Monday, April 29, 2013

BINLADIN MASUK KE JERLUN

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Di bawah ini diturunkan satu penulisan yang terbit dalam Berita Harian Edisi Khas PRU 13 pada 22 April, 2013. Tajuk karangan ini, walau pun mengejutkan pemilik blog, tetapi tetap diturunkan kerana memenuhi tuntutan 'kebebasan bersuara' sebagaimana yang dibenarkan dengan tidak dipadamkan komen-komen kesat yang menghiburkan yang didapati selepas setiap masukan yang mendedahkan siapa sebenarnya 'hero' cyber-trooper.
Semangat penulis blog, untuk menjelaskan yang agak pudar, semakin meningkat kerana keyakinan bahawa di satu masa nanti hati cyber-trooper akan terbuka akibat selalu membaca blog ini.
Perkara ini tidak boleh menghairankan kerana 57 orang bekas sahabat karib 'hero' cyber-trooper telah memakan masa berpuluh tahun sebelum mengenal siapa 'hero' mereka itu yang sebenarnya. Masa yang begitu lama diambil kerana tidak ada penjelasan dari pihak yang mengetahui. Semoga hati cyber-trooper yang mendewakan 'hero' mereka itu akan cepat menemui kesedaran dan keinsafan dengan terus membaca blog ini dan tidak perlu mengambil masa puluhan tahun untuk mengenalnya.
Kadang-kadang pengarang blog ini kelihatan gundah kerana tidak ada tindakbalas yang negatif ke atas penulisan beliau sehingga beliau terfikir cyber-trooper tidak berminat mengekori blognya lagi. Alhamdulillah sebenarnya mereka terus tertarik, samada kerana diupah atau mendapat keuntungan yang pernah diterima, sedang dinikmati atau diharapkan habuan di masa akan datang. Jika penulisan dalam blog ini menyakitkan hati para 'cyber-trooper' atau apa yang digelar sebagai 'anwarinas' mereka hendaklah menganggap sakitnya itu sebagaimana ubat quinine untuk pesakit 'typhoid' yang dirasakan teramat pahit apabila diminum sebelum penyakitnya sembuh.
Bagi orang yang suka membuat fitnah maka setiap kebenaran mengenai yang didewa-dewakan oleh mereka akan digambarkan kepada masyarakat dan penyokong-penyokongnya sebagai fitnah. Dan jika ada gambar yang nyata mengenai kegiatan hero-nya maka cyber-trooper diajar untuk menganggapnya sebagai 'a double' sebagaimana suara seorang yang sedang menodai isteri kawannya digambarkan sebagai suara tiruan seniman pelawak Yusof Chong dan atau rakan sekamar dalam video China doll diadakan pendua yang diketengahkan, untuk mengelak dari keperluan bersumpah kerana hero cyber-trooper takut jika beliau bersumpah maka beliau akan menerima padahnya di dunia ini jua.

Selain dari komen-komen hiburan oleh 'anwarinas' keghairahan penulis blog ini untuk terus membuat pendedahan telah timbul kerana pertemuan, penjelasan dan pengakuan empat orang bekas sahabat karib dan penyokong kuat penasihat PR  atas sebab-sebab mereka meninggalkannya berlandaskan kesedaran sejati.

Pertemuan pertama ialah dengan Senator Ezzam iaitu bekas Setiausaha Politik Anwar; pertemuan kedua ialah dengan Prof. Dr. Sidek Baba bekas sahabat Anwar di dalam ABIM; ketiga dengan mantan peguambela dalam kes sodomi peguam Zulkifli Nordin dan keempat Ustaz Ismail Mina seorang sahabat Anwar di dalam Yayasan Anda dan ABIM sejak ianya ditubuhkan.

Mereka memaklumkan betapa Sanusi telah difitnahkan oleh Anwar pada setiap kesempatan sepanjang puluhan tahun mereka bersahabat dengannya.

Untuk mengetahui sebabnya maka, selain dari hasutan syaitan kerana didorong oleh cita-cita besar, kita dapat memahaminya dari kacamata seorang novelis terkenal yang menulis di dalam bukunya 'The 4th K' seperti berikut:

"Be careful,' the Oracle said. "When a man rises to absolute power, he usually gets rid of those closest to him, those who know his secrets." ( Last paragraph, chapter 21, The 4th K, Mario Puzo 1990).

Staf penyelidik.   
Perpustakaan Toeti Juairiah


Oleh: Rashiqah Ilmi Abd Rahim
Berita Harian Edisi Khas PRU-13, Isnin 22 April 2013, muka surat 12.

Monday, April 22, 2013

SEMOGA TEMPAYAN TIDAK PECAH

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Sekitar 27 tahun yang lalu ucapan bertajuk 'Semoga Tempayan Tidak Pecah' ini telah disampaikan. Walau apa juga kandungannya, sebagai jawapan kepada perkara-perkara yang ditimbulkan oleh para perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO pada masa itu, kesimpulan pada penutupan ucapan adalah relevan dalam menghadapi perpecahan politik masakini.

Selamat membaca.

Perhimpunan Agung UMNO
Di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra
Kuala Lumpur
28hb September 1986

Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berbahagia Dato’ Pengerusi
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Presiden
Yang Amat Berhormat Dato’ Timbalan Presiden
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Perwakilan dan Pemerhati Sekelian

Assalaamu’alaikum Warahmatulaahi Wabarakaatuh

MENTERI BUKAN GOLONGAN ISTIMEWA

Wakil Negeri Sembilan memuji acara sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Bagi pihak Jawatankuasa sambutan, saya mengucapkan terima kasih.

Wakil Negeri Sembilan juga mengkritik pakaian Menteri dan Timbalan Menteri yang dipakai pada hari sambutan 31 Ogos itu.

Sebenarnya pakaian itu pakaian pekerja. Tujuan semua Menteri dan Timbalan Menteri berpakaian demikian ialah untuk memberi gambaran bahawa Menteri dan Timbalan Menteri bukanlah golongan istimewa, tetapi sehati dan sejiwa dengan golongan pekerja. Inilah tujuan memakai pakaian pekerja.

Lailah kalau tujuan memakai Baju Melayu untuk MeMelayukan Datuk Sammy Vellu. Kita tentu dapat membezakan antara Datuk Sammy Vellu dan Datuk Kadir Sheikh Fadzir.

Saya tidak bersetuju Datuk Sammy Vellu disamakan dengan Datuk Kadir. Datuk Kadir manis orangnya.

JEPUN SEPERTI SAYA

Saya mengucapkan terima kasih kerana saya dikatakan mempunyai rupa seperti orang Jepun. Sebenarnya orang Jepun yang mirip seperti saya.

Malahan Wakil Negeri Sembilan itu pun, kalau dilihat dengan teliti dan dipakaikan pakaian yang sama, akan kelihatan seperti General Tojo. Sebenarnya General Tojolah yang rupanya seperti Tok Penghulu Ujang Ajak – Wakil Negeri Sembilan itu.

GHAFAR – OMAR

Saya ternampak ramai orang yang ketawa apabila Wakil Negeri Sembilan membandingkan YAB Encik Ghafar Baba dengan Omar Rojek. Apakah bandingan itu penghinaan kepada Encik Ghafar atau satu sanjungan kepada Omar Rojek? Perkara ini sebenarnya tidak timbul. Tok Penghulu Ujang hanya berseloroh.

Saya merasakan ada persamaan antara YAB Encik Ghafar Baba dengan Omar Rojek (bukan Rojak). Omar Rojek berasal dari Kedah. Kegemarannya makan rojak. Beliau pernah minta kerja sebagai Pembantu Hospital, tetapi gagal.

Kerana kecewa, beliau pergi ke Singapura untuk menjadi pelakon tambahan sebuah syarikat perfileman di Singapura. Omar begitu maju sehingga di kemuncak kariernya, beliau menjadi seorang pengarah dan Penerbit Filem.

YAB Encik Ghafar pula guru Sekolah Melayu. Berjuang sehingga pernah menjadi Ketua Menteri, Menteri dan sekarang Timbalan Perdana  Menteri.

MAT JENIN

MUSLIM UNITY IN THE 21st CENTURY

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Below is a speech delivered 10 years ago which is still relevant today. Muslim politicians in Malaysia today are compromising their aqidah in their attempt to be elected by a multi-racial, multilingual dan multi-religious voters. Pluralisme, liberalisme, the replacement of the 'syariah' with a 'welfare' state, the acceptance of LGBTs and the drive to allow the use of  'Allah' for all the gods of other religions including the Trinity of the Nicene Creed and the pagan gods, are really signs of desperation in the crave of power, which has driven such leaders into moral decadence.
In desperate craze for power Muslim Malay leaders are used by those who intend to split the Muslims to the extent of having the courage of declaring that (a) the Syariah will only be introduced over my dead body and (b) I will spend all my remaining life to see that a non Malay will be the Prime Minister of Malaysia.
While the National Front ruling party has never denied the right of any citizen to be elected to become a Prime Minister, the above statements are certainly uttered based on the legal expertise of the arrogant politician as he knows that the Malay leadership in the opposition is dependent on him for winning the legal battles in the courts of law.
Thank you.   

Keynote Address by Tan Sri Dato’ Seri Sanusi bin Junid in The International Conference on Muslim Unity in the 21st Century: Opportunities and Challenges, Nikko Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia on 1st October 2003

MUSLIM UNITY IN THE 21st CENTURY

Assalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Mr. Chairman,
Rector of International Islamic University Malaysia,
Honoured guests,
Fellow participants of the seminar,
Ladies and gentlemen

INTRODUCTION 

As Chairman of the International Institute for Muslim Unity (IIMU) at the International Islamic University Malaysia, I take this opportunity to welcome all of you to this conference.

UNITY

The subjects for our deliberations at this conference are centred upon the word ‘unity’.

USURY

The day before yesterday, there was another conference on finding solutions to our economic problems via the use of gold as currency. The most important word for that conference was ‘usury’. Usury is, at different rates of tolerability and with different names, at the centre of the current world banking and financial system.

DISUNITY

While we are about to implement the usage of gold in international trade, our biggest obstacle is unity or disunity among us.

Before we adopt or harbour negative views on Muslim unity, let us admit that we are better off today than we were before the fall of the Berlin Wall, the eviction of communism from Russia and the improvisation of communism in China.

In the second half of the twentieth century, we have been united enough to enable us to establish the following institutions:
1. The Organisation of Islamic Conference (OIC)
2. The Islamic Development Bank (IDB)
 
3. The International Islamic University Malaysia (IIUM)

4. The International Institute for Muslim Unity (IIMU)
 
5. The Islamic Gold Dinar for International Trade (GIT)

The second last is a growing institution while the last is ready for launching.

FALL OF THE BERLIN WALL

In the past i.e. before the fall of the Berlin Wall, we used to cooperate with the Western Commission, a name we give to those who are against Islam, to fight against the ungodly communism. Let us look at some of those reports that show the situation before the collapse of communism.  

WHAT ENEMIES SAY?

CENTRAL INTELLIGENCE AGENCY (CIA) AND ISRAEL

A former CIA official, Cord Meyer, put it in early 1979 as follows:

“The disintegration of the Iranian army is seen as an accomplished fact that has already caused a seismic shift in the power balance throughout the entire region. For many years, Iran’s army served to keep in check Iraqi ambitions against Israel and Kuwait, protected the Sultan of Oman against the Dhofar guerrillas, armed by South Yemen and reaasured Sadat in Egypt and the Saudi princes. A tempting vacuum now yawns where once the Shah’s army stood.”

INSTABILITY

At the end of 1979, former Israeli ambassador to the United States, Chaim Herzog summed up part of the record for political instability:

“In the past 18 months alone, four Arab Presidents were removed, one assassinated in Yemen, one executed by assassins in Southern Yemen, one removed by a coup in Mauritania and one recently by a coup in Iraq. Thirteen of the current heads of Arab states, over 50 percent of them, have succeeded immediate predecessors who were violently removed from office, in most cases from this life. In the past 15 years, there have been 12 fierce and bitter wars in which Arabs were pitted against Arabs in bloody internecine strife.”

Thursday, April 18, 2013

SEMOGA KITA TIDAK TERTIPU LAGI

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

Sebagaimana yang dijanjikan ucapan ketiga dari trilogi ucapan dalam buku kecil bertajuk "SEMOGA BANGSA MELAYU TIDAK TERTIPU LAGI' saya persembahkan di sini. Dari tajuk ucapan inilah nama buku kecil telah diberi.
 
SEMOGA KITA TIDAK TERTIPU LAGI
 
UCAPAN PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TAHUN 1999

Assalaamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Majlis
Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden
Yang Berhormat Naib-Naib Presiden
Ahli Ahli Majlis Tertinggi

Para Perwakilan dan pemerhati yang dihormati sekelian,

Kita menghadiri Perhimpunan Agong selama 3 hari ini di waktu kerabat diRaja Melayu di Singapura dihambat keluar untuk duduk di rumah pangsa.

Dunia Melayu sekarang ini berada di dalam keadaan kucar kacir. Musuh Melayu menjadi berani.

Kita terbaca seruan surat khabar Singapura menyuruh supaya UMNO mencampak jauh pemimpin parti dan pemimpin negara iatu YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad.

Tua-tuan dan puan-puan sekelian,

Apabila suatu bangsa itu cinta kepada agama maka agamalah yang akan dijadikan asa perjuangan menuju kejayaan dalam bidang-bidang lain juga selain agama.

Agama jugalah yang akan digunakan oleh musuh-musuh bangsa dan negara untuk menjahanamkan ummah.

Saya akan ketengahkan empat kejadian di dunia Melayu yang melibatkan agama.

REFORMASI KECUNDANG

Pertama di Indonesia.

Tidak lama dahulu kita dengar betapa hebat usaha untuk mengadakan Reformasi di sana.

Reformasi yang bertujuan untuk mengurangkan pengaruh tentera.

Reformasi yang bertujuan mendakwa dan menjatuhkan bekas Presiden.

Reformasi untuk membuat bagai-bagi perubahan.

Reformasi untuk demokrasi tulen.

Ada tokoh yang terlibat untuk mencetuskan Reformasi di Indonesia yang turut membatu dalam usaha menggulingkan Presiden UMNO di Malaysia.

Pada hari ini mereka yang menggembar-gamburkan Reformasi di Indonesia sudah kelihatan akan kecundang dan yang menang adalah yang bukan dari kelompok Reformasi.

PURA-PURA ISLAM

Penipuan kedua.

Bangsa Melayu di Nusantara pernah tertipu apabila Snouck Hergronje, tidak berapa lama dahulu, telah menipu Tengku Sheikh Marhaban yang menjadi Imam Besar di Masjid Raya Banda Aceh.

Snouck telah berpura-pura memeluk agama Islam. Beliau telah diIslamkan oleh keluarga Tengku Sheikh Marhaban.

Kemudiannya seluruh umat Islam tertipu apabila Snouck dibenarkan memimpin sembahnyang berjemaah di Masjidil Haram di Makkatul Mukarramah.

Snouck sebenarnya tidak menganuti agama Islam. Beliau menipu.

KERANA FITNAH PUDARLAH BUDI

Assalaamu'alaikum Warahamatullaahi Wabarakaatuh

SEMOGA BANGSA MELAYU TIDAK TERTIPU LAGI - KEDUA

Dengan hormatnya dipersembahkan ucapan kedua yang berikutan dengan ucapan pertama yang disampaikan pada tahun 1997 bertajuk 'Islam Bukan Untuk Jual Beli'.

KERANA FITNAH PUDARLAH BUDI

UCAPAN PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TAHUN 1998

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Majlis
Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden
Yang Berhormat Naib-Naib Presiden
Ahli Ahli Majlis Tertinggi

Para Perwakilan dan pemerhati yang dihormati sekelian,

Pada hari ini saya ingin bercakap. Walau pun sebagai Menteri Besar, saya tidak patut bercakap, lebih-lebih lagi kerana tiada isu yang dibangkitkan yang perlu saya jawab.

Dato’ Ibrahim Ali tadi bercakap kerana tiada jawatan, di negeri pun tiada jawatan. Jadi tempat yang boleh bercakap di sini sajalah.

Saya pulak sebagai Menteri Besar Kedah boleh bercakap hanya di Kedah saja. Jadi peluang untuk bercakap kepada tuan-tuan dan puan-puan hanyalah dalam Perhimpunan Agong ini.

Saya hendak bercerita beberapa cerita pendek yang boleh membantu kita semua di dalam memahami masalah yang kita hadapi.

Satu kisah di Amerika Syarikat.

Satu kisah di laut utara di Britain.

Satu kisah di sebuah pekan kecil di Jepun.

DIA TIDAK NAMPAK

ISLAM BUKAN UNTUK JUAL BELI

Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh

SEMOGA BANGSA MELAYU TIDAK TERTIPU LAGI - SATU

Atas permintaan kawan-kawan saya perturunkan di bawah ini ucapan pertama dari tiga ucapan yang telah dicetak, pada 19-02-2001, dan diedarkan sebagai sebuah buku kecil bertajuk 'Semoga Bangsa Melayu Tidak Tertipu lagi'. Tiga ucapan ini telah disampaikan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1997, 1998 dan 1999.
Tajuk-tajuk ucapan ialah (1) Islam Bukan Untuk Jual Beli, (2) Kerana Fitnah Pudarlah Budi dan (3) Semoga Kita Tidak Tertipu Lagi.
Ucapan-ucapan ini telah disampaikan di akhir Perhimpunan Agung UMNO, pada tahun-tahun berkenaan, sebagai jawapan kepada hujjah-hujjah yang telah disampaikan oleh para perwakilan yang telah berucap membahas berbagai usul yang telah diketengahkan.
Walau pun kandungannya mungkin tidak jelas bagi yang tidak hadir dalam Perhimpunan Agung berkenaan tetapi ianya mungkin mengembalikan ingatan para peminat politik, pemimpin dan ahli UMNO yang mengikuti sejarah pergolakan politik negara di sekitar waktu itu.
Masa untuk menjawab, yang diberi oleh Pengerusi Tetap UMNO, bagi setiap ahli Majlis Tertinggi UMNO agak singkat dan semua ucapan tidak sempat ditulis terlebih dahulu sebelum disampaikan.

Selamat membaca.

ISLAM BUKAN UNTUK JUAL BELI

Ucapan Pada Perhimpunan Agung UMNO Tahun 1997

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Majlis
Timbalan Pengerusi
Yang Amat Berhormat Presiden UMNO Malaysia
Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden
Setiausaha Agung
Ahli- Ahli Majlis Tertinggi

Para Perwakilan dan pemerhati yang dihormati sekelian,

Terlebih dahulu saya ingin menyentuh mengenai ucapan wakil wanita dalam usul agama. Kebetulan wakil ini daripada Kedah dan pada waktu itu beliau telah memberi gambaran kalau hendak ke Kedah kena bawa surat nikah supaya tidak tertangkap.

Sebenarnya tujuan Hajah Fatimah bukanlah untuk mengutarakan perkara itu. Cuma beliau hendak menekankan bahawa keghairahan usaha meningkatkan penghayatan Islam di Kedah ini agak tinggi.

Jadi kalau di negeri lain (Kelantan), orang yang tak menikah, ditangkap dalam bilik pun terlepas. Di Kedah yang dah menikah pun boleh tertangkap juga.

Itu maksud Hajah Fatimah.

PETUA

Sebenarnya di Kedah kita ada bagi sedikit petua macamana nak kenal orang yang dah menikah, dengan orang yang belum menikah.

Biasanya di dalam kereta kalau kita tengok pemandu itu pandang ke kanan, dan perempuan di tepi dia tengok ke kiri, itu sudah menikah. Tetapi kalau pemandu pandang ke kiri dan di sampingnya ada wanita yang duduk rapat dengan dia dan dia pandang kepadanya, itu biasanya belum menikah.

Macam itu juga kalau berjalan di jalan, kalau lelaki jauh ke depan, perempuan di belakang, itu sudah menikah. Tetapi kalau berpegang tangan depan orang ramai, yang tu belum menikah lagi.

SILAP MINTA MAAF

Jadi dalam hotel di Sungai Petani baru-baru ni, pasangan itu nampak manja berlebih, jadi mereka pegawai pencegah maksiat pun syak yang ini belum menikah. Atas  kesilapan itu saya sudah minta maaf, kerana di Kedah kalau kita silap, kita minta maaf.

DUA PERISTIWA BESAR

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pada tahun 1992, dua peristiwa telah berlaku di Negara Sepanyol. Pertama ialah adanya Sukan Olimpik di Barcelona dan kemudiannya ada Ekspo Sains di Seville.

Biasanya di Eropah, apabila sesebuah negara itu dibenar menganjurkan Sukan Olimpik, negara itu tidak dibenar menganjur Ekspo Sains.

Kalau negara itu di benar menganjur Ekspo Sains, tidak dibenar menganjur Sukan Olimpik.

Tidak ada negara yang ingin melihat sesebuah negara itu diketengahkan dengan dua program besar yang bertaraf antarabangsa dalam satu tahun.

Tapi pada tahun 1992, di Sepanyol, kedua-dua peristiwa besar ini telah diadakan.

Bermakna orang-orang di Eropah dan di Amerika telah berjaya membenamkan rasa cemburu mereka; dan mereka sanggup supaya hanya sebuah negara sahaja menganjurkan dua acara yang terbesar itu dalam satu tahun.

NEGARA ISLAM TERAKHIR



Monday, April 15, 2013

BERITA HARIAN - MANUSIA SERIBU WAJAH


Popular kerana cuma berani mengata kerajaan

MONA AHMAD & AZRUL AFANDI SOBRY

Berita Harian - Isnin 15 April 2013
Kolom Rencana, Berita Harian muka surat 26-27

Tiga puluh tahun sebagai wakil rakyat dan berdepan enam kali pilihan raya umum menjadikan Tan Sri Sanusi Junid seorang tokoh politik yang sangat berpengalaman. Malah, perkenalannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak zaman sekolah menengah hingga bersama dalam pimpinan kerajaan membuatkan beliau mengetahui pelbagai kisah mengenai Ketua Pembangkang itu. Wartawan BH, Mona Ahmad dan Azrul Affandi Sobry, menemui beliau untuk mendapatkan pandangan peribadi berhubung pelbagai isu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Wartawan: Berdasarkan senario semasa, difahamkan beberapa tokoh lama dalam Barisan Nasional (BN) tidak dicalonkan kali ini, sedangkan mungkin ada yang mahu terus bertanding. Apa pandangan Tan Sri mengenai situasi ini?

Sanusi: Ada beza antara PRU-12 dan PRU-13 dalam konteks kesediaan untuk bertanding. Dulu, ramai dalam BN terlebih yakin, menyebabkan ramai yang mahu bertanding dalam PRU-12 kerana yakin boleh menang. Ia sekali gus menyebabkan ramai yang marah tidak dicalonkan ketika itu kerana keghairahan masing-masing untuk bertanding. Namun, apabila berlaku kekalahan di beberapa negeri dan kegagalan BN mendapat majoriti dua pertiga menyebabkan kali ini kita tidak dengar ramai sangat yang berani tawarkan diri untuk bertanding pada peringkat awal. Suasana senario muram PRU-12 masih terasa. Namun, selepas pelbagai program dan tindakan digerakkan Perdana Menteri beserta pelbagai polisi, muncul satu keyakinan yang kita akan menang besar. Keyakinan inilah yang mengembalikan kumpulan seperti PRU-12 dulu iaitu mahu tumpang menang. Keadaan inilah yang sedikit merugikan, tetapi kita ada cukup masa untuk berkempen. Tempoh kempen paling panjang dalam sejarah. Pengalaman saya bertanding sebanyak enam pilihan raya dan sepanjang 30 tahun menjadi wakil rakyat, inilah tempoh terpanjang untuk berkempen. Sekurang-kurangnya, siapa yang tidak dicalonkan nanti, ada cukup masa untuk berfikir dan difahamkan kenapa ia tidak dicalonkan. Hakikatnya semua pihak perlu sedar, apakah dia mahu terus merana selama lima tahun lagi di bawah kerajaan negeri pimpinan pembangkang. Saya tidak risaukan Kerajaan Pusat kerana BN pasti menang.

S: Adakah dengan pengguguran tokoh lama akan memberi kesan?

J: Ini bergantung, sama ada calon ini hebat buat kenyataan akhbar dan kuat mengata dalam Parlimen atau jenis tak kisah semua rumah kenduri beliau hadir. Tetapi yang selalu bersyarah atau keluar dalam akhbar pun kadang kala tidak berkesan. Melayu ini, mereka lebih pilih kawan bukan prinsip. Kalau kawan dia curi pun tak apa asal jangan curi duit dia. Datuk Seri Najib Razak (Najib) ada kelebihan dari segi populariti. Tetapi ramai pemimpin UMNO yang tidak tahu pasal PAS sebenarnya. PAS ini ada di kawasan ada padi. Kalau tiada padi, penyokong PAS lebih kepada pensyarah. Di Marang tiada padi tapi ada Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Cuba kita tengok mana tempat ada padi seperti Kedah, Kelantan, Kuala Selangor dan Seberang Prai, semua ada PAS. Di mana ada padi dan pondok (sekolah pondok), di situ ada PAS kerana sekolah pondok bergantung duit zakat padi pada awalnya.

S: Adakah Tan Sri cukup yakin BN akan menang besar?

J: Jika pada hari ini, Najib saja yang bertanding menentang ketua pembangkang, iaitu pilihan raya presiden, saya rasa Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwar), Lim Kit Siang atau Karpal Singh, semua lawan Najib ini akan hilang wang pertaruhan. Itu jika pertembungan satu lawan satu. Namun, kerana pilihan raya kita membabitkan ramai calon, maka berlakulah sedikit konflik. Isu itu bukan hanya dalam BN dan sebenarnya di pihak pembangkang, lebih teruk lagi. Mereka lebih teruk kerana baru rasa kuasa. Mereka mula berebut kerusi kerana mahu rasa sama kuasa itu.

S: Jika Najib bukan masalahnya dan faktor utama kini lebih kepada calon, siapakah yang selayaknya diletak sebagai calon untuk memenangi hati rakyat?