RANCANGAN DEMONSTRASI 'BERSIH' PADA 9 JULAI, 2011
JENIS DEMONSTRASI
1. Demonstrasi 'Bersih' yang dicadangkan untuk 9 Julai, 2011 kononnya bermatlamat untuk memastikan tidak ada penipuan dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
2. Biasanya demonstrasi kecil-kecilan diadakan oleh pihak yang menganggap diri mereka teraniaya apabila sesuatu yang dianggap tidak betul sudah berlaku dan tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab untuk membetulkannya.
3. Demonstrasi begini tidak memecahbelahkan rakyat kerana ianya mempunyai tujuan yang jelas dan boleh diselesaikan atau dijelaskan apa-apa kekeliruan atau salah faham yang ada dalam fikiran mereka yang berdemonstrasi.
4. Demonstrasi yang lebih besar juga telah diadakan untuk menunjukkan sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat sebuah negara lain yang didapati dianiaya dan dizalimi seperti demonstrasi menentang kekejaman pihak Zionis Israel, yang disokong oleh Amerika Syarikat, ke atas rakyat Palestin.
5. Atau pun, di satu masa dulu, pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia berdemonstrasi mengecam kekejaman rejim tentera di Thailand ke atas Ummat Islam di selatan negara itu.
6. Demonstrasi begini juga tidak memecahbelahkan rakyat kerana ianya menyeru rakyat supaya bersatu menyatakan perasaan dan sokongan mereka untuk golongan yang tertindas di negara lain.

PENGALAMAN BERDEMONSTRASI DI LONDON
7. Saya sendiri pernah terlibat dalam barisan pimpinan dua demonstrasi besar di kota London pada tahun 1969 apabila penganjur demonstrasi berarak dari Marble Arch ke Trafalgar Square. Demonstrasi awal dianjurkan untuk menyatakan bantahan terhadap pihak Zionis Israel kerana mengebom Masjid Al Aqsa dan demonstrasi kedua bertujuan menyeru Amerika Syarikat supaya menghentikan perang mereka ke atas Vietnam. Satu juta orang telah keluar menyokong demonstrasi pertama dan tiga juta telah keluar menyokong demonstrasi kedua.
8. Dato' Wan Ismail adalah antara yang bercakap di atas pentas, di depan patung singa di Trafalgar Square, dalam demonstrasi pertama sehingga beliau menarik perhatian Sheikh Said Ramadhan yang menonton demonstrasi itu di dalam televisyen saluran BBC. Beliau, yang waktu itu tinggal di Switzerland, memegang jawatan Setiausaha Agung Pergerakan Ikhwanul Muslim yang diharamkan di Mesir. Kekaguman Sheikh Said Ramadhanlah yang berakhir dengan Dato' Wan Ismail menjadi adik iparnya apabila Dato' Wan Ismail dinikahkan dengan Datin Dr. Fatma yang kini menjadi pendakwah terkenal di Malaysia.
9. Dato' Wan Ismail telah kemudiannya dipilih oleh Dato' Asri untuk menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan. Dato' Asri Muda pernah menjadi Presiden PAS tetapi memilih untuk menjadi ahli UMNO sebelum beliau meninggal dunia. Dato' Wan Ismail juga kini menjadi ahli UMNO.
10. Ini adalah cerita sampingan yang mungkin belum tercatit di mana-mana.
11. Banyak contoh demonstrasi yang telah berlaku yang kita semua ketahui mengenainya.
DEMONSTRASI MENUNTUT KEMERDEKAAN
12. Pada 16 Mac, 2010 saya telah bertemu Teungku Muhammad Nazar, Wakil Gubenor Aceh, yang telah menganjurkan satu demonstrasi yang besar di Banda Aceh pada 8 November, 1999 yang diberi nama SU-MPR (Sidang Umum - Masyarakat Pejuang Referendum). Lebih sejuta orang dari rakyat Aceh yang hanya berjumlah sekitar 4 juta, hadir menyokong SU-MPR ini. Waktu itu Teungku Muhammad Nazar ialah pemimpin SIRA (Sentral Informasi Referendum Aceh).
13. Tujuan Teungku Muhammad Nazar menganjurkan demonstrasi itu ialah untuk menuntut diadakan referendum bagi menentukan samada rakyat Aceh mahukan kemerdekaan. Dengan adanya referendum maka peperangan antara GAM (Gerakan Aceh Merdeka) dan TNI (Tentera Nasional Indonesia) dapat dihentikan kerana rakyat Aceh yang menentukan samada mahu merdeka secara aman atau meneruskan peperangan.
14. Demonstrasi ini juga bertujuan menyatupadukan rakyat dan bukan memecahbelahkan rakyat
15. Demonstrasi ini telah dihentikan kemudiannya kerana referendum tidak perlu lagi bersebabkan GAM dan Kerajaan Indonesia telah berdamai di bawah perjanjian Helsinki pada 15hb Ogos, 2005.
16. Teungku Muhammad Nazar memberitahu saya bahawa ada wakil dari Amerika Syarikat yang menyatakan padanya bahawa bila demonstrasi diteruskan lebih lama masyarakat antarabangsa pasti akan campur tangan dan akan memaksa Kerajaan Indonesia untuk mengadakan referandum untuk memerdekakan Aceh. Nazar tidak percaya dengan pendapat ini.
DEMONSTRASI DI MESIR DAN TUNISIA
17. Ternyata sekarang ini dengan adanya demonstrasi yang berterusan di Mesir dan Tunisia kedua negara ini sudah dapat menggulingkan kerajaannya. Sudan sudah berpecah dan sudah tentu di Syria dan Yemen juga ada sumber inspirasi dari luar sebagaimana di Libya kita lihat Nato membantu penentang Presiden Gaddafi dengan angkatan bersenjata. Sudah tentu, melihat perkembangan di negara-negara Arab, Teungku Muhammad Nazar berasa benar mengenai apa yang disarankan oleh wakil dari Amerika itu.
18. Walau bagaimana pun Teungku Muhammad Nazar bersyukur dengan keputusannya untuk menerima rancangan perdamaian.
CARA MALAYSIA MEMILIH KERAJAAN
19. Tetapi di Malaysia kerajaan pusat dan negeri dipilih oleh rakyat di dalam Pilihanraya Umum. Dato' Seri Najib bin Tun Abd. Razak belum pun memimpin sendiri satu Pilihanraya Umum kerana pimpinan beliau sekarang ini adalah hasil Pilihanraya Umum tahun 2008 yang dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tun Dr. Mahathir telah bersara dari jawatan Perdana Menteri tanpa sebarang demonstrasi. Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dipendekkan khidmatnya apabila ternampak penyelewengan dan ketidakmampuan dalam pentadbirannya. Semuanya tanpa demonstrasi.
20. Jelas sekali Suruhanjaya Pilihanraya telah difitnah, dan namanya hendak dicemar, sebagai institusi yang diramal akan melakukan penyelewengan dalam Pilihanraya Umum ke 13.
21. Penganjur demonstrasi ingin menghukum sebelum mana-mana pihak membuat dosa.
22. Sepatutnya Kerajaan Barisan Nasional yang merasa tidak puas hati dengan Suruhanjaya Pilihanraya apabila kalah beberapa negeri, dalam Pilihanraya Umum 2008, kepada Pakatan Rakyat sebagaimana pembangkang selalu menyalahkan sistem pemilihan apabila kalah.
23. Tetapi Barisan Nasional menyedari kekalahan itu harus diterima kerana Suruhanjaya Pilihanraya telah menjalankan tugasnya dengan adil dan profesyenal.
24. Adalah tidak salah bagi sesiapa sahaja yang berpolitik untuk bercita-cita menjadi Perdana Menteri dan bagi mana-mana parti politik untuk bercita-cita menggulingkan kerajaan yang memerintah.
25. Pakatan Rakyat telah menang banyak 82 kerusi Parlimen ( PKR - 31 kerusi; DAP - 28 kerusi; PAS - 23 kerusi ) dan menguasai 4 Dewan Undangan Negeri, dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008. Jika prestasi mereka memberansangkan, jika pemimpin UMNO pusat terus lupa kepada UMNO Bahagian dan Cawangan, dan jika keseluruhan pemimpin dan ahli UMNO di peringkat Bahagian dan Cawangan, dan rakyat jelata, tidak serik dengan perangai, telatah dan sikap pihak pembangkang, sudah tentu Pakatan Rakyat akan bertambah kuat dalam Pilihanraya Umum ke 13.
PAKATAN RAKYAT SETELAH PILIHANRAYA UMUM KE 12
26. Malangnya bagi Pakatan Rakyat parti-parti komponennya, kecuali DAP, berada dalam keadaan bercelaru. Kesemua parti dalam Pakatan Rakyat mengamalkan nepotisma. Anak bersiap untuk ganti emak, yang dikasihi bersiap mengganti yang mengasihi, anak-anak bersedia di sayap parti untuk mengganti bapa. Prestasi semua kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat agak lembab dan jauh dari memberansangkan.
27. Banyak pemimpin dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat telah meninggalkan parti dan bersuara dengan lantang mengenai ke'ajaiban dan ke'aiban parti dan pemimpin mereka.
PAS MENGORBANKAN PERJUANGAN ASALNYA
28. PAS pula sudah merobah halatuju dari mewujudkan 'Negara Islam', dengan hukum hududnya, kepada 'negara kebajikan' yang mengampunkan semua dosa kawan-kawannya kerana matlamatnya sama, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
29. PAS takut jika mereka tidak buangkan matlamat mewujudkan negaraa Islam mereka tidak akan mendapat sokongan kafir khorbi dalam Pilihanraya Umum ke 13.
30. PAS kini berpegang kepada prinsip baru yang dipinjam dari kalangan bukan Islam, dari Barat, di mana 'matlamat menghalalkan cara'.
31. Mereka lupa bahawa kejayaan satu-satu matlamat itu ditentukan oleh Allah s.w.t., sementara kita akan dihukum oleh Allah s.w.t. jika dalam perjalanan menuju ke matlamat itu kita halalkan semua dosa.
32. Ibn Ya'acob, atau CGM, dari Langkawi pernah berkata dalam Perhimpunan Agong UMNO:
Niat baik, cara tak reti,
Pahala dapat, kerja tak jadi;
Niat jahat, cara pandai,
Dosa dapat, matlamat tercapai.
Niat jahat, cara tak reti,
Dosa dapat, kerja tak jadi;
Yang perlu ialah:
Niat baik, cara reti,
Pahala dapat kerja jadi.

DULU DAN SEKARANG
33. Walau pun sebelum parti-parti komponen BN menyusun semula kepimpinan mereka Barisan Nasional telah kalah dalam 2 pilihanraya kecil, Pakatan rakyat pula telah kalah dalam semua pilihanraya kecil akhir-akhir ini. Pakatan Rakyat telah kalah teruk dalam pilihanraya untuk memilih wakil bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini.
34. Di peringkat antarabangsa pula Dato' Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin bukan sahaja sudah diterima, sekarang ini, oleh pemimpin-pemimpin di Asia, Africa, Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat malah pelabur-pelabur asing pun menerima mereka. Pelabur asing sudah mula datang kembali setelah mereka mendingin di zaman Perdana Menteri sebelum ini.
35. Kalau dahulu kita difahamkan tokoh-tokoh Yahudi di Barat sangat terpengaruh dengan Ketua Pakatan Rakyat, kini, baik dalam kerajaan, atau dalam NGO dan sektor korporat di Eropah dan Amerika, kebanyakan mereka sudah bertukar selera dan mengiktiraf kebaikan dan kebijaksanaan pemimpin Malaysia sekarang ini.
36. Benteng Ketua Pakatan Rakyat di luar negara sudah roboh.
KALAU KETAGIH UNTUK BERDEMONSTRASI
37. Banyak isu lain yang boleh digunakan oleh parti komponen Pakatan Rakyat jika mereka ketagih untuk berdemonstrasi.
38. Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat, umpamanya, boleh mengadakan demonstrasi untuk menuntut supaya Timbalan Presiden PAS minta ma'af dan bertaubat untuk tidak lagi menggelarkan ketua mereka sebagai Al Juburi. Semua pita rakaman dan video mengenai ucapan ini hendaklah diminta balik supaya tidak disimpan oleh ahli-ahli PAS
39. Satu pesta boleh dianjurkan untuk melihat upacara pembakaran pita rakaman dan video berkenaan.
APA AKAN BERLAKU
40. Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat juga boleh berdemonstrasi untuk menuntut supaya penasihat mereka tidak campur tangan dalam pemilihan pemimpin parti itu. Seterusnya pemilihan dalam PKR hendaklah dilakukan dengan telus dan 'bersih', jangan seperti pemilihan yang kotor yang diamalkan PKR baru-baru ini.
41. Seterusnya ahli-ahli PAS juga boleh mengadakan demonstrasi untuk mendesak mahkamah supaya mempercepatkan tindakan mengadili kes-kes yang melibatkan zina dan liwat supaya budaya zina dan liwat dapat dikurangkan, untuk dihapuskan, demi menjamin 'kebajikan' rakyat di masa hadapan.
42. Ahli-ahli PAS juga boleh berdemonstrasi untuk mendesak supaya tokoh ilmuan ugama, yang digelarkan 'ulama' oleh PAS, tidak campur tangan dalam pemilihan barisan pemimpin PAS. Tokoh ilmuan ugama PAS yang dalam usahanya untuk menjatuhkan ilmuan ugama Nasaruddin Md. Isa, yang dikatakan pro-perpaduan Melayu dan sanggup bekerjasama dengan UMNO dan bukan dengan DAP yang dipimpin oleh kafir khorbi, telah meletakkan seorang ilmuan ugama yang lain dengan harapan menang, dan dapat mengalahkan Nasaruddin, sebaliknya yang menang ialah yang tidak dikehendaki oleh kalangan semua ilmuan ugama.
43. Semua demonstrasi begini tidak diadakan. Kalau diadakan pun hanya membuang masa sahaja jika 'matlamat' menghalalkan cara'.
OPERASI LALANG
44. Saya pernah terlibat untuk menganjurkan satu rapat raksasa di Stadium Merdeka untuk menunjukkan betapa orang-orang Melayu yang menjadi ahli UMNO bersatu, dan tidak berpecah, dalam perjuangan UMNO.
45. Rapat raksasa itu difikirkan perlu kerana ada kejadian di mana pihak kehakiman telah bercadang mengambil alih kuasa Menteri Dalam Negeri untuk memberi kerakyatan kepada 50 warga negara asing yang permohonannya telah ditolak oleh Kerajaan. Undang-undang negara menyatakan bahawa Menteri Dalam Negeri boleh menolak sebarang permohonan untuk menjadi rakyat Malaysia tanpa memberi sebab. Jika pihak kehakiman boleh meluluskan permohonan untuk menjadi rakyat maka ratusan ribu bukan warga negara asing boleh diberi taraf kerakyatan oleh pihak kehakiman atas alasan 'natural justice'.
46. Setelah diselidik atas sebabnya kejadian ini berlaku maka kita mendapat maklum bahawa ada individu di pihak kehakiman berkenaan, di waktu di bawah pengaruh minuman keras, di Kelab Selangor, melaungkan bahawa kerajaan sudah lemah, dengan perpecahan di dalam UMNO, dan mereka boleh berbuat apa saja termasuk mengambil alih kuasa memberi kerakyatan.
47. Pada mulanya rapat raksasa ini difikiran perlu hanya 30,000 peserta sahaja dari kalangan ahli UMNO tetapi apabila Tun Dr. Mahathir mengetahui UMNO mampu bawa lebih dari 30,000 maka saya telah mengetuai kempen yang akhirnya menjanjikan sekitar 1 juta ahli UMNO akan hadir melimpah di Stadium Merdeka pada 1 November, 1987.
48. Pada waktu itu pihak polis telah mendapat maklum balas bahawa perjumpaan raksasa itu, walau pun terbatas kepada ahli UMNO sahaja akan menyebabkan huru hara kerana ada pihak memikirkan rapat raksasa itu boleh membuka peluang untuk membuat huru-hara yang akhirnya, bila Melayu dah naik minyak, maka perkelahian antara kaum akan berlaku yang mungkin melibatkan pertumpahan darah seperti yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei, 1969.
49. Walau pun UMNO, yang menerajui kerajaan Barisan Nasional, yang menajakan rapat raksasa itu, dan saya memberi jaminan tidak akan berlaku kekacauan, tetapi, berasaskan maklum balas yang ada pada polis maka satu penangkapan seramai lebih 100 orang telah dibuat sehingga rapat raksasa itu terbatal.
50. Tindakan inilah yang dinamakan 'Operasi Lalang'.
51. Banyak antara mereka yang tertangkap di bawah Akta ISA dalam 'Operasi Lalang' kini berada dalam Parlimen termasuk pemimpin Perkasa Dato' Ibrahim Ali.
52. Bezanya antara Dato' Ibrahim Ali dengan yang lain-lain yang tertangkap di bawah 'Operasi Lalang' ialah Dato' Ibrahim Ali terus menyokong kewujudan ISA sementara ahli Parlimen yang lain menentang ISA dan menghidupkan isu itu secara terus menerus. Mungkin kerana mereka ingin berdemonstrasi lagi tetapi takut ditangkap di bawah Akta ISA.
RAKYAT WAJIB MENYOKONG POLIS UNTUK MENJAMIN KEAMANAN DALAM NEGARA
53. Tun Dr. Mahathir menyatakan kepada saya bahawa dalam soal keselamatan negara pihak polis lebih mengetahui dari kita dan apabila jadi huru-hara merekalah nanti yang akan susah.
DEMONSTRASI JALANAN YANG ANEH
54. Rancangan demonstrasi jalanan pada 9 Julai akan datang agak aneh kerana Dato' Ambiga tidak mahu meminta izin polis kerana, katanya, polis tidak akan memberi izin. Strategi ini memudahkan beliau untuk melepaskan tangan. Begitu juga dengan bekas-bekas tahanan yang lain yang kini berada dalam Pakatan Rakyat.
55. Yang lebih aneh lagi ialah pihak penganjur demokrasi telah memilih yang tidak bersalah sebagai sasaran mereka. Nampaknya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sudah merasakan mereka akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.
PUTAR BELIT MEDIA ASING YANG ANTI MALAYSIA
56. Samaada demonstrasi jalanan pada 9 Julai ini jadi atau tidak, besar atau kecil, mereka sudah mencatitkan dalam media seluruh dunia bahawa kekalahan mereka nanti ialah disebabkan Suruhanjaya Pilihanraya tidak adil dan telah melakukan penyelewengan sehingga mereka kalah.
57. Media asing yang anti Malaysia akan memutarbelitkan berita demonstrasi itu nanti seperti yang tercatit dalam buku otobiografi bapa saudara saya Dato' Ibrahim Hussein, seorang pelukis terkenal. Otobiografi ini telah diterbitkan oleh isterinya Datin Sim setelah beliau meninggal dunia pada tahun 2009. Beginilah petikannya:
'For most of the time I was in the United States I didn't think much about home. In fact I didn't even miss home. I was young and excited about everything happening about me.
That changed with the occurence of May 13th, 1969. I had watched the episode unfold on television and my thoughts raced home. I becaame very curious since, at that time, there was nothing else on American television but the Vietnam War.
When this tragedy happened in our country I was watching the special news - breaking news - and I saw that Kuala Lumpur was burning. But it was strange because it was not Kuala Lumpur.
To the American audience it did not matter which place it was. To me, this was not right and it seemed that they have edited the burning scenes on purpose.
I could identify the surroundings in the news straight away but when I looked closely they had included some scenes of the Vietnam War with the original images.
It had an effect on me because I then became more interested in politics and what was happening in America at the time. I remember after May 13th, I would often go to our Mission in New York to get news from home but there would be none.
I felt completely cut off. Our country appeared very far and remote - a country without any news. ...'
59. Begitulah jenis gambaran yang akan diberi di luar negara ke atas negara kita jika demonstrasi berlaku. Bukan ' a country without any news ... ' seperti kata Allahyarham Ib tetapi, saya yakin media asing akan memaparkan 'very, very, very bad news.'
60. Jika penganjur demonstrasi jalanan ini boleh menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya atas kekalahan yang belum pun berlaku saya juga boleh meramalkan akan ada satu lagi demonstrasi jalanan yang lebih besar selepas Pilihanraya Umum ke 13 apabila pengumuman dibuat bahawa Pakatan Rakyat sudah kalah teruk.
61. Apabila demonstrasi jalanan dibuat selepas Pakatan Rakyat kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 matlamatnya sudah tentu untuk mencapai kejayaan yang telah dicapai oleh mereka yang sudah berdemonstrasi di Mesir dan Tunisia.
AKTA ISA SANGAT RELEVAN
62. Program demonstrasi jalanan yang dirancangkan untuk diadakan pada 9 Julai ini jelas menunjukkan ISA tetap relevan bagi negara Malaysia yang berbilang kaum.
63. Setelah Peristiwa 13 Mei, 1969 berlaku kerana keengganan pemimpin negara di waktu itu untuk menggunakan ISA dan darurat pula tidak dapat diisytiharkan kecuali setelah berlaku keadaan tumpah darah; dan setelah darurat telah diisytiharkan di Kelantan kerana pemimpin negara di waktu itu tidak ingin menunggu sampai pertumpahan darah berlaku di bawah pimpinannya, maka Perlembagaan telah dipinda, di waktu Tun Mohd. Ghazali Shafie menjadi Menteri Dalam Negeri dan saya menjadi Timbalannya, untuk membolehkaan, bukan saja menggunakan ISA untuk menangkap semua kaki pengacau sebelum kekacauan berlaku, tetapi mengisytiharkan darurat apabila KDYMM Yang Di Pertuan Agong memikirkan huru-hara dan pertumpahan darah akan berlaku (dan bukan setelah berlaku) di dalam negara.
64. Bagi semua rakyat yang inginkan keamanan, supaya kita dapat terus mencari ilmu dan rezeki untuk hidup bahagia dalam aman dan iman, mereka hendaklah menyokong sebarang usaha untuk mengekalkan keamanan itu.
65. Jika berlaku huru-hara bukan undang-undang yang patut disalahkan tetapi kedayusan kita untuk menggunakan undang-undang itu.
66. Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan hendaklah menyokong tindakan polis dan tentera, jika perlu, untuk masa depan kita dan anak cucu kita.
67. Sekian, Wabillaahi Taufik Wassalaamu'alaikum.
7 comments:
Salam TS,
sebelum operasi lalang dilancarkan, orang umno bukan saja lemah dek kerana perpecahan yang tercetus pada perhimpunan agung beberapa bulan sebelumnya, ia juga digunakan oleh ekstremis untuk melaga-lagakan orang melayu dan bukan melayu, terutamanya kaum cina.
pelampau cina yang menggunakan isu bahasa, budaya, sekolah dan universiti cina bijak menggunakan kelemahan serta konflik dalam umno untuk menjalankan hasutan mereka. malah, isu bukit cina dan koperasi deposit MCA juga diputarbelitkan.
pada waktu, yang saya ingat, tun dr mahathir sendiri tidak condong untuk menggunakan pendekatan ISA bagi menangani ancaman pelampau politik perkauman ini. beliau bukanlah orang yang gemar menggunakan ISA, sebaliknya beliau sendiri telah membebaskan sejumlah tahanan ISA apabila mengambil alih tugas daripada Tun Hussein Onn.
Begitupun dalam hal-hal tertentu, ketua polis negara mempunyai bidang kuasa khas untuk menggunakan budi bicaranya sendiri untuk mengambil apa jua tindakan yang difikirkannya sesuai bagi membendung kekacauan. kuasa ini membenarkannya bertindak tanpa perlu merujuk kepada menteri dalam negeri.
polis sendiri tidak mengeluarkan permit bagi perarakan 500,000 ahli umno ke stadium merdeka ketika itu, apatah lagi bertolak ansur dalam operasi lalang. inilah yang dapat mengawal keadaan dan memulihkan semula ketenteraman.
saya sendiri berharap pihak polis dan KDN tidak teragak-agak bertindak sebelum semuanya terlambat. kita bimbang kemungkinan meletusnya kejadian yang di luar kawalan jika ia dibiarkan. kali kini, ia mungkin lebih teruk kerana membabitkan melayu dengan melayu yang pro dan anti-Bersih. peganglah seekor kerbau pada tanduknya, nescaya ia akan tunduk. usahlah bila sudah terngantuk, barulah kita nak terngadah.
adakalanya kita perlu bertegas demi memperbetulkan keadaan. terima kasih
sungguh bahaya peminum arak itu....kenapa dia orang anti rokok tapi tak anti arak....
Agenda tersulit dan tersirat nak jatuhkan DSNR tak oleh musuh dalaman? Dah tau akan terjadi masa 2007 nak mengulangi tak?
UMNO BARU sebuah parti yang terus menghina Presidennya yang lepas-lepas seperti macam era pemerintahan TDM. Mamak saja yang betul-betul Melayu dan Islam. Yang lain semua tu Allahyarham Tengku AR, TAR, THO, TAB dan lain-lain semua tak dak standard dan tak tau memimpin negara.
Musuh dalam selimut kat parti tu siapa sebenarnya? Kerana nak kekayaan, kuasa dan menurunkan dynasti takta, maka semua yang difikirkan pencabar dianggap musuh. Sampai parti yang mewakili orang Melayu pada permulaannya kini semakin hilang adat resam, bersopan santun dan keMelayuaannya.
Sekarang, sebenarnya yang merupakan parti orang Melayu tulen anehnya ialah PAS. UMNO telah dikuasai oleh Melayu celup dan bertopengkan Islam yang sekarang cuba merampas kuasa daripada Melayu bangsawan yang mungkin telah dipegang telur oleh orang-orang tertentu.
Lama-kelamaam, ahli-ahli KIMMA akan lebih ramai dan menguasai pilihanraya Agong UMNO dan muncul lah puak yang akan menentukan hala tuju nasib Melayu kat UMNO. Silap-silap nama UMNO BARU pun ditukarkan juga kepada nama baru seperti Majapahit, Sri Vijaya atau Kerala.
Jadi, berwaspada le terhadap siapa-siapa yang datang mengatakan berjuang untuk UMNO BARU. Tengok lah latar belakang mereka kerana harimau tak kan hilang belangnya walaupun disapu dengan bedak talkum berlapis-lapis.
Melayu Bodoh.
TS,
Senang cakap ini tulisan orang-orang pencen. Dok diam-diam jaga cucu-cicit tuh!! Tiap-tiap bulan angkat pencen Menteri dan Menteri Besar.
Sungguh Tan Seri, terima kasih dengan data lengkap ini. Cuma saya bukan saja rimas dengan kuasa tangan perjuangan politik...nak rebut kuasa...pada hal banyak isu yang perlu didemokan..isu bahasa, isu pembangunan tidak setara dengan melupuskan bahasa asal, nama tempat nama bangunan...kenapa ini tidak di protes terutama golongan kami, ....YTL makin hebat menaikkan nama baru di wilayah pembangunanya Sentul East, Sentul West ...bila ditanya ke pegawai perbandaran, jawab mereka ' itu kerja orang swasta, bukan kami.'
Kalau demontrasi jalanan mereka lakukan, memang benar kerja makin berat ditangangi oleh Polis atau mungkin tentera....kenapa isu politik di bawa hanya untuk menaikkan status keluarga . Tan Seri...saya baru pulang dari Padang Panjang terus ke Langkawi untuk acara bimbingan sastera . Bagaiamana para budayawan di beri tempat ruang untuk menghidupkan Rumah Puisi, Rumah Budaya...juga rumah Buku, walau kecil tapi manis dan sopan hampir wujud di setiap kampung...tidak perlu kemewahan tapi cukup dapat digunakan untuk rakyat kecil...kalau ada demo, kerana harga minyak naik, harga beras naik, tapi mereka tetap bangun mengutip dana, atau sperti yang dilakukan oleh Habibi Centre yang mmberi penghargaan kepada Taufiq Ismail US 75,000. untuk membina rumah buku...pegawai pustaka dihantar untuk menjaga buku dan mengatur program mingguan di situ. Tapi sayang Rumah Buku Langkawi terbiar kaku.
Haaah, cerita saya lari dari topik tulisan Tan Seri, walaubagaimanapun saya tetap tidak setuju dengan demo oleh rasa politik hanya untuk keuntungan pribadi, tapi kalau mereka menyokong kerja ilmu, saya angkat tangan tabik demi ilmu dan budaya warisan kita. Allahuakbar...
Salam Tan Sri,
Saya junior Azfar, satu skolah masa dia form 4 & 5. Pernah lepak sembang dengan dia sampai Subuh.
Dari produk, boleh agak macam mana acuannya. Sayangnya, mana pi orang² lama UMNO yang tulen macam Tan Sri (termasuk Tan Sri sendiri)? Bukan kata rupa, media sorang pun tak quote Tan Sri untuk apa² isu.
Bertambah rugi dan sayang lagi kalau produk² dari acuan Tan Sri tu, tak ada yang join untuk teruskan ketulenan dalam perjuangan UMNO BARU.
Terima kasih atas artikel yang amat baik.
Ini cadangan saya kpd Tan Sri setelah membaca bagaimana Tan Sri menyamakan pengalaman Tan Sri berdemo di London dulu dengan Bersih 2.0 Sabtu lepas:
Fuck off! You just don't get it, bloody old fart, do you?
Post a Comment