Monday, July 18, 2011

DARI MATLAMAT MEWUJUDKAN NEGARA ISLAM KE NEGARA KEBAJIKAN

MENUTUP 13 JENIS PUSAT HIBURAN DI BULAN RAMADHAN

1. Pada ingatan saya peraturan dan undang-undang pusat hiburan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan telah lama wujud di Kedah dan dirapikan lagi sejak tahun 1997 di waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah.

2. Pindaan yang dibuat pada tahun 1997 ini memberi kuasa kepada pihak majlis-majlis tempatan untuk menutup pusat-pusat hiburan berkenaan dari pukul 6 petang pada hari Khamis malam Jumaat sehinggalah pukul 2.30 tengahari pada hari Jumaat, dan juga pada sepanjang bulan puasa.

3. Dengan pindaan Enakmen inilah maka pada setiap malam Jumaat semua pusat hiburan di Kedah telah ditutup kecuali di Langkawi kerana banyak pelancong. Setakat yang saya tahu tidak ada lesen pusat hiburan yang dikeluarkan kepada Umat Islam.

4. Umat Islam pula tidak dibolehkan oleh ugama Islam untuk melawat pusat-pusat hiburan tertentu bukan sahaja di bulan puasa dan malam Jumaat tetapi untuk sepanjang masa.

5. Pada waktu Enakmen ini dipinda pada tahun 1997 semua pihak setuju termasuk pemimpin dan ADUN PAS yang pada waktu itu parti mereka masih bercita-cita hendak mewujudkan negara Islam.

6. Pihak ADUN bukan Islam juga tidak menentang pindaan Enakmen ini malah ada pihak kumpulan wanita bukan Islam yang menyatakan sokongan atas penutupan pusat-pusat hiburan pada malam Jumaat kerana mereka lebih suka suami mereka berada di rumah bersama keluarga.

7. Saya dapat memahami sebabnya pemimpin MCA pusat tidak menyetujui pelaksaan Enakmen ini di bulan puasa kerana ianya tidak dilakukan di negeri lain.

8. Saya juga dapat memahami sebabnya PAS Kedah ingin melaksanakan Enakmen yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional Kedah untuk mewujudkan pindaan yang memberi kuasa menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan.

9. Apa yang saya tidak faham ialah sebabnya PAS terpaksa tunduk kepada desakan DAP yang baru saja berjaya merobah matlamat PAS dari mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

10. Saya menjadi lebih kesal apabila Enakmen ini hendak dipinda kononnya disesuaikan dengan selera bukan Islam.

11. Jika di dalam sesebuah negara kebajikan, dan bukan Islam sekalipun, menutup pusat-pusat hiburan atau maksiat, tidaklah bertentangan, malah lebih baik untuk kebajikan.

12. PAS sepatutnya tidak takut untuk memberi kursus kepada DAP betapa PAS disokong oleh rakyat kerana PAS bercita-cita mewujudkan negara Islam.

13. Kemenangan PAS dan PKR di Kedah dalam Pilihanraya Umum ke 12 juga disebabkan ramai pengundi Melayu, termasuk ahli-ahli UMNO, yang bosan dengan kemimpinan kerajaan pusat yang rasuah, menyeleweng dan tidak cekap selain kepimpinan kerajaan negeri yang kelihatan boros.

14. Tindakan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS masa kini untuk menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan pasti boleh membantu mereka dalam pilihanraya akan datang. walau pun UMNO pasti meletak calon yang baik dan bersih dalam PRU ke 13.

15. Menteri Besar Kedah sepatutnya tidak berunding terus dengan wakil peniaga-peniaga China sebelum pemimpin berketurunan China dalam Pakatan Rakyat, yang memahami politik PAS di Kedah berjumpa dahulu dengan mereka untuk memahamkan tujuan kerajaan itu.

16. Orang ramai di Kedah tidak akan menghormati seseorang pemimpin yang membuat keputusan sebelum meneliti dahulu implikasinya dan selepas itu merobah keputusan semata-mata kerana gagal meyakinkan pihak peniaga atas sebab musabbab keputusan itu dibuat.

17. Jika masyarakat China di Kedah masih menyokong Pakatan Rakyat maka mereka tidak akan menyusahkan Menteri Besar untuk merobah keputusan. Jika masyarakat China di Kedah sudah tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat di Kedah kerana Pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat pusat dikatakan bergelumang dengan maksiat, maka merobah keputusan menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan yang mulia itu, tidak akan membuat mereka menyokong lagi Pakatan Rakyat.

18. Mungkin juga tidak ada pemimpin China dalam Pakatan Rakyat di Kedah yang boleh diharapkan oleh Menteri Besar Kedah untuk memberi petunjuk, sepanjang masa, mengenai kebajikan dan kepentingan perniagaan orang-orang China.

19. Mungkin juga peluang-peluang perniagaan di Kedah sangat terbatas sehingga hidup mereka terpaksa bergantung kepada perniagaan maksiat.

20. Saya percaya bahawa faktor utama yang menyebabkan perubahan pendirian kerajaan PAS di Kedah ialah kerana desakan dari PAS pusat.

21. PAS pusat pula tidak dapat mengelak daripada kenyataan bahawa keputusan mereka itu adalah disebabkan oleh desakan, atau ultimatum, daripada Karpal Singh.

22. Adakah PAS pusat akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang begitu baik dan Islamik jika Karpal tidak menggertak? Sudah tentu tidak. Mereka pasti sedar dengan dosa kerananya.

23. Pemimpin dan ahli PAS hendaklah mengenal siapa dia Karpal Singh ini. Beliau bukanlah satu-satunya tokoh politik dari keturunan Punjabi di duniaa. Perdana Menteri India juga 'Singh' bernama Dr. Manmohan Singh anak kepada Shri Gurmukh Singh dan Shrimati Amrit Kaur.

24. Dr. Manmohan Singh telah melawat Malaysia baru-baru ini dan begitu gembira dengan keadaan orang-orang keturunan India di sini. Sebagai seorang Singh beliau memakai serban, dan beliau tidak perlu membuang serbannya, tetapi berjaya menjadi Perdana Menteri India, walau pun ethnik Punjabi adalah golongan minoriti di India.

24. Banyak pemimpin PAS seperti Murshidul 'Am dan Presiden PAS yang memakai seban walau pun lilitannya berbeza; kalau yang mengikut Arab tidak menutup telinga dan kalau yang dari kalangan Punjabi menutup telinga dengan meninggal sedikit ruang di bawah untuk menjelaskan pendengaran.

25. Pemimpin PAS patut suruh Karpal Singh memakai serban dan bukan Karpal Singh yang mengganggu serban tokoh-tokoh PAS walau pun sudah berjaya menghapuskan matlamat usaha mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

26. Pemimpin-pemimpin Melayu Islam tidak perlu takut mempertahan prinsip perjuangan kerana menghambat kemenangan. Kejayaan atau kegagalan sesuatu matlamat ditentukan oleh Allah s.w.t. sementara cara menuju matlamat itu tidak boleh diheret melalui taktik dan cara yang mungkar.

27. Tidak hairanlah saya apabila seorang pelajar UIA yang dikatakan fanatik ugama menyatakan PAS patut ubah nama kepada PKS yang bererti Parti Kebajikan Sementara sebagaimana dulunya ia boleh di panjangankan daripada PAS ( pa - alif - sin ) yang berti Parti Islam Sementara.

28. Karpallah, yang menjadi pembela Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam mahkamah, yang menentukan masa depan Pakatan Rakyat. 

29. Semua ini disebabkan ketagih kepada kuasa yang belum dapat dan takut hilang kuasa yang sudah ada.
30. Rasa takut begini sudah menular dalam hati sanubari pemimpin-pemimpin Melayu Islam, dan akan kekal begitu, selagi UMNO dan PAS terus berpecah seperti sekarang.

31. Bangsa Melayu sangat memerlukan pemimpin yang ikhlas dan tegas dan tidak dikungkung oleh cita-cita semata-mata

32. Perkara begini tidak akan berlaku dalam PAS di zaman Allahyarham Dato' Fadzil Noor. Al Fatihah.

14 comments:

rahimlpp@yahoo.com said...

Y. Bhg Dato' Seri@ Saya sungguh simpati dengan Y.A.B Dato Sri Ustaz Azizan, MB Kedah yang sudah pasti dalam keadaan sangat tertekan. Hasratnya untuk melaksanakan sesuatu yang selaras dengan shariat terpaksa berkompromi dengan desakan pimpinan pusat PAS yang lebih mementingkan agenda politik untuk survival PAS dari melaksanakan apa yang mereka perjuangankan selama ini. Nampaknya PAS Pusat lebih mementingkan sokongan DAP daripada melihat kepada matlamat menggikan syiar Islam di Negara ini. Sungguh kesian dengan Ustaz Azizan, seorang yang berperibadi baik dan mulla terpaksa berada dalam kancah politik PAS yang dipimpin oleh mereka yang tamak kuasa dan bercita tinggi untuk menguasai Putrajaya. Malang sungguh bagi bangsa Melayu Dan Islam di negara yang mereka adalah majority. Terima kasha
Iklas,
Anak Tiak, Baling

azran said...

Since when are u interested in the wellbeing of PAS ? Go home and retire quietely. Pray for all the sins and ask for forgiveness from Allah. You've done enough damage already over the years when you were in power.

athirah said...

Azran,

Nobody's perfect. Amongst the mistake Tan Sri may have made... they're nothing compared to all the goodness he brought to Kedah within just the 3 years he was in office. The only reason he stepped down was because he was back stabbed by his own greedy man.

Btw, the point of this article is EVERYONE (in this case PAS) should stand by their beliefs even when being FORCED BY OTHERS (in this case DAP). May I remind u to open your mind and focus on the points when reading an article rather than having nasty thoughts.

You may reply ... so I'll leave you with this hadith Azran:
Rasul Allah (SAW) said: “Whoever does not argue when he is in the wrong will have a home built for him on the edge of Paradise. Whoever avoids it when he in the right will have a home built for him in the middle of Paradise. And whoever improves his own character, a home will be built for him in the highest part of Paradise.” [Tirmidhi]

Wassalaam

Anonymous said...

Salam Datuk, Saya salah seorang pengundi bagi parlimen pokok sena dan dun derga ingin mengesahkan pendapat Datuk mengenai undi protes pada PRU 12 yang lepas..7-8 orang dari ahli keluarga saya yakni di kampung chepoh telah undi protes..Dan ia akan menjadi sebaliknya bagi PRU 13 nanti..kami dah serik dengan Pas ni...Helmi kampung Chepoh...

Anonymous said...

saya dan semua penduduk terhutang budi pada dato seri kerana meluluskan permohonan memiliki tanah di kampong kilang sago baru,jalan tunku putra kulim.
setelah berpuloh tahun dah ramai MB kedah bertukar ganti.
akhirnya masa dato seri jadi MB.kami semua dapat geran hak milik tanah dan dato seri sendiri datang melawat kawasan tersebut.
tolong tanya berapa ribu rakyat kedah diberi hak pemilikan tanah dalam masa 3 tahun dato seri jadi MB.
tiada manusia yg sempurna segalanya.
tapi yg benar kita harus kata benar.
budi dan jasa tetap kami kenang.
antara kejayaan dato seri...memperkenalkan dan menggalak rakyat minum air kelapa muda.
hingga harga air kelapa muda mencecah rm2.50 sebiji di gerai2 tepi jalan.
dan saya masih ingat cerita dato seri tentang mat jenin..
rupa2nya mat jenin tak mati akibat jatuh pokok kelapa.
kalu betul mat jenin mati...macamana orang bolih tahu segala angan2 beliau masa atas pokok.
rupanya ini semua cerita yg direka untuk memburukan orang melayu dan mahu melemahkan keupayaan bangsa kita.

terima kasih dato seri..


hashim ex cimb damansara town center

Anonymous said...

Saya helmi ingin menyambung lagi..berkat dari usaha yang gigih oleh Tun, orang kampung yang hina lagu saya boleh p luar negara dan jasa Tun tidak akan saya lupakan sampai mati..Tun ini ibarat allen greenspan atau yang terbaru ben benanke pengerusi faderal reserve..dia bersin saja ekonomi boleh goyang..itulah aura Tun buat orang kedah...masih ingatkah lagi Tun datang ke ceruk kampung lalu menyeru supaya orang melayu beranak banyak...sebabnya kita boleh lihat sekarang ini...sama-samalah kita renungkan...yang baik datangnya dari Allah,yang hina lagi keji datangnya dari saya sendiri...Helmi, kampung Chepoh..la ni menetap di KL..Salam Datuk Seri (Walau la ni dah jadi Tan Sri)...

Anonymous said...

Salam YB Dato' Seri,

Ustaz Azizan harus menjawab suatu hari nanti kenapa beliau terpaksa menjilat balik ludahnya sendiri.

Adakah itu cara kerja seorang pemimpin Islam yang beriman dan bertakwa?

Apakah itu cara orang Islam yang berjihad dijalan Allah?

Berapa ramai dah orang DAP berjaya PAS Kedah Islamkan dan begitu juga berapa ramai pulak di Kelantan, di Pulau Pinang dan di Selangor? Cuba kita tanya ahli-ahli PAS soalan ini kalau betul mereka memperjuangkan Islam.

Kalau tidak ada setahun satu pun, memang patut mereka mengubah matlamat perjuangan mereka yang asal kerana memalukan agama Islam sahaja.

Setahu saya orang-orang bukan Islam jadi fobia dan takut dan mula pandai menghina agama Islam disebabkan PAS.

Yang pelik kerajaan kita takut ambil tindakan terhadap sebuah parti politik yang menyelewengkan akidah umat islam di Malaysia, tetapi dengan ajaran sesat yang berbagai-bagai itu berani pulak.

Kenapa pemimpin-pemimpin parti DAP seperti LKS, anaknya LGE, KPS, dan anak-anaknya, serta lain-lain seolah-olah masih dalam kegelapan dan tidak faham langsung tentang agama suci yang dibawa oleh Nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw hingga hari ini?

Bukankah mereka itu semua teman-teman rapat PAS dan PKR. Bagaimana mereka bolah tidak tertarik langsung dengan agama yang mudah, terang, indah, beradap, dsn.

Tetapi saya berasa pelik juga ada beberapa orang daripada mereka pandai pulak membaca ayat-ayat Al-Quran dan Hadis.

Kita takut nanti semua yang diharamkan oleh Islam akan dihalalkan pula oleh DAP dan akhirnya ahli-ahli PAS dan PKR yang masih beriman pula berjaya dikafirkan oleh mereka.

Wassalam.

Anonymous said...

Orang-orang yang kurang didikan akhlak, adap dan budi pekerti yang sempurna oleh ibu-bapa mereka satu hari nanti akan jadi seperti azran atau dalam bahasa kasarnya disebut, 'Orang Kurang Ajar.'

SAMADLELONG said...

AKU ORG AIR HITAM KEDAH YG AKU INGAT SANGAT NGAN TAN SRI SANUSI NI SINOMIN NGAN PANGGIAN SHAMELIN, DIA BG TREKTAR UNTUK BAJAK SAWAH DGN KADAR UPAH YG RENDAH DAN AKU SENDIRI PERNAH BAWA TREKTAR TRBT, SYABAS TAN SRI BUDI DAN JASAMU SEMOGA ALLAH YANG MEMBALASNYA

Dari Mata Ku said...

People who are concerned about his country should be supported.we should head the advice of our elders so that we can learn from their shortcomings for a better future.so azran,show respect to the elders who r our guiding lights.what have you (azran) got to show except for disrespect for others. Tan Sri is talking from experience and the knowledge that he has.compared to us, we r still miles from what Tan Sri has achieved so far.a lot of zany anf wonderful ideas came from this man. so lets close our mouth and open our ears to his postings. Thank you.from your son, Tarmizi Abdullah Maamuom

Anonymous said...

Azran,
Don't be so insolent and moronic at the same time. You've totally missed the point. Your comment is typically common among ingrates infesting anti-government blogs and news websites. Go back to where you belong and continue with your childish whinings.

kampung.kelawar said...

Masa tan sri menteri besar dulu,bulan puasa berjalan terus.Maksiat seperti biasa.Bila orang lain pegang macam-macam komen.Susah kalau ada kepentingan hingga hilang kewarasan menegakkan Islam.Tak kira siapala yang tegakkan Islam.Yang penting sebagai orang Islam sokong.Buang jauh-jauh dengki dan bersikap memburukkan orang lain.Anwar Ibrahim hari-hari dikutuk dan dicerca.Apa tan sri takdak sikit rasa trakut kepada Allah dan hormat Rasulullah ka.Dikhuatiri amalan kita selama ini sia-sia dan habis begitu saja.Harta dunia hanya sehalus debu saja jika dibandingkan akhirat.Mati sentiasa mengintai manusia dan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Penghambat kampung.kelawar said...

kampung.kelawar,

Waktu Tan Sri jadi menteri besar Kedah dulu, kebudayaan Islam lebih banyak dipertengahkan contohnya:

1. Masjid2 & Surau2 dijadikan pusat aktiviti eg.bersukan, kelas keagamaan etc

2. Konsert KRU pun tak diluluskan sehingga KRU berforum dengan Tan Sri dan of course mereka kalah dan tak dapat permit.

3. Dan seperti dalam artikel ini, semua pusat hiburan ditutup setiap Jumaat malam.

Ada Anwar Ibrahim ketengahkan hal2 yang sebegini?
Sekiranya mau mengomen tu check dulu fakta anda. Jangan jadi biadap terhadap orang yang lebih berpengalaman.

bombastika said...

orang macam kg kelawarlah patut muhasabah diri, cukupkah dengan masuk parti Islam kita dah terjamin benar dan betul walaupun jalannya tak betul. Apa dah terbukti berjuang bukan untuk Negara Islam dan dah mengkafikan orang lain suatu ketika dulu tiba-tiba kini boleh berubah berkawan rapat dengan kafir harbi. Apa ingat Islam itu boleh mai--main ikut suka tiada pendirian. Hanya orang yang buta akal saja yang ikut parti membabi buta.. Salah orang nampak salah sendiri tutup dengan tempurung..