Sunday, September 15, 2013

SEMANGAT SETIAKAWAN NGO

MENYENTUH SEDIKIT KISAH FREEMASON

1. Beberapa lama dahului BBC mendedahkan bahawa banyak pegawai polis di United Kingdom menjadi ahli Freemason.

2. Semangat persahabatan antara anggota Freemason sungguh  kuat jika dibandingkan dengan semangat persaudaraan yang lemah antara Ummat Islam di Malaysia dan dunia walau pun Al Quran menyeru untuk mewujudkan perpaduan di kalangan orang-orang mukmin.

3. Persaudaraan Freemason melintasi batasan bangsa, ugama dan negara.

4. Waktu saya masih menjadi Ahli Parlimen saya telah berkenalan dengan  seorang bekas Duta Melayu yang sudah menjadi Wakil Rakyat.

5. Pada satu hari saya telah bertanya sebabnya dia berhenti jadi Duta untuk jadi Wakil Rakyat, tetapi tidak jadi Menteri walau pun kebiasaannya seorang ahli politik berjawatan seperti Dato' Mohd Rahmat dan Dato' Ibrahim Saad menjadi Menteri dan Timbalan Menteri dan Timbalan Ketua Menteri dahulu sebelum jadi Duta. Tun Khalil Yaakob menjadi Duta dulu tetapi apabila menjadi Wakil Rakyat terus menjadi Menteri dan kemudiannya menjadi Gabenor Melaka.

6. Lain pula dengan Tun Musa Hitam yang menjadi Wakil Malaysia, atau 'Duta', ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu setelah terhenti dari menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ini adalah satu bonus baginya setelah beliau menentang pucuk pimpinan kerajaan.
 
7. Jawab bekas Duta tadi bahawa di waktu beliau menjadi Duta di salah sebuah negara di Eropah beliau telah menerima banyak surat tawaran yang membuka peluang untuk rakyat Malaysia mendapat biasiswa. Tetapi beliau tidak boleh memberi kepada palajar Melayu dan Bumiputra.

8. Beliau memberitahu kepada saya bahawa beliau adalah seorang ahli Freemason. Di waktu beliau menjadi Duta dan banyak tawaran biasiswa untuk rakyat Malaysia, yang mengikut arahan Wisma Putra keutamaan hendaklah diberi kepada pelajar-pelajar yang tidak berpeluang mendapat biasiswa dari swasta dalam negeri yang sememangnya digalakkan mengimbangi peruntukan untuk Bumiputra untuk. Malangnya beliau tidak boleh memberi kepada pelajar Melayu kerana banyak rakan dari satu pertubuhan Freemason dengannya terpaksa dilayan terlebih dahulu.

9. Kerana itulah Tun Abdul Razak telah membawa beliau pulang dan bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen.

10. Jika kita perhatikan kekuatan persaudaraan mereka dapat mengatasi kepatuhan seorang diplomat kepada tugas jawatannya sudah pasti kita dapat memahami kenapa ianya boleh menggugat Dasar Ekonomi Baru di waktu itu.
 
11. Kira-kira pada awal tahun tujuh puluhan saya bekerja di cabang sebuah bank swasta di mana akaun Freemason telah dibuka. Kalau betul ingatan saya (kalau salah bagi yang lebih mengetahui tolong betulkan) bendahari yang mengelola akaun itu ialah seorang dari Singapura bernama Hanson H yang bertugas sebagai seorang pengarah bank. Melalui beliaulah saya dapat mengetahui beberapa tokoh politik, pegawai tentera dan kerajaan, dan peguam yang menjadi anggota Freemason di kalangan orang-orang Melayu. Mereka ini sungguh akrab persahabatan dikalangan sesama mereka..
 
12. Saya teringat satu ketika apabila sebuah perniagaan phamaciatical, berdekatan dengan Bangkok Bank, di waktu itu, hendak disita oleh bank kerana terlalu banyak hutang yang tidak terbayar, boss saya di bank di waktu itu telah menasihati pemilik perniagaan itu supaya melantik seorang dari penasihat bank kami untuk menjadi pengerusi syarikatnya. Saya hanya mengetahui beberapa tahun kemudian bahawa pengerusi yang dicadangkan oleh bank itu ialah seorang ahli Freemason dan apabila beliau dilantik sebagai pengerusi maka masalah perniagaan itu dapat diselesaikan secara perundingan antara lawyer, yang mewakili pembekal kepada perniagaan yang hendak disita, itu dan lawyer pelanggan kami.
 
13. Akhirnya saya mendapat tahu kenalan saya itu menjadi pengerusi puluhon syarikat swasta yang ingin memudahkan rundingan apabila mereka menghadapi masalah perundangan.
 
14. Saya banyak membaca penulisan mengenai pergerakan-pergerakan sulit, khususnya di waktu saya bekerja di Kementerian Dalam Negeri. The Knights Templer dan Freemason adalah tajuk yang paling saya minati.
 
15. Oleh kerana saya mengetahui kebanyakan universiti di barat telah dipelupuri oleh tokoh-tokoh Freemason maka apabila Professor Ismail Faruqi kerumah saya kira-kira 6 bulan sebelum beliau dibunuh saya telah bertanya padanya apakah Temple Universiti tempat beliau mengajar bukan satu dari rangkaian universiti yang ditajakan oleh Freemason. Beliau mengesahkan ianya demikian dan sekali gus pemimpin International Institute of Islamic Thought (IIIT) ini telah mengaku bahawa beliau juga seorang ahli Freemason.
 
16. Saya tidak terkejut dengan pemberitahuan beliau kerana saya telah pernah terbaca sebuah buku karangan HAMKA mengenai reformis Islam yang terkenal dahulu iaitu Jamaluddin Al Afghani (yang sebenarnya dari Iran) juga semorang Freemason.
 
17. Mengikut penjelasan Prof. Ismail Faruqi beliau menasihatkan semua kawan-kawannya yang menjadi tokoh Islam yang bergiat di Amerika Syarikat, khususnya Arab, telah dinasehatinya supaya menjadi ahli Freemason untuk mendapat kemudahan bergerak di seluruh Amerika Utara. Mungkin itulah sebabnya Jamaluddin Al Afghani, lebih awal lagi, telah dapat bergerak bebas di seluruh empayar British.  
 
18. Tetapi Professor Ismail Faruqi telah menyatakan beliau tidak lama lagi akan keluar dari pergerakan Freemason itu. Bila saya bertanya atas kemungkinan beliau akan dibunuh jika mereka menganggap keluarnya dari menjadi anggota satu penghinaan kepada Freemason, beliau menjawab 'saya cukup berpengaruh dan dihormati' untuk mereka tidak bertindak dengan cara yang kejam terhadap saya.
 
19. Dalam diskusi itu saya telah mengingatkan bagaiman John Calvi yang digelar 'God's Banker' kerana mengendali sebuah bank milik Vatican. Kerana menyebabkan terdedah gerakan Freemason P2 di kalangan padri di dalam mazhab Katholik maka beliau telah digantung, entah oleh siapa, secara penyiksaan masonic, di bawah jembatan Blackfriars di London. Kepalanya yang mengena air telah dilambung naik turun oleh ombak sungai sehingga dia mati lemas. 
 
20. Saya turunkan di sini karangan saya yang berkaitan dengan perkara yang berkaitan kira-kira lebih 7 tahun yang lalu:
 
"Today the 4th of April, 2005 Pope John Paul II died. He was a good Pope. As a Muslim in faraway Malaysia we read about journeys and his pronouncement in the media, print and electronic. The Pose's death reminded me of his predecessor, Pope John Paul 1 or Pope Albino Luciani, or the forgotten Pope. He was Pope for only 33 days. The Vatican said he died of heart attack but his doctor friend said he could not die of a heart attack as he suffered from low (not high) blood pressure and that he was a regular mountain clumber. He had climbed a mountain with this personal doctor just two days before his death and the doctor had certified him to be in good health after the climb.
 
A Jewish athor David Yallop, in his book 'In God's Nama' defied the Vatican and claimed that Luciani was poisoned. Yallop narrated on how the two bankers Roberto Calvi and Sindona manipulated the Vatican's funds. Roberto was found hung under the Blackfriar Bridge in London in a Masonic way while Sindona, who was in Milan prison still undergoing trial for bank scandal received a letter and a small bottle of cyanide which he was asked to drink if his family was to be safe. Sindona drank and died. The only reason for Luciani's death was his intention of distributing the Vatican's fund, which was, at that time, said to be under masonic control, to the poor of the world. A noble intention indeed.
 
Luciani was poisoned but Sindona poisoned himself and all this, according to David Yallop, was the punishment by the P2 Masonic members at the Vatican.
 
21. Beberapa bulan kemudian saya mendapat berita Professor Ismail Faruqi dan isterinya telah dibunuh dengan cara yang cukup kejam di rumahnya. Kerana mengingatinya saya telah meminjam namanya untuk anak saya yang  keenam, Azfar Nur Faruqi bin Sanusi, kerana isteri saya sedang mengandung waktu Professor Ismail Faruqi dan isterinya melawat rumah saya.

22. Apabila gerakan Freemason ini terdedah di awal tahun tujuh puluhan maka satu pertemuan telah diadakan oleh mereka di Equatorial Hotel, Kuala Lumpur.. Kesimpulan dari pertemuan itu mereka yang hadir dari kalangan Freemason telah menyatakan bahawa mereka menjadi anggota hanya untuk menambah keakraban persahabatan dan mereka tidaklah menjadi ahli yang fanatik dan menganggap pertubuhan mereka itu hanya sebuah pertubuhan sosial. Hanya seorang dari mereka saja yang tidak menangis apabila membuat pengakuan keahlian, dan beliau menyatakan beliau ingin mempelajari bagaimana pertubuhan itu menguasai dunia.

23. Apakah ada di kalangan kita sekarang ini tokoh-tokoh berdua wajah yang lebih setia kepada organisasinuya daripada ugama, bangsa dan tanahair?

24. Wallaahua'lam.
 

3 comments:

Anonymous said...

Mungkin dalam UMNO sendiri penuh dengan mereka,sebab itulah perjuangan UMNO masa kini jadi agak pelik.Najib bersekolah di England,dia boleh keluar dari England,tapi England tidak boleh keluar darinya.PAS dan PKR tidak perlu disangsikan lagi,kerana kedua-duanya jelas adalah musuh kepada agama suci Islam.

Anonymous said...



http://www.youtube.com/watch?v=tDrD5pcnAbA

Anonymous said...

Mudah2an Dato Seri sihat walafiat.

Alhamdulillah Dato Seri mengetahui ttg Secret Societies Zionist.

Tidak ramai pemimpin Islam yg sedar akan hal itu aptah lagi kebatilannya.

Mudah2an Dato Seri menguar-uarkannya kpd pemimpin Islam yg lain ttg hal itu

Kalangan hamba Allah yg ikhlas hatinya dan benar imannya disisi Allah sangatlah tahu akan hal demikian tanpa perlu menelaah & mgkaji kejahatan Freemason & Agenda Syaitan dibaliknya...sbb mrk diberikan Allah petunjuk yg jelas. Allah Maha Pemberi Petunjuk bg sesiapa yg inginkn kebenaran

Syaratnya ikhlas pd agama Allah, bpegang teguh pd jalan Rasulullah saw dan selalulah bmunajat dan bantu saudara Islam yg lain dlm keadaan senyap mahupun terang terutama fakir miskin, anak yatim dll

Mudah2an Allah lindung & ttpkn hati kt semua dlm iman. Amin.