Nota Ucaptama dan Perasmian Forum 153: Perjuangan Keadilan Sosial anjuran Kursi Tun Abdul Ghafar Baba (KTAGB) dan Institut Kajian Integrasi Nasional (IKIN), Universiti Pendidikan Sultan Idris di Auditorium Utama UPSI, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu 16hb Mac, 2011 dari 2.30 hingga 4.30 petang.
SAMBUTAN
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Yang Berbahagia Saudara Pengerusi Majlis,
Yang Berbahagia Timbalan Naib Cancelor Prof. Dr. Nooraini Idris,
Tan Sri Pendita Professor Emeritus Dato' Dr. Haji Ismail Hussin, Ketua Satu Gapena,
Yang Berbahagia Professor Datuk Dr. Zainal Kling, Penyandang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba dan Pengarah Institut Kajian Integrasi Nasional,
Yang Berbahagia Professor Datuk Dr. Abdul Latif Bakar,
Ahli-ahli panel -
Yang Berbahagia Professor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, Universiti Malaya,
Yang Berbahagia Professor Dr. Kamarudin Said, Universiti Kebangsaan Malaysia
Barisan Akademik dan Pentadbiran UPSI,
Para Pelajar Yang Dihormati Sekalian.
TERIMA KASIH
1. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Kursi Tun Abdul Ghafar Baba (KTAGB) dan Institut Kajian Integrasi Nasional (IKIN) yang memberi kesempatan dan penghormatan kepada saya untuk menyampaikan ucaptama pada hari ini.
TAJUK
2. Forum yang bertajuk 'Forum 153: Perjuangan Keadilan Sosial' sudah tentu difikirkan perlu kerana adanya gelombang yang mempertikaikan relevannya Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia untuk masa depan bangsa Melayu dan Negara Malaysia.
2. Forum yang bertajuk 'Forum 153: Perjuangan Keadilan Sosial' sudah tentu difikirkan perlu kerana adanya gelombang yang mempertikaikan relevannya Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia untuk masa depan bangsa Melayu dan Negara Malaysia.
3. Perkara 153 - melibatkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan, termasuk tentera dan polis, biasiswa, danasiswa, keistimewaan pendidikan dan latihan atau yang seumpamanya atau kemudahan khas yang lain, lesen dan permit.
DASAR EKONOMI BEBAS KE DASAR EKONOMI BARU
4. Di waktu Malaya baru merdeka dan di waktu penubuhan Malaysia, Perkara 153 ini tidak pernah dipertikaikan.
5. Malahan, setelah Dasar Ekonomi Bebas didapati tidak mencukupi untuk mengekalkan keamanan negara, sehingga tercetusnya Peristiwa 13 Mei, 1969, perlaksanaan Perkara 153 ini telah diperjelaskan di bawah Dasar Ekonomi Baru.
6. Kalau di bawah Dasar Ekonomi Bebas kerajaan membebaskan pihak swasta menjalankan apa jua jenis perniagaan dan perusahaan, asal legal, tanpa campur-tangan kerajaan, di bawah Dasar Ekonomi Baru pula kerajaan tidak lagi meneruskan, untuk satu jangka waktu, kebebasan itu.
7. Di bawah Dasar Ekonomi Baru Kerajaan berhasrat membasmi kemiskinan, tanpa mengira kaum, dan menentukan bahawa penglibatan rakyat dalam kegiatan ekonomi tidak lagi dikaitkan dengan satu-satu kaum sahaja; seperti Melayu bekerja dengan kerajaan, China berniaga dan India bekerja di estet-estet.
AMANAH YANG DISIA-SIAKAN
8. Walau bagaimana pun kejayaan Barisan Nasional yang sangat cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke 11 pada tahun 2004 telah mendedahkan kelemahan kepimpinan Melayu dalam kegiatan penyalahgunaan kuasa, nepotisma dan rasuah yang menjadi amalan yang berleluasa yang menimbulkan kebencian rakyat.
TSUNAMI POLITIK 2008
9. Akibatnya ialah berlaku Tsunami politik ke atas Barisan Nasional setelah Gempa bumi prestasi yang cukup buruk dalam Pilihan Raya Umum ke 12 pada tahun 2008.
10. Dalam pilihan raya 2008 ini Barisan Nasional hilang kuasa bukan saja di Kelantan, tetapi juga di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sementara di Wilayah Persekutuan pula Barisan Nasional kehilangan majoriti.
