Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Selamat membaca.
ISLAM BUKAN UNTUK JUAL BELI
SEMOGA BANGSA MELAYU TIDAK TERTIPU LAGI - SATU
Atas permintaan kawan-kawan saya perturunkan di bawah ini ucapan pertama dari tiga ucapan yang telah dicetak, pada 19-02-2001, dan diedarkan sebagai sebuah buku kecil bertajuk 'Semoga Bangsa Melayu Tidak Tertipu lagi'. Tiga ucapan ini telah disampaikan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1997, 1998 dan 1999.
Tajuk-tajuk ucapan ialah (1) Islam Bukan Untuk Jual Beli, (2) Kerana Fitnah Pudarlah Budi dan (3) Semoga Kita Tidak Tertipu Lagi.
Ucapan-ucapan ini telah disampaikan di akhir Perhimpunan Agung UMNO, pada tahun-tahun berkenaan, sebagai jawapan kepada hujjah-hujjah yang telah disampaikan oleh para perwakilan yang telah berucap membahas berbagai usul yang telah diketengahkan.
Walau pun kandungannya mungkin tidak jelas bagi yang tidak hadir dalam Perhimpunan Agung berkenaan tetapi ianya mungkin mengembalikan ingatan para peminat politik, pemimpin dan ahli UMNO yang mengikuti sejarah pergolakan politik negara di sekitar waktu itu.
Masa untuk menjawab, yang diberi oleh Pengerusi Tetap UMNO, bagi setiap ahli Majlis Tertinggi UMNO agak singkat dan semua ucapan tidak sempat ditulis terlebih dahulu sebelum disampaikan.
Selamat membaca.
ISLAM BUKAN UNTUK JUAL BELI
Ucapan Pada Perhimpunan Agung UMNO Tahun
1997
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi
Majlis
Timbalan Pengerusi
Yang Amat Berhormat Presiden UMNO
Malaysia
Yang Amat Berhormat Timbalan
Presiden
Setiausaha Agung
Ahli- Ahli Majlis Tertinggi
Para Perwakilan dan pemerhati yang dihormati sekelian,
Terlebih dahulu saya ingin menyentuh mengenai ucapan wakil wanita dalam usul
agama. Kebetulan wakil ini daripada Kedah dan pada waktu itu beliau telah
memberi gambaran kalau hendak ke Kedah kena bawa surat nikah supaya tidak
tertangkap.
Sebenarnya tujuan Hajah Fatimah bukanlah untuk mengutarakan perkara itu.
Cuma beliau hendak menekankan bahawa keghairahan usaha meningkatkan penghayatan
Islam di Kedah ini agak tinggi.
Jadi kalau di negeri lain (Kelantan), orang yang tak menikah, ditangkap
dalam bilik pun terlepas. Di Kedah yang dah menikah pun boleh tertangkap juga.
Itu maksud Hajah Fatimah.
PETUA
Sebenarnya di Kedah kita ada bagi sedikit petua macamana nak kenal orang
yang dah menikah, dengan orang yang belum menikah.
Biasanya di dalam kereta kalau kita tengok pemandu itu pandang ke kanan,
dan perempuan di tepi dia tengok ke kiri, itu sudah menikah. Tetapi kalau pemandu
pandang ke kiri dan di sampingnya ada wanita yang duduk rapat dengan dia dan
dia pandang kepadanya, itu biasanya belum menikah.
Macam itu juga kalau berjalan di jalan, kalau lelaki jauh ke depan, perempuan
di belakang, itu sudah menikah. Tetapi kalau berpegang tangan depan orang
ramai, yang tu belum menikah lagi.
SILAP MINTA MAAF
Jadi dalam hotel di Sungai Petani baru-baru ni, pasangan itu nampak manja
berlebih, jadi mereka pegawai pencegah maksiat pun syak yang ini belum menikah.
Atas kesilapan itu saya sudah minta
maaf, kerana di Kedah kalau kita silap, kita minta maaf.
DUA PERISTIWA BESAR
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Pada tahun 1992, dua peristiwa telah berlaku di Negara Sepanyol. Pertama
ialah adanya Sukan Olimpik di Barcelona dan kemudiannya ada Ekspo Sains di
Seville.
Biasanya di Eropah, apabila sesebuah negara itu dibenar menganjurkan Sukan
Olimpik, negara itu tidak dibenar menganjur Ekspo Sains.
Kalau negara itu di benar menganjur Ekspo Sains, tidak dibenar menganjur
Sukan Olimpik.
Tidak ada negara yang ingin melihat sesebuah negara itu diketengahkan
dengan dua program besar yang bertaraf antarabangsa dalam satu tahun.
Tapi pada tahun 1992, di Sepanyol,
kedua-dua peristiwa besar ini telah diadakan.
Bermakna orang-orang di Eropah dan di Amerika telah berjaya membenamkan
rasa cemburu mereka; dan mereka sanggup supaya hanya sebuah negara sahaja
menganjurkan dua acara yang terbesar itu dalam satu tahun.
NEGARA ISLAM TERAKHIR
