Ucapan berikut telah diposkan dalam blog ini pada 13hb Februari, 2014 atas tajuk FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA. Sebagai menyahut perminaan pengunjung baru kepada blog ini maka saya poskan sekali lagi pada 31hb Januari, 2016 sebagai bahan bacaan dalam memikirkan masalah bangsa Melayu dalam masa selepas Tsunami Ekonomi 1MDB nanti, atas tajuk MELAYU SELEPAS TSUNAMI EKONOMI 1MDB - FAKTOR NILAI. Sempena menyambut hari kemerdekaan pada 31hb Ogos, 2016 ucapan ini dimasukkan sekali lagi atas tajuk MEMBAHARUI ISI KEMERDEKAAN. Pada 23hb Februari, 2017 masukan blog ini kembali kepada tajuk pertama iaitu FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA.
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
FAKTOR NILAI DALAM KEBANGKITAN BANGSA
Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
KATA-KATA ALUAN
Yang Berhormat Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan
Yang Berbahagia Dato' Dr. Hasan Mat, Setiausaha Agong Majlis Perundingan Melayu
Tan Sri, Dato' Seri, Dato', Datin dan para hadirin yang saya hormati sekalian.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan yang diberi untuk saya meluahkan pandangan dan pendapat saya mengenai keadaan bangsa Melayu masakini.
SOALAN POKOK
Soalan pokok yang menjadi bahan fikiran yang menghairankaan saya pada setiap masa ialah:
Kenapakah di dalam sebuah Negara yang semua ke 9 Rajanya berbangsa Melayu;
Perdana Menteri dan Timbalannya, Melayu;
banyak Menteri terdiri dari bangsa Melayu;
semua Menteri Besar dan Tiga Ketua Menteri juga Melayu;
Pegawai Tinggi kerajaan dan Ketua-Ketua jabatan ramai Melayu;
Banyak pemimpin dan tenaga pelajar di universiti-universiti kerajaan terdiri dari bangsa Melayu;

Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung kebanyakannya Melayu;
Ketua dan Pegawai Angkatan Bersenjata, Polis dan Tentera, dikuasai oleh Melayu.
Tetapi kita lihat Melayu terus gelisah.
Apakah sebabnya?
Apakah sebabnya?
SEKITAR PERSOALAN PENDIDIKAN DAN EKONOMI
Sejak Merdeka sehingga sekarang kita mempercayai dan kita yakin bahawa kemunduran kita di dalam bidang pendidikan adalah sebab utama kemunduran kita yang perlu diselesaikan.
Demi meningkatkan martabat, dan memulihkan maruah bangsa.
Kononnya, selesai sahaja kekurangan kita dalam bidang pendidikan maka selesailah masalah Melayu.
Saya mula menyedari hakikat ini apabila saya menjadi ahli UMNO yang aktif di Seremban, dalam UMNO Bahagian Seremban Timur, mulai 13 Oktober, 1963, iaitu 50 tahun 4 bulan yang lalu.
CABARAN AWAL PENDIDIKAN MELAYU
Mengenai pendidikan.
Pada mulanya, anak-anak Melayu tidak dapat ke universiti tempatan kerana MERITnya terlalu rendah. Pimpinan universiti tidak pernah memberi pertimbangan kepada taraf hidup yang rendah di luar bandar dan kemudahan yang sangat sederhana, termasuk 'tuition' yang hampir tidak ada.
Kuasa politiklah yang telah memutuskan supaya pihak universiti dipaksa mengambil pelajar Melayu dalam batasan 'KUOTA' yang ditentukan.
Setelah itu kita menghadapi masalah baru.
Kecuali seorang, semua pengerusi Jawatankuasa Biasiswa di peringkat negeri yang terdiri dari Pegawai Pelajaran Negeri terdiri dari bukan Melayu.
Mereka juga berpegang pada MERIT untuk mendapatkan biasiswa.
Mereka menghalang anak-anak Melayu dari mendapat biasiswa walaupun sudah ada kuota di satu-satunya universiti tempatan.

Atas desakan Pergerakan Pemuda UMNO di waktu itu keputusan politik jualah yang telah memindahkan jawatan Pengerusi Biasiswa Negeri dari Pegawai Pelajaran Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri yang semuanya terdiri dari bangsa Melayu.
Hasilnya?
Bertambahlah pelajar-pelajar Melayu, kerana biasiswa dan kuota, mendapat tempat di universiti tempatan sementara yang tiada tempat di dalam negeri telah sedikit dihantar ke luar negara.
Kita dapati pada waktu itu kebanyakan anak-anak Melayu, yang dipilih kerana pintarnya, yang belajar dalam bidang ilmu yang diajar oleh bukan Melayu, telah menemui kegagalan.
Yang belajar ugama, bahasa dan sastera Melayu, atau yang belajar di bawah pensyarah Melayu sahaja yang ramai berjaya.
Kita dapati juga, pelajar-pelajar yang pergi ke luar negera, walaupun yang dianggap kurang pintar, telah mencapai kejayaan.
Apakah hebat sekali universiti kita sehingga pelajar Melayu yang pintar semuanya gagal dan yang kurang pintar mendapat kelulusan cemerlang di luar negera?
Maka keputusan politik pulalah yang telah menghantar lebih ramai anak-anak Melayu ke universiti di luar negera yang nampaknya boleh meluluskan pelajar kita yang kurang pintar untuk mengelak dari yang pintar terus terkorban di satu-satunya universiti tempatan.

Itulah cabaran kita di masa lalu.
Kini cabaran sedemikian tiada lagi.
Bercambah-cambah anak-anak Melayu yang berkelulusan universiti tempatan dan luar negera sehingga kita tidak perlu berseminar lagi untuk mendesak kerajaan.
Benar, kerajaan telah memperuntukkan banyak biasiswa untuk pelajar Melayu;
jika dibandingkan dengan yang diperuntukkan kepada bukan Melayu;
Tetapi.
Lantaran, tabung biasiswa swasta -
jauh lebih besar,
dan tempat untuk bukan Melayu banyak di universiti Singapura, Taiwan dan India, sementara
Melayu pula tidak dapat tempat di sana, dan tidak dapat biasiswa swasta,
Melayu tetap ketinggalam jika dibuat perbandingan.

Keputusan politik sebelum pemimpin masakini,
dalam persaingan untuk menawan hati pengundi China
telah mengorbankan usaha merapatkan jurang pencapaian antara kaum ini
apabila peruntukan biasiswa kerajaan hampir disamaratakan antara Bumiputera dan selainnya,
sementara biasiswa swasta tetap kemarau untuk Melayu.

Kita berasa sedih
kerana angka/jumlah Melayu yang berpendidikan
tidak seimbang dengan bukan Melayu yang berpendidikan.
TETAPI.
Nampakkah kita bahawa kedurjanaan yang dilakukan oleh yang berpendidikan termasuk:
1. Rasuah yang lebih sofistikated dan tidak lagi seperti Melayu bodoh yang pandai hanya mencuri ayam;
2. Penyelewengan yang sukar dikesan kerana yang menyeleweng itu terpelajar;
3. Salah guna kuasa merata-rata kerana yang bodoh tidak berkuasa;
4. Penipuan secara yang lebih canggih kerana ilmu melimpah ruah; dan
5. LGBT, Liberalisma dan Pluralisma menjadi-jadi di bawah pimpinan orang yang cukup pintar.
KITA BERPOLITIK SEPERTI ORANG BERNIAGA, DAN KITA BERNIAGA SEPERTI ORANG BERPOLITIK.
Oleh itu.
Pada malam ini.
Kita perlu fikirkan semula apakah dengan bertambahnya jumlah profesyenal Melayu dan Melayu yang berpendidikan maka bertambah beruntungkah bangsa Melayu di bumi bertuah ini?

CABARAN AWAL EKONOMI MELAYU
Mengenai ekonomi.
Di Bangsar, Kuala Lumpur terdapat satu jalan bernama Jalan Maarof. Tak ramai orang muda yang mengetahui kenapa jalan ini diberi nama Jalan Maarof. Bagi yang tahu nama Maarof inilah yang patut menjadi kenangan mengenai cabaran awal yang dihadapi oleh pendukung ekonomi Melayu di masa lalu.
Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria.
Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya terbuka kepada orang-orang Melayu.
Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.
Pada waktu itu hanya ada dua buah bank; iaitu bank milik British bernama The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas Chinese Banking Corporation.
Di kedua buah bank ini Melayu tidak dibenar meminjam wang.
Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi.
Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.
Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya Encik Maarof Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden. Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya telah tidak diambil oleh pembunuh itu. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu yang didirikan oleh Encik Maarof itu.
Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan 27 ekar Tanah serta tiupan roh semangat perjuangan bangsa Melayu di bidang ekonomi.
Yang membunuh Encik Maarof nampaknya bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi.
Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965 cadangan menubuhkan Bank Bumiputra telah diketengahkan.
Saya turut hadir dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama ini sebagai Setiausaha Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan.
Bank Bumiputra kini sudah tiada lagi.
Sejak Merdeka bangsa Melayu telah mengadakan beberapa Kongres Ekonomi seperti berikut:
1. Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama - 1965
2. Kongres Ekonomi Islam Pertama - 1968
3. Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua - 1968
4. Kongres Ekonomi Islam Kedua - 1972
5. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Pertama - 1980
6. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga Yang Kedua - 1992
7. Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat - 1999
8. Kongres Ekonomi Islam Ketiga - 2009
9. Kongres Ekonomi Melayu - 2012
Sepanjang 8 Kongres Ekonomi Bumiputera dan Islam yang telah diadakan seramai sekitar 4,000 orang peserta telah mengambil bahagian yang aktif dan 290 usul telah diluluskan.
Hampir semua usul mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan atau menubuhkan itu dan ini.
Tidak ada langsung cadangan untuk kita sendiri bertindak.
KITA MINTA, KITA SURUH, KITA DESAK DAN KITA ARAH SUPAYA KERAJAAAN MEMBUAT SESUATU.
KITA TIDAK BUAT.
Setelah begitu lama kita tidak buat cadangan yang membuka peluang untuk kita bertindak atas inisiatif sendiri tiba-tiba laksana musim kemarau didatangi hujan Yang Berhormat Menteri Pendidikan mencadangkan tabung alumni UiTM yang wajib didukung oleh sekitar 500,000 graduan UiTM dengan sumbangan RM2,000.00 seorang dan mensasarkan jumlah kutipan RM1billion.
Syabas Yang Berhormat Dato' Seri Idris Jusoh.
Kongres Ekonomi ke 9 bernama 'Kongres Ekonomi Melayu' telah membawa tema 'Merdeka Ekonomi Kita' yang bererti bukan mendesak kerajaan tetapi mendesak diri kita untuk berbuat sesuatu untuk memerdekakan diri dari bergantung kepada kerajaan.
Apakah kita sudah siap untuk berdikari dalam bidang ekonomi?
Setelah 56 tahun 5 bulan dan 12 hari kita Merdeka.
Setelah 9 Kongres Ekonomi.
Setelah rada atusan ribu graduan dari universiti dan institut profesyenal dalam dan luar Negara?
Tidak adakah yang berani mengiakan pertanyaan ini?
YANG MEMPENGARUHI KITA
Apakah yang telah mempengaruhi kita selama ini?
Yang jelas ialah:
William Shawcross di dalam bukunya 'The Sideshow' telah mendakwa bahawa kekalahan Amerika Syarikat di bidang ekonomi di dunia tidak perlu menjadi kebimbangan besar
kerana kekalahan itu
diimbangi dengan kejayaannya melakukan penjajahan budaya
di serata dunia,
seperti mempopularkan lagu-lagu pop
dan wujudnya rangkaian restoran seperti McDonald dan Kentucky Fried Chicken
yang merobah cara makan masyarakat dunia.
Begitu penting penjajahan budaya sebegini bagi Amerika Syarikat sehingga di satu masa dulu pinjaman Bank Dunia kepada Negara China telah dilambatkan
- sehingga China membenarkan Michael Jackson membuat persembahan di China dan
- cawangan restoran McDonald mendapat izin untuk beroperasi di Beijing.
Berertilah ada usaha untuk mencemarkan budaya kita dengan cara yang tidak menguntungkan kita.
Apakah yang telah kita pelajari dari pengalaman dalam mendidik anak bangsa dan memajukan ekonomi bangsa?
Tun Dr. Mahathir telah dipetik di dalam buku Parag Khanna berjudul 'How To Run The World', terbitan 2011 sebagai berkata:
'Two millennia of experience and mountains of knowledge have not made us much more capable of managing our affairs than stone-age people.'
Jika Umat manusia gagal mempelajari sesuatu setelah 2 ribu tahun, kita tidak boleh mengharapkan Melayu berkemampuan mempelajarinya setelah Merdeka hanya lebih 56 tahun.
Apa yang kita tahu ialah sementara kita menggunakan kuasa politik untuk meningkatkan pencapaian kita dalam bidang pendidikan dan ekonomi kini kuasa itu sudah terancam.
APA ERTINYA KEHILANGAN MAJORITI 2/3 DALAM PARLIMEN
UMNO dan BARISAN NASIONAL yang dulunya PERIKATAN tidak pernah mengalami kegagalan mendapat majoriti 2/3 dalam Parlimen. Peratus ini adalah penting demi kesetabilan politik Negara kerana dengan majoriti yang nipis keadaan politik tidak stabil.
Wang boleh mempengaruhi wakil rakyat.
Tidak perlu Wakil Rakyat yang ramai untuk berpindah parti untuk menumbangkan kerajaan.
Wakil Rakyat yang sedikit menjadi penting.
Mereka boleh dijual-beli untuk mengancam kerajaan.
Dalam PRU ke 2008, kerana rasuah dan napotisma, pemimpin kerajaan di waktu itu, Barisan Nasional telah kehilangan majoriti keramat 2/3 yang dipegang sejak Merdeka.
Apakah ertinya kekalahan ini?
Apa ertinya mendapat kurang dari 2/3 majoriti ini?
Besar ertinya.
Jika ianya menjadi permulaan kepada kekalahan atau kegagalan yang berterusan.
Kekalahan atau kegagalan begini boleh membawa akibat seperti yang berlaku kepada Empayar Osmaniah pada tahun 1919.
Kerajaan Osmaniah dulunya tidak pernah kalah dan kerana itu difikirkan tidak akan kalah untuk selama-lamanya.
Setelah kekalahan Empayar Osmaniah dalam The Battle of Lepanto pada 7 Oktober,1571, pihak Kristian menjadi bersemangat dan berupaya berjuang sepanjang 348 tahun. Itulah akibat kekalahan pertama seperti gagalnya Barisan Nasional mendapat majoriti 2/3 dalam PRU 12 dan 13 berikutnya.
Empayar Osmaniah pada awalnya tidak pernah kalah, dan difikirkan tidak mungkin dikalahkan (seperti BN dulunya tidak mungkin digagalkan dari mendapat majoriti 2/3).
Kekalahan Empayar Osmaniah pertama
berlaku dalam The Battle of Lepanto
pada tahun 1571.
Kegagalan Kerajaan Barisan Nasional pertama
dari mendapat majoriti 2/3 berlaku dalam PRU ke 12
pada tahun 2008.
Kegagalan Kerajaan Barisan Nasional kedua untuk mendapat majoriti 2/3 berlaku hanya 5 tahun kemudian.
Kekalahan,
dan keruntuhan
atau kehancuran
Kerajaan Osmaniah kedua,
dan terakhir,
berlaku dalam tahun 1919 iaitu 348 tahun kemudian.
Gambarkanlah masa depan kita
jika kita tidak membawa cara baru yang inovatif, transformasi
yang berkesan
dan menerajui satu 'Renaissance' ala kita,
setelah kita menemui sebabnya berlaku begini.
Setelah kita menyedari di mana salahnya kita
Setelah kita mengenal diri.
Sebabnya
Di perut kapal-kapal milik raja yang dikalahkan oleh pihak Kristian terdapat ketulan-ketulan emas yang begitu banyak, yang dikumpulkan dan dibawa oleh raja ke mana-mana dia belayar kerana takut kehilangan.
Bagitu tamaknya Raja dan pemerintah Osmaniah.
Kerana tamak
lupa diri, dan
salah perhitungan
pemimpin Osmaniah di semua peringkat
maka tenggelamlah mereka di dalam sejarah dunia.
Beginilah yang tertulis dalam buku sejarah
"Before that battle the Turkish Warriors of the Ottoman Empire were thought to be invincible,
strong and powerful,
and they could not be defeated.
The morale of the Christians were very low then
until their victory at the Battle of Lepanto."
"The Christianss have never forgotten this date 7th October, 1571,
as the date when their fate was reversed
when they saw 240 ships of the Ottoman Empire sunk
and 30,000 Muslims were dead or wounded
as against
only 12 ships of The Christian Holy League being sunk
and only 9,000 dead or wounded."
That is why in Christian churches, the bells toll on the 7th of October every year.
LOCENG KEKALAHAN
Loceng inilah yang kini berdengong,
menggegarkan,
sehingga kita tidak tahan mendengarnya
sejak menara perpaduan Melayu
tersungkur rebah
dalam PRU ke 12, dan lima tahun kemudian, dalam PRU ke 13.
Musuh Melayu mengetahui bahawa,
dengan memperalatkan tokoh-tokoh Melayu,
yang lupa diri,
yang bergelumang dalam maksiat,
di alam dosa,
dengan cita-cita
dan nafsu di luar kawalan,
Melayu boleh dikalahkan
seperti robohnya Empayar Osmaniah.
HAPARAN KITA
Tiba-tiba saya terdengar seruan Tun Dr. Mahathir memanggil kita untuk 'Pandang ke Timur'.
Ke Jepun,
Korea Selatan
dan Taiwan.
Sudah tentu tercetusnya ide ini
di dalam hati Tun Dr. Mahathir
disebabkan
pengalamannya,
pembacaannya
dan hasil renungannya yang cukup lama
sementara meniti landasan
menuju ke puncak kepimpinan Negara.
UNDEFENDED DOCTORAL THESIS
Kebetulan 'my undefended doctoral thesis'
di Hamburg, Jerman Barat,
di bawah penyeliaan Prof. Karl Schiller,
Menteri Ekonomi dan Kewangan di zaman Helmut Schmidt,
juga bertajuk 'Japan's Economic Growth and the Future of South Korea and Taiwan'
Pada waktu dasar Pandang ke Timur dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir dunia ini bolehlah dibahagikan kepada 5 kumpulan.
FIVE ECONOMIC ZONES
1. The English speaking democracies - iaitu kumpulan Negara-Negara yang pernah dijajah oleh British yang sumber ilmunya dari buku-buku yang tertulis di dalam bahasa Inggeris.
2. The Communist world - Negara-Negara komunis seperti Korea Utara, Russia, China, Jerman Timur dan Poland yang kesamaan ide ekonominya kerana fahaman komunis walaupun diajar di dalam bahasa-bahasa yang berbeza.
3. The Muslim world of the Middle East or West Asia - terdiri dari Negara-Negara Islam yang kaya dan menggunakan kekayaan mereka untuk membeli senjata yang digunakan untuk berperang sesama sendiri.
4. The Catholic world of Latin America - yang Negara-negaranya kaya dengan hasil bumi yang belum dieksploitasikan, tetapi pemimpin-pemimpinnya boros dengan himpunan kekayaan untuk pribadi sehingga merugikan Negara.
Kesemua 4 kumpulan negara-negara ini menghadapi masalah ekonomi
kerana patuh kepada ide, ilmu, fahaman dan nafsu masing-masing.
Semua menghadapi masalah defisit.
Tetapi.
Kumpulan ke -
5. The non-English speaking democracies - seperti Jerman, Peranchis, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan, pada waktu itu, sedang maju dengan kedudukan 'surplus' dan kedudukan ekonomi yang membanggakan.
Oleh kerana kita orang timur, kita lupakanlah Jerman dan Peranchis.
Jepun, Korea Selatan dan Taiwan ialah bangsa di timur seperti kita.
Apakah yang membezakan antara mereka dengan kita?
Saya selalu diingatkan oleh Prof. Schiller
supaya
dalam usaha menyelesaikan sesuatu masalah
kita hendaklah jangan mencari penyelesaian di tempat yang salah.
Haben Sie etwas verloren?
Apakah kamu kehilangan sesuatu?
Ja
Ya
Was haben Sie verloren?
Apakah yang telah hilang?
Ein Kugelschreiber.
Pena
Haben Sie hier verloren?
Apakah hilangnya di sini?
Nein, ein weiter da.
Tidak sedikit jauh di sana.
Warum haben Sie hier suchen dann?
Kenapa kamu cari di sini?
Es gibt Licht hier.
Kerana di sini ada cahaya (dari lampu di tepi jalan)
Berertilah dia cari bukan di tempat yang hilang
Seperti Melayu, dia cari di tempat yang ada cahaya.
Sampai kiamat pun tak akan dijumpai yang hilang itu.
DI MANA KITA?
Sebelum kita dapat memahami di mana kita
dan ke mana kita akan tuju
elok juga kita pelajari apa yang dirumuskan oleh sejarawan Alexander Fraser Tytler
pada tahun 1776
mengenai perangai manusia dalam meniti tamaddun sejarahnya.
Alexander berkata:
Man moves
1. From bondage (and poverty) to spiritual faith - Dari perhambaan (dan kemiskinan) timbul semangat keagamaan;
2. From spiritual faith to great courage - Kerana semangat agama timbul keberanian;
3. From great courage to liberty - Dari keberanian datanglah perjuangan menuju kebebasan
4. From liberty to prosperity (abundance) - Dari kebebasan datang kemewahan
5. From prosperity (abundance) to greed - Dari kemewahan datang sifat tamak;
6. From greed (selfishness) to frustration - Dari tamak datang kekecewaan;
7. From frustration to complacency - Dari kekecewaan datang kepuasan;
8. From complacency to apathy - Dari kepuasan datanglah sifat tidak peduli;
9. From apathy to dependency - Dari sifat tidak peduli datanglah sikap bergantung kepada orang lain;
10. From dependency back to bondage again - Dari bergantung kepada orang lain kembalilah kita dijajah.
Di peringkat manakah kita sekarang ini?
Kita berkecamuk di berbagai peringkat.
Dalam masa lebih 56 tahun kita merdeka jurang perbezaan antara kita dapat kita fahami dengan meneliti di mana kita dalam strata perkembangan sejarah negara.
JAPAN
Let us look at the Japanese.
When one talks about Japanese economic success one cannot avoid equating the successes of Japan from the successes of such Japanese companies as
Mitsubishi,
Mitsui,
Marubeni,
Sumitomo and
Dai-Ichi Kangyo which is currently absolved by C. Itoh.
These five companies were identified by the Financial Time of London as the five largest companies in the world, in that order, on 31st December, 1991.
It was the most embarrassing discovery to the corporate world of UK and the USA.
Especially, when the Japanese lost in WW II to the Allied Forces
led by the UK and the USA,
but in 1991
the 5 Japanese companies defeated the companies of the UK and the USA.
They appeared to have lost the war but won the peace.
This embarrassment
necessitated the consolidation and amalgamation
of the UK and USA companies
which took place
since 1991 till the present day.
What is the underlying background to the successes of these 5 Japanese companies?
Was it the Japanese knowledge of science and technology?
I don't think so,
as more books are available in science and technology in the English language,
which is the language of the UK and the USA,
than in the Japanese language.
Was it the Japanese management know-how?
I don't think so
as even Japanese, such as Kenichi Ohmae,
is recommending American management method
for Japanese Companies.
If you think
that the Quality Control Circle
is the catalyst for Japanese corporate success,
you have to realize that all those thousands of Japanes companies which failed
also practiced QCC.
We did not excel even with QCC.
The 5 companies
Mitsubishi, Mitsui, Marubeni, Sumitomo and Dai-Ichi Kangyo
were all incorporated in 1873,
that is 5 years after the Meiji Restoration of 1868.
With the Meiji Restoration,
the Japanese Army was modernized
using modern weapons
and the traditional Japanese warriors,
the Samurais,
were sidelined to civilian life.
The Samurai were not happy being sidelined from politics and the army
and they decided to serve their country
in the global business arena.
The so called Ronins,
who are the Samurais without the Shogun,
were not armed with knowledge in management,
neither did they have scientific and technological know-how;
but they had the Bushido spirit of the Samurais.
THE BUSHIDO SPIRIT
This Bushido spirit comprises of 5 values which the Samurais upheld obsessively, rain or shine.
These values are:
- Trustworthiness - Amanah
- Courage - Berani
- Discipline - Disiplin
- Diligence - Rajin, and
- Loyalty - Setia
With these core values
accompanying their leadership and management efforts,
they acquired knowledge,
they mobilized their educated and their professionals,
they managed well
and they succeeded.
KOREA SELATAN
Pada 17 Disember, 1963
Presiden Park Chung Hee dari Korea Selatan,
setelah menang pilihanraya dalam bulan Oktober, 1963,
telah mengunjungi Bilik Gerakan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur.
Waktu itu Tun Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri
dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Sebelum taklimat diberi mengenai pembangunan luar Bandar Malaysia
Presiden Park telah ternampak sepotong ayat dari Al Quran
yang tertulis pada mukaddimah papan taklimat kementerian.
Apabila Presiden Park mengetahui
maksudnya ayat itu ialah 'Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu merubahnya asendiri'
beliau menyebut 'nampaknya agama Islam menghendaki umatnya berdikari atau 'self-help'.
Dalam taklimatnya
di waktu hendak melancarkan program 'Saemul Undung'
di negaranya,
sebagai permulaan kepada inisiatif pembangunan Korea Selatan,
Presiden Park telah memulakan ucapannya dengan berkata
'The religion of Muhammad has commanded that God shall not change the fate of man until they change themselves.'
Bermula dengan program inilah
Korea Selatan yang dulunya lebih mundur dari Malaysia
sebelum Park Chung Hee ke sini,
kini menjadi lebih maju
kerana mengamalkan sepotong ayat dari Al Quran,
malah, mereka kini, menjadi saingan kepada Jepun.
Betapa hebatkah kita
membangun Negara kita
dengan inspirasi mana satu ayat dari 6,666 ayat di dalam Al Quran?
Kenapa kafir boleh belajar dari Al Quran
sedangkan kita tidak ke mana?
Saya pernah menulis:
President Park knew and understood only one sentence of the Quran,
but managed to plan and execute a program
for the benefit of his people,
whereas we read the whole Quran many times
but never knew how to make a successful effort
out of its teachings and wisdom.
President Park did better because,
after being inspired by that one sentence of the Quran,
he motivated his people based on his study of history,
particularly the history of the 'Shilla Dynasty'
and the
'Seven Years War' with the Japanese between 1592 to 1598,
when the Japanese,
under the leadership of Toyotomi Hideyoshi
were twice defeated by the Korean Admiral Yi Sun-chin
with his 'Turtle Armada.'
The motivating element
that led to victory during the 'Shilla Dynasty' and the 'Seven Years War'
was the Hwarang-do,
or 'The Way of Hwarang.'
In 576 AD 'The Way of Hwarang' was perfected
by the Buddhist monk who introduced the 'Five Injunctions for Mundane Life.'
The contents of these 5 injunctions are basically similar to the Bushido spirit of the Samurais.
Its 'trustworthiness', 'courage', 'discipline', 'diligence' and 'loyalty.'
Just as the Bushido spirit,
originally used in fighting,
was used by the five Japanese companies
to succeed in their business and economic activities,
the Hwaraang spirit which gave unity and victory to the Koreans
during the Shilla Dynasty
and The Seven Years War
led by Admiral Yu Sun-chin,
was used by President Park Chung Hee
to drive the economic growth of South Korea.
Park Chung Hee instilled the Hwarang spirit
in the management personnel of his government
and the leaders of the South Korean industries.
TAIWAN
While North Korea and China were,
in earlier years,
lulled into economic mediocrity
by the Western Jewish thinker Karl Marx,
Taiwan's economy was growing
because of the Jinsheng spirit
which is similar to the Bushido and the Hwarang spirit of Japan and South Korea.
Taiwan's management
was also driven by the same core values
which has become part of their second nature.
Bila saya bertanya Naib Presiden Taiwan Vincent Siow,
semasa beliau masih menjadi Menteri Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana,
sebelum naik menjadi Perdana Menteri Taiwan,
atas sebabnya Taiwan maju tetapi China mundur,
di waktu itu.
Beliau menjawab,
Taiwan itu rakyatnya China tetapi Negara China itu rakyatnya bukan China tetapi kominis.
Saya kenal Vincent Siow sejak beliau menjadi pelanggan The Chartered Bank
di waktu beliau mengetuai perwakilan Taiwan di Malaysia
atas nama syarikat milik negaranya.
Saya di waktu itu bekerja sebagai eksekutif di bank Chartered.
Bila Vincent mendengar kecurigaan saya atas sikap Jinsheng
yang dikatakannya ada pada orang Taiwan
sedangkan saya tahu ramai taukeh besar China
kaya kerana
- judi,
- terlibat dalam perniagaan dadah,
- aktif dalam kegiatan kongsi gelap, dan
- mengurus rangkaian outlet pelacuran
lantas Vincent berkata -
'Di dalam sesebuah Negara
tidak mungkin semua rakyatnya bersikap Jinsheng,
iaitu
-amanah,
- berani,
- disiplin,
- rajin dan
- setia.
Yang perlu ialah
cukup ramai pemimpin di berbagai peringkat
menghayati nilai murni itu.
Taiwan,
katanya,
perlu hanya sekitar 20,000 pemimpin dan ketua di berbagai bidang dan tahap
yang mengamal prinsip berkenaan.
Kata Vincent Siow, bagi Malaysia mungkin perlu seramai itu juga.
RUMUSAN
Oleh itu.
Kita tidak perlu ada terlalu ramai cerdik pandai, dengan ijazah berjela-berjela jika mereka itu -
- Tidak amanah
- Penakut
- Tidak disiplin
- Malas, dan
- Pengkhianat.
Melayu perlu ada sekitar 20,000 orang yang terpelajar, atau berkelulusan dan profesyenal yang amanah, berani, disiplin dan setia.
- Amanah menangani kuasa
- Berani mengambil tindakan dan menghadapi risiko
- Disiplin dalam mengendalikan tugas dan tanggungjawab
- Rajin dan bertungkus lumus menjalankan tugas dan berkorban untuk bangsa dan negara
- Setia kepada keluarga, sahabat, kampong, mukim, daerah, negeri, Negara, bangsa dan Umat
Dari antara ribuan yang sudah berkelulusan
dan dari antara ribuan yang akan lulus
mampukah kita
mengesan 20,000 anak bangsa
yang mempunyai nilai-nilai tersebut.
ISLAMIC VALUES
If you ponder closely the five values in the
- Bushido
- Hwarang, and
- Jinsheng
You will find that
- Trustworthiness or Amanah
The Quran says: 'Successful indeed are the believers ... those who are faithfully true to their amanah (trusts) and to their covenant' (al-Mu'minun: 1-8)
Islamic trustworthiness (al-Amanah) is reflected in Muslim's words and dealings. Muslims with this virtue are Muslims with high degree of honesty and integrity. They are responsible to be honest and trusted by colleagues and partners.
- Courage or Keberanian
The Quran says: 'The mosque of Allah shall be maintained only by those who believe in Allah and the Last Day; perform the Salah, and give the Zakah, and fear none but Allah. It is they who are the true guidance.' (al-Taubah: 18)
True Islamic courage (syaja'ah), as outlined in the Qur'an, is showing determination in respecting all of Allah's limits, without exception, and without hesitation, fearing none other than Allah, and not deviating from this course whatever the circumstances. Essentially courage is the virtue that arises as a result of faith, in those who fear no one but Allah, and who are deeply devoted to Him. The very basis of the courage of the faithful is their love and fear of Allah, and their rendering sincere effort to earn his good pleasure. For that reason, their courage in fulfilling the requirements of morality is not dependent on specific circumstances. Those who believe in Allah show courage as an outcome of their fear of Allah and longing for the Hereafter. Because they are sincere, they are also courageous and brave. And the most courageous and brave are the people of knowledge.
- Discipline or Disiplin ( with different spelling)
The Quran says: ''Then we have put you (O Muhammad pbuy) on a (plain) way of (Our) commandment and laws, so follow.' (al-Jathiyah: 18
True Islamic discipline is reflected through consistent adherence to the rules and regulations (al-Ittiba') and remains steadfast (al-Istiqamah) with continuous obedience and positive belief in our doings.
- Diligence or Rajin, and
The Quran says: 'And strive hard in Allah's course as you ought to strive (with sincerity and efforts' (al-Haj: 78)
Islamic diligence is an expression of enthusiastic interest and sincere devotion to a course in accomplishing it. Muslims are those who never lose the enthusiasm in their hearts throughout their lives. They continue to strive hard towards precision in all matters, to be the best of all. This is due to the source of their diligence which is faith in Allah and their major goal is earning the good pleasure of Allah, His mercy and His paradise.
- Loyalty or Setia
The Quran says: 'Truly, my prayer and my devotion, my life and my death, are (all) for Allah, the Cherisher of the Worlds.' (al-An'am: 162)
One of the distinguishing features of believers is a sense of loyalty - Islamic loyalty. Muslims, in their real sense, are loyal and very much against self-interest. A Muslim would fail to keep his self-respect if even once he demonstrated a minor neglect in his loyalty. When one loses self-respect completely, one gradually approaches a point where one loses faith.
are all values highly propagated by Islam.
The 'muru'ah' spirit of the Qurasyh summarises the five core values in the Bushido, Hwarang and Jinsheng.
That's the reason they were strong in the defense of paganism; but when they were converted to Islam the same spirit was instrumental in the expansion of the Islamic Empayar.
But these Islamic values are practiced by the Japanese, the Koreans and the Chinese in Taiwan.
It proves that by just reading the Holy Quran and knowing the core values will not help us to progress, as they say in Arabic,
Al ilmu bi la amal, ka syajari bi la samar', or
'Ilmu yang tidak beramal laksana pohon yang tidak berbuah'.
In English we have a saying,
'Words without deeds is a garden full of weeds', or
'Kata-kata tanpa amalan adalah laksana taman yang ditumbuhi lalang.'
Whatever our disagreements,
on one thing we must agree today,
and that is
the core Islamic values in Bushido, Hwarang and Jisheng,
ingrained in the Japanese, the Koreans and the Taiwanese ( as of now - even the mainland Chinese )
should be put into practice
by knowledgeable Malays and Malays who are out to gain knowledge.
In that way
the Malays can lead their nation,
states, and
institutions
towards greater achievements.
KNOWLEDGE WITHOUT VALUES
We should be able to avoid the disaster
that has befallen such companies as ENRON,
that was led and managed by educated, qualified and trained executives,
with management know-how, but without the core values.
Apa yang diperlukan oleh bangsa Melayu ialah anak bangsa yang berilmu yang turut menghayati nilai-nilai murni seperti amanah, berani, disiplin, rajin dan setia iaitu nilai-nilai Islam yang diamal oleh penganut fahaman Bushido di Jepun, Hwarang di Korea Selatan dan Jinsheng di Taiwan
Sekian, Wabillaahi taufiq Wassalaamu'alaikum
Wallaahu'aklam
Sanusi Junid.
MASUKAN PERTAMA: 13HB FEBRUARI, 2014
MASUKAN KEDUA: 31 JANUARI, 2016
MASUKAN KETIGA: 31 AUGUST, 2016
MASUKAN KEEMPAT 22 FEBRUARY, 2017

31 comments:
Thank you Tan Sri, for a wonderful piece of writing. Tan Sri's thesis statement is a lot simpler - that for Malaysia/ Melayu to succeed, we must groom technocrats and entrepreneurs with very strong Islamic values - but Tan Sri being Tan Sri provided deep analysis and insights into successful and unsuccessful case studies. The perspective would not be the same had it come from typical Ustazs.
Thank you again Tan Sri.
Taniah tan sri.... saya yg baru mengemas rumah ni....belenang air mata....
Kenapalah pemimpin msia hari ini tiada yg seperti tan sri...
Tak pa lah tan sri... sy pemuda berusia 40an sedang buat phd... sy sahut cabaran tan sri utk jd 20ribu rakyat berkualiti...
Saya juga setuju dgn cadangan 2k utk uitm...
Tahniah semua....
UMNO wajib menubuhkan sekolahnya sendiri untuk melahirkan individu seperti yang dimaksudkan di dalam tulisan Tan Sri.Malah lebih tepat lagi sekiranya sistem pendidikan negara dibentuk untuk tujuan tersebut.Malangnya,pemimpin UMNO masa kini adalah terdiri daripada mereka yang langsung tidak punya 'wisdom' atau kebijaksanaan seperti yang diharapkan.Saya berani mengatakan bahawa masalah si Najib ialah,dia tidak beriman dengan Al-Quran,yakni dia tidak menjadikan kitab suci itu sebagai panduan dalam menjalankan amanah yang diberi.Sama juga keadaannya dengan pemimpin PAS dan PKR.Atas nama keadilan dan Islam kononnya,kita mengenepikan sumber yang sudah sempurna itu dan kembali merujuk kepada kaum yang tidak beriman dengan Tuhan.Ibu kepada kebodohan generasi bangsa Melayu dibiarkan menguasai 'pentas utama'dan bebas bermaharajalela meracuni jiwa anak bangsa.Agama adalah seperti candu bagi orang Melayu kini.Pembekal candu ini adalah ostad-ostad yang memiliki kebijaksanaan palsu.Kebolehan berfikir anak Melayu kini amat parah,bila kebanyakkannya sukar untuk menilai atau melihat sesuatu itu secara rasional atau secara wajar.Rata-rata anak muda ini yang berada dalam jabatan kerajaan adalah menganut agama 'isle'.Secara fizikal semuanya kelihatan warak,namun pengisian kewarakkan itu bertentangan sama sekali dengan pengetahuan,apatah lagi ilmu.
Saya dah jumpa banyak orang macam Tan Sri tapi tak dapat melaksanakan ideanya.
Saya menyalahkan sistem feudal dikalangan orang melayu. Alasan untuk belajar dan bekerja untuk mendapatkan pangkat.Bila dah dapat pangkat orang lain akan kerja untuk kita dan kita arahkan orang bodoh buat kerja.tak perlu belajar lagi. Bila keluar universiti apa susah, ada "cable" politik tak perlu belajar lagi dah dapat kerja.
Tiada masalah bagi graduan melayu dari sijil kepada diploma dan Ijazah kerana sistem mengajar mereka untuk pergi ke atas.
tetapi ada masalah bila melayu berada di atas, kerana tiada sistem yang menurunkan melayu di atas yang lupa diri.
Dear Tan Sri.
Umur saya 56tahun dan saya di lahirkan 1 bulan sebelum Merdeka. Selama saya hidup, saya amati, selama 56 tahun UMNO ( BN) memerintah, majoriti pemimpin2 UMNO ' going opposite ways of the spirits of Bushido,Hwarang, Jinsheng and 5 Islamic Values.
Dari 1957 hingga sekarang, majoriti pemimpin2 UMNO Tidak amanah ( rasuah, pembazir wang rakyat, tamak),Penakut ( berani kerana ramai, berani tak bertempat),Tidak disiplin (terselamat kerana mereka adalah kerajaan yang 'mengawal' polis, hakim dan peguam), Malas ( ramai yang menekan 'easy money from Govt' dan membelasahnya habis2an ,dan Pengkhianat ( antara 'money' and 'agama, negara and bangsa', I can bet my dead body that majority of them will go for the MONEY.
Tan Sri, even if you don't want to publish my comment, I am still satisfied that you have read my comment.
Pertama nya saya ucap kan terima kasih kerana Tan Sri menulis Artikel ini. Saya TAKJUB dgn isi nya. Kalau lah semua kita faham isi Firman sebenar2 nya dan beramal sesungguhnya nescaya kita pasti berjaya. 20,000 tidak ramai. Tetapi yg ramai nya menyukarkan usaha.
Saya setuju dengan pandangan saudara tentang kebayakkan pemimpin2 kita berarus songsang dgn 5 values. Pada saya kebanyakkn pemimpin kita tidak layak & berkebolehan untuk memimpin sebagai menteri & juga ceo2 kpd glc2. Dah berapa byk glc2 kjaan lingkup dikerjakan diorg. Adakah Menteri2, timb2 menteri, exco2 kerajaan negeri layak & berkebolehan utk memimpin kementerian mereka? Yg nampak hanya gelojoh sesetengah mereka mengejar kontrak2 kerajaan utk kepentingan mereka.
you write up a storm Tan Sri, yet forgetting the 'udder' side of you - kalau nak kumoq darah mai la kedah - plus many others. suffice to say time might make one forgetful like the 'appa namaa' fellow but people remembers. a salvation for Malays you definely are not.
Y.Bhg Tan Sri@ Persoalannya mudah iaitu mengapa bangsa Melayu papa kedana dalam Negara yang kaya walaupun kuasa politik berada ditangan mereka. Pernah suatu masa dulu seorang cendiakwan Melayu bergurindam ayam di kepok mati kelaparan manakala itek diair mati kehausan.
2. Jawapanya cukup mudah. Tan Sri sendiri lebih faham kerana kedudukan Tan Sri suatu masa berada di pusat kekuasaan.
3. Gejala rasuah telah menjatuhkan bangsa Melayu di masa lepas,hari ini dan masa depan.
4.Tan Sri tak perlu pergi jauh untuk membandingkan Melayu dengan bangsa-bangsa lain kerana gejala rasuah adalah penyebab segalanya.
5. Rasuah mencakupi bidang yang luas termasuk memberi suapan,menerima suapan, menyalah guna kuasa,kronisma dan nepotisma.
6.Ini adalah penyakit bangsa Melayu yang berugama islam. Bangsa Melayu tidak akan dapat bersaing dengan bangsa lain selagi gejala rasuah masih menjadi darah daging yang menjijikan.
7. Pemimpin negara tidak mungkin boleh membuat keputusan yang betul selagi gejala rasuah dalam apa bentuk sekali pun masih berleluasa.
8. Tan Sri tentu lebih faham apa yang di maksudkan dengan Kuasa kerana Tan Sri pernah jadi Menteri Kabinet dan Menteri Besar serta paling agung sebagai Setia Usaha Agong UMNO.
9. Bangsa Melayu tidak takut dengan hukom Allah dan juga undang-undang negara berkaitan amalan rasuah. Kalau mereka takut bagaimana gejala rasuah boleh berleluasa kerana mereka yang berkuasa.
10.Saya fikir hukuman tembak sampai mati saja mungkin boleh mengurangkan amalan rasuah.Paling menjijikan melihat bekas Menteri Besar masih boleh tersenyum selepas disabitkan dengan hukuman rasuah.
11.Tan Sri masih berpengaruh.Mungkin Tan Sri boleh jumpa Najib untuk cadangkan hukuman tembak sampai mati bagi kesalahan rasuah yang besar atau penjara mandatori untuk tempoh yang panjang.
Tan Sri... Laungan transformasi pun macam nak tak nak saja disambut rakyat dan pemimpin separti dgn PM... Apatah lagi sistem nilai yg nak dicanang kan ini... Harus ada interesed groups to champion this kind of move....ie TV3 or Media Prima or Astro or Maybank or Proton or Petronas.....Some other Big Boys... Baru la the effort has a strong impact and its continuos and people or masses believe in its propaganda !!!!
Tqvm Tan Sri. Inspirational and motivational. If only we, the Malays, have those five qualities and follow the tea hings of the Holy Al-Quran the Malays would not have been in such a helpless race.
The problem of the Malays is beyond repair. A complete disintegration of thecurrent batch of corrupt leadership in the goverment cannot be overemphasised
Mereka membaca tapi tak memahaminya.bukan masaalah pemimpin atau org lain tapi haruslah merujuk kepada diri sendiri.
Sikap menuding jari ini telah diperkatakan dalam blog ini tapi masih ada yg memberi komen yg kurang bernas menyalahkan org lain.
Masaalah ini takkan selesai.
Saya akan cuba menerapkan nilai2 murni kepada diri sendiri dan anak2 saya supaya mereka lebih memahami perjuangan diri utk bangsa dan agama seterusnya negara.
ada lagi orang cerdik dlm umno. ingatkn dah pupus.
Kompas moral dan nilai diri orang Melayu telah musnah akibat kemaruk pemimpin2 UMNO mengejar kemajuan ekonomi dan men'justifikasi'kan apa saja cara yang salah atas nama 'Melayu'. Keadilan, fairness dan kadang2 basic human values diletakkan dibelakang untuk mempertahankan kuasa yang ada untuk digunakan bagi memperkayakan diri, saudara dan rakan2. And these 'perverse conscience' is copied by the middle layer UMNO Malay leaders and supporters. These leaders soothe their conscience by giving a bit here and there in the name of 'memperjuangkan bangsa'. Or make a trip to Mekah every year as though to cleanse themselves. We Malays are doomed, if not already, because of these UMNO leaders. Tan Sri, like it or not you are complicit, at least for being part of, or supporting, the process of grooming these current bunch of so-called leaders who are dragging the Malays and the country down further. My only hope is you use whatever remaining in your years to correct these mistakes regardless of its personal consequences to you. You, and your mentor Dr M, owe us Malays that.
Boleh tak semak semula BRIM, tukar kpada perumahan rakyat kerana 4.5b ratusan rumah dlm bandar boleh bina percuma dan memberikan pulangan semula pada negara melalui tenaga kerja yg tidakmperlu ulang alik jauh dari pinggir bandar. Org yg menerima rumah ini akan menjadi setia kepada negara menjana ekonomi negara. Kalau 10 thn berapavratus ribu boleh bina rumah rakyat. Saya melayuntidakncerdik tapi tidak buta.
Masalah org melayu bukan masalah UMNO tapi tanggungjawab semua org melayu. Jangan hentam sesiapa dlm blok ini.
Org yg tak sepatutnnya akan dpt.
Assalamu'alaikum wbt Tan Sri,
Satu penulisan yang membuka mata. Saya olah dan buat sedikit sinopsis dan kongsi di blog dan wall fb saya. Mohon izin untuk kongsi.
Teima kasih.
http://satuhala.blogspot.com/2014/05/kisah-sepotong-ayat-al-quran-dan.html
Mohon share
Melayu itu Quran bahasa dia.
Dibakar Quran hilang budinya.
Melayu itu Quran cahayanya.
Dibakar Quran hilang pedomannya.
Melayu itu bijak akalnya.
Fikir waras memimpin dunia.
Kalau benar nak maju, janganlah dibakar Quran tu. Tiap2 tahun cetak Quran baru, Quran lama tu lapok kata dia. Jangan diubah maksud terjemah Quran tu. Berubah maksud berubahlah pedoman. Hari ni melayu banyak yang ikut kitab2 hadis bukan ikut Quran nak maju macamana? Allah kata ahli kitab golongan yg sesat. Jepun tu maju pasal dia ikut nilai2 Quran walaupun dia tak Islam. Allah kata kalau kamu ikut AlQuran kamu berjaya. Buktinya nyata. Jepun maju.
Mana diamnya umat melayu? Hari ni melayulah satu2nya bangsa yg bakar Quran. Apa jalan kita nak selesaikan masalah ni?
Nothing new. Again great words from one who was once powerful but yet had not done what he now said. Melayus are destined for failures and disasters for as long as they remain dependants of aids and subsidies, and the existing socio-political fabric remains feudalistic which only serves the corrupt few. Go back to the fundamentals and basics, for Allah has promised "I will not change the fate of any unless he/she changes his/her own fate!"
Amat tidak setuju!! Rosak melayu sekarang ialah kerna umno 101% - sejak umno dibubar dan penjelmaan umno baru yg memecah belah pemimpin2 melayu, kemusnahan kebebasan kehakiman negara dengan kepecatan tun salleh abbas, mempolitikkan pentadbiran negara dan sistem pelajaran, membelakangkan ekonomi pertanian, amalan rasuah besar2an, penyelewengan, penindasan hak asasi, keborosan seperti brim dan berbagai lagi.
Amat setuju! Otherwise SJ, MM and the likes should just remsin quite rather than belittling our intelligence and certainly we still remember your crimes and weird ideas.
Kesilapan besar Umno adalah memberi taraf warganegara kpd org asing. Lihat uae, negara arab semua. Mereka hanya bagi taraf permanent resident kpd orang asing. Orang asing boleh berniaga dan membuat keuntungan tetapi tidak sebagai warganegara. Dengan lain ertikata tiada suara politik. Banyak masalah dapat diatasi dengan kaedah yang digunapakai oleh negara2 arab. Hakikatnya jika d india atau china. Perkara yang sama juga dilaksanakan walaupun ia tidak tertulis. Natijahnya sama, orang asing tidak boleh diberi suara untuk berpolitik.
From my rapid glancing thru' just remember one thing, "There is nothing to fight for if u fight for MELAYU, but victory is assured when u jihad for Islam". Why berkabilah2...org Islam bersatu atas Islam but nowadays, ramai pemimpin tried using Islam to provoke threaten and advance thru politically.
Asalam Tan Sri dan terima kasih dia atas penerangan yang terperinci dan penuh dengan fakta. Kita tidak bolih lagi bergantung kepada kerajaan sepenuh nya untuk mereliasasikan masa depan kita. Semua orang Melayu bertanggungjawab dan berperanan untuk berusaha agar kaum Melayu trrus berjaya di tanah air kita sendiri. Kalau semua menuding jari menyalahkan kerajaan kita tidak akan ke mana, malah itu lah yang telah berlaku dari dulu lagi, kita suka sangat msnyalahkan pihak lain dan menyangkakan kita sorang sahaja yang betul, sedangkan fakta2 ekonomi dan sebagainya menunjukkan yang kita orang Melayu semakin lemah. Jadi mulai sekarang hayati lah penulisan di atas dan lakukan lah perubahan agar kita tidak lagi leka dengan kejayaan kita yang lampau.
Cara mengatasi masalah ini dgn mengantikan pemimpin yg beriman dgn kalam Allah sbg panduan. Pemimpin politik dari PM hinggalah pegawai2 kerajaan perlu diganti dgn org yg benar2 beriman dan berkebolehan. Full stop.
Assalaam Tan Sri. Pertama, semoga Allah SWT anugerahkan Tan Sri dengan kesihatan & usiz pang untuk terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Kedua, satu pencerahan yang mesti diambil berat tidak saja oleh kerajaan dan UMNO dll tetapi juga oleh setiap unit keluarga Melayu/Muslim untuk berjaya maju dan berdaya saing. Ketiga, kalau sepotong ayat Quran boleh menjadi pencetus kebangkitan dan kejayaan rakyat Korea Selatan kenapa tidak kepada kita. Izinkan saya reprint cetusan fikiran Tan Sri untuk dijadikan bahan perbincanga serius dalam kalangan keluarga saya. Nak kalau setiap keluarga Melayu/Muzlim itu berbuat demikian tentu akan lahir lebih dpd 20 ribu teknokrat Melayu/Muslin yang berjiwa besar tetapi juga utuh pegangang agama mereka. Wassalaam.
very true...and you just nailed him right on his head....they talked about the shortcomings of the me"layu" endlessly....get the malays educated but do not criticize the government....be grateful...for if not UMNO ...you are nothing...screamed about malay rights being taken away from them....and phew all the malays blew their tops.....orang melayu di kritiankan....all the malay muslims started to think negatively about the sincerity of other faiths.These are the doings of the malay UMNO leaders....to divert the failures of the government being scrutinized and discussed.Who are the rich malays?...you can see those driving cayenne,ferarri,bentleys...check who they are or whose kids they are? The ordinary educated malays just carry on their lives with a monthly salary to make ends meet.So 57 years after independence why are we still debating and discussing about the plight of the unprogressive malays...know what? UMNO has failed us????
Ini bukan masalah umno semata tetapi masalah melayu.. klau bukan umno yg memerintah pun masalah ini akan terjadi juga kerana masyarakatnya... masalah UMNO adalah untuk mencari pemimpin yg mempunyai sikap yg baik tu susah... yg berpura2 baik tu byk... andaikata PKR ditakdirkan memimpin Malaysia kelak.. adakah kita yakin bahawa semua pemimpin2 PKR itu mempunyai nilai2 yg baik?? ini bukan masalah pertubuhan tetapi masalah masyarakat!
Post a Comment