Monday, August 3, 2015

ANTARA BERPOLIGAMI & BERNIAGA

HAK ISTERI YANG HENDAK DIMADUKAN

1. Malaysia adalah sebuah negara yang ada peraturan menikah yang memerlukan izin isteri pertama jika ianya hendak dimadukan. Saya tiada pengalaman dan kurang pasti jika surat dari dua orang isteri diperlukan jika sang suami ingin menikah buat kali ketiga. Apatahlagi jika pernikahan itu untuk kali keempat. Perlukah 3 surat persetujuan?
 
2. Waktu saya menjadi salah seorang rakan kongsi dalam syarikat SAZARA Sdn. Bhd. (SA - Sanusi; ZA - Zain dari Filem Negara; R - P. Ramlee dan A - SN Dato' Abdullah Husin), untuk membuat filem motivasi Melayu seperti filem Hong Kong bernama 'One Arm Swordsman' yang dilakunkan oleh Wang Yu, P. Ramlee pernah memberitahu saya bahawa yang susah ialah menguruskan perkahwinan kedua; bila itu sudah lut, yang ketiga itu isteri pertama pun boleh tolong cari untuk menyakitkan hati isteri kedua, dan isteri keempat akan diusahakan oleh isteri pertama dan kedua supaya padan muka isteri ketiga.  
 
3. Pada awal tahun 1970an peraturan memerlukan izin isteri terdahulu sebelum boleh menikah seorang lagi tidak pernah saya dengar. Oleh itu di waktu saya menjadi pegawai bank dahulu dan bertanggungjawab  ke atas pinjaman kepada 25 ribu orang penanam padi di Perlis, Kedah dan Seberang Prai ramailah dari peminjam wang, yang telah menyelesaikan hutang dan ada wang simpanan yang cukup, yang menikah dengan isteri kedua tanpa sebarang halangan.

4. Pada tahun 1973 saya diberitahu sekitar 3 ribu orang pemegang saham SYARIKAT INSAN DIRANTO BHD yang meminjam wang melalui saya, telah berpoligami. Insan Diranto Bhd. ialah nama syarikat milik petani yang meminjam yang sahamnya dijadikan cagaran apabila nilainya mencukupi.
 
5. Memperbanyakkan isteri bagi mereka yang tinggal di luar bandar adalah perkara yang selari dengan tabiat Melayu, yang suka menambah atau mengulangi, apabila sudah berminat dengan satu-satu benda, menggemari satu-satu perkara atau menikmati satu-satu pengalaman.

KEGEMARAN KERETA
ATAU
MOTOSIKAL YANG SAMA JENIS


6. Pada tahun 1965, waktu saya bekerja di Seremban, saya dapati kebanyakan guru sekolah memakai motosikal jenis Norton kerana mereka tidak mampu membeli kereta. Motosikal lain payah laku kerana apabila seseorang itu ingin beli motosikal dia akan belajar memandu motosikal Norton milik kawannya. Oleh kerana dia tidak pernah naik motosikal lain maka yang dia beli ialah yang dia pernah dan suka pakai kerana kebiasaan.

7. Begitu juga bila CCM (Credit Corporation Malaysia), sebuah syarikat sekutu dengan bank tempat saya berkerja, sebagai syarikat pinjaman wang untuk pembelian kenderaan, mula membiayai  pembelian kereta Peugeot.

8. Setelah sebuah kereta Peugeot dijual dan dipakai oleh seorang Cekgu maka Cekgu lain akan belajar menggunakannya. Apabila Cekgu dah pandai memandu dia akan beli kereta Peugeot juga kerana sudah biasa memandunya. Susah nak jual kereta lain yang baru diperkenalkan di pasaran.

9. Itulah sebabnya bila CCM nak tonjolkan kereta Volkswagen mereka menderma beberapa buah kereta jenis itu kepada beberapa buah sekolah memandu, 'driving school', supaya pembeli biasa dengan kereta jenis itu waktu mula belajar memandu.
 
10. Pendek kata orang Melayu kita ini jika berminat dengan sesuatu itu dia akan tambah yang dia minat apabila ada kemampuan. Kalau dia ada motosikal maka dia akan beli lagi satu motosikal dan lagi satu kemudiannya bila ada duit tambahan.

11. Begitu juga dengan isteri, dia akan tambah seorang lagi jika hidupnya dengan isteri pertama membahagiakan dalam semua erti. Bila dah biasa maka sang suami akan tambah seorang isteri lagi jika ada rezeki tambahan dan isteri tua tidak cukup waspada.

12. Sepatutnya, apabila kita sudah mempunyai kemampuan kewangan kita akan meningkatkan mutu hidup kita. Sebaliknya kita tidak mengubah mutu atau kualiti hidup kita apabila kita mewah dan mampu tetapi kita menambah apa yang sedia ada atau kita tambah apa yang kita nikmati dalam hidup kita.

13. Oleh kerana ada keperluan memperolehi izin isteri pertama untuk menikah isteri kedua, walaupun Islam tidak memberi syarat demikian, maka ramailah sekarang ini orang yang menikah secara diam-diam dan hanya diketahui bila meninggal sang suami dan isteri muda datang menangis bersama dengan anak dalam kandungan.


14. Banyak juga kes yang kita dengar mengenai rakyat Malaysia, termasuk pembesar-pembesar, pergi menikah di Selatan Thailand kerana jurunikah di sana tidak memerlukan syarat persetujuan isteri pertama atau isteri yang sudah ada.

PERANAN POLIGAMI

15. Islam membenarkan Umatnya berpoligami dengan bersyarat. Poligami yang melupakan syarat inilah yang selalunya menimbulkan masalah.

16. Walaupun Islam membenarkan poligami tetapi pada naluri wanita itu tentu ada perasaan cemburunya.

17. Ada lelaki yang menikah banyak kali secara bergilir-gilir kerana isteri yang ada tidak menyetujui untuk berpoligami. Oleh kerana selera sang suami sudah berubah maka berlakulah perceraian. Kadangkala yang berubah selera itu si isteri sehingga dia membuat masalah hingga akhirnya tercapailah cita-citanya untuk diceraikan. Isteri jenis ini biasanya yang bercita-cita dan berkemahuan tinggi.

18. Oleh kerana Nabi Besar Muhammad juga berpoligami maka bagi yang hendak berpoligami biasalah menjadikan Nabi sebagai contoh sedangkan dari segi iman dan ibadat mereka tidak mengikut Nabi.

19. Saya pernah terbaca satu kisah di Jawa apabila seorang lelaki berugama Islam mempunyai 10 orang isteri yang tinggal serumah. Beliau berbuat demikian berlandaskan tafsirannya mengenai ayat yang menyentuh poligami yang menyatakan manusia boleh beristerikan seorang, dua, tiga atau empat dengan syarat-syarat yang ditentukan. Tafsiran peribadinya mengenai ayat ini ditukar dari 'satu, atau dua, atau tiga, atau empat' kepada '1 + 2 + 3 + 4 = 10'. Tafsiran perkataan 'Wa' sebagai 'dan' bukan 'atau' ini berlandaskan nafsu semata-mata.

20. Saya mempunyai beberapa orang anggota keluarga yang berpoligami. Ada yang berpoligami kerana isteri tua tidak ikut bersama di dalam hutan dalam peperangan di Aceh atau menikah dengan isteri sahabat yang telah dibunuh dalam peperangan. Ada juga isteri tuanya berada di Yan Kedah dan isteri mudanya berada di Aceh seperti nenek saya sendiri. Dato' saya seorang ahli perniagaan. Tetapi ada juga yang berpoligami kerana isteri tua tidak mahu tinggalkan kampungnya di Aceh, oleh itu suaminya yang berdakwah atau menjadi guru ugama di Kedah menikah seorang lagi. Mereka ini umumnya dari kalangan Tentera Mujahidin atau Ulama.

SIKAP KRISTIAN TERHADAP POLIGAMI

21. Dalam berhujjah dengan golongan bukan Islam, khususnya Kristian Katholik, saya selalu memberi contoh bagaimana Islam boleh berkembang melalui dakwah atau pun peperangan tanpa menimbulkan skandal seks berbagai jenis.

22. Paderi Roman Katholik umpamanya tidak dibenar menikah maka kita terbaca banyak kisah skandal seks di gereja antara sesama lelaki atau pun antara paderi lelaki dengan paderi perempuan yang juga tidak dibenarkan menikah.  Masukan blog saya mengenai perkara ini boleh didapati atas tajuk SKANDAL SEKS DALAM GEREJA KATHOLIK pada 6hb April, 2010 yang lalu.

23. Di Bay of Biscay di Filipina dan di Okinawa di Jepun umpamanya, di mana terletak pengkalan Angkatan Kapal Perang Amerika Syarikat didapati industri pelacuran begitu membangun, menyemarak, meriah dan lumrah. Tentera Amerika Syarikat berzina kerana tidak boleh berpoligami.

24. Agak mustahil bagi manusia menggambarkan tentera lelaki Amerika yang segar bugar, kadangkala ganas, dapat membatas nafsunya bertahun tahun di negara orang tanpa ada hubungan seks dengan wanita lain, atau sesama lelaki lain atau dengan tentera wanita yang terbatas jumlahnya.

25. Mungkin juga isteri mereka di Amerika Syarikat sudah menerima hakikat bahawa amalan seks di luar nikah bagi suami mereka adalah satu dari syarat atau tangungjawab seseorang yang telah mendaftar menjadi ahli angkatan tentera.

DAKWAH DAN PEPERANGAN   

26. Di dalam kisah sejarah Tariq Ibn Ziad menyerang Sepanyol dan mengalahkannya sudah tentu tentera Islam akan tinggal di Sepanyol agak lama untuk mengekalkan pemerintahannya. Oleh itu, kerana tentera Islam itu sihat dan mempunyai keperluan-keperluan jasmani, dan meliwat pula dikutuk oleh Islam, maka poligami dapat menyelesaikan masalah ini tanpa tentera dan pegawai Islam bergelumang dengan maksiat zina seperti yang yang dilakukan oleh tentera tertera barat yang ugama mereka tidak menghalalkan poligami dan membiarkan zina dan amalan homoseksual sebagai gantinya.

27. Begitu juga dengan keperluan ulama-ulama dari Timur Tengah (Hadramawt, Saudi Arabia, Mesir, Parsi dan lain-lain) dan Asia Selatan (India dan Pakistan) yang datang ke Nusantara untuk berdakwah. Mereka perlu berpoligami kerana mereka tinggal di perantauan begitu lama dan isteri mereka pula tidak begitu berminat meninggal kampong halaman untuk mendampingi suaminya berdakwah.

28. Malahan di Nusantara juga ramai Ulama yang berpindah randah antara Aceh, Minangkabau, Jawa, Sulawesi, Pattani, Malaya dan lain-lain, untuk berdakwah, mempunyai isteri kedua dan ketiga di lain-lain tempat. Mereka akan kesunyian tanpa poligami.

29. Dari pembacaan sejarah saya dapati peranan poligami dalam mengislamkan Raja-Raja Hindu di Nusantara besar sekali. Maharaja Derba Kedua di Kedah, Parameswara di Melaka dan Raja Majapahit di Jawa semuanya telah berpindah ke Islam kerana tarikan poligami.

30. Pada perhitungan saya, sebelum Raja-Raja Hindu ini menganuti ugama Islam tidak ada bukti mereka terdedah kepada ajaran-ajaran Islam dahulu untuk menikmati keindahannya.

31. Tetapi Raja-Raja Hindu ini tidak memerlukan masa dakwah yang lama untuk menghayati nikmat berpoligami.

CARA DAN ALASAN MELAYU DALAM BERPOLIGAMI

KEEMPAT ISTERI TINGGAL SERUMAH

32. Saya kagum dengan dua orang kawan di Kedah yang mempunyai 4 orang isteri, iaitu seorang Mahaguru Silat di Padang Lumat dan seorang penyelia KEMAS di Kedah. Mereka membenarkan saya menceritakan pengalaman mereka sebagai contoh untuk yang berhasrat berpoligami.

33. Keempat isteri Mahaguru silat tinggal serumah dengan aman. Walaupun mereka sering bertelingkah tetapi sebelum Mahaguru balik mereka terpaksa berdamai mesra. Saya bertanya Mahaguru bagaimana caranya beliau mengamankan ke 4 orang mereka. Mahaguru memberitahu saya dia berkesanggupan melayan keperluan jasmani keempat orang mereka sepuasnya.

34. Tetapi, jika seorang dari mereka didapati sedang menangis apabila Mahaguru pulang ke rumah maka Mahaguru akan pukul keempat-empat sekali sehinggalah mereka menyedari bahawa berkelahi itu membawa 'bala' untuk mereka dengan serta merta di dunia ini. Sebelum Mahaguru pulang ke empat orang mereka selalulah berdamai dulu kerana takut dipukul.

35. Mahaguru tersenyum menceritakan caranya itu dengan penuh kebanggaan dan beliau mengizinkan saya bercerita pada orang lain. Keluarga Mahaguru boleh dikatakan bahagia.

EMPAT ISTERI TINGGAL BERASINGAN

36. Si Penyelia Kemas pula mengasingkan ke 4 isteri di rumah yang berlainan dan berjauhan antara satu rumah dengan rumah yang lain. Oleh kerana gajinya sebagai kakitangan KEMAS tidak mencukupi melayani kehendak semua isteri maka beliau pastikan isterinya mempunyai pendapatan atau pekerjaan atau harta sendiri.

37. Entah apa kelebihan Penyelia Kemas ini sehingga isteri pertamanya ialah isteri kepada bosnya waktu dia bekerja sebagai pemandu. Bila saya tanya bagaimana boleh jadi demikian dia menjawab 'Bos saya selalu menyindir saya sebagai 'manusia yang tidak bernafsu dan tidak berkemampuan' untuk menawan seorang pun perempuan yang berselerak di Kedah'.

38. "Itu sebab saya pikat isteri dia; bila mereka bercerai saya pun menikah dengan isterinya'.

39. Bila Penyelia Kemas itu merasai nikmat perkahwinan maka dia, seperti peminat motosikal atau kereta Peugeot atau Volkswagen, menambah isterinya 3 orang lagi melengkapi kuotanya.

40. Bila saya tanya si Penyelia kenapa dia tidak letak semua isterinya dalam satu rumah seperti Mahaguru dia menjawab, 'Kalau bubuh satu rumah buat apa kahwin ramai, satu cukup saja. Dato' kan ada satu isteri, bukan kerana tidak kemahuan dan kemampuan tetapi mungkin takut kat Datin. Oleh kerana Dato' ada satu isteri saja maka Dato' selalu pergi bercuti untuk berubah-ubah tempat. Saya tak payah bercuti kerana saya ada 4 tempat yang berlainan untuk saya lawati sepanjang bulan. Itulah cuti namanya.... ha ha ha ".

BERPOLIGAMI UNTUK MEMBUKTIKAN
BAKANYA BAIK

41. Seorang lagi sahabat saya telah bertengkar dengan isterinya kerana isterinya mengatakan bahawa suaminya, kawan saya, tidak peduli kepada anaknya yang ramai itu. Dengan bangga kawan saya menjawab bahawa dia tidak perlu menjaga mereka kerana mereka baka baik dan selalu dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Kawan saya merasa 'tersinggung' atas dakwaan isterinya bahawa kejayaan mereka bukan kerana baka baik tetapi kerana perhatian isterinya.

42. Selang beberapa minggu kawan saya itu menikah seorang lagi. Bila isterinya menangis bertanyakan sebabnya, rakan saya menjawab 'Untuk membuktikan baka aku baik dan di mana bertabur pun benihku boleh melahirkan anak yang bijak tanpa aku perlu mengasuhnya setiap hari.' Isterinya tercengang.

BERPOLIGAMI KERANA MAHUKAN ANAK

43. Ada juga beberapa orang kenalan saya yang menyatakan mereka menikah dengan isteri kedua, dan ada dengan isteri ketiga kerana mahukan anak.

44. Seorang dari kenalan ini telah menyetujui permintaan isteri keduanya untuk diceraikan kerana suami telah menikah dengan yang ketiga kerana ketiadaan anak dianggap sebagai kemandulan kedua isteri terawal. Ternyata dengan isteri ketiga pun tiada anak tetapi, apabila isteri kedua yang telah diceraikan menikah dengan orang lain, dalam masa sebulan ternyata sudah mengandung.

45. Saya kurang pasti apakah kawan saya ini betul-betul mahukan anak. Yang jelas ialah beliau tidak sedar akan kekurangannya sedangkan dia telah menikah tiga kali.

ISTERI MUDA TIDAK MAHU DIMADUKAN

46. Waktu saya di Seremban pada awal tahun 1970an saya tinggal bersama seorang kawan bernama Kasim yang berkerja sebagai pakar percetakan di Percetakan Bharatti. Saya berkerja di The Chartered Bank. Saya dan Kasim tiggal dalam dua bilik berasingan, tanpa sebarang bayaran, di tingkat atas sebuah kedai milik Yang Berhormat Tuan Hj. Redza Hj. Said yang menjadi bapa angkat saya sejak itu.

47. Kedai tempat kami tinggal itu di Paul Street berdepan dengan mini-market A. S. Dawood. Di samping kedai A. S. Dawood ada kedai tukang jahit Hj. Saidi iaitu bapa kepada Nurlida Saidi, seorang pengacara TV RTM sebagai satu-satunya stesyen TV di negara kita di waktu itu.

48. Kasim berkawan baik dengan seorang guru bernama Mulia Yatama yang menjadi guru bahasa Melayu di ITM.  Mereka berdua berasal sekampung di Jelebu. Pada satu hari Kasim memberitahu saya bahawa si Mulia berada di kamarnya untuk mendapat nasihat kerana beliau telah jatuh cinta dengan muridnya di ITM sedangkaan dia sudah mempunyai isteri yang ditinggalkannya di kampong.

49. Oleh kerana isteri si Mulia tidak mahu dimadukan maka Mulia terpaksa memilih antara memutuskan hubungan dengan pelajar ITM itu ataupun menceraikan isteri tuanya yang merupakan pilihan orang tuanya. Waktu menikah isteri tuanya itu ialah sekuntum bunga wangi di kampong dan persekitarannya.

50. Kasim dan saya berpendapat Mulia patut tinggalkan saja pelajarnya itu untuk teruna lain kecuali jika isteri tua bersetuju dengan poligami. Pada waktu itu belum ada keperluan isteri tua untuk boleh menikah seorang lagi kerana pengaruh Wanita UMNO belum begitu kuat.

51. Tetapi, oleh kerana pelajar ITM itu terlalu manja dan berkeras hati tidak mahu berpoligami, malah meminta untuk melihat surat cerai dari Mulia sebelum mahu terus berkawin maka Mulia, kerana begitu terpikat, telah menceraikan isteri tuanya untuk menikah dengan Mariam. Oleh kerana isteri tuanya juga masih muda umurnya maka Mulia dan isteri tuanya hidup dalam behagia dengan pasangan baru masing-masing.
 
ZAHARI MEMPERKENALKAN IDE KOPERASI

52. Yang Berhormat Dato' Hj. Redza, yang sangat rapat hubungan dengan saya, telah saya perkenalkan kepada sahabat karib saya, di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Dato' Zahari Sulaiman sebaik sahaja beliau lulus dari Universiti Malaya dan ditugaskan sebagai pegawai Jabatan Koperasi di Seremban.
 
53. Dato' Zahari sekelas dengan saya dari Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan Enam (Atas). Zahari dalam bidang arts dan saya dalam kelas 'sains'. Waktu di kolej kami bersama dalam pertubuhan tidak berdaftar bernama MARA MUNDUR JANGAN. Semangat 22 pelajar dalam MARAMUNJANGAN inilah, yang akhirnya menelorkan ide untuk menubuhkan sebuah organisasi perniagaan yang bermodalkan 'perpaduan bangsa Melayu'. Zaharilah yang memberi ide untuk didaftarkan organisasi itu sebagai sebuah koperasi. 

TIADA JODOH KERANA NAMA 

54. Oleh kerana Dato' Zahari sudah berkelulusan universiti dan mendapat kerja yang baik sebagai pegawai PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) maka Dato' Hj. Redza terfikir hendak mencari isteri untuknya.

55. Walaupun saya belum ada apa-apa kelulusan, hanya menjadi pegawai latihan yang menunggang basikal ke pejabat dari rumah sewa di Ampangan ke The Chartered Bank Seremban, tetapi secara diplomasi Dato' Hj. Redza menawar juga kepada saya untuk beliau mencari isteri.

56. Pada satu hari Dato' Hj. Redza memberitahu kepada saya bahawa beliau sudah ada calon isteri untuk saya atau Zahari. Saya tahu Dato' Hj. Redza sedar bahawa saya belum layak mendirikan rumahtangga, tetapi, dengan bersemangat saya bertanya, 'Nama apa perempuan tu Pak Haji.' Dato' Haji Redza menjawab 'Ce' Hudoh.'

57. Mendengar nama 'Ce' Hudoh' saya pun mati selera dan mencadangkan, 'Bagi saja kat Zahari kerana dia sudah jadi pegawai.' Dato' Hj. Redza tersenyum kerana dia tahu sebab sebenarnya saya menolak dengan gopoh dan cepat.

58. Pada keesokan harinya bila Dato' Hj. Redza bawa saya dan Zahari ke Seremban Restoran di Jalan Paul, sebaris dengan tempat saya tinggal, beliau bertanya pada Zahari, 'Minatkah Zahari untuk menikah dengan orang Nogori Sembilan? Kalau minat Pak Haji dah ada seorang yang nampaknya sesuai.' Zahari bertanya, 'Nama apa Pak Haji?' Bila Zahari dengar 'Ce' Hudoh' dia dengan cepat menjawab 'Bagi kat Sanusi dululah ...'

59. Kira-kira enam bulan kemudian Dato' Hj. Redza telah memandu saya ke Chembong untuk menghadiri satu majlis rakannya. Bila sampai berdekatan dengan Pusat Pertanian Cembong saya dapati ramai orang menghadiri khenduri perkahwinan. Sebagai seorang Wakil Rakyat yang dihormati Dato' Haji Redza dibawa ke meja khas dekat dengan pelamin.

60. Bila sampai waktu bersanding saya dan Zahari terpegun melihat wajah pengantin perempuan yang sedang diiring ke pelamin. Saya terus berbisik kepada Dato' Hj. Redza, 'Kalau Pak Haji nak pilih jodoh untuk kami carilah yang cantik semacam pengantin itu.' Zahari, yang terdengar bisikan saya itu, mengangguk kepala tanpa bersetuju.

60. Dato' Hj. Redza menjawab, 'Itulah Ce' Hudoh. Nama sebenarnya Munirah.'

61. Jangan tanya saya bagaimana wajah Zahari apabila mendengar jawapan Dato' Hj. Redza.

CINTA SEJATI BANG ZUL DAN KAK ZAINAB

62. Seorang lagi kawan karib saya ialah Bang Zul, yang bernama Zulkifli Salleh yang berasal dari Kampung Dong, dekat Temerloh, di Pahang. Kalau betul ingatan saya inilah juga kampong mantan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sallehuddin. Kerana kegagalannya untuk mendapat markah yang cukup dalam peperiksaan SPM Bang Zul berasa malu kepada masyarakat yang meletak harapan terlalu tinggi ke atasnya. 

63. Bang Zul pun terus berpindah ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. Katanya, waktu saya bertemu dengannya pada penghujung tahun 1960an di pejabat Suruhanjaya Perdagangan Malaysia di Piccadilly Circus di London, bapa kawan wanitanya di Kampung Dong telah membatalkan rancangan untuk menjadikan Bang Zul seorang menantu.

64. Pembatalan rancangan inilah yang menyebabkan Bang Zul berazam untuk ke London. Kerana tiada wang beliau telah berjalan kaki atau 'hitch-hike' yang memakan masa hampir 6 bulan.

65. Bang Zul menceritakan pada saya pengalamannya melintasi Thailand, Burma, India (waktu itu belum ada Bangladesh), Pakistan, Afghanistan, Iran dan lain-lain Negara hinggalah sampai ke London. Cerita Bang Zul seronok saya dengar tetapi ia adalah satu cabaran yang besar bagi Bang Zul dan memberi kekuatan kepadanya dari pengalaman itu.

66. Sementara Bang Zul hitch-hike pergi ke London bakal isterinya Kak Zainab, yang berasal dari Rembau pula, telah pergi dengan kapal laut dan berkerja sebagai tukang masak di dalam kapal.

67. Kerana kegigihannya, Bang Zul telah mendapat kelulusan  Associate Institute of Marketing dan juga Institute of Export. Kak Zainab pula menjadi seorang jururawat yang bertauliah di Queen's Hospital.

68. Waktu bertemu dengan Bang Zul di Pejabatnya di Piccadilly Circus Bang Zul telah menawarkan saya tinggal di rumahnya di Highbury Islington kerana dia tahu saya tidak selesa tinggal di asrama YMCA (Young Man Christian Association). Pada keesokan harinya saya pun pindah ke rumah Bang Zul.

69. Rumah Bang Zul di Highbury Islington sangat sederhana sekali. Malahan, di musim salji, wap salji masuk ke dalam bilik tidur saya kerana tuan punya rumah lambat membuat apa-apa kerja pembaikan apabila diperlukan. Di musim sejuk saya berlindung di bawah kain selimut yang tebal.

70. Dari Highbury Islington Bang Zul berpindah ke Warwick Avenue.

71. Tiga peristiwa penting yang tak dapat saya lupakan telah saya alami di waktu saya tinggal di Warwick Avenue setelah Bang Zul berpindah dari rumahnya berdekatan dengan Stadium bolasepak Arsenal di Highbury Islington.

BANG ZUL TERLUPA KESEJUKAN SALJI 

72. Bang Zul kurus orangnya dan Kak Zainab pula berisi. Kurusnya Bang Zul bukan kerana Kak Zainaab tidak pandai memasak. Mereka tidak mempunyai anak. Pada satu hari di musim dingin dan salji turun dengan lebat di London saya menonton TV bersama-sama dengan Bang Zul apabila kami terdengar dalam berita bahawa keretapi yang datang ke Warwick Avenue telah terkandas di bawah terowong kerana kerosakan enjinnya.

73. Oleh kerana pada perhitungan Bang Zul itulah keretapi yang dinaiki oleh Kak Zainab dia tiba-tiba lari turun dari rumah dengan celana pendek dan berbaju singlet, tanpa over-coat, meredas salji yang tebal berlari ke stesyen keretapi yang berdekatan. Saya telah memakai over-coat dan sekaligus mengekori Bang Zul yang sudah jauh di depan, dengan membawa over-coatnya.

74. Saya kagum melihat Bang Zul lupa kesejukan kerana bimbang Kak Zainab terkandas di dalam keretapi. Terlupa Bang Zul kepada kesejukan salji kerana fokus mengingati Kak Zainab yang berada dalam segala kemungkinan dan tentu sekali dalam kesejukan.

JUAL SATAY DI SOHO

75. Kak Zainab ialah seorang tukang masak yang bijak. Masakan istimewanya ialah masak santan pedas  cili api ala Negeri Sembilan. Beliau juga pandai membuat satay. Pada satu hari saya telah mengajak Bang Zul untuk menjual satay di Soho, London. Kami pun berangkat dengan keretapi ke Tottenham Court Road dengan meja lipat dan beg dengan daging dan kuah satay di dalamnya.

76. Di tepi Victoria Theatre kami telah membuka lipatan meja dan bungkusan satay dan kuahnya. Setelah kami bakar arang batu kami pun membakar satay sambil menjaja kepada orang ramai yang lalu di situ. Begitu popular satay kami dalam masa yang singkat hampir semuanya kehabisan. Kami dapati orang putih lebih suka minum kuah satay dulu dan lepas itu baru makan dagingnya.

77. Setelah hampir habis, oleh kerana asap dari arang yang membakar satay, maka kami lihat dua orang bobby, mata-mata, berjalan dengan cepat menuju ke arah kami. Oleh kerana kami tahu kesalahan menjual satay tanpa lesen dan kepolan asap pula melanggar undang-undang, maka apabila kami lihat ke kiri dan ke kanan kami ternampak dua baris pasukan beruniform dari Salvation Army menuju ke arah kami. Saya dan Bang Zul pun tinggal meja dan kotak yang kami bawa dan terus masuk untuk berkawad bersama dengan Salvation Army. Dengan cara itu kami dapat mengelak dari ditangkap oleh polis.

78. Pada satu hari Sabtu di musim sejuk kami bertiga duduk di depan TV sementara menunggu masa untuk keluar ke Hyde Park Corner bertujuan mendengar orang berucap di atas tangga dan tong. Tiba-tiba saya teringat untuk berbincang dengan Bang Zul mengenai nama yang hendak saya berikan kepada sebuah koperasi yang ingin saya tubuhkan apabila saya balik ke Malaysia nanti.

79. Sudah tentu koperasi itu berwajah SHARIKAT perniagaan yang dimiliki oleh orang-orang MELAYU dan bersifat antarabangsa atau INTERNATIONAL. Kak Zainab tanya, 'Apa bidang kegiatannya.' Saya menjawab 'Segala bidang kegiatan yang halal.' 

80. Kak Zainab, setelah beberapa ketika, bergegas menuju saya dan berkata 'SHAMELIN singkatan dari SHArikat MELayu INternational.' Bila kami melihat dalam kamus bahasa Arab ada batangan perkataan SHAMELIN, SHAMELIN dan SHAMELON yang bererti 'baik' dan 'merangkumi berbagai bidang.'

81. Tepat sekali cadangan Kak Zainab dan itulah puncanya saya memakai nama KOPERASI SHAMELIN BERHAD apabila ianya ditubuhkan setelah saya balik ke Malaysia. Sebelum itu saya juga telah mendaftarkan sebuah syarikat bernama SHAMELIN yang beralamat No. 43 Thornbury Road, London. Syarikat ini tidak sempat digerakkan.

82. Kisah Kak Zainab terperangkap dalam terowong laluan keretapi, peristiwa menjual satay di Soho dan cadangan nama SHAMELIN untuk sebuah koperasi adalah tiga peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sehingga ke akhir hayat.

83. Apabila SHAMELIN ditubuhkan setelah saya kembali dari Eropah, saya berhubung rapat dengan kumpulan Al Arqam yang pada waktu itu bertapak di Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Malahan Shamelinlah yang mencadangkan kepada Al Arqam supaya mereka memperkuatkan kegiatan ekonomi dengan mengeluarkan hasil makanan yang halal. Projek pertama Al Arqam mengeluarkan 'kicap halal'. Kemudian, kegiatan ekonomi Al Arqam telah merebak ke seluruh dunia.

 
KERELAAN ISTERI PERTAMA UNTUK DIMADUKAN

84. Al Arqam, sebuah organisasi 'dakwah' dan bisnis yang difatwakan sebagai 'haram' di dalam negara Malaysia, waktu di bawah pimpinan Ustaz Ashaari, yang digelar 'Abuya' oleh pengikut-pengikutnya, sangat menggalakkan poligami. Mereka menerima poligami sebagai satu ibadat untuk isteri tua yang merelakannya. Oleh kerana keperluan bathin dapat dipenuhi oleh ahli Al Arqam yang berpoligami dan faktor ekonomi juga tidak menjadi masalah disebabkan semua peserta Al Arqam menyerahkan semua pendapatan mereka kepada tabung Jemaah, dan mereka mendapat bekalan wang dari Jemaah sekadar yang diperlukan sahaja.

85. Begitu berkesan 'dakwah' Al Arqam sehingga seorang dari kenalan saya yang hendak berpoligami telah memasuki kumpulan ini sehingga isterinya yang tidak mahu dimadukan, setelah menghadiri beberapa kuliyah oleh Ustaz Ashaari, telah meminta suaminya untuk menambah seorang lagi isteri. Secara terancang suaminya itu telah pun mengambil seorang pekerja dari Indonesia untuk menjadi pembantu rumah. Pekerja yang jelita ini telah diminta oleh sang suami supaya berpakaian sederhana untuk tidak menimbulkan cemburu isterinya.

86. Hasil dari satu pertengkaran antara kenalan saya dengan isterinya, kerana isterinya mendesak beliau untuk menambah isteri maka kenalan saya, mengikut ceritanya, telah berkata, 'You nak paksa I menikah lagi satu? Di mana I nak cari, I tidak kenal seorang pun perempuan lain yang mudah nak terima I. You mahu I kawin dengan orang kerja ke?' Isterinya menjawab, 'Orang kerja pun I tak kisah....' Maka berjayalah rancangan kenalan saya ini kerana pekerja Indonesia ini memang 'pacarnya' yang beliau berhasrat menikah dengannya.

87. Seorang kenalan lain pula tidak perlu menipu isteri tuanya seperti kisah yang saya huraikan di atas. Dia mendapat galakan dari isteri tuanya untuk menikah seorang lagi di Kuala Lumpur untuk mengelak dari suaminya terus berzina.

88. Isteri tua kenalan saya itu, yang mempunyai ramai anak, sangat mengetahui kemampuan tenaga suaminya itu dan dia tidak dapat meyakinkan dirinya bahawa suaminya di Kuala Lumpur tidak berzina kerana berasingan berminggu-minggu, kononnya untuk mencari projek yang tidak pernah dapat.

89. Setelah isterinya mendesak supaya beliau menikah lagi, dan dia pula mempamirkan keengganannya dengan wajah yang sedih, tetapi akhirnya beliau 'terpaksa mengalah' dan terus menikah bukan seorang lagi, tetapi dua orang, sambil beliau tersenyum lebar di waktu mengakhiri berhujjah dengan isteri pertamanya.  


PERSAMAAN PEMBINAAN KELUARGA,
SYARIKAT DAN NEGARA

90. Saya perhatikan mendirikan rumah-tangga ini hampir sama dengan kita mendirikan sesebuah syarikat. Sementara isteri kita memberi nikmat hidup syarikat pula boleh memberi nikmat keuntungan. Kedua-duanya mempunyai belanja pengurusan dan belanja pembangunan. Sebagaimana juga mentadbir negara.

HARTA, KUASA DAN NAFSU

91. Sementara Karl Marx mengenengahkan harta sebagai faktor yang mendorong perubahan dalam masyarakat, Bertrand Russel pula mengenengahkan kuasa sebagai faktornya, Sigmund Freud pula mengenengahkan faktor nafsu sebagai pendorong kuat bagi manusia.

92. Memang benar manusia yang gila kepada kekayaan, ghairah dengan kuasa dan kuat kemahuan nafsunya akan bekerja kuat untuk memenuhi kehausannya dalam bidang komposit atau masing-masing.

93. Jumlah pemegang saham dalam perkongsian ialah 2 orang minimum, syarikat sendirian berhad boleh mempunyai sehingga 50 orang pemegang saham. Syarikat awam berhad dan koperasi pula tidak terbatas jumlah pemegang sahamnya. Dalam keluarga batasan jumlah isteri jika kita berpoligami hanya empat orang.

94. Oleh kerana Islam juga mengiktiraf peranan tiga faktor iaitu, harta, kuasa dan nafsu, maka ugama kita menggalakkan kita mencari harta, berkuasa dan melayan nafsu asal ianya dalam batasan yang halal. Halal sumber harta dan cara penggunaannya, halal cara mendapatkan kuasa dan menggunakannya dan kita melayan nafsu juga diwajibkan dengan cara, dan pada tempat, yang halal. 

95. Kejayaan mengurus keluarga, syarikat dan negara memerlukan penelitian cara pengurusan yang cekap dan berkesan, penggunaan wang yang cermat dan teliti dan pembangunan yang memberi munafa'at melalui sikap yang positif, masa yang tidak terbuang dan benda yang tidak membazir.

96. Pada penelitian saya energi atau kuasa yang mendorongkan usaha mencari harta, mendapatkan kuasa dan meladeni nafsu adalah sama sahaja. malahan, energi itu boleh saling ditransformasikan. Seseorang yang rajin menghambat harta seringkali terdiri dari tokoh yang gila kuasa dan juga bernafsu besar. Dalam mengimbangi tiga faktor inilah kita lihat perbezaan antara satu tokoh dengan tokoh yang lain.

97. Seseorang lelaki itu biasa memberi penekanan kepada satu-satu faktor secara lebih dari faktor-faktor yang lain kerana pengaruh isterinya.

98. Umpamanya, jika isteri seseorang itu suka membeli belah barang yang mahal dan mewah maka dengan sendirinya sang suami terpaksa memberi perhatian kepada mencari wang untuk memenuhi kehendak isteri yang dikasihi. Begitu juga jika isteri seseorang itu bersikap glamour dan mahukan suaminya menjadi seorang pembesar di bidang politik maka pihak suami juga kelihatan gigih untuk mendapatkan tempat di dalam parti politik. Bila seseorang itu sudah puas dengan harta dan kuasa yang ada maka sering kelihatan suaminya itu akan liar meladeni keperluan seksualnya.
 
BERPOLIGAMI UNTUK PERNIAGAAN

WONG SOLO

99. Di Jakarta ada seorang ahli perdagangan yang membuka empat restoran yang diuruskan oleh empat orang isterinya. Restoran Wong Solo ini mula-mula maju kerana sedap masakannya. Lama kelamaan Wong Solo menjadi lebih kreatif dan beliau menganjurkan berbagai program untuk menggalakkaan poligami sehingga restorannya terpaksa ditutup kerana pemboikotan oleh golongan hawa.
BERNIAGA DI PEKAN SEHARI

100. Setelah bapa saya meninggal dunia dan saya, yang masih berumur 12+ tahun, telah mengekori nenek saudara Nyak Putih ke pekan-pekan sehari, di seluruh Kedah. Pekan Ahad kami ke Teroi, pekan Isnin di Sungai Yan, pekan Rabu di Guar Chempedak dan seterusnya. Saya membantu nenekanda Nyak Putih menjual pakaian wanita dan kanak-kanak.

101. Biasanya orang-orang perempuan akan datang ke pekan sehari di sebelah pagi, untuk membeli keperluan dapur dan lain-lain; pelanggan lelaki pula akan datang lepas Zohor untuk membeli pakaian, songkok dan seterusnya makan di gerai-gerak yang ada. Pekan sehari juga menjadi tempat pertemuan orang-orang dewasa yang berlepak di gerai-gerai.

102. Setelah asar tumpuan beralih ke sebelah belakang pasar minggu untuk mendengar celoteh penjual ubat.

103. Di Pekan Rabu Guar Chempedak umpamanya ada Rahman Siam yang boleh mencabut gigi tanpa terasa sakitnya, ada Ghani yang pandai berpidato menjual obat-ubatan jenama Cap Rumah Api. Ada juga Pak Sheik yang menjual minyak kambing Gurun untuk ubat dan mengurut. Anak Pak Sheikh kini menjadi jutawan terkenal dan Presiden Dewan Perniagaan Islam Malaysia, Dato' Ezat Emir.
PAK RADEN SALEH 

104. Yang istimewa sekali bagi saya ialah Pak Raden Saleh dari Parit Raja di Johor. Beliau menjual 'Makjun Puteri Madura' cap petrok, iaitu gambar dari wayang kulit. Makjun ini boleh memberi kekuatan kepada kaum lelaki yang lemah tenaga batin. Banyak dari isi dan cara Pak Raden bersyarah saya tidak faham kerana ia melibatkan 'tenaga lelaki' yang saya fikir ubat kuat untuk jadi seperti watak dalam filem 'Tarzan' sebagai seorang lelaki yang gagah perkasa.

105. Mungkin kerana makjunnya Pak Raden sendiri mempunyai empat orang isteri pada setiap masa. Mengikut Pak Raden beliau mempunyai janda di seluruh negara dan mereka menjadi pengedar makjun setelah mereka diceraikan untuk memastikan sara hidup mereka lumayan. Semua janda Pak Raden mempunyai ingatan yang manis ke atasnya kerana mereka terpaksa dicerai setelah Pak Raden merobah tempat tumpuan perniagaannya. 

106. Sebagai membalas budi Pak Raden, saya sebagai pemukul gendangnya bila beliau berucap, saya telah meluluskan, melalui MARA RM1 juta, di waktu saya menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, untuk membesarkan kilang makjunnya di Parit Raja yang kini jenamanya 'Makjun Peladang.' 

DI AMERIKA LATIN

107. Saya terbaca mengenai seorang peguam di sebuah Negara di Amerika Latin yang menggunakan poligami untuk menyelesai masalah dan membesarkan usahanya. Setelah gagal bersaing sebagai peguam beliau telah menceburi dalam bidang perniagaan secara sambilan. Perniagaan membekalkan rempah secara sambilan itu juga gagal. Akhirnya beliau merancang untuk memasuki bidang pembinaan.

108. Untuk mendapat tanah yang luas di sebuah ibu kota peguam ini telah memikat keponakan Walikota sebuah negara jiran; dan melalui isteri keduanya itu beliau telah mendapat sekeping tanah yang stratejik. Dengan berjayanya projek perumahan ini maka peguam menjadi kaya. Beliau pun mula melabur dalam berbagai bisnis dan turut membiayai ahli-ahli politik di negara-negara jiran yang lain pula. 

109. Pada satu hari Presiden sebuah negara jiran yang lain pula telah memberitahu pada peguam ini bahawa sebuah NGO Pencegah Rasuah telah mengumpul bukti yang cukup untuk mendakwanya di mahkamah. Dalam perjumpaan dengan Presiden tiga minggu berikutnya peguam ini telah memberitahu bahawa masalah dengan NGO Pencegah Rasuah yang diberitahu oleh Presiden padanya dulu telah pun beliau selesaikan. Presiden menjadi kagum apabila peguam ini memberitahu bahawa dia dapati yang mengumpun fakta mengenai rasuahnya itu ialah seorang peguam wanita dan beliau telah menikah dengannya.

110. Dengan kekayaan yang terkumpul, peguam yang sudah mempunyai tiga orang isteri ini telah meningkatkan cita-cita untuk membesarkan wilayah kekayaannya di seluruh Amerika Latin. Bila beliau terdengar ada sebuah perusaan besar yang pemiliknya hendak menjual sahamnya kerana krisis dalam keluarga, peguam ini telah berhubung dengan sebuah bank di negara jiran yang lain itu untuk mendapat pinjaman sebagai modal mengambilalih syarikat yang hendak dijual itu.

111. Perundingan yang sulit antara bank, si peguam dan pihak syarikat telah dipermudahkan dengan perlantikan seorang peguam yang sekaligus mewakili bank dan rapat pula hubungan dengan pihak syarikat yang hendak dijual. Pinjaman yang besar telah diluluskan oleh bank untuk membeli syarikat tanpa sebarang cagaran, tetapi hanya saham syarikat yang hendak dibeli. Setelah selesai urusniaga, beberapa bulan kemudian peguam yang diperkenalkan oleh pihak bank telah berkahwin dengan peguam usahawan tadi. Tidak hairanlah segala urusan dipermudahkan oleh bakal isteri ke empat kepada peguam usahawan ini.

112. Peguam usahawan ini bangga dengan caranya tetapi saya kurang pasti samada beliau suka jika kisah caranya itu dihebahkan.

113. 
 Sementara hubungan poligami dengan perniagaan banyak menguntungkan, jika diurus dengan tertib, hubungan poligami dengan politik pun tentu lebih menarik lagi. Di zaman dahulu hubungan antara keluarga raja-raja di Barat banyak disulamkan dengan perkahwinan tetapi hanya dalam dunia Islam ianya ditampung dengan poligami.
 
114. Yang menjadi punca kepada banyak masalah ialah apabila tokoh-tokoh Islam di dunia ini, yang nafsunya cukup tinggi, terhalang dari berpoligami sehingga tokoh itu boleh dijebak oleh mereka yang ingin memperalatkan tokoh seperti itu. Wallahu'aklam.

  

4 comments:

ESTHER PATRICK said...

Halo,
Saya Puan Esther Patrick, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang masa hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lebih banyak lagi kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu. Kami memberi pinjaman kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur pada perniagaan pada kadar 2%. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami menyediakan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan bersedia menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di:
(estherpatrick83@gmail.com)

Pinjaman yang kami tawarkan adalah:

1. Pinjaman Peribadi
2. Pinjaman Perniagaan
3. Pinjaman Pelaburan
4. Pinjaman Perumahan, dsb

Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (estherpatrick83@gmail.com)

MRS KABU LAYU said...

Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi pinjaman yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada wanita yang kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan. ,

Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan telah ditipu oleh 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemiutang dalam talian sah dengan kredit dan ia tidak akan menambah kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk meminta saya kawan-kawan untuk mendapatkan nasihat mengenai bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah mengenai seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

Saya memohon pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan adalah mudah tanpa tekanan dan semua penyediaan dilakukan melalui pemindahan kredit, kerana ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan . Pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan 900 juta. Saya sangat gembira kerana Allah akhirnya menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan hati saya.

Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup saya adil, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Cik Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651- 243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda. Nama saya Kabu Layu, anda boleh hubungi saya untuk rujukan lanjut
melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)
Terima kasih kepada anda semua.

Andika Enny said...

Salam untuk semua warganegara malaysia, nama saya Andika Enny, SILA, saya ingin berkongsi kesaksian hidup saya di sini di platform ini agar semua warganegara malaysia harus berhati-hati dengan pemberi pinjaman di internet, Tuhan benar-benar menyokong saya melalui ibu yang baik MARIA ALEXANDER . Setelah beberapa lama berusaha mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan, dan ditolak, jadi saya memutuskan untuk mendaftar melalui pinjaman dalam talian tetapi saya ditipu dan saya kehilangan lebih dari 40 ribu Rm dengan pemberi pinjaman yang berbeza setelah membayar beberapa yuran dan tidak mendapat hutang. Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya berbincang dengan seorang kawan saya Kabu layu yang kemudian memperkenalkan saya kepada Puan MARIA ALEXANDER, seorang pemberi pinjaman di syarikat bernama ACCESS LOAN FIRM sehingga rakan saya meminta saya untuk memohon dari ibu MARIA, jadi Saya mengumpulkan keberanian dan menghubungi Ibu MARIA.

Saya memohon pinjaman 600,000 Rm dengan kadar faedah 2%, jadi pinjaman itu diluluskan tanpa tekanan dan semua pengaturan dibuat semasa pemindahan kredit, kerana tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk pinjaman pemindahan yang saya hanya diberitahu kepada dapatkan perjanjian lesen permohonan mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari 48 jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

Saya fikir itu adalah jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya dikreditkan dengan jumlah 600,000 Rm. Saya sangat gembira kerana Tuhan akhirnya menjawab doa saya dengan memesan pinjaman saya dengan pinjaman asal saya, yang memberi saya keinginan hati saya. mereka juga mempunyai sekumpulan pakar yang akan memberitahu anda tentang jenis perniagaan yang ingin anda laburkan dan bagaimana untuk melaburkan wang anda, sehingga anda tidak akan muflis lagi dalam hidup anda. Semoga ALLAH memberkati Puan MARIA ALEXANDER untuk mempermudah hidup saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan MARIA melalui e-mel: (mariaalexander818@gmail.com) atau (Whatsapp: +1 (254) 276 -8402. untuk pinjaman anda

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana meluangkan masa untuk membaca kesaksian sebenar mengenai kehidupan saya mengenai kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda. Sekali lagi nama saya ANDIKA ENNY, anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lebih lanjut melalui e-mel saya: (andikaenny0@gmail.com)

MRS KABU LAYU said...

Halo semuanya, tolong, saya segera ingin menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi pinjaman kredit sekarang yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan menjadi wanita kaya dan hidup yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,


Setelah berbulan-bulan mencuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu daripada 400 juta saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman daripada pinjaman online yang sah secara kredit dan tidak akan menambah rasa sakit saya, jadi saya memutuskan untuk beralih ke teman saya untuk meminta saran tentang cara mendapatkan pinjaman dalam talian, kami membicarakannya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Ibu Maria yang merupakan CEO Maria Loan. Perusahaan


Saya memohon pinjaman dengan jumlah (900 juta) dengan tingkat bunga rendah 2%, jadi pinjaman yang disetujui mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan pemindahan kredit, kerana tidak memerlukan jaminan untuk pemindahan pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk pemindahan kredit saya dan dalam masa kurang daripada dua jam wang pinjaman telah disetorkan ke akaun bank saya.


Saya fikir itu lelucon sampai saya menerima telefon daripada bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat senang akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit saya yang sebenarnya, yang boleh memberikan keinginan hati saya.


Terima kasih banyak kepada Ibu Maria kerana membuat hidup saya adil, jadi saya menyarankan siapa pun yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Ibu Maria melalui E-mail ( mariaalexander818@gmail.com ) ATAU whatsapp: +1 (254) 276 -8402. untuk maklumat lebih lanjut tentang cara mendapatkan pinjaman anda,

E-mel ( mariaalexander818@gmail.com ) ATAU whatsapp: +1 (254) 276-8402.


Jadi, terima kasih banyak telah meluangkan waktu Anda untuk membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Nama saya kabu lay, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui email saya: ( kabulayu18@gmail.com )

Terima kasih semua.