Wednesday, June 16, 2010

MENUJU PEMBEBASAN PALESTIN

PERPADUAN TURKI, IRAN DAN MESIR YANG DI TAKUTI

1. Professor Karl Schiller ialah seorang ahli ekonomi yang terkemuka, dan dianggap sebagai bapa kapitalism di Jerman Barat. Beliau juga adalah arkitek pembangunan ekonomi Jerman Barat di waktu Helmut Schmitt menjadi Chanselornya. Beliau telah dilantik oleh Helmut Schmitt menjadi Menteri Ekonomi dan Kewangan dalam kabinetnya.

2. Dalam tahun 1969, di waktu ekonomi Jerman Barat tumbuh dengan pesat sehingga industri di Jerman Barat menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja Professor Schiller, dalam satu kulliyyahnya di Universiti Hamburg, telah menyatakan adanya dua pilihan cara untuk menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja di Jerman Barat, sebelum tembok Berlin dirobohkan. Pilihan pertama ialah seperti yang diambil oleh Jepun iaitu dengan beralih kepada tenaga robot. Pilihan kedua pula ialah dengan membawa masuk tenaga buruh dari negara asing.

3. Dalam syarahan yang sama Professor Schiller mendedahkan kebimbangan pemimpin-pemimpin Jerman Barat terhadap kehancuran negara Israel kerana dengan kehancuran itu orang-orang Yahudi yang berasal dari Jerman akan kembali ke Jerman Barat; dan ini akan membawa kembali berbagai masalah yang menyebabkan mereka dibunuh berama-ramai oleh Hitler dahulu.
4. Mengikut Professor Schiller negara-negara Barat perlu, dengan berbagai cara, menghalang kehancuran Israel, bukan kerana sayang kepada Yahudi Zionis itu tetapi, kerana takut dan bimbang mereka kembali semula ke Jerman Barat dan lain-lain negara Barat jika Israel hancur.

5. Seterusnya, mengikut pendapat professor ini yang boleh menghancurkan Israel ialah perpaduan Umat Islam. Bukan perpaduan negara-nagara Islam yang hanya kaya, dan tidak berkemampuan, tetapi perpaduan negara-negara Islam yang mempunyai kekuatan tenaga tentera dan ramai rakyatnya. Professor Schiller berpendapat jika negara Mesir, Turkey dan Iran bersatu maka Israel pasti hancur. Ketiga-tiga negara ini mempunyai penduduk Islam yang cukup ramai dengan angkatan tentera yang besar dan kuat. Katanya, Barat bernasib baik kerana hanya pemimpin Mesir, Presiden Gamal Abdul Nasir sahaja yang memusuhi Israel pada waktu itu sementara pemimpin Iran, Shah Reza Pahlavi adalah sahabat Israel dan Turkey pula belum menentukan pendirian mereka. Keputusan kerajaan Jerman Barat di bawah pimpinan Helmut schmitt ialah untuk berbaik-baik dengan Turkey supaya mereka tidak bergabung tenaga dengan Mesir.

6. Cara menawan hati orang-orang Turkey, yang negaranya memang menyokong Nazi Jerman dalam perang dunia ke dua, ialah dengan membuka peluang kepada rakyatnya untuk berkerja di Jerman Barat sebagai pekerja tamu untuk membantu industri di sana. Apabila pendatang Turkey menjadi buruh di Jerman Barat maka pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja dari Asia telah kehilangan kerja mereka kerana kemampuan orang-orang Turkey yang tubuhnya lebih besar, dan lebih bertenaga, dari orang Asia dan dapat menjalankan tugas dengan hanya dua orang untuk pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh empat pekerja Asia, seperti mengangkat barang-barang berat di pelabuhan.

7. Gaji pekerja asing di waktu itu ialah satu pertiga gaji rakyat Jerman Barat maka dengan sendirinya kos bagi majikan Jerman Barat lebih murah dari menggunakan pekerja Asia. Desakan supaya pendatang Turkey diberi kerakyatan langsung telah disokong oleh semua pekerja dari Asia kerana ianya mengembalikan tenaga buruh Asia ke pekerjaan mereka, sementara pekerja Turkey, yang gajinya sebagai rakyat menjadi sama dengan tangga gaji rakyat Jerman Barat, berpindah ke pekerjaan lain seperti menjadi pemandu taksi, bas, lori dan keretapi di Jerman Barat. Begitu ramai pekerja yang datang dari Turkey sehingga Jerman Barat adalah satu-satunya negara Eropah masakini yang terpaksa memberi cuti umum di waktu hari raya puasa dan haji kerana orang-orang Turkey tidak mahu bekerja pada hari-hari itu.

8. Hubungan Turkey dengan Barat, khususnya Jerman Barat, membuat Turkey menjadi sahabat dan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

9. Sepeninggalan Presiden Gamal Abdul Nasir Mesir yang kini terhutang budi kepada Amerika Syarikat dan Israel tidak lagi menjadi ancaman terhadap Israel. Shah di Iran juga sahabat Israel sementara Turkey juga mempunyai hubungan baik dengan Israel untuk memelihara hubungannya dengan Jerman Barat dan Barat.

10. Kini keadaan sudah berubah.

11. Dengan jatuhnya Shah Reza Pahlavi di Iran dan pemimpinnya kini Presiden Ahmedinejad yang dianggap musuh oleh Israel, walau pun Mesir tidak berubah, kejadian terbaru ke atas Flotilla yang menuju Gaza yang dibom oleh Israel, dan dengan syahidnya sukarelawan Turkey, dan pendirian kerajaan Turkey yang mengecam Israel, maka dengan pujian Ahmadenijad ke atas Turkey, hanya rakyat Mesir sahaja yang perlu bangkit untuk menghancurkan Israel sebagaimana ramalan Professor Schiller atas apa yang akan berlaku ke atas Israel jika Turkey, Iran dan Mesir bersatu.

12. Dalam International Herald Tribune terbitan Khamis 10 Jun, 2010 wartawan Sabrina Tavernise dan Michael Slackman telah menulis, antara laian - 'The change in Turkish policy burst into public view last week, after the deadly Israeli commando raid that killed nine Turkish activists on a flotilla trying to breach the Gaza blockade nearly led Ankara to sever relations with Israel, a longtime ally.' Seterusnya - 'While this new assertive foreign policy is making its prime minister, Recep Tayyip Erdogan, a hero to the Arab world, it has also produced collisions with the United Stats, its closest ally, particularly over Israel and Iran.'

13. Steven A. Cook, seorang penyelidik di Council on Foreign Relations di Washington telah menyatakan - 'Turkey is seen increasingly in Washington as "running around the region doing things that are at cross purposes to what the big powers in the region want.' Seterusnya Cook bertanya - 'How do we keep the Turks in their lane?'

14. Turkey kini adalah sebuah negara demokrasi yang teguh dengan ekonomi yang berdaya saing. Berbeza dengan Jordan dan Mesir yang sangat bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat, Turkey bebas dari segi kewangan dari kongkongan Amerika Syarikat. Mengikut Menteri Luar Turkey Ahmed Davutoglu, yang pernah menjadi Professor Madya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang dikatakan menjadi arkitek dasar luar Turkey masakini, parti pemerintah yang dipimpin oleh Perdana Menteri Erdogan dianggotai oleh pedagang dan peniaga yang kuat fahaman agamanya, mahukan keamanan dan kemajuan. Katanya, 'Economic interdependence is the best way to achieve peace,' seterusnya 'In the 1990s we had severe tension all around us, and Turkey paid a huge bill because of that. Now we want to establish a peaceful order around us.' Visi begini menyinggung Washington, lebih-lebih lagi dalam hubungan baik Turkey dengan Iran yang kini menjadi pembekal minyak kepada Turkey. Perdana Menteri Erdogan mengutuk Israel atas serangan Flotilla yang membawa bantuan ke Gaza. Beliau juga mengutuk President Israel Simon Peres kerana dasar tentera Israel di Gaza. Bersama dengan Presiden Syria Basher Al Assad, dalam persidangan akhbar bersama Isnin lalu, Perdana Menteri Erdogan meneruskan kecamannya terhadap Israel.

15. Jika Perdana Menteri Erdogan kekal berkuasa di Turkey, Presiden Ahmadinejad kekal berkuasa di Iran, semangat mereka berdua tetap teguh dan sikap mereka terhadap Israel dapat di teruskan, sama-samalah kita berdo'a semoga rakyat Mesir juga menentukan sikap mereka terhadap Zionis Israel maka, dengan sokongan seluruh masyarakat yang berperikemanusiaan di dunia, dengan semangat 'Flotilla', Insya Allah, ramalan Professor Karl Schiller 40 tahun yang lalu akan berlaku. Allahu Akbar.

2 comments:

Unknown said...

Kesan dari serangan Israel ke atas flotilla Gaza, Skrg ini ada dua paksi kuasa Islam di Asia Barat. Satu di anggotai oleh Turki, Iran dan Syria. Sementara satu lagi dianggotai Mesir, Arab Saudi dan Jordan. Kedua2 mencari pengaruh untuk menjadi kuasa utama di Asia Barat.

Lubnan atas dasar budi akan bersama Syria dan Iran manakala Jordan mungkin bertukar pihak apabila isu Palestin/Gaza menjadi terlalu panas. Mesir pula hanya memerlukan perubahan kerajaan sebelum perpindahan dapat di lihat.

Cuma Arab Saudi mungkin nampak apa yg lain tidak nampak kerana mengikut laporan terbaru, rizab simpanan emas mereka telah meningkat 2 kali ganda dari sebelumnya.

Wak Gompoor said...

Peranan Hizbullah Lubnan juga amat penting