SEMUANYA MELAYU BELAKA
Jika anda pernah terbaca karangan saya dalam blog ini bertajuk TERIMA KASIH TUN GHAZALI SHAFIE pasti anda akan menemui satu soalan yang pernah saya tanya padanya, sebagai Menteri saya di Kementerian Dalam Negeri atas sebabnya bila beliau bertemu dengan orang Aceh, seperti Teungku Hasan Muhamad Di Tiro, Wali Gerakan Aceh Merdeka, Tun Ghazali Shafie menyatakan neneknya orang Aceh; bila beliau bertemu dengan orang Jawa, seperti Kepala BAKIN Ali Martopo, Tun Ghazali Shafie menyatakan neneknya berasal dari Jawa; bila beliau bertemu dengan tokoh Thailand, seperti General Sayud, beliau menyatakan neneknya berasal dari Pattani, dan bila beliau bertemu dengan orang Minangkabau beliau menyatakan neneknya berasal dari Minangkabau. Saya menyaksi sendiri kejadian ini. Jawabnya ringkas, ' Kerana mereka semuanya Melayu belaka.'
KENAPA SEMUANYA DIPANGGIL MELAYU

Apa yang saya tidak tulis dalam blog di atas ialah penjelesan Tun Ghazali Shafie, yang juga disahkan oleh seorang lagi yang pernah menjadi Menteri saya iaitu Tan Sri Abdul Kadir Yusof di waktu saya menjadi Timbalannya di Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, selepas Pilihanraya Umum tahun 1978. Mereka berdua, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang terkenal kebijaksanaannya dan seorang lagi peguam yang handal yang pernah menjadi Peguam Negara yang integritinya tidak pernah dipersoalkan, menyatakan bahawa dalam kad pengenalan rakyat Malaya, berbeza dengan kad pengenalan rakyat Singapura tidak di sebut dari keturunan apa seseorang itu dilahirkan melainkan semuanya ditulis Melayu belaka.