Thursday, April 18, 2013

ISLAM BUKAN UNTUK JUAL BELI

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

SEMOGA BANGSA MELAYU TIDAK TERTIPU LAGI - SATU

Atas permintaan kawan-kawan saya perturunkan di bawah ini ucapan pertama dari tiga ucapan yang telah dicetak, pada 19-02-2001, dan diedarkan sebagai sebuah buku kecil bertajuk 'Semoga Bangsa Melayu Tidak Tertipu lagi'. Tiga ucapan ini telah disampaikan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1997, 1998 dan 1999.
Tajuk-tajuk ucapan ialah (1) Islam Bukan Untuk Jual Beli, (2) Kerana Fitnah Pudarlah Budi dan (3) Semoga Kita Tidak Tertipu Lagi.
Ucapan-ucapan ini telah disampaikan di akhir Perhimpunan Agung UMNO, pada tahun-tahun berkenaan, sebagai jawapan kepada hujjah-hujjah yang telah disampaikan oleh para perwakilan yang telah berucap membahas berbagai usul yang telah diketengahkan.
Walau pun kandungannya mungkin tidak jelas bagi yang tidak hadir dalam Perhimpunan Agung berkenaan tetapi ianya mungkin mengembalikan ingatan para peminat politik, pemimpin dan ahli UMNO yang mengikuti sejarah pergolakan politik negara di sekitar waktu itu.
Masa untuk menjawab, yang diberi oleh Pengerusi Tetap UMNO, bagi setiap ahli Majlis Tertinggi UMNO agak singkat dan semua ucapan tidak sempat ditulis terlebih dahulu sebelum disampaikan.

Selamat membaca.

ISLAM BUKAN UNTUK JUAL BELI

Ucapan Pada Perhimpunan Agung UMNO Tahun 1997

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Majlis
Timbalan Pengerusi
Yang Amat Berhormat Presiden UMNO Malaysia
Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden
Setiausaha Agung
Ahli- Ahli Majlis Tertinggi

Para Perwakilan dan pemerhati yang dihormati sekelian,

Terlebih dahulu saya ingin menyentuh mengenai ucapan wakil wanita dalam usul agama. Kebetulan wakil ini daripada Kedah dan pada waktu itu beliau telah memberi gambaran kalau hendak ke Kedah kena bawa surat nikah supaya tidak tertangkap.

Sebenarnya tujuan Hajah Fatimah bukanlah untuk mengutarakan perkara itu. Cuma beliau hendak menekankan bahawa keghairahan usaha meningkatkan penghayatan Islam di Kedah ini agak tinggi.

Jadi kalau di negeri lain (Kelantan), orang yang tak menikah, ditangkap dalam bilik pun terlepas. Di Kedah yang dah menikah pun boleh tertangkap juga.

Itu maksud Hajah Fatimah.

PETUA

Sebenarnya di Kedah kita ada bagi sedikit petua macamana nak kenal orang yang dah menikah, dengan orang yang belum menikah.

Biasanya di dalam kereta kalau kita tengok pemandu itu pandang ke kanan, dan perempuan di tepi dia tengok ke kiri, itu sudah menikah. Tetapi kalau pemandu pandang ke kiri dan di sampingnya ada wanita yang duduk rapat dengan dia dan dia pandang kepadanya, itu biasanya belum menikah.

Macam itu juga kalau berjalan di jalan, kalau lelaki jauh ke depan, perempuan di belakang, itu sudah menikah. Tetapi kalau berpegang tangan depan orang ramai, yang tu belum menikah lagi.

SILAP MINTA MAAF

Jadi dalam hotel di Sungai Petani baru-baru ni, pasangan itu nampak manja berlebih, jadi mereka pegawai pencegah maksiat pun syak yang ini belum menikah. Atas  kesilapan itu saya sudah minta maaf, kerana di Kedah kalau kita silap, kita minta maaf.

DUA PERISTIWA BESAR

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pada tahun 1992, dua peristiwa telah berlaku di Negara Sepanyol. Pertama ialah adanya Sukan Olimpik di Barcelona dan kemudiannya ada Ekspo Sains di Seville.

Biasanya di Eropah, apabila sesebuah negara itu dibenar menganjurkan Sukan Olimpik, negara itu tidak dibenar menganjur Ekspo Sains.

Kalau negara itu di benar menganjur Ekspo Sains, tidak dibenar menganjur Sukan Olimpik.

Tidak ada negara yang ingin melihat sesebuah negara itu diketengahkan dengan dua program besar yang bertaraf antarabangsa dalam satu tahun.

Tapi pada tahun 1992, di Sepanyol, kedua-dua peristiwa besar ini telah diadakan.

Bermakna orang-orang di Eropah dan di Amerika telah berjaya membenamkan rasa cemburu mereka; dan mereka sanggup supaya hanya sebuah negara sahaja menganjurkan dua acara yang terbesar itu dalam satu tahun.

NEGARA ISLAM TERAKHIR




Kebetulan pada bulan November, saya berada di Sepanyol, di Ekspo Sains di Seville; saya pergi ke satu pavilion, iatu Pavilion Sejarah.

Di situ saya terdengar suara komentar yang bermaksud, “Kita telah berjaya menghapuskan negara Islam terakhir di Eropah sejak 500 tahun dahulu.

Seterusnya suara komentar itu bertanya, ”Apakah kita akan berjaya menghalang dan mengekalkan halangan ke atas umat Islam supaya tidak bertapak semula di mana-mana negara di Eropah untuk 500 tahun yang akan datang?”

Saya pun talipon ke Kuala Lumpur,  minta anak saya tengok dalam perpustakaan, apa yang terjadi 500 tahun sebelum 1992. Rupanya pada tahun 1492, 500 tahun dahulu, selain daripada Columbus ke Amerika berlaku peristiwa di mana Ferdinand dan Isabella, di tapak Ekspo Sains di Sevilla ini, mengisytiharkan kejatuhan negara Islam yang terakhir, iaitu Negara Granada di Eropah.

MERAIKAN KEJATUHAN UMMAT ISLAM

Bermaknalah tahun 1992 ialah tahun keramaian kerana meraikan kejatuhan negara Islam di Sepanyol.

Itulah sebabnya Sukan Olimpik dan Sains Ekspo diadakan serentak dalam satu tahun di sana.

Jelaslah bahawa golongan yang anti Islam di dunia ini tidak dapat melihat kebangkitan Islam. Barangkali mereka kurang cemburu pada Melayu, tetapi apabila Melayu itu beragama Islam, maka Melayu itu tidak digemari apabila berjaya.

Dalam konteks inilah kita dapat memahami sikap orang Eropah terhadap umat Islam di Bosnia.

Saya yakin jika Puteri Diana masih hidup, beliau mungkin menjadi ibu yang beragama Islam kepada seorang ketua ke atas Gereja Anglican apabila anaknya menjadi Raja di Britain.

Kerana itu Diana terbunuh.

DAYA TAHAN

Oleh itu, bagi umat Islam, yang paling penting ialah daya tahan.

Sementara kita maju, ialah amat penting kita mempunyai daya tahan untuk menghadapi cemburu musuh.

Semoga kita tidak terlompat- lompat di pentas politik sehingga pentas itu roboh.

BUANG YANG BUSUK

Manusia biasanya dapat melihat ke dalam sebuah tong; dan jika di dalam tong itu ada sampah, ada kain yang tidak boleh dipakai, manusia akan buang yang tidak boleh pakai. Manusia akan buang sampah yang ada dalam tong.

Jika kita buka peti sejuk dan di dalamnya ada makanan yang sudah lama, kita buang makanan yang sudah lama rosak dan tak boleh diguna lagi.

Tetapi malangnya manusia tidak dapat melihat ke dalam otak dan hatinya sebagai sebuah tong ataupun dua buah tong. Maknanya dia tidak nampak ide-ide yang tidak boleh dipakai seperti makanan yang sudah busuk di dalam hati dan di dalam otak.

Oleh itu bangsa yang ingin menjadi bangsa ‘Resilient’ atau bangsa yang kuat daya tahannya dan dapat menghalang kemaraan bencana yang akan dilakukan oleh musuh-musuh Islam, hendaklah menjadi satu bangsa yang dapat membuang daripada hati dan fikirannya isi-isi yang tidak menguntungkan malah merugikan.

Kita wajib buang daripada hati dan fikiran kita rasa benci kepada orang yang berjaya; rasa dengki kepada orang yang berpangkat, rasa meluat kepada orang yang lebih daripada kita.

Saya kira, ucapan Presiden pada tahun ini adalah ucapan yang pertama sejak UMNO ditubuhkan di mana usaha untuk membuang ide-ide yang busuk dalam fikiran kita sudah mula kita laksanakan.

Saya yakin jika kita perhatikan kepada ucapan ini, kita dapat membuang apa yang tidak patut ada, dari segi salah faham mengenai agama, yang ada pada kita.

Saya ingin tunjuk satu contoh di mana satu ide yang salah merugikan bangsa kita dari segi ekonomi.

Ini cerita lama.

LEMAH TENAGA

Di suatu masa dulu, bangsa melayu di Malaysia percaya bahawa air kelapa, jika diminum, boleh melemahkan tenaga kita.

Orang-orang Melayu biasanya peduli kalau politiknya lemah.

Atau lemah fikiran, lemah iman, lemah ekonomi seterusnya, lemah dalam bidang perniagaan.

Tetapi, apabila sesuatu minuman itu melemahkan tenaganya, dia akan berusaha kuat untuk memperkuat tenaganya.

Dia boleh menjadi gelisah, sehingga biawak pasir pun dia tukar nama jadi Dhab supaya dia boleh makan dengan enaknya.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

Pada hari ini, saya ingin ketengahkan satu ide yang silap yang telah wujud di kalangan bangsa kita yang telah menyebabkan pertumpahan darah di dalam negara ini.

ULAMA PAS

Pada tahun 1962, pada suatu pagi Khamis, di rumah Menteri Besar Kelantan telah diadakan satu perjumpaan Dewan Ulama PAS.

Sebelum Menteri Besar dan Datuk Asri keluar dari rumah Menteri Besar , mereka telah meminta Dewan Ulama PAS mengeluarkan fatwa sama ada UMNO boleh, di sisi Islam berkerja sama dengan orang-orang bukan Islam dalam MCA dan MIC.

Apakah salah atau tidak di sisi agama?

Pada waktu itu yang menjadi setiausaha Dewan Ulama PAS ialah Tok Guru Haji Mat Nor Teliar dan Penolongnya Tok Guru Haji Mat Nor Selising dan antara yang hadir adalah Tok Guru Haji Omar Daud.

Selepas pukul satu, Menteri Besar dan Datuk Asri balik daripada pejabat ke rumah.

Mereka bertanya kepada Tok Guru Haji Mat Nor Teliar, “boleh tak boleh UMNO berkerja sama dengan kafir MCA dan MIC?”

Tanya Tok Guru Haji Mat Nor Teliar bagi pihak Dewan Ulama PAS, “Apakah bekerjasama dengan Cina dan India ini untuk keamanan?”

1962- UMNO KAFIR

Waktu itu pemimpin PAS pun menjawab, “ UMNO nak jual bangsa dan nak jual agama dan bukan kerana keamanan.”

Oleh kerana itulah, maka dijatuhkan fatwa yang mengatakan ahli-ahli UMNO kafir.

Kemudiannya Majis Raja-Raja Melayu telah mengharamkan pengkafiran UMNO oleh parti politik itu.

Tetapi daripada tahun 1962 dan tahun-tahun berikutnya tidak ada usaha oleh pihak UMNO untuk menangkis secara bersungguh-sungguh keputusan pengkafiran ini.

Sepanjang masa itu UMNO telah menumpu perhatian kepada masalah ekonomi sehingga adanya Kongres Ekonomi Bumiputera.

Mengikut analisa kita, masalah yang berat pada waktu itu adalah masalah ekonomi.

Tetapi kita lupa, fatwa pengkafiran pada tahun 1962 telah mula menular.

Pada pilihanraya tahun 1964, Perikatan telah menang tetapi denga undi yang berkurangan.

Tetapi UMNO terus saja tidak mengambil perhatian yang bersungguh-sungguh kepada keputusan pengkafiran UMNO tahun 1962.

1963-13 MEI

Pada tahun 1969, gabungan kegelisahan orang-orang Melayu dari segi ekonomi dan perasaan cemburu kepada bukan Melayu ditambah dengan kesan pengkafiran sejak tahun 1962, rata-rata Perikatan kalah dalam pilhan raya.

Waktu itu lah kita telah dengar ada dua imam dan kita telah ada macam-macam cerita lagi. Akhirnya tercetuslah peristiwa 13 Mei yang lebih dibebankan kepada kesan kegagalan orang Melayu dari segi ekonomi.

SEBAB PENGKAFIRAN

Sedikit sangat yang menyalahkan fatwa pengkafiran pada tahun 1962.

Jika pengkafiran pada tahun 1962 ini berhasil melemahkan perpaduan Melayu sehingga pada pilihanraya dalam tahun 1964 jadi semacam tahun 1969, bemaknalah sejak tahun 1964 kita telah mandi darah.

Jika pada tahun 1964 Melayu, Cina dan India berkelahi sehingga bertumpah darah, maka bermaknalah ianya berlaku pada 10 tahun, iatu sebelum 1967, berlaku huru-hara antara kaum, maka orang putih akan datang kembali menjajah semula.

Coba gambarkan apakah pengkafiran tahun 1962 sebenarnya satu usaha untuk memberi peluang supaya orang putih balik menjajah semula pada tahun 1965 iatu sebelum tahun 1967.

Setelah berlaku peristiwa 13 Mei, Pakatan yang dipimpin oleh Alllahyarham Tun Abdul Razak telah membawa Datuk Asri untuk berunding supaya PAS menganggotai  Barisan Nasional. Apabila Datuk Asri berjumpa dengan Dewan Ulama PAS, dia sekali lagi berjumapa dengan Tok Guru Haji Mat Nor Teliar, Tok Guru Mat Nor Selising dan Tok Guru Haji Omar Daud.

Pada waktu itu Datuk Asri gagal membujuk Dewan Ulama supaya menerima PAS masuk Barisan Nasional. Anggota Dewan Ulama tidak lupa alasan pengkafiran UMNO pada tahun 1962.

Mereka tolak.

Akhirnya dengan Tok Guru Haji Mat Nor Teliar, Tok Guru Mat Not Selising dan Tok Guru Haji Omar Daud telah meminta untuk berjumpa sendiri dengan Tun Razak di Sri Perdana.

Maka datanglah Datuk Asri, Tok Guru Haji Mat Nor Teliar, Tok Guru Mat Not Selising dan Tok Guru Haji Omar Daud, untuk berjumpa dengan Tun Razak.

Datuk asri duduk di luar  Sri Taman, di tempat yang sekarang ini adalah Golf Buggy, di Sri Taman.

Di rumah Tun Razak dulu.

Seorang dari tiga orang Tok Guru yang berjumpa dengan Tun Razak, telah bertanya, “Tun, Tun, kerjasama dengan kafir ini buat ghapo, kerjasama dengan MCA dan MIC?”

Tun Razak menjawab “kalau tak berkerjasama dengan MCA dan MIC kita akan huru-hara dalam negeri ini.”

Tok Guru menyampok, “Oh! Jadi kerjasama ini untuk keamanan, keamanan,” dan mereka bertiga pun tengok sesama sendiri dan berbisik perkataan keamanan, keamanan, beberapa kali.

Mereka ingat kembali soalan mereka pada tahun 1962.

Kemudian seorang Tok Guru bertanya lagi kepada Tun Razak, “adakah dengan kerjasama dengan Cina dan India orang Islam akan rugi?”

Jawab Tun Razak, “Orang Melayu Islam akan lebih untung kerana yang membayar cukai bukan Melayu. Kita buat jalan luar Bandar, kita buat rancangan Felda, kita buat masjid, dan macam-macam lagi dengan menggunakan hasil cukai dari yang bukan Islam.”

PAS MASUK BARISAN

Kemudian tiga orang Tok Guru pun memberi tahu kepada Tun Razak, “Tun, Tun, kami akan balik ke Kelantan dan akan memberi fatwa bahawa PAS boleh masuk ke dalam Barisan Nasional.”
Tun Razak pun mengeluh, “Tak sempurnalah PAS masuk Barisan Nasional kalau Tok Guru semua keluar daripada PAS.”

Jawab Tok Guru, “Kami nak keluar daripada PAS kerana kami nak masuk UMNO.”

Itulah sebabnya ketiga-tiga orang Tok Guru ini ada dalam UMNO.

Tok Guru Haji Omar Daud waktu dia meninggal dunia, dia jadi guru agama KEMAS. Tok Guru Haji Mat Nor Teliar juga jadi ahli UMNO. Begitu juga dengan Tok Guru Haji Mat Nor Selising.

Semua Tok-Tok Guru ini menjadi penasihat UMNO di waktu UMNO bercadang untuk berdebat dengan PAS. Saya jadi Setiausaha Agung di waktu itu.

Saya berjumpa dengan ketiga-tiga Tok Guru ini di Merlin Hotel, Subang.

TOK GURU MASUK LOKAP

Waktu itulah saya berjumpa semula dengan Tok Guru Haji Omar Daud dan kami berpelukan seperti orang Arab bermesra.

Kebetulan pada tahun 1962, Haji Omar bersyarah di Perak dan dia kena tangkap dan dimasukkan dalam lokap di Ipoh.

Saya pun ada di balai polis itu.

Tapi fasal lain.

Bukan pasal PAS.

Di dalam lokap, selepas makan petang , tiba-tiba seorang perempuan datang berjumpa Tok Guru Haji Omar.

Dia Tanya kepada perempuan itu, “ Mu datang bila?”

Dia jawab, “ Datang kelmarin”.

“Datang dengan apa?”

“Datang dengan kereta.”

“Tidur mana?”

“Tidur hotel.”

Haji Omar diam seketika sehingga polis menjemput isterinya keluar.

Lepas itu datang lawyer PAS.

Haji Omar Tanya, “Mu datang bila?”

“Kelmarin”

“Tidur mana?”

“Tidur hotel.”

“Hotel yang mek tidur?”

“Ya! Hotel tu.”

Tok Guru pun menggeletar.

Kiara-kira pukul 6.00, bila polis datang nak ambil balik pinggan makan, Tok Guru cekik polis, dia ambil chota, dia ketuk kepala polis sampai keluar otak.

Akhirnya dia masuk Tanjung Rambutan.

Tok Guru  Haji Omar menceritakan peristiwa ini kira lebih dua puluh tahun dari tahun 1962 dan lebih sepuluh tahun yang lalu.

Saya telah bertanya kepada Tok Guru Haji Omar Daud, waktu itu dia datang ke majlis persiapan debat UMNO dengan PAS.

Saya Tanya. “Buat ghapo Tok Guru pukul polis dulu?”

Dia jawab lebih kurang begini, “Sanusi, ambo ni lulus Darul Ulum Mekkah, bila lepas Darul Ulum, ambo nak pergi Universiti Azhar di Mesir. Tapi Tok Guru ambo di Darul Ulum bagi satu surat kato dio tak da dah guru di dunia ni di mana kamu boleh belajar. Jadi ambo pun nak balik.

Tetapi dalam ambo belajar banyak ni pun ada benda yang ambo silap, yakni ambo fikir di hotel ni tempat orang berzina.

Di mana ada hotel, ada zina.

Orang pergi hotel mesti untuk zina. Jadi bila ambo duduk dalam jel dengan isteri dah mula pergi duduk hotel, lawyer dah mula pergi duduk hotel, ambo terfikir untuk zinalah.

Itulah sebabnya Haji Omar naik geram dan dia ketuk kepala polis sampai keluar otak.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Bermaknalah Tok Guru yang pandai macam itu pun, ada benda yang dia tak tahu.

Ade ide salah dalam dirinya.

Kerana tidak tahu dan diputarbelitkan oleh tokoh-tokoh politik maka fatwa pengkafiran telah dibuat pada tahun 1962.

Pengkafiran pada tahun 1962 telah menyebabkan mandi darah pada tahun 1969.

PAS JUAL AGAMA

Jelas nampak yang menasihatkan ulama untuk menasihatkan untuk buat fatwa ialah orang politik. Itulah sebabnya apabila kita lihat orang politik mulai bermain dengan agama, maka kita perlu berhati-hati.

Apatah lagi bila ulama sudah gila politik.

Tetapi yang paling menggembirakan ialah kesemua empat-empat orang yang terlibat di dalam peristiwa pengkafiran ini telah menjadi ahli UMNO. Tiga orang ulama yang tidak bersalah telah mengkafirkan UMNO kerana mereka telah salah diberi maklumat.

Datuk Asri sendiri meninggal dunia setelah berada di dalam UMNO.

Tidak mungkin UMNO ini betul dianggap parti kafir oleh Dato’ Asri kerana beliau memilih menjadi ahli UMNO sebelum dia meninggal dunia.

Pastinya bila seseorang hendak meninggal dunia dia hendak mendekati diri kepada yang lebih Islam.

Itulah mesej Dato’ Asri kepada ahli-ahli PAS.

HERO MELAYU

Baru-baru ini saya menyatakan kesanggupan untuk berjuang mempertahankan hero melayu dan Islam, Dato’ Seri Dr. Mahathir, hignga ke titisan darah terakhir.

Dari kenyataan ini, jelaslah bahawa darah yang akan mangalir ialah darah saya, bukan darah orang lain. 

Bermakna yang membunuh bukan saya.

Kenyataan ini mendapat perhatian.

Kenyataan ini malah lebih mendapat perhatian dari usaha petualang bangsa dan agama yang memutarbelitkan kenyataan ulamak untuk menggambarkan bahawa pemimpin kita itu murtad.

Kenapakah kenyataan kesanggupan mempertahankan pemimpin hingga ke titisan darah terakhir lebih menarik dan dianggap lebih mengancam dari tuduhan murtad?

Sedangkan yang akan membuat kita mandi darah ialah kesan dari tudhan murtad itu sendiri.

TUDUHAN MURTAD MERBAHAYA

Sebabnya ialah kerana kita tidak sedar bahawa tuduhan murtad ini adalah lebih merbahaya dari kesanggupan mempertahankan pemimpin.

Setelah saya menyatakan kesanggupan untuk berdarah, dalam mempertahankan pemimpin, rata-rata seruan supaya kita tidak gopoh, tidak berfikir pendek, tidak ekstrim dan perlu sederhana, termaksud dari pihak yang mengumandangkan murtad.

Apa yang perlu ialah kita mengingatkan masyarakat dan bangsa kita bahawa jika dengan mengkafirkan sesama Melayu, kita bermandi darah, maka kita juga akan bermandi darah jika usaha memurtadkan sesama Melayu tidak dihentikan dengan serta merta.

Umat Islam tidak akan punah dari luar , umat Islam akan punah dari dalam.

Di waktu kafir-mengkafirkan berlaku, bangsa Melayu juga berada di dalam ekonomi yang bermasalah, sehingga diadakan Konggres Ekonomi Bumiputera.

Sekarang, usaha untuk memurtadkan mula berlaku, dan pada waktu ini, kita juga menghadapi masalah kegawatan ekonomi akibat kegawatan kewangan.

Sykur Alhamdulillah YAB Presiden tidak tertarik dengan masalah sementara, di bidang ekonomi, dan menumpukkan perhatian kepada masalah penyalahgunaan agama dan hobi mengguna agama untuk politik, dan bukan menguna politik untuk mengabdikan diri pada agama.

TENTANG HABIS-HABISAN

Oleh itu bukan orang yang mengingatkan bangsa dan ummah mengenai kemungkinan mandi darah yang perlu dikecam.

Sebaliknya yang perlu dikecam ialah orang yang berusaha kerana kepentingan politik, memurtadkan tokoh dan ahli UMNO, apatah lagi tokoh-tokoh Islam dan Melayu.

Walaupun perkara ini belum serius, kita perlu tentang habis-habisan supaya ia tidak menjadi gejala yang merosakkan kita yang sebangsa, seagama dan senegara.

Syakib Arsalan di dalam bukunya ‘kenapa umat Islam mundur dan selainnya maju’, telah mengisahkan keadaan di perang Badar.

Umat Islam telah menang, walaupun tentaranya hanya seperdua puluh jumlah tentara kumpulan kafir Quraisy. Nabi, walaupun menang, duduk termenung mengenangkan nasib Umat Islam di masa yang akan datang.

Apabiala ditanya oleh sahabat, “kenapa ya Nabi duduk termenung?”

Nabi mengatakan, beliau mengenang nasib umatnya di masa yang akan datang. Kerana umat Islam di akhir zaman, kataNYA, akan terkena “penyakit wahnu dan penyakit hibbun dunia” (cinta pada hidup dan takut pada mati) dalam pengertian, takut untuk berkorban.

Oleh itu hanya apabila semua ahli-ahli UMNO senggup berkorban harta benda, masa, fikiran dan nyawa sekalipun, untuk memastikan Islam ini tidak dikotak-katikkan, barulah masa depan kita berada dalam kemenangan.

Sekian.
Wabillahittaufik
Assalamu’alaikum



3 comments:

Ismail Mina. said...

Sanusi,
Awak sekarang merupakan penyokong kuat Dr Mahathir.

Ingat samasa Awak dalam Abib dalam tahun 70 han.

Awak datang ka University Malaya.Awak datang memberi ceramah di university.

Awak kata Mahathir merupakan saorang hypokrite.Dia hidup makan duit burit.Bila kami meminta penjelasan,Awak memberitahu yang Mahathir bersetongkol dengan Tungku Abdullah,mengunakan wisma Belia MAYC,sabagai sarang pelachor.

Sekarang ini Tun Mahathir ini hendak bercakap mengenai Islam,boleh kah kita terima.Ia saorang yang tidak percaya kapada Hadith Rasuallah.

Lihat sahaja tulisannya dalam blognya.

Kenapa awak tudak berani membetulkan akidahnya.

Sila jawab pertanyaan saya.

Warden Sungai Buloh said...

Tan Sri, terima kasih kerana sudah menurunkan ucapan yang saya rasa masih relevan dan berkesan.

Banyak orang-orang yang merasa panas, gundah, susah, tak senang duduk bila membaca ucapan ini apatah lagi PRU sudah di ambang pintu.

Saya perhatikan ada seorang penyokong kuat Anwar yang sentiasa komen isu Tan Sri Sanusi berucap kat UM suatu masa dulu. Benda ini terus diulang-ulang lagi walau pun penjelasan sudah diberi oleh Tan Sri Sanusi dalam masukan blog atau dalam forum-forum yang berlainan.
Agaknya mamat ni nak menipu dengan guna nama Ismail Mina, walhal kita tahu Ismail Mina dah lama tak sokong Anwar lagi. Janganlah nak heret nama Ismail Mina lagi, kalau jantan sebut nama sendiri biar orang tahu yang hang ini penyokong tegar Pak Shaikh.

Untuk renungan hang, dulu masa sebelum masuk Islam Saidina Umar bunuh anak perempuan dia tapi semasa beliau masuk Islam beliau amat digeruni kerana keberanian dana ketakwaannya.

Ada sahabat yang beritahu saya, begitu juga halnya dengan Tun Mahathir, semakin lama beliau semakin dekat dengan Islam, hari-hari beliau baca Quran untuk memahami makna dan kandungannya.

Apa kaitan cerita Saidina Umar dengan Tun Mahathir? Kalau pencacai Pak Shaikh ada ilmu bolehlah faham, tapi kalau tak berapa cerdik nak buat macam mana. Nak tulis panjang mana pun tak boleh faham juga.

Untuk Tan Sri Sanusi, saya pinta terus turunkan ucapan-ucapan baik yang lama atau yang baru untuk dijadikan pengajaran dan panduan.

Anonymous said...

SANUSI CHUNIT INI AMAT CEMBURU DENGAN ANWAR. APABILA MAMAK KUTTY MEMUJUK ANUAR MENYERTAI UMNO TULIN BERMULALAH HASAD SNAUSI INI TERHADAP ANUAR.

APAKAH SUMBANGAN PENINGGALAN NYA SELAMA INI? YANG KITA TAHU...KOPERASI SHAMELIN YANG DI SERAH KAPADA ADIKNYA BERLUMURAN DENGAN RASUAH SEKITAR PROJEK TAMAN SHALELIN CHERAS SAHIGGAKAN HAMPIR BANKRUPT, PROJEK TAMAN PERTANIAN YANG MENELAN BERJUTA WANG RAKYAT MENJADI HUTAN,PROJEK TANAMAN PADI ATAS BUMBUNG,MINUM AYER KELAPA, PROGRAM MENGURAT BINI, MENGUMPUL TAYAR BURUK,ETC..SEMUA INI PROJEK HASIL PEMIKIRAN BERTARAF PENUAL OBAT DI JALAN CHOW KIT.

DARI DULU LAGI KAKI TEMBERANG JALANAN INI BERASA DIA LEBIH HEBAT DARI ANUAR.TETAPI HAKIKAT NYA HINGGA KINI ANUAR MASIH MAMPU MERAIH PENYOKONG HINGGA KINI WALAUPUN DI ASAK DENGAN BERBAGAI TEKANAN OLEH SELURUH JENTERA PARTY UMNO BARU MAMAK KUTTY.

SAYA RASA KALAU ANAK ACHEH INI MENUBUH PARTY LAH - HANYA DIALAH SAORANG SAHAJA YANG MENJADI PENASIHAT, PENGERUSI, PRESIDEN, BENDAHARI, SETIAUSAHA, DAN AHLI. ITU LAH SEBAB DIA TIDAK BOLEH MENERIMA HAKIKAT SAHINGGA KA LIANG LAHAD.

DIA TIDAK SEDAR BAHAWA DIALAH DIANTARA DUA ORANG YANG MENGKHIANATI BANGSA MELAYU.KEMASUKAN SANUSI KEDALAM UMNO SATELAH MENJUAL SHAMELIN- BERMULALAH ERA KEHANCURAN KUASA MELAYU. DIALAH YANG MEMULAKAN BUDAYA MEMBURUK2KAN KAWAN DAN LAWAN DAN BUDAYA SAMSENG DIDALAM UMNO.

WAKTU MENJADI TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI DIA TELAH MENGGUNAKAN BAPA SAUDARANYA- YANG MERUPAKAN SAORANG BERPANGKAT BESAR DALAM SPECIAL BRANCH PDRM UNTUK MENGGUMPUL SEGALA RAHSIA KEBURUKAN PEMIMPIN UMNO -TERMASUK MAMAK KUTTY SENDIRI- UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN BLACKMAIL ATAU MENJATUH MANA2 PEMIMPIN UMNO.
. DIA TELAH MENYALAH GUNAKAN KUASA SEBAGI SETIAUSAHA AGUNG UMNO UNTUK MEMECAH BELAH KEPIMPINAN UMNO DAN UNTUK MENJATUHKAN TENGKU RAZALEIGH DAN MUSA HITAM. DIALAH YANG MENGHASUT MAMAK KUTTY AGAR MEMUSUHI ANUAR.SANUSI TELAH MERANCANG AGAR UMNO TULIN DIHARAMKAN- AGAR MAMAK KUTTY YANG TELAH BERJAYA DIBLACKMAILNYA TERUS BERKUASA.

SABENARNYA ANTARA YANG MENJADI PENGKHIANAT DAN MELEMAHKAN BANGSA MELAYU ADALAH ANAK KETURUNAN ACHEH INI YANG TELAH BERSEKONGKOL DENGAN SAORANG KETURUNAN KUTTY AKHIRNYA MEMUSNAHKAN UMNO TULIN .

aHLI umno tULIN 1974.