Sanusi
Junid: Pemimpin Umno yang bangsat
26 Aug 2015, 1:53 pm 26 Aug 2015, 2:23 pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengejutkan masyarakat apabila
berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat"
sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.
Bagaimanapun veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata bangsa Melayu tidak
bangsat sebaliknya pemimpin yang menjadikan Umno kalah adalah bangsat.
“Orang yang menyebabkan Umno itu kalah, adalah punca yang harus dicari
sebagai penyebab kepada bangsat.
“Saya rasa bukan bangsa Melayu yang bangsat, pemimpin yang menyebabkan Umno
kalah adalah pemimpin yang bangsat,” katanya dalam sesi wawancara di Youtube.
Ia dimuat naik oleh pengguna Internet yang menggunakan nama “Din Turtle”.
Tanpa menamakan mana-mana individu, Sanusi berkata ketika era kepimpinan Tunku
Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad,
Umno tidak mengalami kekalahan.
“Umno BN pada waktu itu dapat dua per tiga majoriti bermakna waktu itu tak
bangsat. Sekarang ini ancaman Melayu itu bangsat kalau Umno itu kalah,”
katanya.
‘Kencing’ dan ‘bangsat’ sama taraf
Sanusi berkata “bangsat” adalah sama taraf seperti perkataan “kencing” yang
dilontarkan oleh perwakilan Wanita Bahagian Langkawi Anina Saaduddin sebelum
ini.
Dalam ucapan keras dan bernada tinggi Anina berkata tiga juta anggota Umno
kini menjadi mangsa “kencing” Najib mengenai dana derma bernilai RM2.6 bilion.
“Jadi kencing dengan bangsat ini saya rasa dah sama taraf dah dia punya
degree penggunaan bahasa yang cukup tinggilah,” katanya.
No comments:
Post a Comment