ACARA: BICARA MINDA
Tarikh: 3hb Oktober, 2015
Tempat: Hotel De Palma, Ampang.
Anjuran: Cawangan UMNO Pusat Bandar Taman Cempaka, Ampang, Kuala Lumpur.
(Di bawah ini ialah deraf asal ucapan bertulis mengandungi bahan-bahan untuk disampaikan. Tetapi, oleh kerana masa yang diperuntukkan hanya 20 minit, maka tidak semua dari bahan-bahan ini telah diucapkan. Susunan penyampaian juga telah diubah, mengikut suasana tetamu yang hadir, dan penyampaian sebenarnya dapat didengar dan dilihat dalam video dan laporan-laporan media)
(Yang berwarna unggu telah tidak dibaca)
KATA-KATA SAMBUTAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Saudara Pengerusi Majlis.
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamed,
Yang dihormati Tuan Syed Saifuddin, Ketua UMNO Cawangan,
Rakan-Rakan seperjuangan,
Para hadirin, yang BERANI dan yang dihormati sekalian.
Ketua UMNO cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, UMNO Bahagian Ampang, telah ditanya oleh media kenapakah majlis ini diadakan.
KENAPA TUN DR. MAHATHIR DIJEMPUT BERUCAP
Tuan Syed Saifuddin menjawab dengan nada tegas dan jelas 'keputusan untuk mengadakan program ini dibuat bersama ahli jawatankuasanya berikutan iklim politik semasa yang dilihat semakin membimbangkan.' Seterusnya Tuan Syed berkata 'Saya ambil inisiatif ini dengan menjadi cawangan pertama untuk adakan program seperti ini dan beri peluang kepada tokoh negarawan seperti Tun Mahathir untuk beri penjelasan kepada rakyat. Beliau adalah ikon kepada Umno.'
Jelas sekali sekarang ini MEDIA PERDANA tidak lagi bercerita yang baik mengenai Tun M.
Baru-baru ini Ramesh Rao, entah Pariah atau yang mengaku Brahmin, berkata 'SAYA RASA TUN DR. MAHATHIR SUDAH GILA'. Tentu orang UMNO nak tahu, betulkah cakap Ramesh ni?
Pendekar UMNO Datuk Jamal Md Yunos pula beri pilihan untuk kaum China balik ke China. Pemimpin MCA kini tidak berani tegur Jamal kerana Jamal pendekar UMNO. Yang tegur ialah mantan pemimpin MCA Dr. Chua Soi Lek. Dia kata 'Jamal stupid' dan seruan Jamal hanya merugikan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang. Jamal jadi popular bukan kerana jasa tetapi kerana menganjur 'Himpunan Merah' lebih-lebih bila pemimpin DAP Tan Kok Wai minta Jamal ditangkap kerana suruh China balik ke negara China.
Ada ura-ura Jamal nak adakan 'Himpunan Merah' di Kajang tetapi Setiausaha Agong, Tengku Adnan Mansor, yang turut serta dengan Jamal dalam 'Himpunan Merah' pada 16 September, tidak menyokongnya.
Oleh itu rancangan batal.
Di Penang pun ada terdengar akan diadakan 'Himpunan Merah' kerana ada kebocoran berita mengenai rancangan pejabat Mufti untuk mengharamkan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau di Penang kecuali untuk azan.
Kerajaan negeri menafikan adanya arahan mengenai rancangan ini.
Oleh kerana berita membataskan penggunaan pembesar suara itu dibocorkan oleh Persatuan Mukabuku maka sibuklah penyelidikan dibuat untuk mengetahui siapa yang membocorkannya.
PEMBANGKANG BELAJAR DARI KITA
Kerajaan DAP pun sudah pandai.
Jika ada berita bocor mesti selidik yang membocorkannya.
Bukan rancangan dibatalkan tetapi sumber kebocoran yang dicari.
Begitu juga di Kuala Lumpur.
Jika ada orang membuat laporan mengenai apa-apa penyelewengan maka yang membuat laporan itu diselidik.
Bukan membetulkan penyelewengan atau menyelidik yang menyeleweng atau yang dilaporkan untuk diselidik.
Duta China ke Malaysia TYT Huang Huikang menegur semua usaha diskriminasi kaum di Malaysia.
Malahan, sejak dulu, China menganggap semua keturunan China di dunia ialah rakyat China.
China tidak terhibur dengan senandung Jamal supaya China balik ke China. Duta China juga tersinggung kerana merasakan semangat perkauman disemarakkan kerana matlamat politik pemimpin Malaysia.
Sayalah, selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri suatu ketika dahulu, yang membawa pindaan Akta Pertubuhan ke Parlimen untuk membezakan antara pertubuhan politik dan pertubuhan kebajikan.
Antara tujuannya ialah untuk menghalang campurtangan asing dalam politik negara dengan membiayai pertubuhan-pertubuhan politik kita.
Apa kita nak kata jika pihak China, yang begitu kaya, membuat keputusan untuk 'menderma' 4 kali ganda ke akaun peribadi pemimpin DAP untuk membiayai pilihanraya di Malaysia.
Bolehkah kita kata tak boleh kalau dia kata dia ikut kita.
SOSMA LEBIH TERUK DARI ISA
Kini sahabat karib kita, Dato' Khairuddin Abu Hassan ditangkap, dan sedang meringkuk dalam penjara.
Dato' Khairuddin buat laporan mengenai 1MDB di London, Paris, Berne, Singapura dan Hong Kong.
Dato' Khairuddin lapor di luar negara, setelah terlebih dahulu beliau melapor di dalam negara.
Beliau berbuat demikian kerana ingin membantu dan memudahkan penyelidikan, kerana banyak penyelewengan melibatkan mereka yang tinggal di luar negara.
Termasuklah rakyat asing.
Jenayah yang dilaporkan juga melibatkan institusi kewangan yang beribu pejabat di luar negara.
Penyelidik dan penguatkuasa di Malaysia boleh -
1. dipecat,
2. dipindah tempat kerja,
3. diganti,
4. ditegur,
5. dimarah,
6. dihalang dan
7. dinaikkan pangkat,
Semuanya kelihatan, untuk menghalang penyelidikan.
Dato' Khairuddin terpaksa lapor di luar Negara kerana tidak mahu menyusahkan mereka yang bertanggungjawab menanggung kesusahan kerana laporan yang dibuatnya jika dia lapor dalam negara.
Dato' Khairuddin ditangkap di bawah SOSMA.
Tun Dr. Mahathir berkata bahawa SOSMA ini lebih teruk dari ISA.
Betulkah?
Tentu ahli UMNO nak dengar ucapan Tun untuk menilai siapakah yang gila atau 'stupid' antara Ramesh dan Jamal.
Juga, apa bezanya ISA dengan SOSMA.
Dan lain-lain.
DI INDONESIA
Saya baru balik dari Indonesia.

Saya pergi sebelum Hari Raya Aidiladha, untuk
a. menziarahi mertua, sekaligus
b. menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan seorang pengusaha sahabat saya di Hotel Ritz-Carlton.
c. Kemudian saya tunggu sampai 'boss' saya diberi anugerah 'Star of Soekarno' oleh Universiti Bung Karno.
Mertua saya sudah tua.

Bapak pengantin perempuan untuk majlis perkahwinan adalah seorang penguasaha kaya yang terkenal di Indonesia.
Beliau Presiden Persatuan Diaspora Indonesia, bagi Malaysia.

Walaupun dia kaya tetapi majlis perkahwinan yang dia adakan di Ritz-Carlton tidaklah sehebat, semewah atau seboros majlis perkahwinan yang pernah diadakan di Malaysia walaupun penganjur terbukti tidak pandai berniaga.
Berertilah lebih banyak duit dalam politik dari dalam perniagaan.
Orang politik sahajalah yang boleh membuktikan bahawa hadith nabi yang menyatakan 9/10 pintu rezeki dari perniagaan tidak mengena padanya.
Baginya, dalam politik ada lebih banyak wang dari dalam perniagaan.
Saya turut sama berasa bangga kerana Tun Dr. Mahathir telah diberi penghormatan dengan anugerah 'BINTANG SOEKARNO.' pada 27 Oktober, 2015 di Hotel Borobudur.
Di Jakarta, ramai tokoh telah hadir untuk mendengar Tun berucap.

CANDI HINDU/BUDDHA DI TENGGARA ASIA
Nama hotel ini sempena nama Candi Borobudur di Jogjakarta.
Waktu Tun berucap di hotel Borobudur fikiran saya melayang kepada Candi Hindu di Merbok, Kedah.
Candi Hindu di Lembah Bujang, Merbok ialah candi pertama di Tenggara Asia; candi Borobudur di Jogjakarta ialah candi kedua, dan lebih besar dari candi pertama; candi ketiga, yang lebih besar dari candi Borobudur ialah Angkor Wat di Cambodia.
Tentulah banyak sami Hindu dan Hindu/Buddha di Merbok, Borobudur dan Angkor Wat di masa lalu.

Tak hairanlah saya jika terdengar kini ada sami Hindu yang berdo'a untuk masadepan tokoh politik di Putrajaya.
Dalam suratkhabar The Sun pada hari Juma'at 2 Oktober, 2015 ada tersiar berita:
TODDLER BEHEADED IN ALLEGED SACRIFICE
NEW DELHI: A suspected witch-doctor severed the head of a four-year-old boy in India in an alleged case of human sacrifice, reports said yesterday. Angry villages in Andhra Pradesh state's Prakasam district tied the 35 year old suspect to a tree and set him on fire after the gruesome murder on Wednesday, the Times of India reported. The report said the suspect have abducted the child and after decapitating him offered his blood to Goddess Kali in the belief that he would attain occult powers and wealth. - dpa.
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
Saya teringat zaman Tun menjadi Perdana Menteri.
Bila Tun bersyarah di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu penuh sesak dewan dengan pemimpin-pemimpin negara lain yang berminat dengan isi ucapannya.
Baru-baru ini dewan persidangan Pertubuhaan Bangsa-Bangsa Bersatu kelihatan lengang waktu pemimpin Malaysia berucap.
Kesunyian penonton di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membayangkan kesan dari ucapan kesat oleh wakil Transparency International di Kuala Lumpur yang mengutuk kewujudan rasuah yang menonjol dalam Negara kita.
Sudah tentu golongan swasta dari masyarakat berilmu, di peringkat antarabangsa, susah untuk diyakinkan dengan hanya kita berdo'a supaya mereka 'ignore the noise' mengenai bala yang ditempa oleh SOVEREIGN DEBT FUND milik negara Malaysia.
DEMONSTRASI ALA INDONESIA
Kawan-kawan saya di Jakarta mentertawakan saya kerana Malaysia sudah banyak belajar dari Indonesia mengenai cara berdemonstasi walaupun para demonstran kelihatan segak, smart, dengan warna pakaiaan seragam berwarna merah ala para demonstran golongan pro Thaksin di Thailand.
Pada satu hari minggu anak-anak jiran di Jakarta, yang keluar awal untuk berdemonstrasi, didapati balik, tak jadi demonstrasi, kerana elaun demonstrasi terlalu rendah.
Para demonstran kita datang dengan bas sewa dari jauh. Ada yang tidak tahu kenapa mereka ditawarkan untuk datang ke Kuala Lumpur bersyaratkan mereka pakai baju merah yang diberi percuma. Bila sampai di sekitar kawasan Karyaneka di Kuala Lumpur, mereka memberitahu pemberita bahawa mereka datang kerana berpeluang melihat Kuala Lumpur dan yang diwawancara itu tidak mengetahui tujuan datang selain bercuti.
MALAYSIA MENGALAHKAN INDONESIA
Saya kesihan kepada Indonesia.
Dulu mereka menggondol pingat emas kerana mereka menjadi juara.
Kini mereka kalah dengan kita.
Kita ambil alih piala johan dan pingat emas dari mereka.
Kita menang, kita jagoh, kitalah johan.
Bukan dalam pertandingan bulu-tangkis.
Tetapi, kerana Negara kita terkenal lebih rasuah dari mereka.
PERHIMPUNAN MERAH - BUDAYA TAKUT
Apakah matlamat PERHIMPUNAN BAJU MERAH diadakan?
Perlu diketahui bahawa 'CHINA TAK TAKUT' pun pada 'PERHIMPUNAN MERAH' kerana mereka tahu demonstrasi itu 'UNTUK MENAKUTKAN MELAYU KEPADA CHINA.'
Malah RAMAI ORANG MELAYU YANG MARAH apabila ada orang Melayu sendiri yang berusaha supaya bangsanya takut pada China
MELAYU PUN sebenarnya TAK TAKUT PADA CHINA. Yang takut pada China ialah yang Berjaya ditakutkan oleh segelintir tokoh Melayu yang ingin Melayu menyokong mereka dan melupakan apa jua penyelewengan yang mereka lakukan.
Ada dua pihak dalam demonstrasi BAJU MERAH. Kumpulan Padang Merbok dan Kumpulan Petaling Street.
PETALING STREET TIDAK BERWAJAH CHINA-TOWN
Apabila kumpulan Petaling Street mendapati demonstrasi di Padang Merbok lebih meriah sambutannya mereka membuat janji untuk berdemonstrasi lagi pada hari Sabtu 3 Oktober, 2015 jika tuntutan mereka supaya Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna tidak bertindak membasmi penjualan barang-barang tiruan di Petaling Street, dan menghendaki peniaga berkongsi untung dengan kaum lain dan menjadikan kawasan itu sebagai kawasan monopoli sesuatu kaum sahaja.
Sepatutnya pemimpin demonstrasi hanya berunding dengan Menteri-Menteri Melayu berkenaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna dan juga Menteri Wilayah Persekutuan.
Kawasan Petaling Street sebenarnya bukan lagi monopoli kaum China, sebagaimana Little India dikuasai oleh kaum India. Petaling Street tidak dimonopoli oleh China kerana yang menguasai perniagaan kecil di Petaling Stree ialah bangsa Bangladesh, Myanmar dan Nepal. Chow Kit Road, walau pun nama jalannya nama China tetapi lesen perniagaan di situ disewakan oleh pemegang lesen Melayu kepada China; kini ramai peniaga Acheh di sana, sedang di Acheen Street, Pulau Pinang, tiada lagi peniaga Aceh.
WAJAH CHINA YANG MENGAGUMKAN
Kita juga sayu mengenang kembalinya Tan Sri Yuen Yuet Leng pada 1 Oktober, 2015 mantan Timbalan Ketua Unit Khas PDRM yang kemudian menjadi Ketua Polis Perak (1976-1981) diikuti dengan jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak (1981-1984). Beliau menjadi polis pada tahun 1950 pada umur 23 tahun. Dari dua buah bukunya berjodol Operasi Ginder (1998) dan Nation Before Self (2008) ternyata beliau, yang saya kenal di waktu bertugas di Kementerian Dalam Negeri, telah lebih banyak berkorban untuk negara ini dari mereka yang terjerit-jerit di jalanan mengutuk kaumnya semata-mata kerana diupah.
Isterinya Puan Seri Chan Choy May dilaporkan berkata, 'He felt he had made sacrifices and many people had died fighting for the nation, but seeing what was going on in the country made him very sad.'
Mendiang Tan Sri Yuen ialah antara pegawai polis yang cukup berani yang sanggup menyeludup dan berpura-pura menjadi seorang komunis, bersama komunis lain di hutan belantara, dalam usahanya mengabdikan dirinya, menentang gagasan ciptaan kaumnya sendiri, semata-mata untuk kepentingan negara.
Saya pernah mendengar beliau berkata bahawa darahnya ialah campuran darah Melayu, China dan India.
Tan Sri Yuen adalah contoh seorang rakyat Malaysia yang setia dan berjasa.

UMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN
Di zaman Imam Suffian ada seorang penggali kubur.
Setiap selesai kubur digali,
Mayat dimasukkan ke liang lahad,
Do'a selesai dibaca,
Yang mengantar jenazah sudah pulang,
Penggali kubur melihat kiri kanan tiada kelihatan seorang pun,
Dia akan gali semua kubur itu.
Dia ingin lihat apa jadi mayat yang telah ditanam tadi dan badannya berhadap ke qiblat.
Terkejut penggali kubur.
Apabila selesai dia menggali semula kubur 100 orang yang telah ditanam.
Dia dapati 1 sahaja dari 100 mayat yang masih menghadap ke qiblat.
Si penggali kubur pun pantas pergi ke rumah Imam Suffian dan bertanya.
Kenapakah dari 100 mayat yang ditanam beradab qiblat, hanya 1 saja yang masih menghadap ke qiblat apabila selesai di talqinkan dan pengiring jenazah semuanya sudah pulang.
Jawab Imam Suffian, 'Di akhir zaman, hanya seorang sahaja dari 100 orang yang percaya bahawa rezeki itu di tangan Allah swt.'
MELAYU JADI BURUNG SUBSIDI
Pada 28 Januari, 1982, di waktu Tun Dr. Mahathir melancarkan Era Baru Koperasi, saya telah menceritakan dalam ucapan alu-aluan mengenai BURUNG SUBSIDI.
Pada satu petang di satu ketika dahulu, beberapa orang ahli fahsafah Denmark ternampak beribu-ribu ekor burung terbang di langit dari utara menuju ke arah lautan Mediterranean.
Terfikir oleh mereka untuk menolong burung-burung gagak supaya berhenti dan berlindung di Denmark tanpa perlu terbang jauh ke selatan untuk lari dari musim sejuk di utara.
Setelah ahli-ahli fikir bersetuju untuk membantu burung-burung gagak itu, mereka mengadakan tabung untuk mengumpul wang dan mendirikan khemah-khemah besar tempat burung boleh berhenti untuk makan dan berteduh sementara salji melanda negara mereka di musim sejuk.
Pada tahun-tahun berikutnya mereka berusaha menarik perhatian burung-burung yang terbang supaya turun ke dataran.
Beribu-ribu ekor burung turun pada tahun pertama. Berpuluh ribu lagi tambahan jumlah pada tahun kedua dan beratus ribu pada tahun ketiga, dan bertambah lagi pada tahun-tahun berikutnya.
Setelah lebih lima tahun, ahli-ahli fikir ini pun berubah fikiran.
Belanja terlalu banyak dan penderma juga sudah berkurangan semangat menderma.
Pada tahun berikutnya, makanan yang diperlukan oleh burung-burung itu tidak lagi dibekalkan.
Khemah juga dirobohkan.
Apabila ratusan ribu ekor burung singgah untuk makan dan berlindung, burung mendapati makanan dan khemah sudah tiada lagi di tempat biasa.
Burung-burung itu pun terbang meninggalkan tempat perkampungan di Denmark menuju ke selatan.
Ada juga burung yang sudah terlalu tua dan sudah lupa arah balik utara.
Setelah beberapa jam burung-burung ini meninggalkan temat perkhemahan, burung-burung yang telah pergi, berpatah balik ke lapangan perkhemahan di Denmark di mana dulunya ada makanan dan tempat berteduh.
Burung-burung ini kemudiannya menggelupur lalu mati.
Doktor hairan mendapati burung-burung itu mati disebabkan sendi yang menghubungkan sayap dan tubuh sudah luka, berdarah dan parah.
Sebabnya adalah, kerana burung-burung ini sudah terlalu lama, bertahun tahun, tidak berpengalaman terbang jauh. Terlalu lama makan free.
Itulah yang saya namakan 'BURUNG SUBSIDI'.
Dalam usaha membantu orang Melayu, saya teringat pantun seorang pujangga kampong di Langkawi yang membawa nama samaran BASMI:
Melayu bukan kaum subsidi,
Hidup selalu tolong menolong;
Biar kita mati berdiri,
Daripada hidup orang dok dukong.
IKAN - TRADISI PATUH KERANA UMPAN
Ho Chi Minh ialah pemimpin Parti Komunis Vietnam dan memimpin Vietnam untuk mengalahkan Amerika Syarikat dalam peperangan kemerdekaan negaranya. Beliau lahir pada 19 Mei, 1890 dan meninggal dunia pada 2 September, 1969 pada umur 79 tahun.
Waktu saya melawat Vietnam menghadiri mesyuarat AARRO (Afro Asian Rural Reconstruction Organisation) antara program yang telah diatur untuk saya lawati ialah rumah kecil peninggalan Ho Chi Minh.
Di depan Ho Chi MInh ada sebuah kolam yang besar yang di dalamnya penuh dengan ikan peliharaan.
Saya telah dibawa ketepi kolam itu oleh seorang pemandu pelancong dan beliau memberitahu bahawa Ho Chi Minh banyak mempelajari dari alam dalam pelancaran revolusinya.
Termasuk dari ikan.
Kemudian, katanya, sebagai contoh, dia pun menepuk dua belah tangan di pinggir kolam. Dengan serta merta ikan kelihatan melompat ke atas air. Mula-mula ikan yang berdekatan dengan tepi kolam tempat tetamu berdiri dan seterusnya diikuti dengan ikan di belakang yang mula muncul ke muka laksana ombak yang sedang bergolak.
Begitulah beliau laku setiap hari.
Beliau menjelaskan bahawa ikan di dalam kolam ini ialah keturunan ikan sebelumnya yang mula dipelihara oleh Ho Chi Minh.
Walau pun Ho Chi Minh telah meninggal dunia lebih dua puluh tahun, dan nenek-nenek ikan yang ada yang mungkin untuk keturunan yang ke beberapa belas tetap dengan tabiat melompat apabila mendengar tepukan tangan.
Kata pemandu pelancong tabiat ini tidak ada pada ikan di tempat lain.
Ianya perlu latihan.
Beliau hanya menepuk tangan dan ikan terus melompat walaupun makanan tidak dilemparkan.
Berertilah tepukan itu sudah dianggap sebagai panggilan untuk melompat tanpa mengaitkannya dengan lemparan makanan.
Berertilah respon melompat, apabila mendengar tepukan, sudah menjadi budaya ikan di kolam sehinggalah, setelah bertahun-tahun, respon begini berterusan walaupun nenek moyang ikan sudah lama pergi.
Begitulah nasib bangsa Melayu dan rakyat Malaysia jika amalan mendapat 'habuan' atau 'hadiah' dijadikan program nasional dalam apa bentuk sekalipun.
TUN TIDAK MAHU KITA KALAH DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 14
Kita juga tahu Tun tidak setuju dengan subsidi BR1M dan menyokong untuk menghapuskan GST - SEMOGA BANGSA KITA TIDAK TERUS MENJADI BANGSA SUBSIDI.
Sekian, Wallahu'aklam.
Terima kasih.
RELEVANT QUOTATIONS

Ho Chi Minh telah melatih ikan peliharaan di masa hidupnya dengan duduk di tepi kolam, dan sebelum makanan di lempar ke dalam kolam, beliau menepuk kedua belah tangannya dahulu.
Setelah beberapa minggu diulang-ulangkan kelihatan respon dari ikan yang menakjubkan.
Ikan mula melompat apabila mendengar tepukan sebelum makanan ikan dilempar ke dalam kolam, kerana mereka sudah mengetahui bahawa tepukan itu selalunya diikuti dengan lemparan makanan.
Kerana sudah biasa maka ikan tidak sabar lagi menunggu makanan jatuh ke dalam kolam dan terus melompat untuk cuba mendapatkan makanan sebelum jatuh ke dalam kolam.
Lama kelamaan Ho Chi Minh tidak perlu melempar makanan lagi ke dalam kolam jika menghendaki ikan melompak.
Beliau hanya menepuk tangan dan ikan terus melompat walaupun makanan tidak dilemparkan.
Berertilah tepukan itu sudah dianggap sebagai panggilan untuk melompat tanpa mengaitkannya dengan lemparan makanan.
Berertilah respon melompat, apabila mendengar tepukan, sudah menjadi budaya ikan di kolam sehinggalah, setelah bertahun-tahun, respon begini berterusan walaupun nenek moyang ikan sudah lama pergi.
Begitulah nasib bangsa Melayu dan rakyat Malaysia jika amalan mendapat 'habuan' atau 'hadiah' dijadikan program nasional dalam apa bentuk sekalipun.
TUN TIDAK MAHU KITA KALAH DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 14
Kita juga tahu Tun tidak setuju dengan subsidi BR1M dan menyokong untuk menghapuskan GST - SEMOGA BANGSA KITA TIDAK TERUS MENJADI BANGSA SUBSIDI.
Sekian, Wallahu'aklam.
Terima kasih.
RELEVANT QUOTATIONS
Politics is the art of looking for trouble, finding it everywhere, diagnosing it incorrectly and applying the wrong remedies. - Groucho Marx
Problems caused by individuals of a certain level of thinking cannot be solved by those with the same level of thought. - Albert Einstein.
1 comment:
Faridina menulis..
Assalamualaikum Tan Sri,
Seronok dapat membaca teks penuh ucapan Tan Sri yang sarat dengan analogi dan sindirin tajam. Rupa Tan Sri telah lama mengaitkan budaya subsidi terhadap kaum Melayu dan keburukannya.
Masa saya muda2 sikit dahulu saya terdengar cerita berikut ini yang dikatakan diilhamkan dari Tan Sri seperti berikut;
Kalau diletakkan otak orang Melayu, Cina dan Inggeris untuk dijual yang mana antara 3 ini akan mendapat harga jualan tertinggi atau termahal? Ramai akan jawab samada Inggeris atau Cina akan dijual termahal sekali. Namun jawapan yang Tan Sri berikan otak bangsa Melayulah termahal, kenapa sebab ia belum banyak digunakan banyak lagi untuk digunapakai- kalau istilah orang2 muda sekarang banyak lagi memory, space atau bytes.
Walhal bangsa Inggeris dan Cina dah lama terbukti bertamadun dan memerah otak atau telah hampir fully utilise, memory dah full maka harga sangat murah.
Moralnya orang Melayu boleh berjaya dan lebih maju kerana potensi otak kita belum diterokai sepenuhnya. Maka dengan otak yang sama sahaja Allah telah ciptakan maka kita boleh menandingi bangsa2 di dunia ini.
Sabit tu lah pada zaman kegemilangan Tun tagline 'Malaysia Boleh" menjadi pembakar semangat dan terbukti bangsa Melayu boleh menandingi bangsa2 lain di dunia!
Tan Sri mesti kerap menulis di blog ini kerana pada kami Faridina sesungguhnya Tan Sri adalah pewaris utama penyambung pemikiran Tun Dr Mahathir.
Wasalam dan selamat malam Tan Sri.
Post a Comment