar kedudukan mereka seperti yang dilakukan DAP, maka mereka akan bangkit.

Pada keadaan biasa mereka lebih memilih untuk duduk secara berpuak-puak. Tidak hairanlah walaupun satu bangsa, Melayu selalu saja iri hati antara satu sama lain, selalu menuduh satu orang lebih Melayu dari yang lain bahkan tergamak menunjuk siapa masuk syurga dan siapa tidak berdasarkan puak mereka. Sifat seasonal ini juga tidak mengenal usia. Pada anak-anak muda Melayu, mereka tidak bersatu di universiti dalam pembelajaran mereka tetapi memilih bersatu bila ada orang mengaku ingin memansuhkan hutang mereka. Oleh itu dalam memilih pemimpin yang tegas dan fokus berkerja di kalangan orang Melayu adalah penting jika benar-benar mahu menyelesaikan masalah-masalah yang ada. Pemimpin terpilih mestilah pemimpin masyarakat yang berjiwa rakyat, tidak hanya modal pandai bercakap dan popular tetapi mereka yang benar-benar mahu menyelesaikan masalah Melayu. Pemimpin ini juga mesti jujur dan bebas dari sifat seasonal dalam memimpin, iaitu mampu memimpin dengan baik pada sepanjang masa, bukan pada waktu ingin menyelesai masalah peribadi atau menjelang musim pilihan raya mahupun mesyuarat pemilihan jawatan dalam organisasi mereka sahaja.

Pada pandangan Tan Sri apa punca UMNO dan BN kalah di banyak tempat dalam Pilihan Raya 2008?

SANUSI: Saya rasa ia melibatkan dua pandangan mengenai kenapa kita kalah teruk di banyak tempat pada Pilihan Raya 2008. Kalau melihat kepada penulisan pembangkang kita kalah teruk kerana agenda yang dimainkan mereka cukup hebat. Itu adalah pandangan mereka. Tetapi saya lihat ia tidak benar dan mereka pun tahu. Ini kerana mereka pun tidak berharap dapat menang sebanyak itu. Kita kalah berpunca kerana mempunyai kepimpinan yang teruk ketika itu dan dalam banyak-banyak pemimpin tidak ada yang melatih anak menantu mereka untuk menjadi pemimpin. Perkara itulah yang turut dilakukan oleh pembangkang sekarang yang mana anak-anak mereka turut aktif berpolitik dan dilatih bakal menggantikan mereka seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, Anwar dan ramai lagi. Itu belum menjadi pemimpin negara lagi. Selain daripada isu kepimpinan UMNO ketika itu dan tindakan orang India yang marah dan merusuh bersama Hindraf, orang dalam UMNO pun turut marah. Kepimpinan ketika itu menolak ketua-ketua bahagian dan banyak wakil rakyat diberhentikan. Ramai yang diberhentikan secara mengejut malah tidak diberitahu pun oleh kepimpinan. Pada masa Dr. Mahathir dan pemimpin sebelumnya, memang wakil rakyat akan digantikan sedikit demi sedikit. Malah pada keadaan sekarang ini pun kita beritahu mereka akan terdapat pertukaran calon kerana realiti semasa, sekurang-kurang kepimpinan sekarang beritahu dulu maka tidaklah ramai yang sakit hati seperti zaman sebelumnya.

Bagaimana Tan Sri melihat kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak?

KEMISKINAN BERBAGAI WAJAH

MISKIN WANG, HARTA, ANAK DAN PEKERJAAN

1. Bila saja disebut 'miskin' maka tergambarlah oleh kita bahwa orang miskin itu ialah orang yang tidak mempunyai pekerjaan, wang, harta atau anak yang boleh membantunya.

2. Sedangkan ada orang yang miskin wang, tiada anak dan pekerjaan tetapi kaya harta.

3. Ada juga yang tidak berharta tetapi tidak miskin kerana ada kerja dan ada juga wang tunai tersimpan di dalam bank mungkin kerana anak turut memberinya.
 
4. Ada yang bekerja tetapi tiada harta, tiada anak dan wang simpanan. Gajinya hanya cukup untuk belanja hidup.

5. Ada yang ada anak yang tidak peduli kepada ibu atau bapanya yang papa kedana.

6. Berbagai 'computation' dan 'permutation' boleh digambarkan dari empat faktor ini - iaitu pekerjaan, wang, harta dan anak yang boleh membantunya.

MISKIN KEBENDAAN

7. Asalkan seseorang itu ada wang dan/atau harta dan/atau pekerjaan dan/atau anak yang membantu  maka ianya tidak boleh dikatakan miskin dari aspek kebendaan.

8. Siapakah yang menentukan samaada seseorang itu miskin atau kaya atau sekurang-kurangnya tidak miskin?

9. Biasanya orang yang miskin wang, anak dan harta itu dapat kita lihat dari keadaan rumahnya, makanannya, pakaiannya dan cara dia pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
 
10. Ada juga orang yang kelihatan kaya tetapi sebenarnya miskin jika kita tolak harta dan wangnya dengan hutang tanggungannya yang belum dibayar.

11. Orang ini mempunyai keistimewaan sendiri kerana boleh mendapat pinjaman walau pun tidak mempunyai harta sebagai cagaran.

PANDANGAN BANK DUNIA

12. Klasifikasi orang miskin juga dibuat oleh Bank Dunia. Cara klasifikasi miskin tenat (hard-core poverty), miskin (poverty) dan tidak miskin yang dibuat oleh Bank Dunia bergantung kepada pendapatan seseorang itu. Pendapatan ini ada batas penentuannya.
 
13.  Saya tidak mempunyai data rasmi masakini mengenai kemiskinan yang ditentukan oleh Bank Dunia. Di waktu saya berada dalam kerajaan di masa lampau gelaran 'hard-core' poverty diberi kepada yang tidak ada wang, harta, anak dan pekerjaan. Jika ada pun ianya secara yang paling sederhana kewujudan atau kemampuannya. 

14. Bagi yang ada pendapatan pula, mungkin dengan bekerja sendiri atau ada gaji yang kecil dan ada  banyak anak tanggungannya, gelaran yang diberi ialah 'poor' atau orang miskin.

        PENYELESAIAN KEPADA MASALAH KEMISKINAN

15. Berbagai cara telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kemiskinan ini sehingga boleh dikatakan yang bergelar 'hard-core poverty' sudah tinggal sedikit sekali.

16. Yang miskin juga sudah kekurangan.

17. Saya telah menghuraikan mengenai program atau rancangan kerajaan untuk membasmi kemiskinan di dalam perenggan 14 hingga 17 dalam blog ini atas tajuk 'Wiper Membasmi Kemiskinan'. Jika ada yang saya ulangi di dalam karangan ini atau karangan-karangan dalam blog yang akan datang, dalam tajuk yang sama atau berkaitan, ia adalah kerana masalah kemiskinan adalah relatif dan memandang kepada pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang bagi antara kaum, dan di dalam setiap kaum, maka tidak mustahil kemiskinan yang relatif itu akan berulang lagi.

           EKONOMI MELAYU EKONOMI KELAS KETIGA

Tuesday, April 9, 2013

MERDEKA atau KEMERDEKAAN SEBENARNYA

JANGAN HARAP HUJAN DI LANGIT AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN

RAJA YANG BERPENDIRIAN TEGAS

Pada tahun lepas saya teringat adanya berita di TV mengenai titah KDYMM Tuanku Sultan Selangor yang begitu tegas menolak keputusan politik parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya nama Allah  boleh diguna dalam bibel bahasa Melayu di Semenanjung. Jelas sekali KDYMM Tuanku Sultan tersangat peka bahawa ugama tidak boleh dijadikan alat politik oleh mana-mana pihak. Malahan kedaulatan Raja-Raja Melayu itu sendiri turut bergantung kepada peranan Raja ke atas urusan ugama dan adat istiadat Melayu di dalam sesebuah negeri dan bagaimana mereka mempertahankan kesucian ugama itu.

Saya tidak begitu mengenali KDYMM Tuanku Sultan Selangor sekarang, dan pernah bertemu dengannya sekali sahaja bersama Dato' Syed Hussein Al Habshee, di kediamannya, di waktu beliau masih menjadi Raja Muda. tetapi saya agak dekat dengan ayahandanya Almarhum Tuanku Sultan Sallehuddin.

Kepekaan yang ada pada KDYMM Tuanku Sultan Selangor kini ke atas tanggungjawabnya terhadap bangsa dan ugama adalah bersifat genetik dan merupakan warisan daripada ayahandanya sendiri.

KEWUJUDAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Umum mengetahui, khususnya orang-orang lama di dalam UMNO dan Parti Perikatan, dan pegawai kanan yang lama dalam kerajaan atas sebab diwujudkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai identiti wilayah baru yang terpisah daripada Negeri Selangor Darul Ehsan.

Keputusan memisahkan Wilayah Persekutuan dari negeri Selangor adalah satu tindakan yang berpandangan jauh dan sangat bererti kepada keamanan dan keselamatan negara.

Ia berlaku setelah peristiwa 13 Mei, 1969.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diwujudkan pada 1hb Februari, 1974 sebelum pilihanraya berikutnya pada akhir tahun 1974.

Tujuan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini ialah untuk menumpulkan kuasa politik anti Melayu yang dipupuk oleh DAP yang ahlinya banyak terdapat di kota-kota dan untuk mengelak Selangor menjadi sebuah negeri yang dikuasai oleh parti yang anti Melayu yang kebanyakannya berkembang di bandar-bandar besar di mana penduduk bukan Melayu didapati ramai. Ramalan ini terbukti nyata pada hari ini apabila didapati kini parti yang anti ketuanan Melayu menguasai hampir semua kerusi Parlimen di dalam Wilayah Persekutuan.

(Bukan Melayu tidak perlu marah mendengar perkataan ketuanan Melayu kerana ketuanan China adalah dalam bidang ekonomi negara)

Dalam keadaan demikian, di masa lalu, pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor tetap dikuasai oleh parti yang tidak ekstrimis sehingga mengancam keamanan negara.

Thursday, April 4, 2013

NOTA PENGKISAHAN PERDANA MENTERI MALAYSIA


Kertas Kerja 'Pengkisahan Perdana Menteri Malaysia'
Seminar Pemikiran Perdana Menteri

Anjuran bersama Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaya

Nota ini telah saya sediakan walau pun, kerana gangguan kesihatan, saya tidak turut serta dalam seminar ini. Oleh kerana kisah semua Perdana Menteri Malaysia terlalu banyak untuk dihuraikan secara terperinci dalam satu seminar yang saya perturunkan tajuk-tajuk yang terlintas di kepala saya untuk mengingatkan saya waktu menyampaikan ceramah.
 
PENGKISAHAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

1. Pendahuluan

a. Bertuah dapat hidup di zaman yang merangkumi semua Perdana Menteri Malaysia;

b. Bertuah dapat mengenal dan bersama-sama bekerja membangun Malaysia dengan banyak Perdana Menteri yang telah memimpin Malaysia.

2. Pertemuan dengan masing-masing Perdana Menteri

a. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj:

Saya pernah berinteraksi dengannya dalam pertemuan berikut:
 
i.    Melihat beliau di waktu beliau ke rumah Haji Nyak Gam di Yan Kedah
ii.   Berdialog dengan beliau pada tahun 1965 di Morib selepas Konvensyen Pergerakan 
      Pemuda UMNO Malaysia di bawah pimpinan Dato Senu bin Abdul Rahman
iii. Waktu tunjuk perasaan di Lapanganterbang Heathrow, London bersama kumpulan Sdr. Ikhsan
iv.  Sebagai pelanggan The Chartered Bank, Jalan Raja Seremban
v.   Memperkenalkan Ahmad Al Najjar pengasas Bank Islam pertama di dunia di Mit Gmr di Mesir.
vi.  Pertemuan beliau dengan Teungku Muhammad Dawud Beureueh seorag ulama besar di Aceh
      Aceh dan salah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia 

b. Tun Abdul Razak Hussein:

Saya pernah berinteraksi dengannya dalam perteuan berikut:
 
i.    Sebagai pemimpin MAYC
ii.   Sebagai pengasas Shamelin
iii.  Lantikan sebagai pengarah berbagai perbadanan seperti BSN, FELDA, NACIT, LETAT
(selepas menulis artikel untuk Berita Minggu mengenai peranan angkatan bersenjata dalam pembangunan ekonomi di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan).
iv.  Makan pulut hitam di pagi Rabu setelah beliau bermain golf
v.   Di Morib, seletalah Konvensyen Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
vi.  Sokongan beliau atas pembatalan penubuhan Majlis Belia Kebangsaan sebagai ganti kepada Majlis Belia Malaysia yang dicadangkan oleh Kementerian Belia dan Sukan yang
pengarahnya di waktu itu ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi

c. Tun Hussein Onn:

Saya pernah berinteraksi dengannya dalam pertemuan berikut:
 
i.    Hari Raya petama setelah dilantik menjadi Perdana Menteri
ii.  Waktu beliau meminta untuk menjelaskan pandangan Gabenor Bank Negara mengenai
kelonggaran kredit oleh bank
iii. Waktu perasmian Mesyuarat Agong MAYC di Kolej ke 5 Universiti Malaya dan beliau
meluluskan lesen Tugu Insuran Sdn. Bhd.
iv.  Setelah dilaporkan saya naik di atas bonet Mercedez semasa melawat rancangan Felda di KETENGAH Trengganu sebagai Timbalan Menteri kepada  Tan Sri Abd. Kadir Yusof
v.   Waktu briefing mengenai Akta Pertubuhan
vi.  Waktu hendak mengisytiharkan darurat di Kelantan
iv.  Di Raya di waktu beliau tidak setuju dengan permintaan ekstradiksi Presiden Soeharto

d. Tun Mahathir Mohamad: 

Saya pernah bertemu dan berinteraksi dengannya sejak tahun 1956 di waktu saya berumur 12+ tahun'
 
i.   Di rumah sakit Kuah Langkawi pada tahun 1956
ii.  Sebagai ahli Kelab Belia Seremban yang bergabung dengan MAYC
iii. Sebagai Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan
iv. Dalam Konvensyen Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Morib tahun 1965
v.  Dalam Kongres Ekonomi Bumiputra Pertama dalam tahun 1965
vi. Dalam persidangan Parlimen sejak tahun 1974
vii.Di Selangor Club, Kuala Lumpur pada tahun 1977
iix.Sebagai Setiausaha Agong, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO
ix. Sebagai Timbalan Menteri, Menteri dan Menteri Besar
       
e. Tun Abdullah Ahmad Badawi:

Saya kenal dengannya sejak beliau menjadi Ketua Pengarah Belia.
 
i.   Sebagai pemimpin MAYC di waktu beliau menjadi Ketua Pengarah Belia
ii.  Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan dalam Kabinet
iii. Beberapa hari, dua kali, sebelum beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
iv. Di waktu menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
 
f. Dato’ Seri Mohd Najib Razak:

Saya pertama melihatnya sebagai anak mentor saya Tun Abdul Razak Hussein.
 
i.    Di dalam Majlis Tertinggi dan dalam Kabinet
ii.   Bila beliau menjadi MB
iii.  Beliau sebagai Menteri Pertahanan meminjamkan pesawat tentera untuk membawa bapak
Ibrahim dari Alor Setar ke Sungai Besi untuk berubat di Subang Jaya Medical Center.

Tuesday, April 2, 2013

MELAYU MAHUKAN PERUBAHAN

DARI SERONOK JADI MARAH

Sudah tentu tajuk di atas menggembirakan pihak yang menyokong pembangkang. Keseronokan ini akan berubah apabila dikatakan majoriti orang Melayu yang mahukan perubahan ialah  mereka yang tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Marah pula nampaknya yang tadi kelihatan seronok.
 
PERUBAHAN YANG BERLAKU
 
Perubahan yang dikehendaki oleh orang-orang Melayu, malahan yang bukan Melayu juga, bermula setelah kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke 11 pada tahun 2004. Prestasi kerajaan sejak kemenangan itu begitu meleset sehingga pengundi, termasuk ahli-ahli UMNO menunjukkan protes mereka menyebabkan kemelesetan prestasi BN dalam PRU ke 12 pada tahun 2008 apabila BN kalah di lima buah negeri dan banyak kerusi Parlimen dalam Wilayah Persekutuan dimenangi oleh pembangkang.
Sekitar setahun setelah memenangi dengan tipis PRU ke 12 ahli-ahli UMNO telah menyedarkan pemimpin tertinggi parti bahawa negara memerlukan perubahan di peringkat pucuk pimpinan kerajaan pusat. Maka berubahlah pucuk pimpinan kerajaan dengan bergantinya Perdana Menteri.
 
ALASAN MELESET PRESTASI
 
Penganalisa pihak dalaman parti UMNO mengetahui bahawa perubahan yang berlaku dalam PRU ke 12 ialah atas kehendak orang-orang Melayu sendiri, kerana melesetnya prestasi kerajaan. Pihak penganalisa yang pro Pakatan Rakyat pula ingin percaya bahawa pengundi menyokong dan menyetujui dengan program mereka, walau pun pemimpin mereka mengetahui sebab yang sebenarnya.

PERINGKAT AWAL PERUBAHAN
Di peringkat awal kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib kelihatan seolah-olah programnya adalah tindakbalas ke atas janji-janji PR. Ejen-ejen PR telah berjaya menanamkan bibit sebab kegagalan dalam PRU ke 12 sebagai berpunca dari Dasar Ekonomi Baru. Bibit ini telah bermula subur apabila Model Ekonomi Baru diperkenalkan sebagai alternatif dan bukan lanjutan kepada hasrat dan cita-cita DEB. Lebih-lebih lagi apabila timbul dakwaan bahawa ada di antara ahli penggubal MEB ini tidak fasih di dalam Bahasa Melayu.

Oleh kerana perasaan takut banyak pemimpin Melayu, dari berbagai sektor, atas kemungkinan terkorbannya kepentingan Melayu dalam pembangunan negara maka rata-rata kita merasa gelisah sehingga NGO-NGO Melayu telah bersatu untuk menubuhkan MPM atau Majlis Perundingan Melayu. Oleh kerana MPM merupakan NGO yang non-politik maka PERKASA di bawah pimpinan aktivis Dato' Ibrahim Ali telah bergerak dengan agenda politik pro-Melayu yang jelas dan lantang. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan PENAWAR ( dulu Pakku ) juga telah mengadakan kongres, konvensyen dan seminar untuk meleraikan kegelisahan yang timbul di hati para peserta. 

BERWAWASAN, TERSENDIRI DAN ORIGINAL

Setelah beberapa bulan berlalu jelas kelihatan, dengan terserlah, bahwa program kerajaan BN di bawah pimpinan Dato' Seri Najib adalah berwawasan, tersendiri dan original.

Begitu berkesan kegiatan Perdana Menteri sehingga seorang penulis chauvinis bernama Kee Thuan Chye telah mencetak buku keduanya yang bertajuk 'Ask for No Bullshit, Get Some More!'. Buku pertamanya ialah 'No More Bullshit, Please, We're Malaysian'. Bagi beliau menolong Melayu untuk mengimbangi dengan bukan Melayu dalam bidang ekonomi ialah 'Bullshit' dan kerajaan kini nampaknya telah menghidupkan semula semangat DEB dengan pendekatan yang baru.

Yang paling ditakuti oleh pengarang yang merasa dirinya terpandai ialah sokongan Melayu yang sudah kembali kepada kerajaan.

Monday, January 28, 2013

HAIWAN, IKAN DAN TANAMAN

BELAJAR DI MANA DAN DARI SIAPA JUA
1. Semasa menjadi Menteri Pertanian dahulu banyak-lah yang perlu dibaca mengenai tumbuh-tumbuhan, ikan dan binatang termasuk yang tak boleh dimakan.

2. Pihak Kementerian Pertanian telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 'Pertanian Dalam Al Quran'

3. Dari 30 juzu' yang terdiri dari 114 surah terdapat firman Allah s.w.t. atas tajuk  (2) Al-Baqarah (Lembu Betina), (6) Al-An'am (Lembu), (16) Al-Nahl (Lebah), (27) Al-Naml (Semut), (29) Al-Ankabut, (Labah-labah) dan (105) Al-Fil (Gajah).

GURU AGAMA

4. Di Kolej Melayu Kuala Kangsar dari tahun 1956 hingga tahun 1963 terdapat 4 orang guru ugama iaitu: Ustaz Ghazali, penyusun buku 'Suluh Agama'; Ustaz Kasim yang kemudiannya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan; Ustaz Rahman dan Ustaz Zihin.

5. Ustaz Rahman ialah abang kepada Prof. Dr. Amla bt. Salleh di UKM iaitu isteri Allahyarham Sdr. Mahathir Md Khir yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran di waktu Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

6. Ustaz Zihin kemudiannya menjadi Ahli Parlimen dari satu kawasan di Perak (Mungkin Bagan Serai).

7. Guru ugama saya ialah Ustaz Ghazali sementara Ustaz Rahman, lulusan Kolej Islam bersama Ustaz Zihin, adalah seorang guru yang juga menjadi kawan.

8. Antara ajaran Ustaz Ghazali yang relevan kepada masukan blog kali ini ialah 'Sifat 20'. Kata Ustaz Ghazali 'Wujud ertinya ada dan lawannya tiada dan buktinya ialah adanya alam ini; Qidam ertinya sedia ada tanpa permulaan, lawannya baharu dan ada permulaan, buktinya ada alam ini; Baqa ertinya kekal lawannya sementara, buktinya ada alam ini' dan seterusnya. Berertilah untuk memembukti ke wujudan dan sifat Allah s.w.t. manusia perlulah merenungi keadaan alam ini.

GURU ILMU ALAM

9. Malangnya guru-guru kami di MCKK yang mengajar mengenai alam ini hanya seorang sahaja, iaitu Dr. Ahmad dari Hyderabad yang mengajar ilmu biology, yang berugama Islam. Itu pun saya tidak teringat beliau mengaitkan ajarannya dengan sifat atau kuasa Allah.

10. Yang mengajar 'ilmu physics ialah Mr. Mehrotra dan kalau tak salah ingatan saya beliau pernah mengatakan bahawa beliau seorang 'free-thinker'. Mr. Norton mengajar ilmu chemistry dan beliau ialah seorang yang berugama Kristian. Mr. Naidu mengajar geography dan beliau berugama Hindu. Mr. Mehrotra, Mr. Norton dan Mr. Naidu tidak pernah mengaitkan keseluruhan ilmu alam yang mereka ajari dengan kewujudan dan kuasa Allah sebagaimana yang diajar oleh Ustaz Ghazali sebagai bukti kesemua sifat Allah s.w.t..

11. Sesudah merenungi semua ayat yang berkaitan dengan pertanian, yang ada di dalam Al Quran, maka  kajian lanjut telah dilaksanakan secara berterusan dengan memenuhi perintah 'Iqra'' oleh Al Quran.

12. Dalam mematuhi kehendak inilah maka saya dapati fakta-fakta berikut yang mungkin boleh dimunafa'atkan.

13. Semua pembaca blog ini dijemput untuk meneliti kandungan Al Quran yang menjadi panduan seluruh umat.

14. Cerita yang pernah dibawa oleh guru atau penceramah berkaitaan haiwan ialah mengenai (a) Katak dalam air panas, dan yang pernah saya baca ialah mengenai (a) Khemah burung di Denmark. Banyak ilmu yang dapat kita insafi dari dua kisah ini. Bagi yang belum mendengar atau membaca saya ulangi di bawah ini mengenai dua haiwan ini.

KATAK DALAM AIR PANAS

15. Semua pelajar sains, khususnya 'zoology', mengetahui bahawa jika dicampakkan se ekor katak ke dalam air yang sedang mendidih ianya secara spontan akan melompat keluar kerana tidak tahan kepanasan air itu. Tetapi, jika katak itu dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi air sejuk, dan di bawah periuk itu dinyalakan api maka katak itu akan tetap di dalam periuk, dan tidak akan keluar, walau pun ia mati direbus.

16. Keadaan begini menimbulkan tanda-tanya atas sebabnya katak itu tidak melompat keluar apabila kepanasan air meningkat sebelum mendidih. Jawabnya ialah kerana 'penyesuaian yang membawa kepada kebiasaan'. Sikap beginilah yang membawa kepada kebinasaan.

17. Pada mulanya katak itu merasa selesa di waktu air di dalam periuk masih sejuk. Oleh kerana sikapnya yang suka menyesuaikan diri dengan keadaan maka apabila air bertambah panas kerana api di bawah periuk maka katak itu terus menyesuaikan diri dengan keadaan. Penyesuaian ini berterusan sehingga ianya menjadi kebiasaan sehingga air itu mendidih dan katak itu ditimpa kebinasaan.

18. Sifat katak ini juga akan membawa kepada kebinasaan manusia jika manusia itu sentiasa menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa mempedulikan akibatnya.


KHEMAH BURUNG DI DENMARK.

19. Di satu masa dulu beberapa orang ahli falsafah Denmark telah memikirkan bahawa setelah penghidupan rakyat Denmark begitu selesa maka mereka perlu memberi perhatian kepada burung. Sebagaimana biasa pada setiap tahun, apabila musim sejuk mendatang, burung-burung dari Norway, Sweden Greenland dan utara Scotland didapati berterbangan dengan ramainya menuju ke Mediterranean di mana cuacanya kurang sejuk.

20. Jauh penerbangan mereka ialah beribu batu sehingga menimbulkan simpati ahli falsafah Denmark yang terus merancang untuk membantu membaiki nasib mereka.

21. Setelah mereka membuat keputusan demikian maka sebuah khemah besar telah didirikan di luar kota di Denmark dan di dalamnya mereka kumpulkan banyak makanan untuk burung. Mereka telah menangkap beberapa ekor burung dan melepaskannya ke dalam khemah tersebut dan setelah itu burung itu dilepas semula untuk berterbangan di luar khemah apabila burung-burung dari utara, yang lebih sejuk, berterbangan ke selatan.

22. Hasil interaksi antara burung yang keluar dari dalam khemah dengan burung yang datang berterbangan dari utara maka semakin banyak burung yang datang ke khemah. Walau pun pada mulanya tidak banyak burung yang singgah di khemah di mana terdapat banyak makanan tetapi jumlah ini bertambah dari musim ke musim sehingga jumlahnya berjuta ekor.

23. Setelah beberapa musim sejuk di utara, disebabkan perbelanjaan wang yang begitu banyak sebagai kos membekalkan makanan percuma kepada berjuta ekor burung yang semakin bertambah jumlahnya, maka ahli-ahli falsafah yang memikirkan program ini telah membuat keputusan untuk menutup khemah persinggahan dan menghalaukan burung-burung yang menjadi tetamu di Denmark untuk terbang semula ke Mediterranean seperti sebelum program ini dimulakan.

24. Pada tahun berikutnya keadaan di angkasa Denmark menjadi riuh dan berkecauan. Ada burung yang tidak mahu terbang ke selatan, kerana terlalu lama makan percuma dan sudah lupa kepada tradisi asal; ada burung tidak mahu terbang keselatan kerana dari mula lagi mereka telah singgah di Denmark dan tidak pernah tahu mengenai Mediterranean; burung yang lainnya mati dalam penerbangan ke selatan kerana sudah lama tidak berbuat demikian.

25. Apabila diperiksa maka didapati sendi burung-burung yang mati itu ke semuanya kemerahan bengkak kerana mereka telah memaksa diri untuk terbang sedangkan sendi mereka sudah menjadi lemah kerana terlalu lama makan percuma.

26. Inilah akibatnya, bukan sahaja untuk burung tetapi juga untuk manusia yang lalai dan sentiasa mengharapkan kepada bantuan dan tidak melatih diri dengan meningkatkan jatidiri dengan stamina dan ketahanan.

Wednesday, January 2, 2013

ANTARA HABIBIE DAN ANWAR

HUBUNGAN ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA

1. Antara isu yang paling menarik pada tahun 2012 yang berkaitan dengan perhubungan antara Malaysia dan Indonesia ialah perkara yang ditimbulkan oleh Tan Sri Zainuddin Maidin mantan Menteri Penerangan Malaysia dan Ketua Pengarang surat-khabar, atau koran (bagi rakyat Indonesia), Utusan Malaysia mengenai persamaan antara B. J. Habibie mantan Presiden Republik Indonesia dan Anwar Ibrahim mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
2. Sehingga hari ini blog ini dilayari oleh hanya 5977 penduduk di Indonesia samaada rakyat atau pekerja dan pelawat dari luar negeri yang ada di sana. Walau pun jumlahnya kecil tetapi banyak juga sms yang saya terima yang meminta saya membuat komentar mengenai perkara ini.
3. Secara kebetulan saya telah serempak bertemu dengan saudara Zam ( panggilan bagi Tan Sri Zainuddin Maidin ) di Bangsar Village 11 dan bertanya kenapa beliau menulis mengenai 'persamaan' antara dua tokoh itu sedangkan 'perbezaan' antara mereka lebih menarik.