Saturday, August 1, 2015

KEBAIKAN 1MDB

Dalam satu grup WhatsApp saya terbaca catitan berikut dari Ganseh LUCKY STAR:

Nampak tak?
 
Nampak!!!!!!!!
 
Tipu tabung haji - Melayu xde hal
 
Tipu 1MDB - Melayu xde hal
 
Tipu NFC - Melayu xde hal
 
Tipu MARA - Melayu xde hal.
 
TIPU BELI HANDPHONE - Satu Malaysia Melayu turun.
 
Terbukti bukan UMNO atau PAS yang boleh menyatupadukan orang Melayu tetapi HANDPHONE OPPO.
OPPO Berjaya menyatukan Melayu.
 
Tapi sekarang bagaimana semua bangsa yang menjadi rakyat Malaysia boleh bersatu.
 
Nampak tak?

Nampak!!!!!!!!
 
1MDB yang boleh buat semua bangsa dalam
Malaysia bersatu.
 
OPPO menyatupadukan Melayu
 
1MDB menyatupadukan semua bangsa rakyat Malaysia.
 
Semua orang bersatu HENTAM 1MDB.

4 comments:

Anonymous said...

Tapi Tan Sri,berita TV semalam Najib kata kenapa dia perlu turun atas desakan seorang individu,sedangkan 3 juta ahli UMNO menyokong dia sebagai Presiden UMNO dan PM?Ismail Sabri pula dalam berita ASTRO Awani buat kenyataan yang pengguguran TPM adalah amalan biasa,kerana Dr.Mahathir semasa menjadi PM pernah buang 3 orang TPM.Ismail Sabri bunyinya macam belum bersunat semasa era Tun Mahathir itu.Ketua Menteri Melaka juga buat kenyataan yang hampir sama.Kedua-duanya menipu dan memfitnah Tun.Tun Mahathir pernah berkata yang dia cuma buang seorang TPM sahaja.Kabinet Najib adalah kabinet PENJENAYAH.Saya tidak bersetuju dengan dasar Najib pada hari pertama dia menjadi PM lagi.Memang BENAR bila Najib berkata yang,"zaman kerajaan tahu segalanya sudah berakhir",kerana sekarang kerajaan tidak tahu segalanya dan amat bodoh serta menggadaikan kedaulatan negara.Pahlawan Bugis ini juga mengamalkan dasar 'hedonisme' dengan melantik pasangan bersekedudukan tanpa nikah sebagai duta pelancongan negara.Walaupun Michele Yeo dan pasangannya itu bukan Islam,tetapi apabila mereka diberi anugerah dan diletakkan ditahap tinggi,ini amatlah tidak konsisten dalam kita ingin membentuk sahsiah generasi muda yang berakhlak,lebih-lebih lagi kita mengaku negara Islam.Ini satu pendidikan yang amat songsang.Pasangan yang dipilih mestilah orang yang sah bernikah,walaupun bukan beragama Islam.Sekarang kita juga ada lesbian dalam Parlimen,dan juga berjawatan menteri.Maka lengkaplah dasar hedonisme itu.Jangan letak orang yang 'songsang' menjadi pemimpin.Ramai lagi orang yang bijak dan berkebolehan.Bagi saya Najib serupa macam Anwar,tidak beriman dengan Allah.

Unknown said...

Sinis lah sangat! Syabas TS....memanjangkan ilham org. Impak bersatu ni mmg dasyat...yg tak boleh jadi boleh. Tak caya? Tapi boleh kah nak bersatu menentang kemungkaran pemimpin yg tak berakhlak ini?
Mana suara majlis raja2 melayu?
Mana suara ulama2 baik tua mahu pun yg muda?
Mana suara pejuang2 yg konon berjuang demi bangsa?
Mana? Mana?
Tiada....membisu seribu bahasa membenarkan perbuatan salah......subahat la tu! Ke mcm mana TS?

Anonymous said...

Bila dilantik semula sebagai menteri semua berikrar untuk bekerja demi kepentingan rakyat.Rakyat yang mana?Seorang rakyat yang bergelar PM kah?Di bawah kepimpinan Najib,zaman pemimpin bekerja untuk rakyat sudah berakhir.Semua parti politik Melayu merugikan Islam,bangsa Melayu dan tanahair.Hari ini aku meluat melihat orang politik.Mereka berpolitik untuk jadi kaya.Majoriti mereka adalah bodoh dan anti kebijaksanaan.

Anonymous said...

ni pandangan diluar logic. yg ada d MT umno semuanya tak layak jadi pm.semua ada kepentingan peribadi. bg saya dan saya doakan majlis raja2 lantik pm baru. atas kuasa yg ada muga dilantik veteran umno spt ts sanusi d lantik jd pm, tun m sbg penasihat kerajaan. wallahu a'lam.