TEMPAT YANG PALING SESUAI UNTUK MENGADAKAN DEMONSTRASI 'BERSIH' PADA 9 JULAI, 2011
5. Saya juga diberitahu akan ada demonstrasi 'BERSIH" di London kerana kota itu sudah menganggap demonstrasi yang mengecam dan menentang negara luar adalah satu daya penarik pelancong. Ketua-ketua pembangkang yang takut ditangkap jika berlaku huru-hara di waktu demonstrasi boleh memilih untuk berdemonstrasi di negara lain seperti di Australia, Taiwan atau Amerika Syarikat kerana banyak pelajar yang belajar di sana dengan biasiswa Kerajaan Barisan Nasional boleh dicuba hasut supaya menentang kerajaan.
11. Apabila Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bertemu dengan Dato' Ambiga nanti beliau perlu bertanya kenapakah Dato' Ambiga tidak persembahkan saja apa jua memorandum kepada Ke Bawah DYMM Yang Di Pertuan Agong waktu beliau mengadap Baginda.
12. Perlu ditanya juga siapakah yang lebih tinggi dari KDYMM Seri Peduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
13. Demonstrasi?
32. Tidakkah bangsa Melayu sudah terlalu banyak membuang masa untuk kerja-kerja yang tidak bermunafaat, sementara orang lain mendapat untung dan menjadi kaya?
1. Terlalu banyak sms dan panggilan telefon yang saya terima menyatakan rasa dukacita dan kekesalan atau rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang membenarkan demonstrasi 'BERSIH' diadakan pada 9 Julai akan datang.
2. Setelah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menyampaikan titah ucapannya mengenai pandangan Ke Bawah Duli Tuanku dan nasihatnya atas rancangan mengadakan demonstrasi haram ( tanpa permit kerajaan ) kita dapati tindakan pihak polis bertambah rancak dan rapi sehingga bertemu berbagai risalah, baju, senjata dan lain-lain lagi persiapan untuk demonstrasi jalanan yang hendak diadakan itu. Akaun bank Dato' Ambiga juga akan diselidiki kerana jangkaan ada wang yang diterima dari NGO luar negeri melalui bank yang banyak saham, katanya, dimiliki oleh seorang tokoh pembangkang.
3. Dato' Ambiga tentu berasa takut dengan perkembangan ini tetapi malu untuk membatalkan demonstrasi lantas berdegil untuk meneruskan juga mengadakan demonstrasi.
4. Saya difahamkan Ketua Pembangkang sudah keluar negeri dengan kawannya untuk ke London melalui tanah suci.
5. Saya juga diberitahu akan ada demonstrasi 'BERSIH" di London kerana kota itu sudah menganggap demonstrasi yang mengecam dan menentang negara luar adalah satu daya penarik pelancong. Ketua-ketua pembangkang yang takut ditangkap jika berlaku huru-hara di waktu demonstrasi boleh memilih untuk berdemonstrasi di negara lain seperti di Australia, Taiwan atau Amerika Syarikat kerana banyak pelajar yang belajar di sana dengan biasiswa Kerajaan Barisan Nasional boleh dicuba hasut supaya menentang kerajaan.
6. Apakah tindakan Dato' Ambiga seterusnya?
7. Mengikut berita yang diperolehi antara tokoh yang menasihati Dato' Ambiga ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi.
8. Tiba-tiba Perdana Menteri kita pula telah menyampaikan cadangannya supaya demonstrasi diadakan di dalam stadium.
9. Dato' Ambiga tentu berasa lega dan terus mengambil kesempatan untuk mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Sebagai raja ke atas seluruh rakyat jelata pihak KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah berkenan menerima Dato' Ambiga mengadap.
10. Kita tidak tahu isi perbincangan antara Dato' Ambiga dan KDMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Tentu saja isi sebenar mengenai perbincangan itu kita tidak akan perolehi dari Dato' Ambiga.
11. Apabila Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bertemu dengan Dato' Ambiga nanti beliau perlu bertanya kenapakah Dato' Ambiga tidak persembahkan saja apa jua memorandum kepada Ke Bawah DYMM Yang Di Pertuan Agong waktu beliau mengadap Baginda.
12. Perlu ditanya juga siapakah yang lebih tinggi dari KDYMM Seri Peduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
13. Demonstrasi?
14. Di luar istana Dato' Ambiga telah menyatakan dia akan mengikut saranan Perdana Menteri untuk mengadakan demonstrasi di dalam stadium. Apabila ditanya di stadium mana demonstrasi akan diadakan Dato' Ambiga, kata seorang wartawan kepada saya, kelihatan sombong apabila menjawab dia akan berbincang dulu. Mungkin dengan penasihat-penasihatnya yang termasuk ketua-ketua pembangkang.
15. Kini pihak polis pasti pening kepala untuk memikirkan demonstrasi yang tidak berpermit yang dianjurkan oleh organisasi yang tidak berdaftar telah mendapat lampu hijau untuk berdemonstrasi dalam stadium.
16. Kuasa mengeluarkan permit itu sebenarnya di tangan pihak keselamatan negara. Tetapi tidak mungkin pihak keselamatan tidak mengeluarkan permit jika DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sudah merestuinya sebagaimana yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.
17. Oleh itu, perkara yang penting ialah menentukan stadium tempat dibenarkan mengadakan demonstrasi dengan permit yang dikeluarkan atas nama peribadi Dato' Ambiga.
18. Takkanlah pula ada penasihat yang akan menyakitkan hati Tun Dr. Mahathir, yang menentang diadakan demonstrasi itu, mencadangkan kepada Dato' Ambiga untuk mengadakan demonstrasi di Stadium Bukit Jalil kerana tokoh di belakang pembinaan stadium itu masih berada bersama kita. Lagi pula demonstrasi ini tidak dapat melatih tenaga sukan dan olah-raga Malaysia dalam persiapan menuju kejayaan di Sukan Olympic.
19. Jika Tengku Abdul Rahman masih hidup tentu sekali beliau tidak akan merestui demonstrasi menentang kerajaan dalam stadium yang dibuat di zaman pemerintahannya. Lebih-lebih lagi Perdana Menteri kita ialah anak timbalannya yang setia.
20. Di sinilah peluang untuk Dato' Ambiga menguji keikhlasan pihak Ketua-Ketua Pembangkang dari Pakatan Rakyat yang mendorongnya untuk mengadakan demonstrasi dan mengharapkan keuntungan politik dari demonstrasi itu nanti.
21. Menteri Besar Selangor pula, walau pun dari parti PKR, telah pada awalnya mengasingkan dirinya dari demonstrasi ini tetapi tentu serba salah, untuk menolak, jika ada cadangan mengadakan demonstrasi di stadium Shah Alam.
22. Oleh itu pilihan bagi Dato' Ambiga ialah mengadakan demonstrasi di Stadium di Pulau Pinang, di Kedah atau di Kelantan.
23. Saya percaya DAP tidak akan membenarkan demonstrasi ini diadakan di Pulau Pinang kerana mereka tidak mungkin menghendaki gangguan kepada peniaga-peniaga mereka dan mereka juga ingin menambah pelaburan ke negeri itu dan sangat-sangat dahagakan kepada wang pelancong.
24. Saya percaya Kerajaan Negeri Kedah juga tidak patut diganggu kerana negeri itu perlu menumpukan perhatian kepada pentadbiran dan pembangunannya. Jika Dato' Fadzil Noor masih memimpin parti PAS saya yakin, kerana beliau adalah sahabat rapat saya, beliau tidak akan mengikut tunjuk ajar Pak Sheikh. Saya, sebagai Menteri Besar UMNO (BN), telah mengikat persahabatan saya dengan Dato' Fadzil Noor dengan mencadangkan gelaran Dato' untuknya dan diperkenankan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Takkanlah Menteri Besar sekarang tidak tahu apa pandangan mantan pemimpinnya mengenai Pak Sheikh.
25. Lojiknya Dato' Ambiga perlu memilih Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebagai venue demonstrasi 9 Julai ini. Itu pun elok juga mendapat restu KDYM Tuanku Sultan Kelantan dulu.
26. Sebagai sebuah negeri yang baru 'berkebajikan' selayaknyalah Dato' Ambiga disambut baik untuk mengadakan dialog dengan pihak Suruhanjaya Pilihanraya di Kelantan untuk mengetahui betapa jujur dan ikhlasnya mereka sehingga PAS boleh memerintah Kelantan begitu lama, walau pun tidak bekerjasama dengan DAP dan masih berjuang untuk mendirikan 'negara Islam' di waktu itu.
27. Di Kelantan juga Dato' Ambiga boleh bertembung dengan tokoh Kelantan Dato' Ibrahim Ali sebagai rakan sepenjara dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dato' Ambiga dan Dato' Ibrahim Ali perlu diberi pentas istimewa, bersama tokoh-tokoh Pakatan Rakyat yang lain, di atas pentas di stadium. Tentu sekali cukup ramai ahli Perkasa di Kelantan yang boleh turut berdemonstrasi. Silat lincah juga mempunyai banyak pengikut di sana untuk meramaikan majlis, jika Dato' Ambiga membuka demonstrasi ini untuk orang-ramai.
28. Dengan itu pihak polis tidaklah perlu bersusah payah menjaga kesesakan trafik di jalan-jalan menuju Kuala Lumpur. Memanglah istilah 'demonstrasi dalam stadium' berbeza dengan 'demonstrasi jalanan'. Tetapi yang akan berdemonstrasi tidak mungkin datang ke stadium dengan helikopter. Mereka akan berderet-deret di jalan untuk sepanjang berbatu-batu.
29. Orang-orang yang akan berdemonstrasi di stadium tidak mungkin pakai baju hanya apabila sampai di stadium dan mereka juga tidak mungkin berbaris dengan sopan untuk pergi ke stadium.
30. Jika yang berdemonstrasi itu cukup ramai, dan melimpah keluar dari stadium apakah tidak menjadi masalah jika yang di luar tidak dapat mendengar orang yang berucap di dalam.
31. Biarlah perkara-perkara ini difikirkan bersama oleh kerajaan Negeri Kelantan yang sudah tentu tidak mencurigai kesempurnaan cara Suruhanjaya Pilihanraya mengadakan pemilihan di sana.
32. Tidakkah bangsa Melayu sudah terlalu banyak membuang masa untuk kerja-kerja yang tidak bermunafaat, sementara orang lain mendapat untung dan menjadi kaya?
7 comments:
Y.Bhg. Tan Sri, Artikelnya sangat menarik untuk dibaca...
kerajaan malaysia OR kerajaan barisan nasional?
satu kandang
spr hanya bersih di negeri2 yg dimenangi oleh pakatan haram tp tidak begitu di negeri2 yg dimenangi BN. bagi pr, spr bersih sepenuhnya jika pr memenangi 100% kerusi adun & parlimen!! adaka lagu tu??? demokrasi terpimpin kepala hotak pr!!
kalau dah majoriti sukakan BN, apa lagi yg pr nak kata? tak adil? sampai bila nak sanggah qada' & qadar? tanyalah hati kamu sendiri & bermunajatlah kpd Allah SWT!!
Nampak sangat bodohnya orang kita...semua yang umno/bn buat betul..orang lain buat salah...itulah kalau sudah banyak makan duit haram...Kita harus bersyukur kepada Allah...bukan kepada kerajaan....kalau kita kena bersyukur pada kerjaan..itulah tanda kita sudah mula syirik kepada Allah...nauzubillah......ingat Allah Maha Adil..Hari ini kita disakiti..esok Allah akan membalasnya...kalau bukan didunia diakhirat kita akan dibalas...oleh itu bertaubatlah sebelum kita mati......
nasihat kepada PR , ramai dikalangan kamu yang alim ulama dan menganggap PAS itu suci, apa kata kamu kumpulkan semua alim ulama dan ahli-ahli PR buat solat hajat dan bacaan yassin tiap2 minggu supaya BN tumbang pilihanraya akan datang, kalau kalah jugak mmg Allah tidak berkenan melantik kalian sebagai pemerintah bumi yang tercinta ini.... kan doa orang-orang mcm kamu makbul di sisi Allah... kamu kan betul sangat sampai cakap orang semuanya salah
Cadangan yang sangat baik. Kalau buat di Bumi Ce' Siti Wan Kembang mengkin kehadiran mencecah satu juta dan polis tidak perlu berkawal langsung kerana keselamatan penunjuk perasaan terjamin. Lakukanlah selama 1 bulan berturut-turut. Tak siapa kisah.
Kalau BERSIH 3.0 nak diadakan, elokkan ikut cadangan TS Sanusi. Buat di Kelantan.
Post a Comment