Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
Sekitar 27 tahun yang lalu ucapan bertajuk 'Semoga Tempayan Tidak Pecah' ini telah disampaikan. Walau apa juga kandungannya, sebagai jawapan kepada perkara-perkara yang ditimbulkan oleh para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO pada masa itu, kesimpulan pada penutupan ucapan adalah relevan dalam menghadapi perpecahan politik masakini.
Selamat membaca.
Sekitar 27 tahun yang lalu ucapan bertajuk 'Semoga Tempayan Tidak Pecah' ini telah disampaikan. Walau apa juga kandungannya, sebagai jawapan kepada perkara-perkara yang ditimbulkan oleh para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO pada masa itu, kesimpulan pada penutupan ucapan adalah relevan dalam menghadapi perpecahan politik masakini.
Selamat membaca.
Perhimpunan Agung
UMNO
Di Dewan Merdeka
Pusat Dagangan Dunia Putra
Kuala Lumpur
28hb September 1986
Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berbahagia
Dato’ Pengerusi
Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Presiden
Yang Amat Berhormat
Dato’ Timbalan Presiden
Ahli-Ahli Majlis
Tertinggi UMNO
Perwakilan dan
Pemerhati Sekelian
Assalaamu’alaikum Warahmatulaahi Wabarakaatuh
MENTERI BUKAN GOLONGAN ISTIMEWA
Wakil Negeri Sembilan memuji acara sambutan Hari Kebangsaan
tahun ini. Bagi pihak Jawatankuasa sambutan, saya mengucapkan terima kasih.
Wakil Negeri Sembilan juga mengkritik pakaian Menteri dan
Timbalan Menteri yang dipakai pada hari sambutan 31 Ogos itu.
Sebenarnya pakaian itu pakaian pekerja. Tujuan semua
Menteri dan Timbalan Menteri berpakaian demikian ialah untuk memberi gambaran
bahawa Menteri dan Timbalan Menteri bukanlah golongan istimewa, tetapi sehati
dan sejiwa dengan golongan pekerja. Inilah tujuan memakai pakaian pekerja.
Lailah kalau tujuan memakai Baju Melayu untuk MeMelayukan
Datuk Sammy Vellu. Kita tentu dapat membezakan antara Datuk Sammy Vellu dan
Datuk Kadir Sheikh Fadzir.
Saya tidak bersetuju Datuk Sammy Vellu disamakan dengan
Datuk Kadir. Datuk Kadir manis orangnya.
JEPUN SEPERTI SAYA
Saya mengucapkan terima kasih kerana saya dikatakan
mempunyai rupa seperti orang Jepun. Sebenarnya orang Jepun yang mirip seperti
saya.
Malahan Wakil Negeri Sembilan itu pun, kalau dilihat
dengan teliti dan dipakaikan pakaian yang sama, akan kelihatan seperti General
Tojo. Sebenarnya General Tojolah yang rupanya seperti Tok Penghulu Ujang Ajak –
Wakil Negeri Sembilan itu.
GHAFAR – OMAR
Saya ternampak ramai orang yang ketawa apabila Wakil
Negeri Sembilan membandingkan YAB Encik Ghafar Baba dengan Omar Rojek. Apakah bandingan
itu penghinaan kepada Encik Ghafar atau satu sanjungan kepada Omar Rojek? Perkara
ini sebenarnya tidak timbul. Tok Penghulu Ujang hanya berseloroh.
Saya merasakan ada persamaan antara YAB Encik Ghafar Baba
dengan Omar Rojek (bukan Rojak). Omar Rojek berasal dari Kedah. Kegemarannya makan
rojak. Beliau pernah minta kerja sebagai Pembantu Hospital, tetapi gagal.
Kerana kecewa, beliau pergi ke Singapura untuk menjadi
pelakon tambahan sebuah syarikat perfileman di Singapura. Omar begitu maju
sehingga di kemuncak kariernya, beliau menjadi seorang pengarah dan Penerbit
Filem.
YAB Encik Ghafar pula guru Sekolah Melayu. Berjuang sehingga
pernah menjadi Ketua Menteri, Menteri dan sekarang Timbalan Perdana Menteri.
MAT JENIN
Kalau sewaktu Omar Rojek meminta untuk menjadi Pembantu
Hospital, beliau berkata ingin menjadi penerbit dan pengeluar filem di satu
hari nanti, sudah tentu kita kata Omar Rojek berangan-angan seperti Mat Jenin.
Begitu juga dengan Encik Ghafar, jika pada 1946, atau
sebelum Mei 1986, beliau menyatakan akan menjadi Timbalan Perdana Menteri, di
satu hari nanti, sudah tentu beliau dikatakan berangan-angan seperti Mat Jenin.
YAB Encik Ghafar pernah dicemuh kerana hendak ke
universiti dan dikatakan mempunyai dua degree BABA, tanpa kepujian. Sekarang Encik
Ghafar sudah jadi Dr. Ghafar. Penganugerahan Ph.D adalah satu pengiktirafan
kepada kebolehan beliau sebagai pemimpin.
TUHAN MENENTUKAN
Sekali lagi kita lihat kuasa Allah menaik dan menurunkan
seseorang insan.
Tuhan menjadikan Nabi Adam tanpa ibu dan bapa. Tuhan
menjadikan Siti Hawa ada bapa tanpa ibu. Tuhan jadikan Nabi Isa ada ibu tanpa
bapa.
Tuhan boleh menghidup dan mematikan manusia tanpa sebab. Tuhan
juga boleh menaik dan menurunkan seseorang tanpa alasan. Tetapi untuk membuka
bidang usaha dan berfikir, kita sendiri yang menyumbangkan sebab dan alasan –
tetapi Tuhan tetap yang menentukan.
Jika ini disedari, tokoh-tokoh UMNO di semua peringkat
akan menghadapi pemilihan pada 1987 dengan penuh keinsafan dan keimanan. Sama-samalah
kita doakan semoga tahun 1987 dilalui dengan tenang.
KERJASAMA PEGAWAI DENGAN PAK TANI
Jurubicara Wanita semasa membawa Usul Ekonomi, menyeru
supaya Kementerian Pertanian terus membantu petani dengan subsidi.
Katanya, di zaman negara mewah kita berikan subsidi,
tetapi apabila meleset dan petani memerlukan subsidi, kita tidak beri. Sebenarnya,
kalau Kerajaan nak beri sekalipun, duit terbatas.
Itulah sebabnya kerjasama antara pegawai dengan pak tani
perlu ditingkatkan. Peningkatan kerjasama beginilah yang akan meningkatkan
pengeluaran.
Insya Allah, saya akan membaiki atau menggantikan Sistem
2L dan lain-lain program jika diperlukan.
NASIB MENTERI PERTANIAN
Bila YAB Datuk Seri Presiden memanggil saya untuk
memberitahu saya akan dipindahkan ke Kementerian Pertanian, saya terdiam. Saya mengucapkan
terima kasih.
Hari pertama saya memasuki bilik mesyuarat Kementerian,
saya lihat lapan gambar bekas Menteri Pertanian:
YB Datuk Azis Ishak - Terpecat dari UMNO
YB Encik Mohd Khir
Johari - Hanya 9 bulan di
Kementerian
YB Tan Sri Ghazali
Jawi - Kementerian
Terakhir
YB Encik Ghafar
Baba -
Kementerian Terakhir
YB Datuk Ali Haji
Ahmad - Meninggal dalam
nahas kapalterbang
YB Datuk Shariff
Ahmad - Penyakit Kuku
dan Mulut, Kementerian Terakhir
YB Datuk Abdul
Manan Othman - Kementerian Terakhir
YB Encik Anwar
Ibrahim - Tidak sampai
dua tahun
Apakah nasib saya jika berada di Kementerian ini lebih
daripada dua tahun?
MASALAH BABI
Sekarang ini pun saya sedang berfikir mengenai masalah
babi. Sejak saya dilahirkan tidak pernah saya terfikir satu hari kelak saya
akan terpaksa memikirkan nasib babi. Baru-baru ini penyakit kuku san mulut
sudah kembali ke Pahang, negeri asal Datuk Shariff Ahmad.
Oleh itu saya difahamkan, Singapura mungkin tidak mahu
membeli babi dari Malaysia. Kalau babi terus beranak dan Singapura tidak mahu
terima, apa saya nak buat dengan babi-babi ini?
SUSU DAN TELUR
Kementerian juga menghadapi masalah adanya bekalan susu
dan telur yang berlebihan. Saya bertanggung-jawab walaupun saya tiada hubungan
istimewa langsung dengan lembu dan ibu ayam.
Memang menjadi satu kebiasaan bagi saya menanggung beban
dosa orang lain.
PERTANDINGAN MEMANJAT POKOK KELAPA
Wakil Kedah, Wakil Terengganu dan Wakil Wanita menyentuh
mengenai pertandingan memanjat pokok kelapa untuk merebut Piala Mat Jenin.
Memanglah seimbas lalu kelihatan seolah-olah kerja
memanjat pokok kelapa ini satu kerja yang hina dan legenda Mat Jenin ini
sendiri menjadi omokan kerana Mat Jenin mati apabila sampai ke peringkat
menikah dengan tuan puteri dalam khayalannya sewaktu dia sedang memanjat pokok
kelapa.
KAWASAN TANAMAN KELAPA
Untuk maklumat Perwakilan sekelian, daripada 235,300
hektar kawasan yang sekarang ini ditanam dengan kelapa, 205,300 hektar adalah
milik pekebun-pekebun kecil dan 30,000 hektar sahaja dikendalikan secara estet.
Ini melibatkan 94,000 keluarga. Daripada 205,000 hektar, hanya 124,000 hektar
sahaja yang sesuai untuk ditanam koko. 31,600 hektar dari kawasan ini sudah pun
ditanam dengan koko, tinggal 92,400 hektar yang boleh ditanam dengan koko,
tetapi belum ditanam.
Ini bererti luas kawasan yang tidak sesuai ditanam dengan
koko ialah 81,300 hektar. Jika dicampur dengan tanah yang sesuai untuk koko,
tetapi belum diusahakan, luas kawasan kelapa pekebun kecil hingga hari ini,
ialah 173,700 hektar. Ini melibatkan 79,000 keluarga.
HARGA KELAPA
Harga kelapa tua di Pasar Tani di peringkat 20 sen
sebiji, sedangkan harga kelapa muda ialah RM1 sebiji. Soalnya, kenapa kita
menjual kelapa tua sedangkan sebelum tua, kelapa ini muda dahulu dan boleh
dijual dengan harga lumayan.
Mengikut pepatah Inggeris (saya mohon izin Datuk
Pengerusi untuk menyebut dalam bahasa Inggeris). ‘If you cannot change the direction of the wind, you should adjust the
sail’. Jika kita tidak boleh mengubah arah angin kita hendaklah
mengubahsuai layarnya. Semoga kelapa tua berkurangan dan harganya naik.
BEKALAN KELAPA
Di Kuala Lumpur ada hanya dua tempat untuk mendapatkan
kelapa muda, iaitu Stadium Merdeka dan di Jalan Raja Laut. Sukar sekali bagi
pelancong baik dari dalam mahupun luar negeri mendapat hidangan air kelapa muda
di hotel-hotel di Kuala Lumpur.
Di Pulau Langkawi salah satu minuman yang paling popular
di kalangan pelancong ialah air kelapa muda. Hotel-hotel di Kuala Lumpur pula
menyatakan, kelapa muda tidak dihidangkan kerana tiada bekalan ataupun bekalan
tidak terjamin.
Oleh kerana ada permintaan bagi kelapa muda dan kelapa
pula tidak tua sebelum muda, soalannya ialah kenapa kita tidak memetik kelapa
semasa ia muda, supaya kelapa tua menjadi kurang dan harga kelapa tua
meningkat.
Jawapannya terdapat di luar bandar, di kawasan kebun
kelapa. Kelapa tua katanya kalau jatuh tidak pecah, sedangkan kelapa muda tidak
akan jatuh, tetapi jika dikait, jatuh pecah. Oleh sebab itu kelapa muda tidak
dikait.
SUBSIDI BERUK
Kementerian pada suatu masa dulu pernah memberi subsidi. Sekarang
beruk tidak lagi disiplin. Oleh itu rakyat perlu digalakkan memanjat pokok
kelapa. Jika tidak sebagai satu kerjaya, ia boleh dilakukan sebagai hobi atau
sebagai sukan yang menguntungkan secara langsung kepada petani. Insya Allah,
pendapatan petani akan meningkat dan harga kelapa tua akan menjadi lebih
tinggi.
MAT JENIN
Mat Jenin pula ialah pemanjat kelapa. Menuru legenda, dia
berkhayal menjual buah kelapa dan membeli ayam yang akan dipelihara untuk
dijual bila besar dan kemudian membeli itik. Itik dijual untuk membeli kambing.
Apabila kambing dijual, Mat Jenin berkhayal membeli lembu, kemudiannya kerbau. Apabila
kerbau habis dijual, dia akan menggunakan wang yang banyak untuk membeli kuda
kemudian gajah. Mat Jenin yang menjadi begitu kaya, akhirnya berkhayal menjual
gajah untuk belanja menikah dengan seorang Tuan Puteri. Di waktu itu beliau
terkejut dan terlepas dari pokok kelapa yang sedang dipanjatnya, lantaran jatuh
ke bumi dan terus mati.
Saya berpendapat cerita ini tidak logik. Jika Mat Jenin
sudah menikah dengan Tuan Puteri, dia sudah tentu akan memeluk pokok kelapa
kuat-kuat dan dia tidak akan jatuh langsung mati.
Tidak mungkin dia akan menolak ataupun melepaskan Tuan
Puteri yang baru dikahwininya. Dia pasti akan memeluk.
Jika Mat Jenin mati, bagaimana dia boleh menceritakan
khayalannya?
MAT JENIN TIDAK MATI
Saya berpendapat Mat Jenin tidak mati. Oleh kerana Mat
Jenin tidak matilah, maka rata-rata kita melihat ada pengusaha Bumiputera,
walaupun ada masalah, terus berusaha mencapai matlamat menjadi manusia kaya dan
maju.
Saya berpendapat matinya Mat Jenin dalam legenda itu
hanyalah rekaan penjajah yang tidak ingin cita-cita Melayu meningkat tinggi. Oleh
itu saya menyumbangkan Piala Mat Jenin dalam pertandingan memanjat pokok
kelapa.
PENTADBIRAN IBU PEJABAT
Wakil Selangor semasa membahaskan Usul Terima Kasih
kepada Presiden, menimbulkan mengenai kelemahan pentadbiran Ibu Pejabat yang katanya
menyebabkan kekecohan di Hulu Langat.
Saya bersetuju adanya kelemahan dalam beberapa bidang
pentadbiran Ibu Pejabat. Sebagai manusia yang tidak maksum, yang tidak sunyi
daripada dosa, saya dan kakitangan Ibu Pejabat sentiasa berusaha mengesan
kelemahan, menerima teguran dan laporan dan berusaha membaikinya.
Tetapi Ibu Pejabat UMNO tidak bersalah dalam isu Hulu
Langat kerana pada pengetahuan saya, bukan Ibu Pejabat UMNO yang mengeluarkan
Surat Kuasa untuk bertanding atas tiket BN.
Saya juga tidak mengarahkan pegawai Ibu Pejabat berbuat
demikian.
HORMAT BAHAGIAN
Sebagaimana kita maklum, Perlembagaan UMNO memberi kuasa
luas kepada UMNO – UMNO Bahagian. Ini penghormatan yang tinggi bagi Bahagiian
dan Ketuanya.
Walau siapa juga bersalah dalam isu di Hulu Langat, bekas
Ketua Bahagian itu tidak patut mengambil kesempatan. Kita tidak boleh
menghalalkan satu kesalahan besar dengan bukti adanya kesalahan yang lain.
Walaupun kita sayang sahabat-sahabat kita, persahabatan
tidak boleh menjadi penghalang kepada pelaksanaan disiplin dalam parti.
UMNO DULU DAN SEKARANG
Ada wakil dalam Perhimpunan Agung ini mempersoalkan
perjuangan UMNO masakini secara perbandingan dengan perjuangan UMNO sewaktu ia
ditubuhkan pada tahun 1946.
Sebenarnya, semangat perjuangan Melayu bukan bermula pada
tahun 1946. Kisah perjuangan Melayu sudah tentu banyak lagi diketahui jika
penjajah tidak membakar kapal yang membawa buku, dokumen dan khazanah Melayu
dalam perjalanan kapal itu dari negara kita ke Britain.
Semangat perjuangan Melayu sudah wujud di zaman
Kesultanan Melaka. Pahlawan Hang Tuah masih dalam kenangan.
Malangnya Kerajaan Negeri-Negeri Melayu sejak zaman itu,
satu demi satu berpecah dan seterusnya dijajah.
PAHLAWAN MELAYU PERAK
111 tahun yang lalu, pada 1 November 1875, kira-kira
pukul 11.00 malam, Pahlawan Melayu Datuk Maharaja Lela di Perak membunuh
penjajah Inggeris James W.W. Birch.
Tindakan Datuk Maharaja Lela itu adalah cetusan dorongan
semangat perjuangan Melayu yang tidak tahan dijajah dan inginkan kemerdekaan. Datuk
Maharaja Lela dan sahabatnya, Datuk Sagor syahid di tali gantung penjajah di
Matang pada 21 Januari 1877.
SABAH
Kira-kira 24 tahun kemudian, setelah James Birch dibunuh,
kira-kira 86 tahun yang lalu, pada 31 Januari 1900, pahlawan Melayu Mat Salleh
di Sabah syahid dalam pertempuran menentang, secara bersenjata, pentadbiran
penjajah yang dipimpin oleh Harrington.
SARAWAK
Walaupun pada tahun 1946 di Semenanjung, orang Melayu
berjaya menentang Malayan Union, di Sarawak, oleh kerana orang Melayu masih
tertekan, maka 37 tahun yang lalu pada 3hb November 1949, satu serangan ke atas
Gabenor Duncan Steward dilakukan oleh Pahlawan Melayu Rosli Dobi dan
pengikutnya di Bandar Sibu.
Dalam kejadian itu Duncan Steward ditikam sehingga mati
37 hari kemudiannya di sebuah hospital di Singapura pada 10hb Disember 1949.
Sebelum Rosli Dobi meninggalkan rumahnya untuk membunuh
Duncan Steward, beliau menyatakan pada isterinya, ‘Aku terpaksa memilih antara kamu dan negara, maka aku pilih negara
untuk kamu’.
Pahlawan Melayu Rosli Dobi, pahlawan Melayu Awang Rembi
dan pahlawan Melayu Mushidi Sidik telah syahid di tali gantung dalam bulan Mac
1950.
PERPADUAN MELAYU
Adalah jelas bahawa orang Melayu, sebelum tertubuhnya
UMNO di Semenanjung pada tahun 1946, memilih cara-cara sendiri berjuang
mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa.
Tetapi bangsa Melayu tidak pernah berjaya dalam
perjuangan secara persendirian, secara berasingan dan secara berpecah-belah.
Tetapi, atas takungan darah pahlawan-pahlawan Melayu yang
telah mengalir inilah, atas keinsafan yang timbul daripada tekanan penjajahlah
maka perpaduan Melayu telah tercapai dan UMNO ditubuhkan.
Malaya Merdeka; Malaysia ditubuhkan; Sabah dan Sarawak merdeka
dalam Malaysia. Impian Rosli Dobi di Sarawak dan Mat Salleh di Sabah tercapai.
TATACARA BERJUANG
Memperjuangkan kemerdekaan adalah satu perjuangan yang
mirip kepada peperangan. Jika kebijaksanaan berpolitik menguasai keadaan, maka
peperangan itu tidak berdarah.
Perjuangan atau peperangan memerlukan tatacara yang
sesuai dengan masa.
Kita tidak boleh menggunakan senjata yang digunakan dalam
Perang Dunia Pertama untuk menghadapi Perang Dunia Kedua. Kita juga tidak boleh
menggunakan senjata Perang Dunia Kedua untuk menghadapi Perang Dunia Ketiga.
Kita perlu menghadapi cabaran masa hadapan dengan
menggunakan otak sebagaimana disarankan wakil Melaka.
SEMANGAT DULU
Dalam menghadapi ancaman, cabaran dan masalah masakini,
kita perlu mencontohi semangat UMNO 1946, semangat Pahlawan Melayu Datuk
Maharaja Lela 1875, semangat Pahlawan Melayu Mat Salleh 1900, semangat Pahlawan
Melayu Rosli Dobi 1949. Jasa dan budi mereka sentiasa dikenang.
CARA SEKARANG
Kita perlu mencontohi perpaduan 1946, tetapi kita juga
perlu mempunyai cara baru menghadapi cabaran masa kini.
Adalah lebih baik kita contohi semangat perpaduan masa
lalu dengan tatacara baru, daripada kita mengekalkan tatacara lama tetapi
mengenepikan semangat perpaduan pusaka bangsa.
Kita perlu bersatu
Kita perlu berpadu
Perpaduan bangsa atau bangsa yang tidak berpecah adalah
laksana tempayan besar yang tidak pecah. Apabila tempayan tidak pecah, kita
dapat mengisikan apa saja dalam tempayan bangsa dan kita dapat mewarnakan
tempayan itu dengan apa jua warna bangsa yang kita kehendaki.
Tetapi sebelum tempayan dapat diisi, sebelum tempayan
dapat diwarnakan, tempayan itu hendaklah tidak pecah.
Soalnya ialah, ‘Apakah kita, pada setiap masa, betul-betul
sanggup mengorbankan kepentingan politik peribadi untuk kepentingan bangsa atau
adakah kita sanggup mengorbankan perpaduan UMNO dan bangsa untuk kepentingan
peribadi? Antara dua kesanggupan inilah letaknya nasib tempayan’.
Terima kasih.
5 comments:
Tan Sri, terima kasih kerana sudah menurunkan ucapan yang saya rasa masih relevan dan berkesan.
Banyak orang-orang yang merasa panas, gundah, susah, tak senang duduk bila membaca ucapan ini apatah lagi PRU sudah di ambang pintu.
Saya perhatikan ada seorang penyokong kuat Anwar yang sentiasa komen isu Tan Sri Sanusi berucap kat UM suatu masa dulu. Benda ini terus diulang-ulang lagi walau pun penjelasan sudah diberi oleh Tan Sri Sanusi dalam masukan blog atau dalam forum-forum yang berlainan.
Agaknya mamat ni nak menipu dengan guna nama Ismail Mina, walhal kita tahu Ismail Mina dah lama tak sokong Anwar lagi. Janganlah nak heret nama Ismail Mina lagi, kalau jantan sebut nama sendiri biar orang tahu yang hang ini penyokong tegar Pak Shaikh.
Untuk renungan hang, dulu masa sebelum masuk Islam Saidina Umar bunuh anak perempuan dia tapi semasa beliau masuk Islam beliau amat digeruni kerana keberanian dana ketakwaannya.
Ada sahabat yang beritahu saya, begitu juga halnya dengan Tun Mahathir, semakin lama beliau semakin dekat dengan Islam, hari-hari beliau baca Quran untuk memahami makna dan kandungannya.
Apa kaitan cerita Saidina Umar dengan Tun Mahathir? Kalau pencacai Pak Shaikh ada ilmu bolehlah faham, tapi kalau tak berapa cerdik nak buat macam mana. Nak tulis panjang mana pun tak boleh faham juga.
Untuk Tan Sri Sanusi, saya pinta terus turunkan ucapan-ucapan baik yang lama atau yang baru untuk dijadikan pengajaran dan panduan.
April 18, 2013 at 5:37 PM
Anonymous Anonymous said...
SANUSI CHUNIT INI AMAT CEMBURU DENGAN ANWAR. APABILA MAMAK KUTTY MEMUJUK ANUAR MENYERTAI UMNO TULIN BERMULALAH HASAD SNAUSI INI TERHADAP ANUAR.
APAKAH SUMBANGAN PENINGGALAN NYA SELAMA INI? YANG KITA TAHU...KOPERASI SHAMELIN YANG DI SERAH KAPADA ADIKNYA BERLUMURAN DENGAN RASUAH SEKITAR PROJEK TAMAN SHALELIN CHERAS SAHIGGAKAN HAMPIR BANKRUPT, PROJEK TAMAN PERTANIAN YANG MENELAN BERJUTA WANG RAKYAT MENJADI HUTAN,PROJEK TANAMAN PADI ATAS BUMBUNG,MINUM AYER KELAPA, PROGRAM MENGURAT BINI, MENGUMPUL TAYAR BURUK,ETC..SEMUA INI PROJEK HASIL PEMIKIRAN BERTARAF PENUAL OBAT DI JALAN CHOW KIT.
DARI DULU LAGI KAKI TEMBERANG JALANAN INI BERASA DIA LEBIH HEBAT DARI ANUAR.TETAPI HAKIKAT NYA HINGGA KINI ANUAR MASIH MAMPU MERAIH PENYOKONG HINGGA KINI WALAUPUN DI ASAK DENGAN BERBAGAI TEKANAN OLEH SELURUH JENTERA PARTY UMNO BARU MAMAK KUTTY.
SAYA RASA KALAU ANAK ACHEH INI MENUBUH PARTY LAH - HANYA DIALAH SAORANG SAHAJA YANG MENJADI PENASIHAT, PENGERUSI, PRESIDEN, BENDAHARI, SETIAUSAHA, DAN AHLI. ITU LAH SEBAB DIA TIDAK BOLEH MENERIMA HAKIKAT SAHINGGA KA LIANG LAHAD.
DIA TIDAK SEDAR BAHAWA DIALAH DIANTARA DUA ORANG YANG MENGKHIANATI BANGSA MELAYU.KEMASUKAN SANUSI KEDALAM UMNO SATELAH MENJUAL SHAMELIN- BERMULALAH ERA KEHANCURAN KUASA MELAYU. DIALAH YANG MEMULAKAN BUDAYA MEMBURUK2KAN KAWAN DAN LAWAN DAN BUDAYA SAMSENG DIDALAM UMNO.
WAKTU MENJADI TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI DIA TELAH MENGGUNAKAN BAPA SAUDARANYA- YANG MERUPAKAN SAORANG BERPANGKAT BESAR DALAM SPECIAL BRANCH PDRM UNTUK MENGGUMPUL SEGALA RAHSIA KEBURUKAN PEMIMPIN UMNO -TERMASUK MAMAK KUTTY SENDIRI- UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN BLACKMAIL ATAU MENJATUH MANA2 PEMIMPIN UMNO.
. DIA TELAH MENYALAH GUNAKAN KUASA SEBAGI SETIAUSAHA AGUNG UMNO UNTUK MEMECAH BELAH KEPIMPINAN UMNO DAN UNTUK MENJATUHKAN TENGKU RAZALEIGH DAN MUSA HITAM. DIALAH YANG MENGHASUT MAMAK KUTTY AGAR MEMUSUHI ANUAR.SANUSI TELAH MERANCANG AGAR UMNO TULIN DIHARAMKAN- AGAR MAMAK KUTTY YANG TELAH BERJAYA DIBLACKMAILNYA TERUS BERKUASA.
SABENARNYA ANTARA YANG MENJADI PENGKHIANAT DAN MELEMAHKAN BANGSA MELAYU ADALAH ANAK KETURUNAN ACHEH INI YANG TELAH BERSEKONGKOL DENGAN SAORANG KETURUNAN KUTTY AKHIRNYA MEMUSNAHKAN UMNO TULIN .
aHLI umno tULIN 1974.
Tahniah Tan Sri, masukan blog dalam beberapa hari ini betul-betul membuat pencacai Pak Sheikh takut. Takut pasal apa? Takut kerana Tan Sri akan dedahkan lagi siapa jaguh mereka itu. Saya nak kongsi sikit apa yang ditulis oleh Michael Backman mengenai Pak Shaikh "Critically, the majority judgment says, "we find evidence that the appelants were involved in homosexual activities." Takkan Tan Sri Sanusi cemburu pasai main belakang kot? Ni ada sikit lagi cerita pasal Pak Shaikh rasuah..."...and it was to that group that Anwar gave the contract. He did so, I was told, without a tender, despite there being no shortage of local construction firms capable of building a mosque and with plenty of experience. As my informant said to me: "Why a foreign firm? Why one from Saudi Arabia? And why without tender? Ni lah sumbangan Anwar. Bolehlah kita gelar dia Bapa Homo dan Bapa Rasuah Malaysia. Anwar juga boleh disebut Bapa Nepotisma Malaysia. Tengoklah parti dia, Anwar Ketua Umum, isteri dia Presiden, Azmin, kekasih dia, Timbalan Presiden, Nurul Izzah, anak dia Naib Presiden. Hebat sungguh dia ni, Bapa Rasuah, Bapa Homo, Bapa Nepostima semua dia bolot.
Saya ingat tak mudah bagi pencacai Anwar nak terima perkara dan fakta sebenar. Kalau kena hidung sendiri kata orang fitnah. Tapi saya boleh fahamlah, depa semua ni bukan ada akai pun. Kalau ada akai pun tak pakai. Betul tak? Jawab jangan tak jawab pencacai Pak Shaikh
Supa tu ler, klu macai pak shaikh x dpt terima org kutuk dia, macai madey, najib gitu jugak. Apapun pak shaikh bebas dr pertuduhan sodomi 1. Cuma alasan mhkamah tu kot untuk selamatkan org trtentu drpd kemaluan yg besar diatas fitnah itu. Bayangkan, crime scene tuduhan liwat tu belum wujud, tp dh digunakan sbg tempt liwat berlaku. Dua tiga kali ubah tarikh supaya tuduhan itu nmpak real. Yg tu saja kita dh bulek pikiaq. Sbb itulah kita mohon umno laksana undang2 berdasar hukum Allah swt. Tp pemimpinnya takut kena sebat, rejam, hilang tangan, kita ikut ajer hukuman sekular tuh... Apa mahathir kata.. Klu hudud dibuat, byk tgn ble buat sup.... hehehe.... Apa hukumnya org kata begitu?
bila dah byk komen og mencarut macam Anonymous 5:37 ni - sah la PR punya cybertrooper yg tak senang tgk orang berpendapat yg lain dgn diaorang. Freedom of speech my foot!
Saya suka membaca kiasan Tan Sri, byk pendapat dan pengajaran yg bernas
test, komen auto approve tak.
Post a Comment